Wednesday, February 17, 2010

Konvensyen UMNO Pahang – PAS mempersoalkan penggunaan kampus UITM


Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang akan mengadakan konvensyen peringkat negeri bermula dari 19 – 21 Februari 2010 di Kampus UITM Jengka yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, selaku Presiden UMNO Malaysia dan majlis penutup akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Difahamkan para peserta yang dijangka hadir seramai 2,000 orang akan mengadakan bengkel-bengkel untuk membincangkan pelbagai aspek dalam Politik, Ekonomi, Media Baru, Pendidikan dan Agama.

Tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang………..

YG : nampaknya parti-parti pembangkang terutama PAS sudah menampakkan keresahannya apabila UMNO Pahang mengadakan konvensyen, harapan pembangkang untuk menawan Pahang pada PRU 13 sekamin sukar jadinya.

Masakan tidak, kalau tidak masakan PAS mempertikaikan UMNO Pahang mengadakan konvokesyen tersebut di UITM Jengka ?

Di dalam blog Pemuda PAS Kuala Krau, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mempersoalkan kononnya UMNO Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat.

Konvensyen tersebut adalah merupakan program politik yang bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan di dalam Universiti.

PAS mendakwa UMNO merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam mengunakan fasiliti rakyat serta mempersoalkan apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma.

PAS juga mendakwa UiTM telah membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba serta diperkudakan oleh UMNO dan pihak UiTM tanpa segan silu mengarahkan Mahasiswanya menjadi petugas.

PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi program Konvensyen Umno ini.Pesoalannya, adakah PAS terutama Idris Ahmad sedar siapakah yang memerintah Malaysia sekarang ?

UMNO sebagai peneraju kerajaan rasanya tidak salah menggunakannya, kerana itu milik kerajaan. Macam mana juga yang dibuat oleh parti-parti PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan setiapa kali mengadakan aktiviti parti……. Tak Nampak ke ?

Apakah PAS dan sekutu-sekutunya tidak pernah menggunakan pelajar-pelajar IPTA/IPTS untuk kepentingan politik ?

Setahu kawan, berapa ramai di kalangan pelajar IPTA terutamanya yang menjadi dalang PAS untuk menghasut, mendakyah, berkempen……. Malah menggunakan pelajar-pelajar IPTA juga untuk berdemonstrasi……

Adakah PAS mengambil tahu hal-hal kebajikan mereka ? mengambil tahu sejauh mana pencapaian akademik mereka serta dapatkah setanding dengan kaum-kaum lain ?

Janganlah kerana terlalu gusar dengan perkembangan UMNO-BN, maka perkara yang tidak sepatutnya dipertikaikan menjadi isu murahan untuk menutup kelemahan PAS.

Adalah lebih baik kalau Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan PAS lebih meneliti segala kepincangan PAS sendiri dalam memperjuangkan Islam.

Menilai kedudukan maruah PAS dalam lingkungan DAP dan PKR ?

Mampukah PAS mempertahan maruah bangsa Melayu jika berterusan bersekedudukan dengan DAP dan PKR ?

Mampukah PAS mengwujudkan Malaysia sebuah Negara Islam tulen bersama DAP dan PKR ?

Itu yang sepatutnya PAS fikirkan…………………




15 comments:

  1. Salam,

    ni artikel khusus utk mereka,

    http://puterinafisah.blogspot.com/2010/02/pahang-daily-online-jangan-pedooh.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Pada pas, mereka saja boleh buat tetapi orang lain tak boleh. Itukan ajaran Nik Aziz.

    Tapi bila aku pk pk balik, berasas juga kenyataan mereka. Selama ini kerajaan menentang sekiranya ipta/ipts atau tempat pendidikan digunakan untuk majlis majlis politik.

    janganlah kata umno sebagai peneraju kerajaan maka tak salah. umno sebagai peneraju kerajaanlah sepatutnya paling menghormati undang undang yang dibuat.

    lainlah kalau ianya majlis konvensyen berkaitan pendidikan yang dianjurkan umno maka ianya dibenarkan.

    tetapi kalau untuk majlis konvensyen umno sendiri, rasa tak molek. cubalah cari tempat lain.

    kan umno ada bangunannya sendiri.

    ini cuma pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  4. Pas dah gelabah bila melihatkan UMNO dh makin gah dan pakatan mereka pulak dh nak rebah. Pas tak perlulah mempersoalkan penggunaan kampus UiTM untuk konvensyen UMNO Pahang.Pasal apa? Pasal UMNO punya pasal la..UMNO dan UiTM dah sinonim dgn Melayu.
    YG teruskan pejuangan!!!

    ReplyDelete
  5. syabas....umno dengan konvensyennya..jangan dilayan gundah gulana puak PAS ini yang selepas ini pasti menjaja cerita ini ke seluruh pelusuk negeri..UITM kita bangunkan demi anak bangsa...mereka yang berangan ingin menjadikan JENGKA sebagai kubu mereka...biarlah mereka terus bermimpi....

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Rasanya kalu Idris Awang baca artikel tuan nie pasti malu sangat.

    ReplyDelete
  7. salam... sy sebelum ni adalah pelajar uitm pahang, dan sy juga majlis perwakilan pelajar disana.. dan sy tau sidikit sebanyk pasal perhimpunan umno disini...UMNO pahang dh selalu MENYEWA dewan untuk kegunaan UMNO dalan menjalankan program... UMNO tidak sesekali mengambil kesempatan untuk mendapat kemudahan percuma dan terhadap pelajar uitm pahang dalam setiap program politik yang diadakan di uitm pahang.. pengawal keselamatan juga telah diarahkan untuk mengawal supaya tiada pelajar yang memasuki kwasan pehimpunan UMNO ini.. UMNO parti bertanggungjawab... untuk pengetahuan umum, markas pas di jengka sudah ramai menarik pelajar uitm pahang untuk menghadiri ceramah di markas... selalu pelajar menghadiri ceramah pas disana.. mereka bergerak secara senyap.. PAS membuat pelajar uitm pahang yng luaran nmpk islamic tetapi melakuakan dosa melanggar undang2 di uitm...

    ReplyDelete
  8. Salam pd YG dan juga kepada pembaca2 setia YG..

    Maafkan saya YG.. trasa juga nak menyerlah, dan hanyalah pandangan peribadi saya semata2.. (Tiada kaitan dgn sesiapa pun.. lebih2 lg unsur2 unt menghasut, menuduh, menghina atau apa2 pun.. Harap, jgnlah ada yg salah sangka! Cuma muhasabah diri..)

    Saya setuju juga ngan pandangan peribadi YB Raz.. saya juga ahli UMNO! Saya amat berbangga dengan kemenangan kami, DUN Tmn Templer, Selangor Darul Ehsan.. Saya berbangga mengaku saya seorang ahli UMNO yg setia, dulu kini dan selamanya!.. InsyaAllah..

    DAN, memandangkan keadaan sekeliling yg banyak berubah.. scara tdk langsung juga mdesak dan menuntut kt unt pantas berubah mengikut arus! Berubah lah unt kebaikan, tp kekalkan yg asas.. akur lah dgn undang2 yg telah kt buat, KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..

    Biar rakyat melihat akan perubahan UMNO! BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!.. Yang lepas sudah mjadi sejarah!.. Kini, 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!.. Biarlah tak besar mana pun perubahan yg kt cuba lakukan, skurang2nya ada keikhlasan hati dan itulah yg patut ada pd hati setiap ahli UMNO sekarang!.. Setidak2nya anak cucu kt kelak, dpt melihat.. menilai semula sejarah PERJUANGAN UMNO!!!.. Yang saya nampak dan sedih.. anak2 muda kt sudah tdk mhormati UMNO lagi, tdk tahu perjuangan UMNO?.. sejarah UMNO? dan hala tuju UMNO sekarang ini?

    Namun.. walaupun, melihat senario yg menakutkan ini, saya tetap akan mperjuangkan UMNO! Saya telah memulakan langkah, sedikit demi sedikit.. biar tdk sepantas mana, bmula dengan kesedaran sendiri.. mula lah dari rumah!..

    Tfikir pula sejenak.. Adakah Agama ISLAM, akan kekal sebagai agama rasmi MALAYSIA? Dan, sekiranya????..(bukan apa, memandangkan banyak sgt kejadian, isu2 Agama.. dan begitu banyak pulak lawyer2 bkn Islam yg lantang dan berani bsuara mengutuk Islam! dan mkritik kuasa Raja2..) Minta dijauhkan lahhhh...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sahabat-sahabat semua dengan komen-komen tuan yang baik membantu artikel kawan......

    ReplyDelete
  10. otak mereka ini seperti katak bawah tempurong. bukan boleh pikir. baiaah dan wala tahu le mereka

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Itu kerja PAS yang lain tidak ada kerja cuma cari kesalahan UMNO. UMNO telah lama berkuasa dan bangunan yang dibina duit kerajaan Persekutuan.Itu hak UMNO mengunakannya.

    ReplyDelete
  12. Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya berpegang kepada kefahaman bahawa parti yang menerajui kerajaan berhak menggunakan apa juga harta kerajaan untuk apa jua tujuan. Terlalu ramai yang gagal memisahkan antara tanggungjawab dan hak. Maka kerana itulah tidak ramai yang bersuara apabila parti kerajaan secara terang-terangan menggunakan harta kerajaan dengan sesuka hati mereka, untuk kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  13. YG... konvenyen tu bertujuan baik, mengupas tentang halatuju melayu dan rakyat keseluruhanya, termasuk membincangkan kepentingan anak2 bangsa untuk maju dalam pendidikan seperti pelajar U..Walaupun UMNO guna kemudahan seperti d UITM Jengka tetapi bukan percuma, kena bayar juga.. SYABAS UMNO PAHANG!!!

    ReplyDelete
  14. Salam Yanggambi..Saya baru balik dari UiTM Jengka menghantar sepupu saya di sana.Mengikut jadual dari pihak UiTM, pelajar yang kolej kediamannya digunakan untuk penginapan peserta Kovensyen UMNO boleh kembali ke kolej kediaman masing-masing pada jam 5 petang.Tapi amat dikesalkan program tersebut berlanjutan hingga ke pukul 6.30 ptg.Dari makluman yang diterima pelajar hanya boleh masuk kolej kediaman pada pukul 8 malam pula.Ada pelajar yang sejak dari pagi dah sampai tetapi tidak dapat masuk ke kolej kediaman masing2.Pihak yang menganjurkan program kenalah pikir tentang pelajar2 ini.Mereka datang dari jauh dan kepenatan.Bila dah masuk kolej kediaman kena pulak mengemas dan mengangkat barang2 peribadi masing2 sebab sebelum balik bercuti pelajar diarahkan supaya mengosongkan kolej kediaman tersebut.Pukul berapa pelajar baru boleh rehat dan esok pagi akan menghadiri kuliah pula.Kenapa tak buat sahaja program tersebut di hotel sahaja atau di kampung2 pendalaman dimana peserta program ditempatkan dirumah org2 kg seperti kempen meraih undi.Jangan pikir keselesaan untuk diri sendiri sahaja.Kenalah pikir keselesaan anak bangsa yang hendak belajar.Mereka datang dari jauh dan apabila sampai terpaksa menunggu lama untuk masuk ke kolej kediaman.Saya rasa eloklah lain kali dibuat ditempat lain.Bila buat begini saya pasti anak bangsa yang belajar di sana membenci kita.Kita amat memerlukan mereka untuk menyokong kita suatu hari nanti.Ibu bapa yang menghantar pelajar pun rasa marah atas kelewatan anak mereka masuk bilik penginapan.kalau ibu bapa dah marah maka anak2 pun turut marah. Maka akan rosaklah nama UMNO.Wassalam.

    ReplyDelete
  15. memang uitm 2 hok kerajaan tapi bukan hok umno.. walaupun majoriti org umno..tapi msh ada lg pembangkang dlm pentadbiran kerajaan ngan jum minoriti..umno 2 parti..if nak wat program parti gune lar duit parti..bkn rakyat.. xsume rakyat adalh umno..itu kena ingat..

    duniaku siapa yg tau- adakh umno blh mempertahankan ISLAM..how??yg ku nmpk umno sekadar mampu pertahankan word ISLAM but not ajaran ISLAM yg sebenarnya.. if tul2 nak pertahankan ISLAM change the rules.. thats all..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..