Monday, November 23, 2009

Dr. Chandra Muzaffar - Trend Sistem Dua Parti Di Malaysia : Satu Analisa Wacana Intelek Negara

Email diterima dari saorang sahabat dan kawan paparkan untuk tatapan semua, mengenai pendapat Dr Chandra Muzaffar mengenai ‘Sistem Dua Parti Di Malaysia’ untuk kita analisa bersama :

Pendahuluan :

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menjemput Dr. Chandra Muzaffar, Profesor Pengajian Global di Universiti Sains Malaysia dan Presiden International Movement for a Just World (JUST) memberikan syarahan bertajuk "Trend Sistem Dua Parti di Malaysia" bertempat di Ball Room, Aras 9, The Legend Hotel, Kuala Lumpur. Berikut adalah ringkasan/intipati syarahan beliau yang disusun dalam bentuk soal jawab.

Adakah senario politik negara kini memungkinkan wujudnya sistem dua parti ?


Berdasarkan pada situasi etnik di negara kita, mustahil sistem dua parti akan wujud. Yang mungkin wujud ialah sistem dua gabungan iaitu dua ikatan yang terdiri daripada beberapa parti politik.

Gabungan yang sedia ada, yang memerintah di peringkat nasional, yang berakar umbi dalam politik dasawarsa lima puluhan, Barisan Nasional sedang menghadapi masalah-masalah tertentu berkaitan dengan parti-parti komponennya.

Dalam persoalan-persoalan yang berhubungkait dengan kaum juga, gabungan BN tercabar. Namun, BN masih mampu memerintah di peringkat nasional mahu pun di peringkat negeri.

Bolehkah Pakatan Rakyat disifatkan sebagai gabungan ?

Lawan politiknya, Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh disifatkan sebagai gabungan. PR tidak didaftarkan sebagai gabungan, tidak memiliki perlembagaan yang sama, tidak menggunakan lambang yang sama, tidak berkongsi kepercayaan-kepercayaan politik, tidak mempunyai struktur kepimpinan yang didukung bersama dan dalam beberapa isu semasa, berbeza pandangan dan pendekatan sepertimana terbukti di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR.

Faktor-faktor ini adalah antara faktor yang menghambat perwujudan kabinet bayangan PR di Parlimen. Itulah sebabnya, PR lebih tepat disifatkan sebagai suatu peraturan politik yang longgar dan anti-BN. Oleh kerana PR bukan gabungan, saya enggan membuat kesimpulan bahawa trend dua gabungan wujud kini.

Apakah ciri-ciri sistem dua parti itu ?

Lazimnya sistem dua gabungan atau sistem dua parti di negara-negara lain berjaya kerana mereka sama-sama menyokong asas-asas identiti nasional, perlembagaan negara dan sistem pemerintahan. Di Britain umpamanya, parti Buruh dan parti Konservatif tidak bertelingkah tentang identiti negara atau sistem perundangan atau sifatnya sistem pemerintahan Britain. Tetapi, apakah PAS di negara kita dengan cita-citanya mendirikan negara Islam yang menegakkan syariah dan hudud, menerima sistem perundangan sivil yang terkandung dalam perlembagaan kita ?

Apakah DAP selesa dengan hakikat sejarah bahawa negara ini berkembang dari negeri-negeri Melayu dan ciri-ciri keMelayuan ini adalah sebahagian daripada perlembagaan negara kita? Sudah tentu orientasi PAS dan DAP dalam persoalan-persoalan asas ini jauh berbeza dari UMNO yang menerajui BN. Jelas bahawa dalam persoalan-persoalan asas tentang identiti negara dan sifat pemerintahannya, PR dan BN belum membuktikan kemuafakatan. Tanpa kemuafakatan ini, adalah sukar untuk menjayakan sistem dua gabungan.

Mampukah sistem dua parti menjadi penyelesaian mutlak kepada segala masalah? Dalam konteks ini, kita juga harus memahami bahawa sistem dua gabungan atau sistem dua parti bukan penyelesaian mutlak kepada segala masalah yang mencabar sistem politik moden. Memang benar sistem dua gabungan pada keseluruhannya membawa kepada kestabilan politik dan perubahan sosial yang lebih teratur. Namun, pengkritik-pengkritiknya berhujah bahawa kerana wujud ciri-ciri persamaan antara dua parti atau dua gabungan ini. Lambat laun politik mereka mengundang pada politik statik, yang meminggirkan pelaku-pelaku lain yang mungkin ingin pada perubahan yang lebih mendalam. Ini berlaku di Amerika Syarikat, Britain, Australia, dan beberapa negara lain yang mengamalkan politik dua parti. Akibatnya, sistem dua parti juga mengalami perubahan sekarang dan pelaku ketiga muncul di negara-negara tertentu seperti Kanada dan Britain.

Apakah yang sepatutnya diutamakan oleh parti-parti politik kita ?

Pada hemat saya, lebih penting daripada dua gabungan ialah pengamalan keadilan dan kesaksamaan pada semua lapisan dan dalam semua sektor masyarakat. Prinsip akauntabiliti harus dipraktikkan dengan ikhlas dan nilai-nilai urus tadbir yang baik harus ditegakkan. Penyalahgunaan kuasa harus dicegah dan rasuah harus dibenteraskan. Perbezaan pendapat harus dihormati dan kritikan dan teguran diterima sebagai suatu usaha yang membina untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Dalam lain perkataan, semua golongan masyarakat khususnya BN dan PR harus memberi tumpuan kepada cabaran yang jauh lebih besar daripada perwujudan dua gabungan iaitu mengembangkan budaya politik yang lebih sihat dan memuliakan serta memartabatkan insan. Huszer dan Stevenson pula menyebut nasionalisme adalah yang menentukan bangsa mempunyai rasa cinta secara alami kepada tanah airnya.

Yang Gambi : Apa pandangan anda dengan dengan ulasan Dr Chandar Muzafar tersebut ?


11 comments:

  1. Bro,
    BN dah lama amalkan multi-party dalam komponen. Semuanya akur kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negera..Tidak timbul konflik yang boleh rosakkan negara . Tapi PR pasti hancus jika memerintah negara kerana matlamat yang berbeza setiap parti denga agenda tersendiri. MAsing-masing nak gigit sesama sendiri...

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..
    PAKATAN DLM BN IBARAT MINYAK KELAPA + MINYAK SAYUR = BLH SEBATI..MANAKALA PAKATAN RAKYAT UMPAMA MINYAK PETROL + MINYAK TANAH = DI JILAT API! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. tak payah nak buat sistem 2 parti di malysia ni..buat pening kepala aje.kerajaan dan sistem yang ada ni dinaik taraf aje dah cukup baik perr

    ReplyDelete
  4. TIDAKLAH SEORANG MELAINKAN BERDUA
    TIDAKLAH BERDUA MELAINKAN BERTIGA
    SEKARANG SUDAH TIMBUL KUASA KETIGA
    IA ITU.........SOSIALIS

    ReplyDelete
  5. BeEND semakin hari semakin resah melihat ikatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh dan padu. Rakyat pula semakin membuka mata dan menerima PR sebagai pengganti BeEND.

    Manakala perpecahan dalam BeEND pula semakin hari semakin tidak terbendung lagi. UMNO PERLIS, UMNO KEDAH, UMNO TERENGGANU, UMNO SELANGOR dan UMNO NEGRI SEMBILAN SEMAKIN melebarkan jurang kumpulan di negeri masing2.

    MCA pula berkemelut tidak berkesudahan, gendang dipalu bertalu-talu hingga memaksa Presiden UMNO campur tangan juga akhirnya.

    MIC pula semakin pupus, berpecah belah berderai-derai, kini hasil kerja tangan Presiden UMNO, bertambah satu lagi parti baru untuk masyarakat kecil keturunan India, Makkal Sakhti selain IPF dan MIUP (yang sudah pun pupus).

    PPP pula berpecah dua, satu kumpulan M. Kayveas dan satu lagi kumpulan T. Murugiah.

    Nampaknya kredibiliti BeEND yang telah sedia hancur semakin lumat, tiada guna lagi rakyat Malaysia menaruh harapan kepada BeEND.

    Biarkanlah BeEND betul2 tamat riwayatnya usahlah diperbaiki lagi, kerana kerosakan yang ada terlalu teruk, tidak mampu untuk diperbaiki lagi, terutama indeks RASUAH yang MENDARAH DAGING.

    Sistem dua parti dapat memberi alternatif kepada rakyat memilih yang terbaik untuk diangkat sebagai kerajaan. Kerajaan pula dapat disemak dan diimbang dengan berkesan. Ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak kerajaan dan rakyat.

    ReplyDelete
  6. MusangTembaga, Jeffry, Memangitumacam terima kasih komen anda....

    Kelambuharimau, janganlah macam tu kawan cuma minta tuan beri komen je........

    KudaPerang,UMNO-BN tidak pernah resah, yang nampak kepanasan ialah pakatan rompak, cuba cermin dirilah sikit. PAS yang dikatakan Islam pun, punyalah bapaknya rasuah...tak nampak ke ?

    Atau pasal kamu orang bawak Islam rasuah jadi hadiah ke ? Jangan takbur nak bercakap...... sampai bapak komunis pun kau orang nak jadikan wira negara kerana kuasa dan jawatan.....

    ReplyDelete
  7. Serangan bertubi-tubi daripada pihak lawan antara dua pihak yang bertentangan, antara BeEND dengan PR adala dimaklumi umum.

    UMNO-BeEND BAPAK RASUAH SEGALA RASUAH tidak akan berputus asa akan sedaya upaya menyerang dan menyerang demi melemahkan PR.

    PAS n PR sekali-kali tidak akan menggadai maruah mengangkat bapak komunis sebagai wira, itu hanyalah tohmahan pencacai upahan UMNO-BeEND yang telah kehilangan akal.

    ReplyDelete
  8. tak setuju. biar dgn keadaan sekarang. bn ada kelebihan

    ReplyDelete
  9. sebenarnya tiada masalah asalkan ahli politik dan penyokong berfikiran terbuka dan bijak pandai.

    Ini sudahlah penyokong parti berperangai macam beruk, ahli politik juga tak ubah macam gorila. Kutuk mengutuk, menjatuhkan maruah pihak lawan semata mata meraih undi.

    kalau nak buat sistem begini, mentaliti orang politik harus diubah. barulah kemajuan dan persefahaman dapat dicapai.

    ReplyDelete
  10. Salam Bro... Di Malaysia sekarang wujud sistem berpa parti pun tak akan mengubah perangai manusia yang telah dicorak oleh pengkhianat yang tak bertanggungjawab.Bila semangat cintakan negara dah tiada tiada sistem yang akan dihormati..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..