Monday, November 30, 2009

Royalti minyak – Doa Nik Aziz, binasakan Najib kerana dia zalim !

Kawan menerima qada’ dan qadar dari Allah, bersabar serta redha dengan pemergian insan tersayang, kawan teringat sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat, Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku ?, Malaikat menjawab, “Ya.” Allah bertanya lagi, “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya ?” Malaikat menjawab, “Ya”. Allah bertanya kali ketiga, “Apakah kata hamba-Ku ?” Malaikat menjawab, “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah memerintahkan malaikat-Nya, “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Sebagai seorang anak, kawan sentiasa berdoa ke atas rohnya, agar dirahmati serta ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman……..

Sebut pasal doa ini, kawan teruja juga dengan doa tok guru Nik Aziz memohon kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Dato’ Sri Najib dan UMNO kerana tidak memberi royalty minyak.

Dalam Harakahdaily telah mempertahankan doa Nik Aziz kerana mendakwa Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Kononnya hak royalti minyak ini telah dinafikan kepada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan Islam menjadi asas pemerintahan.

Tok guru Nik Aziz selaku ketua kerajaan Kelantan boleh berdoa, agar memberi kebinasaan kepada Dato’Sri Najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan.

Maka berbagai-bagai hujah, Hadith dan Firman diutarakan semata-mata mempertahankan serta memperkukuhkan akan doa tok guru Nik Aziz, begitulah bila agama dipergunakan untuk kepentingan parti. KLIK

Menyentuh tentang doa tok guru Nik Aziz ini, kawan terbaca satu ayat dari Al Quran, dari Surah At-Taghaabun ayat 11 yang bermaksud :

“sesorang tiada di timpa malapetaka, melainkan dengan izin Allah.barang siapa yang beriman kepada Allah, ditunjuki Allah hatinya. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

Sedangkan agama Islam itu sendiri melarang kita berdoa untuk kebinasaan diri kita atau berdoa supaya Allah SWT membinasakan orang lain atau berdoa untuk memutuskan silaturrahim dan sebagainya untuk kepentingan diri, apatah lagi untuk kepentingan parti.

Berdoa meminta keburukan, bukan berdoa namanya tetapi lebih merupakan pernyataan rasa marah, geram, benci kerana tidak sabar di atas perkara-perkara yang berlaku, ia juga menunjukkan seseorang itu tidak redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. SWT, sedangkan Allah SWT telah merencanakan serta mempunyai muslihat yang Allah SWT sendiri mengetahuiNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

" Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal itu buruk bagi kamu dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya".

Berbalik kepada tok guru Nik Aziz yang berpendapat bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.Nik Aziz berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO jika enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Dato’ Sri Najib telah pun menjelaskan bahwa sama ada royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama yang rakyat Kelantan akan terima. Kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui PAS.

Apakah Dato’ Sri Najib dan UMNO melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan ?

Apakah Dato’ Sri Najib dan UMNO juga telah melakukan kezaliman terhadap seluruh rakyat Malaysia ?

Inilah dakwaan yang berunsur fitnah yang sering disebarkan oleh PAS dan kuncu-kuncu mereka untuk mengaburi mata rakyat. Kerana fitnah yang telah merasuk ke dalam pemikiran pengikut-pengikut fanatic mereka, maka segala apa yang diperkatakan atau didoakan menjadi satu ikutan walau pun telah melanggar tatacara Islam itu sendiri.

Kawan teringat pesan guru kawan yang sentiasa berpesan agar kawan berdoa bukan untuk kepentingan peribadi, berdoalah untuk kepentingan dan manfaat kepada semua insan di dunia ini. Berdoa bukan meminta keburukan, berdoa meminta kebaikan, agar bumi ini selesa diduduki oleh semua manusia dalam keadaan aman dan damai.



13 comments:

  1. HANYA KEPADA ENGKAU LAH
    TEMPAT AKU MENGADU

    KEPADA ENGKAU AKU SEMBAH
    KAPADA ENGKAU AKU MINTA TOLONG

    TUNJUKKAN AKU JALAN YANG LURUS
    JALAN YANG ENGKAU BERI RAHMAT

    BUKAN JALAN YANG SESAT
    JALAN ORANG YANG RNGKAU BERI LAKNAT

    ReplyDelete
  2. Salam Yanggambi,

    bagi saya itu bukan doa tapi satu sumpah oleh Nik Aziz.

    ini manusia bila sudah hilang akal fikiran yang waras dia tidak akan mampu lagi membezakan antara doa dengan sumpah.

    Jika Nik Aziz masih mengakui yang ucapan ditujukan kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid itu sebagai doa, maka amat malang sekali bagi seorang yang mengaku dirinya ulamak tetapi telah jauh tersesat dalam kekeliruan...

    ReplyDelete
  3. Kawan tak pernah diajar untuk mendoakan sesuatu keburukan kepada orang lain apatahlagi sesama muslim.

    ReplyDelete
  4. Salam.Yang Gambi.

    Saya tidak pernah diajar supaya mendoakan agar saya berdoa untuk keburukan kepada saudara sesama islam, itu saya belajar dari guru agama dan bapa saya yang belajar agama di pondok Bunut Payong, Pasir Pas Kelantan semasa aruah bapa saya masih hidup duhulu. Itu ajaran Nik Aziz yang mendoakan kecelakaan kepada orang lain.

    ReplyDelete
  5. TOK GURU ADA KELEBIHAN DOA SPECIAL APA PULAK DOA KEORANG POHON AJA TERUS DENGAN TUHAN PASAL ROYALTI MINYAK KECIL BANYAK LAGI BENDA LAIN.KALAU NYUMPAH ORANG TAK PAYAHLAH.TOK GURU KAN ORANG ELOK SEMUA POHON TUHAN BERI.TAK PAYAH POHON DGN NAJIB.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Lebai Kampung, hilbert, Mat Popia, Matyen, Mastajau........ kawan setuju benar dengan komen tuan-tuan....... sama-sama kita lihat akan kebesaran Allah...

    ReplyDelete
  7. Sekarang Allah s.w.t dah tunjukkan kebenaran. Siapa nik aziz yang sebenar, bagaimana akhlak dan pegangan politik melebihi pegangan agamanya sendiri.

    kini terpulang pada orang pas dan rakyat kelantan untuk menilai pemimpin mereka. Kalau baik keptusan mereka, alhamdullillah tetapi kalau buruk keputusan mereka, semoga Allah mengampunkan mereka diatas kejahilan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.youtube.com/watch?v=u0fT_aURpAY paham dulu doa nya jangan tuduh melulu,,,media putar belit kau ni memang bagus la,,

      Delete
  8. bagi Tok Guru Nik Aziz dan penyokongnya buatlah sahaja sebab SYURGA MILIK MEREKA........

    ReplyDelete
  9. YB Raz, kawan setuju dengan komen tuan... sama-sama kita lihat akan kebesaran Allah... terima kasih.

    Emokapok, selamat menjengah ke blog kawan dan terima kasih.....

    ReplyDelete
  10. It's awesome to visit this web page and reading the views of all mates concerning this article, while I am also eager of getting familiarity.

    Also visit my webpage jocuri fashion online

    ReplyDelete
  11. Wonderful beat ! I wish to apprentice even as you
    amend your web site, how could i subscribe for a blog
    web site? The account helped me a acceptable deal.

    I had been tiny bit acquainted of this your broadcast provided vivid transparent concept

    Here is my homepage: jocuri gta vice city online

    ReplyDelete
  12. Keep on writing, great job!

    Also visit my homepage Juegos Gratis

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..