Monday, February 15, 2010

Mahu contohi kepimpinan Khalifah Umar – Guan Eng & PAS makin berputar belit

Beginilah contoh kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz - khalifah Islam yang paling agung yang kononnya akan menjadi panduan Ketua Menteri Pulau Pinag, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP mentadbir kerajaan negeri.

Tidak sampai seminggu Lim Guan Eng membatalkan perarakan Maulidur Rasul, dan semalam pula mengeluarkan arahan membenarkannya pulak.

Jelas sangatlah, pembohongan dan mainan politik Lim Guan Eng kononnya menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola.

PAS sekutu DAP bukan main lagi, mulalah mengeluarkan kenyataan putarbelit bila melihat banyak pihak yang melahirkan bantahan khususnya dari kalangan orang Melayu Islam di atas pembatalan perarakan tersebut.

Dalam harakahdaily, seorang penulis PAS mendakwa ‘ UMNO mendidik Melayu menjadi Pak Pandir’ kerana begitu lantang mengkritik Lim Guan Eng dan kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang.

Penulis PAS ini juga mendakwa UMNO sengaja menggunakan isu perarakan Maulidur Rasul menjadi isu politik yang lebih kepada sifat perkauman. UMNO menggunakan isu agama dan perkaum untuk menguasai pengundi Melayu.

Dan penulis PAS mendakwa kononnya berarak atau tidak semasa sambutan Maulidur Rasul bukan isu sebenar tetapi UMNO sengaja mempermainkan bangsa Melayu dengan isu ini. Inilah politik membodohkan Melayu yang diamalkan oleh UMNO. Klik

YG : inilah pendapat putar belit PAS semata-mata hendak mengiakan atau menghalalkan apa yang dilakukan oleh sekutu mereka DAP.

Itulah hakikatnya, ternyata DAP mempunyai pengaruh terbesar dan paling berkuasa di dalam pakatan sehingga PAS lena dalam rangkulan DAP bersama PKR untuk bersama-sama meruntuhkan kuasa politik serta pemerintahan daripada UMNO.

Lihat sahajalah bagaimana dua Ahli Parlimen PKR iaitu Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), mereka berhadapan dengan tindakan disiplin daripada PKR apabila dengan telus dan ikhlas mengkritik Lim Guan Eng.

Nik Aziz pun bukan main lantang Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatan apabila beliau mengumumkan keluar dari PKR.

Bertambah-tambahlah jadinya Lim Guan Eng-DAP naik tocang mendabik dada apabila melihat keghairahan PAS yang begitu beria-ia menunjukkan taksub dan setianya persahabatan dengan DAP.

PAS sudah tidak mempedulikan lagi untuk menjaga hati orang Melayu dan umat Islam, sebab itu kepimpinan PAS membutakan mata, mentulikan telinga dengan sikap Lim Guan Eng yang cauvinis, angkuh memerintah Pulau Pinang.

PAS tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk melengkapkan kerusi pakatan pembangkang bagi membolehkan DAP memerintah Negara.




10 comments:

  1. Ustaz Haji Ahmed Deedat (Allahyarham, seotang Islamic scholar, ilmua Islam dan luas pengetahuan mengenai segala ugama di dunia mengatakan , lebih kurang, "....mush Islam ibarat pemacing yang terlalu geli dan jijik memegang cacing. Oleh kerana cacing itulah yang digemari ikan dan mudah diragut ikan, maka kegelian dan kejijikan itu dipersetankan saja asalkan ikan terus meragut pancing........". Pemancing itua ialah DAP dan ikan iti ialah org Melayu dan PAS.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Begitu...lah caranya..PKR memutarbelitkan...rakyat....jelata...yang menjadi mangsa permainan adalah rakyat negeri yang di bawah pemerintahan mereka...
    RAKYAT...PATUTNYA SUDAH MENGERTI PERMAINAN MEREKA....PR 2013 NANTI ...AKAN MUSNAHLAH.. pakatannya.......

    ReplyDelete
  3. YangGambi. Saya pun sebenarnya telah meluat dengan PR terutamanya PKR. Saya sedih dengan perletakkan jawatan setpol Mohd Nor Yaakob. Dia tak salah apa2. Tak perlu lah siasat-siasat.

    ReplyDelete
  4. SL, begitulah apa yang ada pada pemikiran DAP terhadap Melayu...terima kasih komen.

    Tok Perai, selamat datang ke blog kawan....

    AIB, terima kasih selalu respon blog kawan..... soal SETPOL tu, kawan tak berani komen, serah sahaja pada SPRM...

    ReplyDelete
  5. Salam Yanggambi,

    begitulah jadinya apabila bekas banduan dilantik sebagai pemerintah...sifat ingin menipu dalam diri memang payah untuk dihapuskan...

    ReplyDelete
  6. Hilbert, begitulah kesudahannya, banyak lagi bekas-bekas banduan yang menyalak dan menjadi idola masyarakat sekarang..... terima kasih komen tuan...

    ReplyDelete
  7. aduhai2.. guan eng2.. talam 3 muka.. kejap muka dap, kejap muka pas, kejap muka pkr.. tp kesimpulannya mengejar muka sendiri, kepentingan peribadi dan kepentingan pada etnik dia..

    ReplyDelete
  8. kalau 'rakan kongsi' pas, yg kafir pun boleh digelar khalifah...islamic la konon. tak boleh percaya punya 'penyokong ideologi komunis'...

    ReplyDelete
  9. Salam Yang Gambi..ibarat apa ye penulis upahan PAS ini..?bagi duit tulis saja..asalkan PR dapat digambarkan sebaik mungkin. Sedangkan makin lama makin besar koyak di kain. Kudis, panau dan gatal-gatal semuanya sudah ternampak tapi penulis mereka masih jua juah tak mengaku kalah..

    ReplyDelete
  10. aWalli, T1Malaysia, terima kasih dengan komen yang baik...

    CCZ, ni lah kerja penulis-penulis upahan, mereka akan tulis walau pun dalam hati mereka menentang kemungkaran itu......hipokrit. Terima kasih respon.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..