Sunday, February 14, 2010

Penyelewengan FELDA – peneroka gugusan FELDA Keratong buat laporan Polis di IPD Kuantan

Baru-baru ini beberapa orang peneroka-peneroka FELDA gugusan Keratong bersama kira-kira tiga puluh orang peneroka FELDA dari negeri Pahang telah membuat laporan polis di IPD Kuantan dengan dakwaan kononnya pihak Pengurusan FELDA telah melakukan penyelewengan dan penipun terhadap mereka.

Para peneroka dari FELDA gugusan Keratong yang juga penyokong kuat pembangkang banyak terpengaruh dengan Mazlan Aliman, Presiden ANAK mendesak pihak polis agar menyiasat unsur penipuan yang masih berjalan hingga ke hari ini serta menyiasat individu atau perancang penipuan ini tersebut.

Mereka berbuat demikian adalah susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Felda perlu membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 orang peneroka Kemahang 3, Tanah Merah Kelantan pada 22 September 2002 yang lalu.

Puak-puak ini tidak menyedari pihak FELDA telah memperolehi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memerintahkan agensi itu membayar ganti rugi RM11 juta kepada 354 peneroka sementara menunggu permohonan semakan terhadap keputusan itu. KLIK

Mazlan Aliman mendakwa kononnya, perintah bayaran saman sebanyak RM11 juta kepada peneroka Kemahang 3 akan ditanggung oleh peneroka-peneroka FELDA seluruh Negara dan mendesak FELDA membuat bayaran segera.

Mazlan mendakwa kononnya FELDA Felda akan menipu peneroka dengan menggunakan wang peneroka untuk membayar hutang berkenaan. FELDA berada dibawah kerajaan pusat, maka seharusnya kerajaan yang perlu membayar wang berkenaan dan bukannya peneroka. KLIK

Dalam komen PahangDaily menulis para peneroka perlu tahu tentang bagaimanakah FELDA mahu menjelaskan bayaran RM11 juta yang dimenangi oleh para peneroka Felda Kemahal 3. FELDA jelas terbukti berdusta dan menyeleweng terutamanya dalam isu gred kelapa sawit.

Pahang Daily mendakwa, peneroka yang tanam sendiri mendapat hasil hingga mencecah RM10,000 sebulan tetapi bagi peneroka yang menyerahkan semula tanah kepada FELDA hanya menikmati antara RM1,500 hingga RM2,000 sahaja sebulan.

YG : Mazlan Aliman dan PahangDaily hanya sekadar tahu hendak buat cerita fitnah untuk mencari sokongan kepada parti mereka dengan mendakyah para peneroka FELDA yang jumud pemikiran.

Mazlan Aliman, seorang anak peneroka yang mana keluarganya juga telah menyerahkan kepada FELDA untuk menguruskan kerja-kerja ladang tetapi mendakwa FELDA telah menipu dan menyeleweng. Kenapa Mazlan tidak menguruskannya sendiri ?

Dakwaan adanya peneroka yang mengurukan sendiri ladang sawit boleh mendapat hasil sehingga RM10,000 sebulan, kawan hendak tanya Mazlan dan PahangDaily, peneroka di mana ?
Tinjauan yang kawan buat di gugusan Keratong ternyata Mazlan dan PahangDaily telah membuat satu pembohongan besar……….. mungkin inilah kerja mereka kot…….

Memang ada segelintir peneroka yang tanam sendiri mendapat hasil sawit mencecah RM10,000 sebulan malah ada yang lebih…..

Kenapa ? kebanyakan peneroka ini bukan menumpu kepada hasil lading 10 ekar yang di beri FELDA, mereka ini telah mengusahakan juga ladang-ladang sawit yang telah mereka buka di tanah-tanah kerajaan secara haram…….

Adalah tidak mustahil kalau mereka mendapat pendapatan sebegitu.

Pejabat Tanah Daerah dan Negeri Pahang perlu memantau serta mengambil tindakan ke atas penceroboh-penceroboh tanah kerajaan secara haram ini, puak-puak yang mendakwa kerajaan zalim, menipu ini telah menceroboh tanah-tanah kerajaan secara haram dari 5 hektar ke 30 hektar tanpa di ambil tindakan oleh kerajaan negeri.

Pejabat Tanah Daerah dan Kerajaan Negeri perlu bertindak dengan pencerobohan manusia yang tidak bertanggungjawab ini……… puak-puak ini bukannya pandai berterima kasih pun….. ramai lagi anak-anak Pahang yang masih tidak bertanah.

Hakikatnya dakwaan Mazlan Aliman , PahangDaily dan para peneroka yang tidak bersyukur dan berterima kasih ini adalah satu retorik semata-mata untuk kepentingan parti tertentu……… yang jelasnya bohong belaka….

8 comments:

  1. RASUAH, TIPU RAKYAT, ROMPAK KHAZANAH NEGARA DAN JADI SINONIM DENGAN UMNO. JADI APA NAK HERAN BILA ADA PENCACAI UMNO SANGGUP JADI KHADAM UNTUK PERTAHANKAN MARUAH UMNO.

    ReplyDelete
  2. sedap mulut bila bercakap...bukan kena byar pun..nak jadi jaguh si mazlan tu...politik dia je...dia pun tak berapa nak betul...kenapa tak usahakan ladang mak di secara sendiri...ni ceramah sana ceramah situ..pencacai lah tu...dah nampak cam tak kenang budi pulak...

    ReplyDelete
  3. Org Felda lah yang tahu masaalah ini, jadi biarlah org felda yg membetulkannya. Kadang-pentadbir felda ni pun satu hal, dia buat yg tak kena UMNO pulak yang kena tangung semuanya, Dalam felda pun sebenranya ramai yg sokong pembangkang. kena hati-hati juga gan mereka ni

    ReplyDelete
  4. AIB, samalah macam awak, sanggup menjadi pencacai DAP yang terang-terang menghina bangsa dan agama sensiri..... sanggup menjadi anjing menyalak menghina sesama Melayu kerana diberi tulang.....

    ReplyDelete
  5. Felda telah melahirkan ramai cendekiwan yang terpelajar dan mempunyai kedudukan tinggi sekarang, itu semua hasil perjuangan Felda dan pengorbanan peneroka, Mazlan Aliman tahu nak salahkan Felda sahaja.., sedangkan apa pengorbanan beliau untuk warga peneroka??? selain dari menjadi ANAK.. gampang!! dalam mengharubirukan istitusi Felda yang bertuah dan berjasa!!

    ReplyDelete
  6. Just utk renungan AIB (kurang 1 B). Pepatah menyebut 'satu jari tunjuk salah orng, 4 jari kearah sendiri'
    RASUAH = TOK GURU LAGI TERUK..TAJA HAJI DAN KEK BLACKBERRY
    TIPU RAKYAT = ZAHRAIN DAH LONDEH KAT PARLIMEN TADI SAMPAI KAU PUNYA CIFUT TERKINCIT
    ROMPAK KHAZANAH = MOH KITE TENGOK BALAK KAT KELANTAN
    DAN YANG PALING BUSUK, CONFIRM KO ORG MASUK NERAKA KALAU TAK SEMPAT TAUBAT = SANGGUP MENJADI BARUA GEREJA MENGGUNAKAN NAMA ALLAH DEMI POLITIK DUNIA..... UNDI PAS MASUK NERAKA, UNDI UMNO MASUK SYURGA

    ReplyDelete
  7. MOK KOI DAPAT LEBIH 10k hampir setiap bulan dengan 10 ekar tu je..!! tok caya aok datang kota gelanggi dua..tanya ladang siapa hasil tertinggi di situ.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum w.b.

    Saya bersetuju dgn saudara AWG. PUTAT mengenai "pentadbir felda (faham2 sajalah) ni pun satu hal, dia buat yg tak kena UMNO pulak yang kena tangung semuanya"

    Dalam perkara ini, pd pandangan saya yg begitu daif dan kerdil ini, FELDA (mahu pun UMNO) tidak perlulah kita persalahkan...tapi yang patut kita 'jenguk, lihat dan dipersalahkan' adalah orang-orang yg tertentu yg tidak dan gagal menjalankan tugas dlm melaksanakan AMANAH yg tlh pertanggungjawabkan oleh pihak FELDA untuk menyalurkan apa yg tlh diperuntukan oleh pihak FELDA kepada peneroka-peneroka dalam usaha mereka melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi di tanah rancangan felda yang bertuah ini.

    Kita lihat, sesetengah rancangan tanah felda begitu aktif dan giat membangun dlm menjayakan/melaksanakan program yg dirangka (cth: dari industri pertanian mahupun industri secara berkelompok)bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi peneroka dan FELDA itu sendiri, NAMUN begitu ada juga tanah rancangan yang agak terpinggir dan dipandang sepi dari program pembangunan tersebut kerana pihak yang telah dilantik dan diAMANAHkan langsung tidak mengambil peduli dan memandang remeh kepada usaha peneroka-peneroka yang sememangnya menunggu peluang keemasan tersebut. Contoh yang paling ketara spt di kawasan Felda Gugusan Keratong atau lebih dikenali sbg Gugusan Bandar Tun Abd. Razak...perlaksanaan-nya agak menghampakan dan dingin.

    Saya sebagai anak felda (yang mencari rezeki di bandaraya kosmopolitan; pulang setiap minggu utk menziarahi kedua ibupada di tanah rancangan felda tersebut); amat bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Allah Yarham Tun Abdul Razak Husin, " Bapa Felda" & Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak,kerana di atas usaha mereka mewujudkan dan membangunkan Tanah Rancangan FELDA untuk rakyat seperti kami (terutamanya warga peneroka). Jasa mereka akan tetap kami kenang hingga keakhir-hayat.

    Jadi harapan saya kepada pihak-pihak yg telah dilantik dan diAMANAHkan oleh FELDA, kePERIHATInan dan keTELUSan anda semua amatlah hargai. Jadilah penaung yang berhemah dan amanah kerana Allah SWT jua-lah yang memberi rezeki kpd kita semua malah memberkati apa yang kita usahakan (semestinya dengan hati yg bersih dan niat yang suci).

    Bersatulah kita semua, walau siapa pun kita atau apa pun fahaman kita (jutaan maaf, saya tidak berniat utk menyinggung sesiapa disini); demi keutuhan bangsa & agama kita yg begitu murni ini, bersatulah kita dengan hati yang ikhlas dan penuh dengan keinsafan.

    Pengalaman manis utk saya kongsikan bersama anda semua disini adalah...kenangan terindah sepanjang kehidupan ini apabila setiap subuh pada seketika waktu dulu (dan utk beberapa ketika) saya tiga beradik menuruti ayahanda tercinta menyusuri ladang sawit dan membantu beliau membuat kerja-kerja ladang (kalau anda biasa buat kerja diladang kelapa sawit, anda pasti tahu betapa 'azab'nya menolak kereta sorong menongkah bukit curam yang dipenuhi tandan sawit dan betapa payahnya ayah saya mencantas tandan sawit yg liat itu); tapi yang pastinya kami juga berusaha dan mengerah tenaga bersama kudrat empat kerat kami demi mencari rezeki yang halal dan demi kejayaan tanah rancangan FELDA yang kami cintai.

    Tiada yang lebih indah dari menjalani kehidupan sebagai anak peneroka di tanah rancangan FELDA.

    Amin.

    1Hati Cintai 1Malaysia.

    -Saya Generasi Pertama & Baru Felda-

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..