Friday, February 26, 2010

Wan Azizah dapat anugerah ‘pelakon wanita terbaik 2010’ ?

Datuk S. Nallakaruppan amat yakin Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Academy' di Hollywood kerana Wan Azizah seorang wanita yang hebat boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya Anwar Ibrahim.

Nallakarupan mengulas ekoran kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik suaminya Anwar Ibrahim.

Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan 'lakonannya' ketika berhadapan dengan rakyat.KLIK

YG : Benar dan tepat dengan dakwaan S.Nalakaruppan, kawan amat setuju dengan dakwaan tersebut. Kenapa tidak ?

Wan Azizah sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan kerjaya politik suaminya, bukan semua isteri macam Wan Azizah yang mampu menerima karenah suami dan sanggup pula berpura-pura dari kehidupannya yang sebenar.

Hanya Wan Azizah sahaja yang mampu membuat lakonan dan sandiwara sehingga ramai yang percaya bahawa perbicaraan kes liwat Anwar adalah satu ‘konspirasi’.

Sedangkan Wan Azizah sendiri tahu, malah semua masyarakat juga tahau bahawa sudah ramai mangsa-mangsa Anwar telah mendedahkan aktiviti seks luar tabiinya.

Kalau kita masih ingat, bagaimana Sukma Darmawan (adik angkat), Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Azizah), Hairani Hj Nahfis (bekas penulis pidato), Meor Abd Razak (tukang jahit Wan Azizah).

Dan mangsa yang terbaru adalah Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi atau pembancuh kopi Anwar Ibrahim.Semuanya bercerita dengan nada yang sama, bermula dengan pujuk rayu, urut mengurut yang berakhir dengan adengan liwat meliwat.

Kalau satu orang mangsa sahaja yang membuat cerita atau tuduhan, mungkin kita boleh membuat andaian itu semua adalah cerita yang sengaja diada-adakan untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim.

Kalau sudah ramai mangsa-mangsa Anwar yang menceritakan perkara yang serupa, masakan ianya masih lagi dikatakan satu konspirasi……...

Dan kalau kita imbas kembali pada tanggal 2 September 2004, 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.

Di dalam penggulung kes tersebut, hakim-hakim tersebut berkata :-

“Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku”

Insaflah wahai Wan Azizah…………….

Begitulah nasihat dari bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak kepada Wan Azizah. Sekiranya suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak lagi menyokong tindakannya.

Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat. KLIK

Wan Azizah mengetahui hal sebenarnya serta lebih banyak tahu perangai suaminya Anwar Ibrahim, tetapi sengaja menyembunyikan untuk menyelamatkan maruah keluarganya.

Wan Azizah berlakon demi menjaga kepentingan politik suami dan dirinya, dia sanggup berbohong kepada rakyat.

Maka memang sesuailah kalau Wan Azizah diberi ‘Anugerah Pelakon Wanita Terbaik’ bagi tahun 2010…………..




11 comments:

  1. Hebat betul wan azizah ni, salah satu kehebatannya ialah memfitnah DS zambry...

    Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu memburukan orang kepada khalayak melalui saluran media massa (cetak atau elektronik) dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

    Insaflah wahai Wan Azizah…………….

    ReplyDelete
  2. salam bro..
    gereeekk jugak kak wan ni..hihi,
    nala tertinggal slot wan azizah cakap nuar mati pucuk, mana boleh liwat orang! nuar yg kena liwat!
    hahaha

    ReplyDelete
  3. HAHAHA. . CUN SIOT. . MEMANG ADA GAYA PELAKON! BIASA LA GAMBI, DEPA SEMUA NI. BAB BERLAKON MEMANG TERER DAH. MEMANG DIASUH OLEH ANWAR SEJAK AZALI LAGI!

    ReplyDelete
  4. Salam Yang Gambi..bagi CCZ sebagai seorang wanita..bilamana sudah sekian lama menahan malu dan derita tiada siapa yang mampu mengalahkan perasaan hati dan semangat untuk terus kuat. Walaupun dia tahu yang ditegakkannya itu sudah terbukti salah. Jika mengaku hancurlah rumahtangga. Siapa pun tak akan hormat lagi.

    ReplyDelete
  5. Jebat, Putera Merdeka, Mctheory, terima kasih komen tuan-tuan....

    CCZ, maaflah kalau apa yg dipaparkan sedikit menyinggung perasaan kaum wanita, tetapi kekadang kita kena menerima hakikat dengan keadaan yg ada... kesetiaan seorang isteri juga ada hadnya, kalau sampai kepada kemungkaran yg hendak dipertahankan, kawan rasa tidak harus diteruskan....

    ReplyDelete
  6. boleh GAI PELAKON LATIFAH OMAR IAITU PELAKON AIR MATA MALAYSIA. LATIFAH OMAR PUN DAH UZUR. BAGUS LE KALAU ADA PENGANTI

    ReplyDelete
  7. GAMBAR SUPERIMPOSE LU TAK MENJADILAH BRO YANGGAMBI, APASAL TAK MINTAK TLG NGAN JEFFRYDAMIEN MULUT SENGET. SI JEFFRY TU DAH MASUK PENJARA KER?!...

    ReplyDelete
  8. PG, terima kasih dengan komen tuan...

    AIB, terasa ke ? kalau terasa gi lha buat report...... banyak lagi gambar-gambar pemimpin UMNO yg teruk-teruk dibuat oleh orang macam awak yg ada pada kawan....

    ReplyDelete
  9. wan azizah ni salah seorang perempuan tabah. tabah kena maki, tabah dapat suami macam anuar, tabah tanggung dosa bersubahat.

    boleh dapat anugerah Ibu Mithali hehehe

    ReplyDelete
  10. Ade sorang lagi kot u tak sebut... tukang urut anwar ibrahim... Rashid rasenyer kalau tak salah name die.. hmm.. tak tau sumber ni benar atau tak.. wallahua'lam...

    ReplyDelete
  11. Kalau pekara tu benar.. ngape nak disorok-sorok, memang kena lindungi aib keluarga, tapi kalau pekara tu benar lebih teruk lagi dosa mengabui rakyat sehingga boleh bawa pecah belah.. yang rugi kita orang melayu weh.., walaubagaimanapun kita tunggu la kes mahkamah selesai dalam menentukan siapa benar siapa salah, dalam menegakkan Keadilan tu...mahkamah kita telus dilindungi perlembagaan yg luhur..yang penting kita kena berlapang dada serahkan kepada kekuasaan yang maha Esa. Betul tak?...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..