Tuesday, February 23, 2010

ANAK iblis FELDA berdemonstrasi pulak !!!

ANAK – kononnya mewakili generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA tetapi lebih kepada barua parti PAS telah merancang mengadakan demonstrasi di ibupejabat Suhakam di Kuala Lumpur.
Begitulah kata Mazlan Aliman yang merayu kepada peneroka-peneroka FELDA agar datang beramai-ramai menyertai demonstrasi pada 24 Februari ini. KLIK

Mazlan menggesa supaya dimansuhkan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang didakwanya telah lari dari matlamat asal FELDA untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Dakwaan Mazlan banyak tanah-tanah peneroka telah jatuh ke tangan FELDA Plantations dengan diberi pendapat antara RM800 hingga RM1,500 sebulan serta telah menambahkan beban hutang peneroka.

YG : Begitulah putar belit si ANAK iblis ini untuk mempengaruhi para peneroka dengan gambaran-gambaran bahwa FELDA dan Kerajaan UMNO-BN sentiasa menganiaya, bersikap kejam kepada rakyat.

Sudah berapa banyak ladang-ladang peneroka telah dirampas FELDA ?

Cuba si ANAK iblis renung kembali, semasa proses tanam semula ladang-ladang, para peneroka yang terlibat tidak mempunyai pendapatan dari hasil ladang sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun.

Dari mana peneroka-peneroka akan mencari sara hidup untuk menampung keperluan keluarga ?

Bukankah peneroka sendiri yang memohon agar FELDA memberi pendahuluan sara hidup mereka ?

Bila sudah menerima sara hidup di antara RM800 ke RM1,000 selama 3 tahun, ini bererti mereka telah berhutang dengan FELDA sementara menunggu ladang-ladang mengeluarkan hasil.

Ini belum lagi ditambah jika peneroka-peneroka membuat pinjaman membesarkan rumah diantara RM20,000 ke RM40,000, maka tidak mustahillah kalau seseorang peneroka mempunyai hutang dengan FELDA sehingga RM70,000.

Hutang, wajiblah di bayar………………….. kalau tidak mahu dibebani hutang, tidak payah meminjam……. Tak kan nak free kot….. Peneroka-peneroka di Kelantan pun , kerajaan PAS tak bagi free………

Untuk makluman si ANAK iblis, FELDA yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Razak adalah salah satu rangka manifesto UMNO ketika menghadapi pilihanraya pertama pada tahun 1955.

Menerusi manifesto pilihanraya 1955 inilah maka FELDA atau asalnya LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), ditubuhkan serta membangunkan sebuah rancangan tanah secara besar-besaran dengan ciri utamanya ialah agar rakyat dapat memiliki tanah.

Si ANAK iblis perlu tahu bagaimana KDYMM Sultan Pahang Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1957 telah memperkenankan tanah-tanah di negeri Pahang ini diberi sebagai milik orang Melayu dari luar Pahang yang menjadi rakyat Pahang kerana bermastautin di negeri Pahang melalui tanah rancangan FELDA.

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”

Generasi peneroka perlu tahu pembukaan tanah rancangan FELDA secara besar-besaran yang teratur, tersusun, semata-mata untuk diberi kepada rakyat khususnya bangsa Melayu bagi menjamin kehidupan mereka sehingga ke cucu cicit.

Cuba kita bayangkan, sudah berapa banyak program-program yang dilaksanakan FELDA untuk membangun kehidupan keluarga peneroka terutama generasi peneroka dari segi pendidikan, latihan kemahiran, ekonomi dan pelbagai lagi. Semuanya untuk kesejahteraan peneroka dan generasi-generasi FELDA.

Kenapa mesti kita semua terpengaruh dengan bisikan-bisikan jahat dari si ANAK iblis yang semata-mata untuk mengheret kita ke lembah kehancuran…….

Kenapa mesti kita nafikan segala yang telah diperuntukkan kepada kita sebagai warga FELDA ?

Jadikan diri kita sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur, seorang rakyat yang pandai berterima kasih kepada tangan-tangan yang memberi dan jangan terlalu kufur dengan nikmatNya………





17 comments:

  1. kdg2 aku sbg org kg biasa jeles dgn mcm2 keistimewaan yg diberikan kpd anak2 felda ni...

    ReplyDelete
  2. generasi felda sekarang dah tak ingat lagi pengorbanan orang tua mereka. sebab itu mereka menyokong pembangkang.

    lagipun mereka sudah hidup senang, mak bapak ada tanah lagilah cepat lupa diri. kalau masuk ke felda felda, kebanyakkan anak anak mereka mempunyai kereta kereta besar dan mewah.

    ReplyDelete
  3. Salam YG
    Inilah yang amat menyedihkan saya, YG, sebagai 'orang lama' yang tahu serba sedikit tentang penubuhan dan halatuju Felda sejak awalnya. Bakti Felda kepada orang Melayu kampung khasnya tidak dapat dikira dengan wang ringgit. felda memberi peluang kepada yang tiada apa2 untuk meperbaiki hidup. Tapi sekarang kita bedepan dengan generasi yang tak bersyukur, semata-mata kerana politik.

    ReplyDelete
  4. Jemmy76, selamat datang ke blog kawan dan terima kasih...

    Tinta Emas, Kama, kalau ada dikalangan peneroka, mahu pun generasinya yang merasakan tertipu, lihat diri sekarang, adakah lebih daif dari sebelumnya ? Inilah yang dikatakan mengkufuri nikmat.....

    ReplyDelete
  5. MEREKA INI MUNGKIN KUMPULAN YAANG TERTELAN CACING GELANG YANG TERJUNTAI DIPELEPAH KELAPA SAWIT KOT.

    ReplyDelete
  6. Salam Yang Gambi..CCZ dah banyak kali terlepas posting-posting Yang Gambi yang lepas kerana agak sibuk. Tapi dengan posting kali ini, tanda tanya CCZ sudah terjawab. Bukankah isu ini diketengahkan oleh Malaysiakini?Bila terbaca isu ini terfikir jugak takkan FELDA zalim dan tak telus? Tapi bila fikir balik, Malaysiakini memang terkenal dengan mengemis berita-berita sensasi waima ngiau kucing jalanan.Hehehe...

    ReplyDelete
  7. byknya iblis dalam FELDA kini.nanti NAK CARI DOA HALAU IBLIS DARI SI NIK AJIH.he he

    ReplyDelete
  8. "Jadikan diri kita sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur.... yang memberi dan jangan terlalu kufur dengan nikmatNya………"

    Bukankah segala apa yang kita ada dan segala kebolehan kita juga merupakan NIKMAT KURNIAANNYA jua. Dengan itu maka gunakanlah dengan seBAIK-BAIKnya. Berpada-padalah dalam menulis, jangan sehingga memberikan gelaran iblis kepada seorang yang juga seorang hamba ALLAH yang sejenis dengan Yang Gambi.

    Beringatlah bahawa jari-jari yang Yang Gambi gunakan untuk menaip 'keyboard' itu sesungguhnya ANUGERAH atas RAHMATNYA jua. Janganlah gunakan untuk berlaku zalim sesama manusia.

    ReplyDelete
  9. Dalam Felda sekarang pun dah banyak tukang cucuk ye. Sedangkan dari dulu sampai la sekarang, rasanya kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Felda ni.

    ReplyDelete
  10. Arif Omar, CCZ, RAM, terima kasih dengan komen tuan, agak lama juga tidak menjenguk blog tuan-tuan di atas kesibukan tugas.....

    Wong Pencen, terima kasih msih prihatin dengan blog kawan, kekadang kita terpaksa juga menggunakan perkataan yg kurang menyenangkan, kerana ANAK ini terlalu memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan masyarakat peneroka FELDA yang kebanyakannya tidak berpendidikan tinggi, ANAK mengajar mereka agar terus bersikap takbur dan kufur dengan nikmat......

    ReplyDelete
  11. YG. komen Yong Pencen tu ada betulnya.. tapi gua tabik kata lu YG kerana tulisan tangan lu la yang boleh olang bukak mata cikit .. jangan tepengaruh dengan Si ANAK delhaka ni.., gua olang kampung tatak lapat apa-apa pun , olang Felda anak emas..semua Kelajaan kasi tolong aa..lagi malah ka?..TQ Kelajaan BN, manyak tolong olang....gelenti gua kasi undi sama BN!

    ReplyDelete
  12. Mctheory, apabila melihat warga FELDA sudah mengecapi kesenangan hasil pembangunan tersusun oleh kerajaan, masyarakat hidup bersatupadu, bermuafakat antara satu sama lain, maka wujudlah anasir-anasir yang memecahkannya..... dakyah dari golongan kufur nikmat ini telah memecahkan keharmonian warga FELDA....teerima ksih komen tuan.

    ReplyDelete
  13. ni lah rupa org yg tak sedaq di untung...tak reti bersyukur.

    ReplyDelete
  14. DuriLaka, T1Malaysia, terima kasih komen tuan-tuan.... benarlah seperti yang pernah dikatakan Tun Mahathir, "Melayu mudah lupa"....

    ReplyDelete
  15. Menggunakan perkataan atau ungkapan yang kurang menyenangkan dalam penulisan adalah satu pilihan dan bukan paksaan. Kita diANUGERAHkan dengan minda untuk membuat pilihan antara yang baik dan sebaliknya.

    Kita diBERIkan pilihan antara untuk bersyukur atau kufur akan nikmat. Kita diBERI pilihan antara pahala dan dosa. Kita diBERIkan pilihan antara berlaku adil atau zalim. Gunakanlah minda untuk membuat pilihan terbaik kerana kita juga diBERIkan pilihan antara NIKMAT dan AZAB.

    ReplyDelete
  16. Menjelang PRU 13, Pakatan Rakyat dah mula masuk menyebarkan pengaruh dikalangan peneroka, sebab mereka cukup tahu, disinilah benteng yang terakhir yang mnentukan kemenangan UMNO dan orang melayu. Puak-puak DAP ni pun ambil peluang belasah cukup-cukup supaya samaratakan hak kepada kaum Cina. Berdasarkan kepada pemantauan, ada juga masyarakat peneroka yang jadi pak turut dan pengikut setia mereka, yang menunggu masa kononnya nak ajar UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang.

    Mereka lupa, dengan sikap tidak matang itu....mereka akan kehilangan tanahair mereka, ketika itu masyarakat peneroka felda kene kongsi samarata, sama banyak dengan mereka.....

    ReplyDelete
  17. YG .... Si Mazlan ni bukan anak derhaka tetapi ANAK HARAM. Maksud kawan bukanlah dia tu anak haram tetapi persatuan ANAK dia tu yang haram..... tidak berdaftar dengan pendaftar pertubuhan. Dia ni bukan saja tertelan cacing gelang, tapi terteguk sedikit round-up. Heeee kalau banyak boleh mati dia.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..