Thursday, November 5, 2009

Kerajaan PAS Kelantan – bila balak dah licin, royalti minyak pulak jadi sasaran

PAS Kelantan tidak habis-habis dengan mempolitikkan isu pemberian wang ehsan kepada Kelantan hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai seperti diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Itulah janji Dato’ Sri Najib dengan tok guru Nik Aziz semasa beliau ke Kelantan, dan Dato’ Sri Najib telah mengumumkan pemberian wang ehsan kepada Kelantan sebagaimana yang diperolehi di Terengganu.

Sudah tentulah wang ehsan tersebut akan membawa banyak manafaat kepada rakyat Kelantan, rakyat Kelantan perlu bersyukur serta berdoa agar wang ehsan ini benar dapat dimanfaatkan kepada rakyat Kelantan, bukan untuk memenuhi perut pemimpin-pemimpin PAS macam wang hasil-hasil balak yang sudah gondol di negeri Kelantan.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz meluahkan rasa bersyukur dengan pemberian wang ehsan oleh Kerajaan Pusat, namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Tok guru Nik Aziz juga akan menunaikan nazar untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan. Alhamdulillah….....................

Sebaliknya, ketamakkan nafsu Husam erdogan PAS lain pula ceritanya, Husam mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Husam erdogan PAS hendak membatalkan perjanjian dengan Petronas itu dan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.


Husam erdogan PAS ini juga akan mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

Begitulah politk licik PAS untuk menambahkan semangat marah dan benci rakyat kepada kerajaan UMNO-BN.

Dato’ Sri Najib telah pun menjelaskan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.

Husam erdogan dan pemimpin PAS jangan asyik bertanya pasal royalti minyak sahaja…….

Rakyat Kelantan patut tanya juga dimana ulama-ulama, ustad-ustad PAS ini letak hasil-hasil balak negeri Kelantan ?

19 tahun PAS memerintah negeri Kelantan, adakah ulama-ulama, ustad-ustad PAS ini gunakan hasil balak untuk pembangunan Islam serta rakyat di Kelantan ?

Setahu kawan tokey-tokey balak Cina dan ulama-ulama, ustad-ustad PAS sahaja yang senang lenang, hidup mewah , tambah bini muda-muda, bayar tuntutan edah sahaja sampai 3 juta……..

Husam erdogan dan ualama-ulama, ustad-ustad PAS sibuk mintak duit royalti minyak, kenapa rakyat Kelantan tidak melalak menuntut hasil balak yang dibolot oleh pemimpin-pemimpin rakus, penipu, pembelit PAS ?

Rakyat Kelantan tidak nampakkah berapa banyak bukit-bukit habis digondol, balak-balak habis ditebang ?

Mintaklah duit dari royalti balak yang diblot oleh ulama-ulama, ustad-ustad PAS, jangan jadi bodoh dungu sampai ke tua jadi pak turut sahaja, rakyat terpaksa minum air selut, berkarat, jalan-jalan kampung berlubang, berlumpur. Cerita royalty minyak ini hanya cerita baru dalam politik PAS, mintaklah mereka buka cerita royalty balak dulu, mana perginya …………….

Renung-renungkan lah……………………. Jangan sampai wang ehsan ini juga akan jadi habuan perut ulama-ulama, ustad-ustad PAS Kelantan sahaja……..


13 comments:

  1. Salam Ziarah.
    Kalo demikian halnya. .."balak habis royalti minyak" pula diminta..mcm mana pula proclaim sebagai pengurusan kerajaan yang telus. Kenapa pula mengaku kerajaan Serambi Mekah ini yang "properly managed"

    Emas-emas dan perhiasan Muslimah bagilah kat kerajaan seperti apa yg wanita Korea buat!

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..KEHKEHKEH DGR ALASAN SI HUSAM NI BTUL MCM ORG DAH POKAI!. TP JGN TERTIPU TIPAHH OII!. TENGOK AIR MUKE SI HUSAM NI KITA DH TAU DIA NI MUKE PENYANGAK GROMBOLAN PAKATAN SESAT!. DH PUAS RATAH HUTAN DIA NAK MINUM MINYAK SAMPAI BOYOT PLAK! KEHKEHKEH. DH LA X TAU NAK BERSYUKUR, TAPI MAKIN TAMAK HALOBA TU!. NAMPK SGT DIA NI KAKI KAPOR!..MMG SAH!

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Kelantan kena bentangkan kepada umum ke mana perginya duit royalti balak telah dibelanjakan.

    ReplyDelete
  4. Salam Bro... Soal mencekek ni tak kira balak ke minyak ke apa je yang boleh buat duit mudah diorang nak kebas. Kalau nak urus sendiri tak reti semuanya terpikul dibahu kerajaan persekutuan..Dulu diorang kata Nik Aziz boleh jadi Perdana Menteri kalau PAS memerintah... Kah Kah bayangkan Nik Aziz jadi PM...!

    ReplyDelete
  5. Senja Liza, Jeffry, ISAC dan Udanggalah, terima kasih dengan pandangan-pandangan yang baik...

    Puak-puak ini terlalu bijak untuk menutup segala kerakusan mereka sehinggakan rakyat Kelantan jadi buta dan hanya nampak kerajaan UMNO-BN sahaja yang buruk....

    ReplyDelete
  6. jika kelantan tu banyak sangat minyak, aku syorkan nik ajih dan pencacainya cubalah usahakan cari dan gali sendiri...
    nanti rakyat bolih menilai kehebatan diorang, ha ha..

    ReplyDelete
  7. kalau saudara yggbi g cameron highlands ikut gua musang....akan terselahlah siapa kerajaan PAS ni...tanah dekat logging yang botak,di sewakan kerajaan PAS kepada pekebun-pekebun cina...nak nangis la tengok alam dijadikan mangsa oleh manusia...itu belum lagi alam menjadikan manusia mangsa seperti di PADANG....alahai kalu alam mulai membalas kepada Negeri KELANTAN pulak lepas ni...takuttttt....

    ReplyDelete
  8. Gotahlantun, bagus pandngan tuan, buat lah sndiri kalau dah tahu banyak kat tepi pantai Kelantan, balak-balak kat bukit, gunung licin dah....

    Senyapbisaweeh, kawan dah lalu jalan tu, semua PAS bagi kat tokey-tokey sayur Cina, rakyat Kelantan bukannya nampak, deme semua lalu jalan-jalan bagus yang kerajaan UMNO-Bn buat je.... Malam-malam tok guru beri ceramah, siang hari jumpa Cina ambik komisyen sayur... kah...kah...kah.... sampai bilalah agaknya rakyat Kelantan asyik kena tipu dengan tok-tok guru ni......

    ReplyDelete
  9. aku pun tengok habis hutan balak kena tarah oleh puak2 pas kat hutan bukit ibam pahang.balak di sekitar Rompin pun habis di kebas puak pas.itu belum lagi yang buat kerajaan Pahang nak bengkrap.Tetiba je kjaan phg kena bayar 63 juta kat tokey balak sedangkan yg sapu balak org pas kenapa kjaan PHG yg kene saman plak?

    ReplyDelete
  10. Anonymous, hutan balak di Pahang walaupun kena tebang, tetapi pembangunan dalam negerinya, kampung-kampungnya tidak ketinggalan macam di Kelantan. Kalau Pahang terlalu teruk, mengapa banyak kawan jumpa rakyat dari Kelantan datang merempat mencari kesenangan di Pahang, berapa ramai puak-puak PAS ini buka tanah-tanah haram sehingga hak anak-anak negeri Pahang dipinggirkan... Tapi kerajaan UMNO-BN Pahang tak pernah pun halau penceroboh-penceroboh ini.... tapi tetap dituduh zalim juga...

    63 juta yang dituntut oleh syarikat bernilai 1 ringgit itulah kebijakansanaan manusia penipu yang mencari jalan menipu Kerajaan Pahang....

    Mujurlah tumbang balak-balak di Pahang, banyak tanah-tanah dibangunkan FELDA yang bukan sahaja untuk rakyat Pahang, malah puak-puak munafik PAS dari Kelantan pun banyak mengemis mohon ehsan kerajaan Pahang untuk msuk FELDA, lepas tu macam 'melepas anjing tersepit' pulak..... suruhlah Nik Aziz buka banyak-banyak tanah bagi rakyat Kelantan, ini tak, bagi kat tokey-tokey Cina......

    Belajar jadi jantan sikit Anonymous...... jangan bacul....

    ReplyDelete
  11. Salam Yang Gambi,
    kalau kelantan kering kontang balak, cuma baru-baru saya melalui Lojing, Gua Musang dari Cameron Highlands, saya lihat lori-lori balak masih banyak mengambil balak di kawasan Lojing, Gua Musang dan di tanah di kawasan melalui Lojing untuk ke Cameron Highlands. Orang Asli dikawasan cuma tergangga yang untung tokeh-tokeh Cina dan puak-puak Pas yang ada berkuasa meluluskan kayu balak tersebut.

    Sebenarnya pada satu masa Gua Musang dan lain daerah di Negeri Kelantan, adalah kawasan yang banyak kayu balak, tetapi balak sudah habis sebab itu mereka hendak pulun reyolti minyak pulak. Puak ini memang tak malu. Kawasan di luar persisir pantai Negeri Kelantan tetapi puak-puak Pas kata haknya. Itu sikap dayus dan tak malu, kerana hendak memerintah tetapi masih mengharap bantuan Kerajaan Pusat...Dato Najib berikan wang ikhsan tahun 2010 nanti kata berbagai tak mahu bersyukur, serahkan kepada Jabatan Pembangunan Kerajaan ( Kerajaan Pusat ) yang menguruskan projek pembangunan untuk wang ikhsan tersebut, kerana puak-puak Pas itu biarlah berceramah dan menipu orang kampung.Di Pahang dapat tanah Felda tak mahu bersyukur kepada Kerajaan Pahang yang membenarkan memasuki Felda dan dapat tanah di Negeri Pahang. Kalau di kelantan jangan harap cuma kalau isteri orang kelantan sahaja yang boleh memiliki tanAh tersebut.

    ReplyDelete
  12. cari duit sendiri tak pandai. cuma harap duit orang aje. cakap berdegar-degar. buat le cadangan ikut cara islam cara nak cari duit. masa yang ada sibuk dok ceramah aje siang malam, tak berfikir bagaimana nak cari duit. cadangan yang ada pun takat cara nak ternak merpati. itu anak PG yang 6 tahun pun tahu

    ReplyDelete
  13. Mat Yen, betul sangat tu, dia tahu orang Asli di Kelantan tak tahu apa-apa, PAS ni pulun habis lah.....

    Arif Omar,Islam bagi PAS cuma pakaian nak tipu orang-orang Melayu saja, duit balak dan lepas ni duit ehsan minyak dia sapu buat kenyang perut sendiri, rakyat Kelantan Nik Aziz suruhlah ternak burung merpati..........kahh....kah...kah.....kah.... sampai bila rakyat Kelantan nak kena tipu dengan puak-puak kopiah putih ni.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..