Friday, November 13, 2009

Tok Guru – mengapa salahkan orang, kalau tidak jadi pergi Mekah !


Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini. Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji. Nik Aziz menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati serta yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik. KLIK

Kalau sudah membuat keputusan membatalkan menunaikan haji, mengapa mesti menuduh orang lain orang lain khianat atau memfitnah ?

Sebagai seorang tok guru yang popular, ulama tersohor, mengapa mesti takut kepada tomahan dan fitnah kalau hajat itu suci, ikhlas, mengapa mesti takut kepada sesama manusia bukan kepada kebesaran Allah ?

Mari kita lihat komen dari blog pembangkang yang berfikiran jumud ;


Begitu biadapnya dan bangsatnya manusia yang memfitnah beliau!
Hinggakan niatnya menunaikan Haji dibatalkan dalam linangan air mata!

bukan hasratnya nak ke Qatar atas jemputan Putera arab!
Bukan hasratnya nak ke Perancis atas pelawaan Razak Baginda dan Altantuya!
Bukan hasratnya ke Amerika atas pelawaan agen Yahudi!

tetapi hasratnya nak ke Mekah menyahut panggilan Baitullah!Seorang ulama' sepertinya..
dimanakah lagi tempat yang paling bahagia baginya di dunia ini?
kalau bukan Baitullah!!

laknatlah kamu wahai manusia yang memfitnahkan Tok Guru ini..
Yang bukan menyertai politik untu wang ringgit!
Jauh sekali kerana nak komisen kapal selam!

Bangsatlah kamu wahai manusia yang memfitnah Tok Guru ini..
Bangsatlah kamu!

sunsnake@budakbalun 13.11.2009

Begitu mudah penulis blog jumud ini memaki hamun orang lain, menghina orang lain. Kenapa, pasal Nik Aziz ulama ?

Cuba kalau isu ini berlaku ke atas pemimpin-pemimpin UMNO, bagaimana agaknya caci hina, maki hamun yang terkeluar dari penulis blog jumud ini.

Mengapa Nik Aziz membatalkan hajat untuk menunaikan ibadah haji ?

Puncanya, pemergian Nik Aziz adalah ditaja oleh syarikat yang ada kepentingan dengan Nik Aziz. Kalau yang membuat tajaan itu dari kalangan orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan urusan tender, mungkin tidak akan dipertikaikan orang.

Nik Aziz sendiri tidak menafikan ianya menerima tajaan, cuma Nik Aziz tidak boleh terima, tajaan itu dipanggil 'rasuah', bukan dipanggil ‘hadiah’, sebab itu Nik Aziz tidak boleh terima.

Nik Aziz mendakwa, "Kalau di zaman Nabi dahulu Baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia."

Apakah Nik Aziz telah meletakkan dirinya setaraf dengan status Nabi ?

Kawan rasa tiada siapa yang menghalang niat menunaikan ibadah haji Nik Aziz, setahu kawan Nik Aziz sendiri membatalkannya………

Manakala orang lain hanya mempertikaikan wang tajaan yang diberikan kepada Nik Aziz, itu sahaja…….

Sekiranya wang tajaan berkenaan bukan dikatakan ‘rasuah’, jadi apa kategori yang boleh Nik Aziz jelaskan kepada rakyat Kelantan khususnya Malaysia ?

Adakah ia boleh didalilkan sebagai ‘sedekah’, ‘hadiah’ atau ‘saguhati’ ?

Atau pun boleh ditaklikkan sebagai sumbangan wang ‘ehsan’ atau juga ‘royalti projek’ ?

Sebab itulah, kita jangan terlalu takbur dengan kelebihan ilmu, jangan terlalu riak dengan amal ibadah yang dikerjakan. Allah akan menguji sejauh mana kekuatan iman kita, adakah semuanya kerana Allah atau kerana ingin menunjuk-nunjuk……..

Waima apa sekali pun alasan Nik Aziz, ianya tidak lari dari perbuatan tidak amanah, ianya juga akan menerima sogokkan dan rasuah walau pun hanya untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan………




12 comments:

  1. Salam Bro.
    yang pasti ALLAH MENOLAK NIK AZIZ SEBAGAI TETAMU NYA!!! itu pasti
    terima kasih bro

    ReplyDelete
  2. tak salahkah nik ajis pilih nantu dia jadi pegawai dalam pmbk? sprm kata takde kes.

    la ni nik ajis ditaja pulak pi mekah. sprm siasat. tp ni ajis tak jadi pi. aku rasa takde kes jugak. pada hal dah lama nik ajis pi haji dgn tajaan syarikat yg berkepentingan di negeri kelantan.

    hisy... hissyy... kebalnyer nik ajis...

    kalu umno tu dh lama kena tangkap... pii daaaahh..!

    ReplyDelete
  3. Putera Merdeka, benarlah kata tuan, kalau kita bertaklik kepada itu, bahawa Allah tidak mengizinkan Nik Aziz menjadi tetamuNya pada tahun ini...... ada ke puak-puak PAS akan menerima hujah ini......

    Anonymous, SPRM lebih takut pada Nik Aziz dari pemimpin-pemimpin UMNO..... Nik Ziz kan telah melebelkan dirinya sama taraf dengan para Nabi...

    ReplyDelete
  4. Salam Yang Gambi.
    Kita berdoa semoga Umat Islam terhindar dari perbuatan keji termasuk Rasuah dan memfitnah. Wassalam.

    ReplyDelete
  5. salam
    memang dah dasar pembangkang budak balun tu, dah tak der lain nak salahkan orang.

    ReplyDelete
  6. SLM BRO..PAK AJIS NI MCM PEKEJE KOLAR PUTIH GAK. TONGGENG TERBALIK SOLAT CUMA SEKADAR LENGKAPKAN 5 WAKTU. BWK BRIEFCASE KE SANA KE MARI PENUH DGN SURAT SUMPAH DAN FATWA MERAPU. YG PENTING AGAMA BOLEH DIPERALATKAN. SOAL DOSA PAHALA DIA YG TENTUKAN SBB SYURGA DIA YG PUNYE HEHEH

    ReplyDelete
  7. no comment bro, cume aku harapkan ISLAM ber-1 .amin...

    ReplyDelete
  8. Salam Ziarah........

    Macam-macam dok jadi dekat Tok Guru kita semenjak dua menjak ni ye.Apa yang penting kepada tok guru muhasabah la diri tu ye...........

    ReplyDelete
  9. Kenapa taja pergi haji nak dipolemikkan. Bukankah itu kerja amal ibadah. Nik Aziz bukan ditaja untuk pergi Disneyland macam perna bini Khir Poyo ditaja suatu ketika dulu. Mentaliti masyarakat melayu islam masih ketinggalan, sebab tak tau nak beza antara amal saham akhirat dengan hiburan dunia.
    Hidup UMNO!...
    Hidup Barisan Nasional!...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih SenjaLiza, DR1221, Jeffry, fiD, Lagenda dan A-I-B dengan pandangan yang membina.....

    A-I-B, betullah apa kata tuan, tetapi harus diingat mengapa syarikat berkenaan menaja seluruh keluarga Nik Aziz, dan apa kerana tajaan berbentuk amal ibadah ianya boleh dianggap bukan satu bentuk rasuah ?

    Dan bagaimana kalau tajaan ini diberi kepada pemimpin-pemimpin UMNO ?

    Apakah kerana PAS kononya memperjuangkan Islam, semua bentuk pemberian seperti ini halal bagi mereke ?

    Kawan rasa A-I-B perlu bersikap lebih terbuka dengan isu ini....

    ReplyDelete
  11. ...eh eh eh apa dah jadi dgn TGNA ni, dia buat keputusan tak jadi gi Mekah buat haji,orang lain pula disalahkan..pergi la..tiada siapa nak dengki pun..kita orang hanya lah tok guru pondak yang miskin papa kedana..cuma pandai mengajar kitab kuning, tolong sembahyang hajat, senbahyang jenazah, pergi buat tahlil..tanda tangan kita tak laku..tak ada orang sponsor kita gi haji...

    tok guru pondok

    ReplyDelete
  12. Kabar baik!!!

    Nama saya teddy dan saya dari Jawa Tengah Indonesia dan alamat saya KP. KADU RT 10 RW 04 KEL SUKAMULYA KEC CIKUPA KAB TANGERANG BANTEN, Saya baru saja menerima pinjaman Rp 3 Miliar (Small Business Admintration (SBA) dari Perusahaan Pinjaman Dangote setelah membaca artikel dari Lady Jane Alice (ladyjanealice@gmail.com) dan Mahammad Ismali (mahammadismali234@gmail.com) tentang cara mendapatkan
    pinjaman dari Perusahaan Pinjaman Dangote dengan tingkat bunga 2% tanpa lisensi atau biaya gurantor, saya baru saja melamar melalui email dan ikhlas selama prosesnya, awalnya saya takut mengira itu seperti penipuan perusahaan peminjaman sebelumnya, tetapi yang mengejutkan saya ini nyata bahwa saya juga berjanji akan memberi tahu lebih banyak orang, percayalah itu nyata 100%, pelamar lain dari negara lain juga dapat bersaksi.

    Email Perusahaan Pinjaman Dangote Melalui email: Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    Email saya: teddyteddy2234@gmail.com

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..