Monday, November 16, 2009

Bai’ah talak 3 PAS-Pemuda,‘saja digembargemburkan’, Muslimat, ‘mengangkat martabat wanita’


Sebenarnya kawan rasa muak hendak mengambil kisah isu ‘bai’ah’ talak 3 dikalangan wakil-wakil rakyat PAS, bukan pasal apa, muak dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dari puak-puak yang kononnya memertabatkan Islam.

Bila terbaca hujah-hujah penangkisan Nasrudin Tantawi dan Nuridah Salleh dari pemimpin dua sayap PAS khawarij ini teringin juga untuk buat komen.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi hari mendakwa isu baiah atau sumpah taat setia talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS sengaja digembar-gemburkan bagi menggambarkan parti itu sebuah parti yang zalim terhadap wanita.

Alasan Nasrudin, isu ini adalah satu percubaan untuk menggambarkan PAS sebuah parti yang negatif dan buruk. Dulu PAS pernah dilabel sebagai parti yang anti-wanita dan didakwa tidak memberi peluang kepada wanita dalam hireraki parti serta pilihan raya.KLIK

Begitu mudah Nasrudin membuat kesimpulan, dengan mudah juga menuduh orang lain sengaja memberi pandangan buruk kepada parti PAS……..

Itulah akibatnya kalau PAS sentiasa menuduh UMNO adalah sebuah kerajaan yang zalim, menyamai rejim zionis Yahudi. UMNO tidak pernah diberi gambaran yang baik oleh kepimpinan PAS, malah kepimpinan UMNO juga sering diberi gelaran ‘mahafiraun’, ‘maha zalim’ dan ‘maha kejam’.

Tetapi rakyat yang sentiasa membuka minda, tidak menjumudkan akal fikiran lebih tahu bahawa kerajaan dan kepimpinan UMNO-BN berterusan mengembeling tenaga untuk memajukan Negara, berterusan menyusun perancangan untuk memakmurkan rakyat, berterusan membasmi kemiskinan dikalanganrakyat dalam Negara.

Hanya pengikut-pengikut PAS dan pakatan pembangkang yang buta tuli sahaja masih menafikan serta tidak pernah bersyukur dengan kegigihan kerajaan UMNO-BN.

Hari ini, sedikit demi sedikit Allah SWT telah menurunkan pertanda siapa PAS sebenarnya, Allah SWT menunjukkan satu-satu persatu kemungkaran kepimpinan PAS dan PKR untuk mengelirukan serta menipu umat Melayu Islam.

Allah SWT telah memberi sebenar-benar pertunjuk, bahawa PAS hanya menggunakan agama Islam sebagai batu loncatan untuk memperdaya rakyat, memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam untuk kepentingan politik dan kuasa.

Mudah cerita, PAS hanya meletakan Islam, jubah, serban, kopiah dan janggut semata-mata untuk menyembunyikan wajah-wajah syaitan-iblis. Kalau tidak masakan mereka-mereka ini berterusan bercakap takbur, riak dalam amalan dan ilmu seolah-olah merekalah dari golongan orang-orang warak bertaraf Nabi dan para Wali Allah.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh pula mendakwa bai’ah talak tiga atau sumpah taat setia pemimpin parti itu sebagai ‘mengangkat martabat kaum wanita’.

Dari segi mana ‘bai’ah talak tiga’ ini telah mengangkat serta memertabatkan kaum Wanita ?

Apakah kerana hendak ‘menyelamatkan’ kekuatan dan sokongan PAS, kaum wanita atau isteri-isteri dijadikan sebagai sandaran atau pertaruhan ?

Mempertaruhkan wanita dalam ‘bai’ah talak 3’ PAS ini lebih kurang juga dengan dengan kegiatan kumpulan ‘mat rempit’ yang mempertaruhkan perempuan/boshia sebagai hadiah merempit……..

Sebab itulah agaknya banyak terkeluar cerita pemimpin-pemimpin PAS kurang menghurmati hak kaum wanita, hak isteri sehinggakan ada yang mendakwa di dera macam kes Ketua Dewan Ulama PAS Perlis…….. nafkah zahir Cuma RM300 dalam tempoh 10 tahun, nafkah batin hari-hari mau, sampai dalam uzur pun nak pantak juga………..

Maka tidak hairanlah di kawasan kawan ada para isteri yang mendakwa mereka didera secara halus oleh suami-suami mereka yang menjadi pengikut PAS mengugut ‘jatuh talak jika mengundi/memangkah parti UMNO’ semasa pilihan raya.

Ini yang Nuridah Salleh katakan ‘mengangkat martabar kaum wanita’ ?

Waima apa pun alasan dan hujah, PAS sudah terlalu jauh memperselewengkan agama Islam untuk kepentingan politik dan kuasa mereka. Masyarakat Melayu Islam khususnya kaum wanita perlu sedar kemungkaran PAS yang menjadikan agama Islam sebagai tunggangan untuk memenuhi nafsu haloba pemimpin-pemimpinnya……….


14 comments:

  1. Salam Bro...Teman rasa seronok bila Nuridah kata Bai'ah tu mengangkat martabat wanita. Memang terangkat sungguh bila kena talak 3 ni..maklumlah bukan senang nak cari 'CINA BUTA'
    Kalau kena kat Nuridah maka ada peluang bersuami lain....kah kah kah ...macam-macam dah jadi,Nasharudin Tantawi dan Nuridah dah 'PUPUS'alasan agaknya.

    ReplyDelete
  2. salam bro...satu malaya dah tahu dengan tertayangnya klip video tu....lagi mahu pusing-pusing ka....apapun alasan dan sanggahan memang ianya menjatuhkan martabat kaum hawa...tak sangka ya...kat tempat kia pun ada berlaku....patutlah.....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Udanggalah, Gengsahabat buat komen.....

    Udanggalah, pasai cerita cina buta ni, kawan teringat satu cerita wali hakim jadi cina buta bila suami wanita tu nak rujuk lepas cerai talak 3, sampai sekarang wanita itu tak mahu cerai dengan wali hakim ni..... dia kata, yang ada pada wali hakim ni lebih menyeronokkan, melepas bekas si suami tadi. kah.. kah.. kah...

    Gengsahabat, cerita ini sudah berlaku lebih 30 tahun, dah lebih 6 kali pilihan raya, dah ada pun yang berpisah pasal tak setuju dengan perangai suami PAS mereka.....

    ReplyDelete
  4. hok mano molek tu kito ikut la..hok ye bengong tu bakpo nak ikut! paro pengikut pas jange la terpedayo denge ajare bodo pas tuh.sudoh-sudoh laaaa...
    p/s:ado sapo2 nk sponsor kawe gi haji ko?

    ReplyDelete
  5. Salam,


    Hebat blog tuan ni,bai'ah2 juga jangan sampai cerai berai sudah lah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Mat Popia dan Nurimo, sama-sama kita fikir dan renung dengan perrbuatan puak-puak PAS ini....

    ReplyDelete
  7. salam, pasal aku ni jantan je...kalau aku wanita.... dah lama aku bawa kes ni ke mahkamah...

    Mana pejuang2 wanita, perempuan, makcik, nenek, opah, tok cik, opah chik, Puteri,saudari, gadis, anak dara...bangkit!!!! semua kita BOIKOT HAPRAK2 PAIH NI....

    Mencabul hak asasi kaum HAWA.

    ReplyDelete
  8. Dalam askar kami ada sumpah perajurit,
    yang berbunyi: bla bla bla......
    ..APABILA DITAWAN (bahkan sanggup mati)

    Baiah pas tu rengan,setakat cerai sahaja APABILA.....bla bla bla

    Nampak sangat orang UMNO takut bersumpah
    berbaiah dalam perjuangan dengan suatu taruhan IAITU:

    SANGGUP BERSUSAH PAYAH !
    BERABIS HARTA NENDA !
    BAHKAN NYAWA SEKALIPUN !

    jika tak ada sumpah baiah mana ada perjuanagn?? Tiada Taruhan Perjuangan itu namanya:
    KAPITALIS !!!
    Untung mau Rugi Tak mahu>
    Beli Seberapa Murah,
    Jual Seberapa Mahal !!!
    Cara tu dibawa oleh MCA keTanah Melayu ini.

    Sdr Yang Gambi dan rakan rakan UMNO/BN
    harap fahami. TERIMa Kasih beri ruangan disini

    ReplyDelete
  9. maaf buat pembetulan:
    "BERHABIS HARTA BENDA"

    ReplyDelete
  10. sejahtera ke ats kamu wahai saudara...
    semoga Allah memberi petunjuk, hidayah dan keampunan kpd saudara.. izinkan hamba yang hina ini memberi sedikit teguran.. adalah tidak elok meletakkan gambar seorang yang menjaga auratnya menjadi sebegitu rupa... ianya seumpama memperolokkan kaum hawa yang menutup aurat sebagaimana yang sering dilakukan oleh kafir2 yang ingin mempersendakan agama Islam.. selaku seagama Islam.. bukan kerana kepentingan mne2 politik atau ape saje.. harap saudara dapat menerima teguran.. harap saudara secepatnya mencari hadis mahupun nas al -quran yang melarang sekerasnya mempersendakan wanita yang menjaga auratnya...
    ikhlas dari hamba ALLAH

    ReplyDelete
  11. semoga Allah beri petunjuk serta hidayah kpd kamu.... Amin.....

    ReplyDelete
  12. semoga Allah memberi hidayah kepada pemilik blog ini...amin ya Allah..

    ReplyDelete
  13. Jangan terlalu cepat melatah..cube kaji dan selidik dimanakah letaknya kebenaran yang sebenar..supaya kita takkan tergolong di dalam golongan yang sesat..

    ReplyDelete
  14. maaf... kurg ajar namanya.. edit gmbar org yg dh menutup aurat dgn baik. mudahan Allah berikan hidayah buat kamu. wlupon post ni dh 2011 klu tak delete ingat... smpai kiamat nnt Allah tyg blk aib kita, nauzubillah

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..