Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, anak perempuan kepada Anwar Ibrahim dalam merdekareview mendakwa kononnya perbicaraan kes liwat ayahnya adalah merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik, tetapi juga keutuhan keluarga Anwar.
Perbicaraan kes liwat Anwar siri 2 ini dikatakan kesinambungan penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998.
Nurul Izaah mendakwa ayahnya telah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan Anwar agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan.
Nurul Izzah menyatakan, keluarganya tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi sekurang-kurangnya janganlah menuduh mereka menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes, walaupun mereka sedar awal keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada Anwar.
YG : begitu mudah sekali Nuru Izzah membuat dakwaan isu liwat ini adalah satu konspirasi kepimpinan UMNO.
Sebagai seorang Ahli Parlimen, kawan rasa Nurul Izzah boleh menilai sebenar-benarnya apa ini semua satu kospirasi ?
Kenapa perlu membohongi diri sendiri semata-mata isu ini melibatkan keluarga terdekat ?
Mungkin masyarakat bersimpati dengan Nurul Izzah dan keluarga, tetapi adakah Anwar sendiri selaku ketua keluarga juga bersimpati dengan keluarganya ?
Apakah kerana Anwar seorang pemimpin atau berprofil tinggi setiap kemungkaran atau jenayah yang dilakukan semuanya dianggap konspirasi ?
Bagaimana pula perasaan mangsa yang mengadu dirinya telah menjadi lapang sasar pemuas nafsu si tertuduh ?
Tidakkah si mangsa dan keluarganya juga ada maruah diri ?
Andaikatalah, perlakuan hubungan sejenis ini terjadi di atas kerelaan atau suka sama suka, bagaimana dengan hukum-hukum agama ?
Apakah Nurul Izah rela atau suka mempunyai orang tua yang lebih berminat kepada kaum sejenis ?
Waima apa sekali pun persoalannya, Nurul Izzah tidak harus menempelak orang lain di atas kemungkaran yang dibuat oleh keluarga sendiri. Kenapa harus menegakkan benang yang sudah basah……….
Kenapa tidak bersikap terbuka, sedangkan perbicaraan baru bermula, Anwar telah mendapat pembelaan dari peguam-peguam yang hebat, macam Karpal Singh, siapa tidak kenal dengan Karpal Singh ?
Apatah lagi perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi turut mendapat perhatian dari tok-tok guru Nik Aziz, Mursydul Am PAS.
Begitu juga dengan pemerhatian wakil-wakil antarabangsa dan kedutaan asing.
Pemerhatian dari wakil-wakil seperti Jennifer Robinson dari Persatuan Peguam Antarabangsa, Nernama, Pakar Undang-Undang dari Suruhanjaya Antarabangsa, wakil dari Peraturan Asia, Mark Trowell dan juga pemerhati dari Kesatuan Eropah (EU).
Secara umumnya, mereka-mereka ini mahu memastikan bahawa Anwar akan dibicarakan dengan adil, mungkin bagi mereka yang datang sebagai supporter ini perlakuan hubungan sejenis tidak menjadi satu kesalahan di Negara mereka.
Mungkin di Malaysia juga perlakuan seperti ini akan dibenarkan jika pakatan rakyat berkuasa……………
Kenapa Anwar, Nurul Izzah, keluarga dan pengemar-pengemar Anwar perlu gusar atau bimbang ? Kenapa perlu membuat huruhara di Mahkamah ?
Kasihan si Saiful, terpaksa berjuang bersendirian untuk menegak kebenaran, inilah yang berlaku sekarang, buat kali pertama mangsa liwat dicaci, dipandang hina kerana membuat aduan serta mendakwa seorang pemimpin agung kononya………
Bagaimana keadaannya kalau mereka-mereka ini berkuasa dalam Negara, mungkin setiap perbuatan jenayah mereka tidak mampan dengan Undang-Undang dan undang-undang hanya untuk rakyat sahaja………
Masih tak faham mengapa harus menidakkan. Lebih malu kalau orang gelar keluarga pembelit dan cakap dusta.
ReplyDeleteAku xtau mana satu mana betul... Kena tunggu keputusan mahkamah macam mana...tapi macam2 hal boleh terjadi,nak cakap anwar salah, aku tergelak dengar statement saiful (dlm berita semalam) sbb bg aku dia ade peluang utk meloloskan diri melainkan dia dah dipukau atau dikhayalkan...aku xdgr pun smlm ada memana perkataan tu...then nk ckap anwar betul, (konspirasi), mcm mn disahkan boleh ada air mani lak..
ReplyDeleteapa yang penting, aku harapkan yang benar terbela...yang salah dapat hukumannya ^_^
Salam 1 Malaysia
Nurul izah ooo...kalau nak berpolitik tu boleh tapi biar lah kena dengan cara dan tempat nya..ni tak..contoh semalam kat perkarangan mahkamah..kat situ pun puak ko nak berceramah..apa barang...asalkan tempat tu ramai orang mula laa nak buat kelentong..sedar lah sekarang ni rakyat dah tau siapa bapa ko tu..rela kan lah biar mahkamah yang membuat keputusan didunia ni..pembelaan dan keistimewaan terhadap bapa ko dah diberi oleh mahkamah dengan beberapa kali di tangguhkan..so apa lagi yang ko nak..siperlaku tu yang ko mohon simpati daripada orang ramai..yang mendakwa tu pe hal pulak..jangan dok pikir diri sendiri sahaja sebagai wakil rakyat sepatutnya ko memikirkan juga hati orang lain..
ReplyDeleteSalam Yanggambi,
ReplyDeletebetul sekali penjelasan saudara ni... sebelah Anwar bukan calang2 orang yang memberi sokongan..ada kelas tersendiri..tetapi kenapa Nurul Izzah tak nampak semua itu..
tetapi sebelah Saiful, kita lihat sendirilah..mana ada orang yang besar-besar dalam kerajaan datang membuang masa ke Mahkamah seperti mana yang telah dibuat oleh Nik Aziz, Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang, Tian Chua, Elibogel dan ramai lagi kuda2 pakatan pembangkang.
orang kerajaan saya tahu memang banyak yang berdoa untuk Saiful begitu juga rakyat biasa seperti blogger2..mereka juga turut memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada beliau tanpa perlu datang menyusahkan pihak Mahkamah..
salam bro,
ReplyDeletebagi anwar dan keluarganya semua perkara buruk yang terjadi pada mereka akan dikatakan konspirasi dari pihak umno..
mereka tidak pernah terfikir tentang mengapa perkara itu terjadi pada mereka..munngkin inilah hasil didikan ayahanda tercinta pada anakandanya..
agaknya kalau nyamuk gigit anwar dirumah pun akan dikatakan nyamuk tu agen umno kot..
Awak yang mengaturkan konspirasi senang2 nak tutup ia dengan menuduh orang lain. Tapi itu memangnya cara biasa orang orang yang berguru dengan yahudi.
ReplyDeleteBwk bertenang Puan Nurul Izzah..jgn cepat melatah dgn apa yg berlaku ini.
ReplyDeleteJika ayahanda Puan benar..tentu kebenaran itu akan melonjakkan imej & sokongan rakyat kpd seluruh keluarga Puan dan Pakatan Rakyat amnya selepas melalui proses keadilan ini.
Namun jika sebaliknya..Puan haruslah menerima hakikat bahawa ayahanda Puan tak layak langsung utk jadi pemimpin di negara tercinta ini.
Puan harus ingat, keadilan yg dicari bukan hanya utk manusia yg bernama Anwar Ibrahim saja. Seluruh rakyat berhak menerima keadilan.
Apa2pun kebenaran itu memang sering gerhana tapi tak mungkin ianya akan padam!
CCZ, CLJ, Anak Lenggong dan Hilbert, terima kasih dengan kesetiaan memberi komen.....
ReplyDeleteDahlia, selamat datang ke blog kawan, kita jangan mudah terpedaya dengan lagak warak dan alim seseorang........
Mawar Berduri, selamat datang, kita akan tunggu kebenarannya...
sayapun keliru juga..
ReplyDeletex tahu sapa salah sapa betul..
Allah akan tunjukkan kebenaran suatu hari nanti..
kebenaran akan muncul jua tak lama lagi.yg tak elok semua pasti UMNO yang buat.Yang elok sampai hancur negara pun tak kisah semua nya dikatakan betul oleh puak juak PR.Ape izzah nak takutkan.sudah pasti pintu syurga si nik ajih terbuka luas utk perlakuan ayahandanya.jgn lupa wahai izzah.neraka ALLAH pun sedang berdentum dentam.semua utk kita sebagaimana yg kita pilih.tepuk punggong dan tanyalah ayahanda mu wahai izzah.shiaaan shaiful.
ReplyDeletenoor afzan, RAM, sesungguhnya kebenaran itu sudah pun Allah pertunjukkan, tetapi sesetengah manusia sengaja tidak mahu menerima kenyataan..... Terima kasih dengan komen tuan-tuan.
ReplyDeleteSLM BRO..TU YG MUKA PAK AJIS MASAM MENCUKA JEK HEHEH. RUPANYA DIA DH TAU NASIB YG BAKAL "ANAK KESAYANGAN" DIA NANTI. SKANG NI SIBUK PLAK NK AJAK UMNO BERBINCANG. DH TERDESAK LA TU KEHKEHKEH.HARKK PTUIHHH!
ReplyDeleteNurul Izzah... Mula dia menunjuk sedikit titik2 bahalul ayahnya.
ReplyDeleteBanyak besar Anwar Ibrahim untuk di konspirasikan. Adakah Izzah fikir undang undang Malaysia ini tunggul? Anwar jadi wakil rakyat pun pasal undang2 Malaysia juga.
Kalau kita berfikiran dungu jangan kita fikir itu adalah kecerdikan tertinggi. Kita fikir mahkamah akan bertindak ikut kedunguan yang kita nilaikan sebagai cerdik.
Buka la fikiran bukalah hati. Percayalah setiap yang pandai masih adalah lagi yang lebih pandai.
Liputan dibuat di seluruh dunia dan di perhatikan oleh semua orang. Kerajaan tidak akan mengambil risiko tinggi untuk berbuat sesuatu kepada seorang ahli politik yang bangkrap seperti ayah kamu.
Tidak ada siapa gila nak jadi macam Saiful sekiranya ini benar konspirasi. Malu ... tebal muka.... Saiful terpaksa menanggungnya sejak lapuran polis. Itu beban hati yang berat... Tidak kah Izzah terfikir... begini kah wakil rakyat yang patut memikirkan pasal rakyat.
Berilah keadilan peluang... kalau memang Anwar benar... tiada siapa yang dapat menidakkan.
Kalau konspirasi... nyata Umno yang buat.. rasanya kekacauan akan timbul. Itu kah yang Anwar mahu?
Dengan jahanam Malaysia... kononnya dia dapat jadi PM?
Salam.. Sebab dari ayahnya dipecat dan dipenjaralah yb puteri reformasi ni popular atas dasar simpati...tapi itu dulu,sekarang dah banyak berubah ramai orang dah tahu siapa sebenarnya ayahanda puan tu...Kata pepatah berani kerana benar.Sekarang ni saiful yang nampak berani.Bukan senang nak dakwa orang tanpa bukti sahih..lebih2 lagi melibatkan DNA.Tunggulah proses mahkamah hingga keakhirnya akan terbuktilah mana yang benar dan sebaliknya..Yang pasti zuriat kaum Lut memang ada didunia...
ReplyDelete