Friday, January 29, 2010

Nik Aziz - Ketegangan agama, UMNO juga dipersalahkan


Nik Aziz, semasa mengadakan makan tengahari bersama paderi Kristian serta 200 pemimpin lima agama utama Malaysia di sebuah hotel semalam menyatakan keteangan agama yang berlaku akibat daripadaUMNO telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya serta insiden merosakkan rumah ibadat agama lain.

Inilah akibatnya apabila sikap UMNO yang menolak dasar Islam dalam perjuangan kebangsaan mereka serta telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam.

Begitulah yang dilaporkan oleh HarakahDaily semalam.

Apa yang menghairankan, mungkin tanpa disedari Nik Aziz bahawa barisan pemuda semua parti politik di negara ini ia itu dari parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil kata sepakat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat yang disifatkan sebagai suatu perbuatan melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia. KLIK

Berikut adalah kenyataan penuh mereka:-

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.

Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.

Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Kalau mereka telah bersepakat membuat kenyataan bersama membantah di atas insiden-insiden yang berlaku tanpa mahu menuding jari kepada parti-parti lain.

Dan kalau pemimpin-pemimpin muda parti-parti politik yang berbeza ideology politik boleh berfikiran positif untuk keharmonian serta kestabilan politik Negara, mengapa golongan pemimpin-pemimpin veteran atau dewasa masih berfikiran kolot ?

Apakah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sudah merasakan diri terlalu bersih dari segala dosa-dosa politik ? Atau kerana kepentingan politik mengambil kesempatan memfitnah UMNO dihadapan ketua-ketua agama bukan Islam ?

Beginikah sifat-sifat seorang yang bergelar Tuan Guru ?

Kawan pernah menerima kritikan di dalam blog dan facebook, meminta agar tidak keterlaluan menghentam Tok Guru dan PAS, kawan disarankan agar lebih kepada sifat-sifat lembut untuk menarik mereka untuk mendekati UMNO.

Terima kasih di atas nasihat tuan-tuan, tetapi adakah mereka terutama Tok Guru Nik Aziz juga berfikir bagaimana kita berfikir ?

Lihat sahajalah apa tindak tanduk puak-puak ini apabila setiap kali kepimpinan UMNO cuba mengajak untuk bersama-sama berjuang di atas satu landasan ?

Kejian, penghinaan, sindiran dan pelbagai-bagai kata nista yang kepimpinan UMNO terima. Mereka dengan takbur dan bongkak untuk melihat UMNO berkubur……… fikirlah sendiri……..



22 comments:

  1. SLM BRO..TU LE CKP2 PEMIMPIN NYANYUK XDE OTAK!. MUNGKIN SAJE PENCACAI ERDOGEN PUNYE KEJE ATAU SAPE2 YG NAK AMIK KESEMPATAN. BIASALAA BAB TUDUH MENUDUH NI SERAH AJE KAT PARTI MILITAN PAS NI. DIRI SENDIRI JLN BENGKANG BENGKOK X SEDAR..HARKK PTUIHHH!! KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. salam TUAN YANG GAMBI.

    Agaknya Nik Aziz ni dah boleh letak jawatan...sampai permasalahan agama pun dikatakan masalah politik

    ReplyDelete
  3. UMNO kan pakar dalam "baling batu sembunyi tangan". Bab2 provok nie memang manjadi kepakaran UMNO dengan kerjasama p#@is

    ReplyDelete
  4. Salam Ziarah,

    AsYik-asyik persalahkan UMNO tak dak kerja lain.Sedapnya cakap suruh UMNO bertanggungjawab kalau dia tak suruhpun memang UMNO sentiasa akan bertanggungjawab keatas setiap perkara yang berlaku didalam negara ini sebab UMNO BN pemerintah.

    ReplyDelete
  5. Salam Perjuangan Sahabat
    Jelas Tuan Guru Nik Aziz ini masih tidak sedar apa yang diucapkan sebenarnya mengundang lagi banyak permasalahan didalam negara ini....sedarkah beliau bahawa terlalu over mencari kesalahan ora ng lain hinggakan kesalahan sendiri tidak nampak...sesungguhnya Allah SWT maha Adil

    ReplyDelete
  6. Nik Aziz tuding jari kepada UMNO konon nak mintak paderi2 tu kempen untuk dia nanti jadi ketua IFC nanti..hehe.. boleh makan kek besar-besar!!!

    Paderi tu tersengih-sengih je le dalam hati cakap ko tuduh2 UMNO buat tapi yang bagi bajet tiap tahun Kerajaan Persekutuan.

    Kerajaan Kelantan janji air liur dibalas air liur je le!! hehehe

    ReplyDelete
  7. Nyanyuk teruk dah orang tua nih..memalukan. Perangai seorang ulama macam ni ka? Dah lah memecah belahkan Melayu Islam. Nau'zubillah..

    ReplyDelete
  8. Gila sangat nak kalahkan UMNO/BN, PAS sanggup lacurkan Islam. PAS sekarang mengiktiraf Islam sebagai agama yang sama dengan agama-agama lain. Bukankah Allah befirman bahawa satu-satunya agama yang benar ialah Islam dan tiada lain? Demi undi dan populariti, PAS samatarafkan Islam dengan yang lain-lain.

    ReplyDelete
  9. biadapnya orang tua ni. suka memfitnah walaupun umur dah nak pergi.

    seksa orang tua ni lepas mati nanti kalau orang tak nak ampunkan dosa dia.

    ReplyDelete
  10. Salam YG,

    Tapi kawan pelik lah, mengapa yang kena tangkap budak2 muda yang kerja despatch ?

    Macam ada sesuatu yang tak kena? Adakah mereka ini budak2 yang tiada kerja, kumpulan samseng yang mahu menunjukkan "kejantanan" mereka ataupun sememangnya ada "dalang" yang mempergunakan mereka.....

    ReplyDelete
  11. PAK NIK BELUM BANGKIT TIDOR LAGI

    ReplyDelete
  12. POK NIK DAH TUA! DIA DAH TAK TAU NAK BEZA YANG MANA BAIK, YANG MANA BURUK!

    ReplyDelete
  13. NIK AJIS NIE MEMANG DAH NYAYUK PERINGKAT TERUK..
    OTAKNYA TAK MAMPU UNTUK MEMBUAT PERTIMBANGAN LAGI

    ReplyDelete
  14. memang hampeh nik ajis ni...dengan orang kristian bole salam dan peluk lak..

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Apa agong sangat dengan Padri Kristian, adakah lebih baik menghulurkan salam sesama islam.
    Nik Ajis ini suka menyalahkan UMNO sahaja, sedangkah apa yang dibuat di dalam PAS. Pertambahan kes jenayah dan maksiat di Kelantan masih tinggi, jangan salahkan Polis sahaja.
    Itulah kerja Menteri Besar, jangan pandai berceramah dan mencari kesalahan kerajaan UMNO & BN.

    ReplyDelete
  16. Tok guru selama ini duk kata orang...Tuhan pusing kat dia pulok.....tengok kes Kroni cakap UMNO Kroni...dia tu lantik menantu jadi CEO..memenangkan menantu lar tu.....

    ReplyDelete
  17. saya suka melihat mereka duduk semeja dan berbincang. itulah yang sepatutnya dilakukan. tetapi saya tidak suka dengan pas khususnya nik aziz yang sekejap macam ini sekejap macam itu.. saya sendiri pun keliru, apakah islam yg diamalkan oleh nik aziz ini sebenarnya? islam berdasarkan logik politik atau islam berdasarkan kepentingan parti atau ajaran islam yang sebenarnya? kekecewaan saya ini dapat dirasai oleh kita semua yg dahulunya melihat pas adalah satu-satunya parti yang mempertahankan agama islam daripada dicabuli oleh mereka bukan islam. tetapi kini, mereka sendiri yang membuka skirt utk membiarkan Islam dirogol. sekian terima kasih. ini saja komen saya.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    inilah kepimpinan memalukan nabi, asyik nk salahkan org dan harapkan sumber asli, mcmmn Islam nk maju?

    ReplyDelete
  19. Salam Yang Gambi
    Lately, apa saja DAP kata, PAS jawab "YES". Perlu berubah. Fikir dengan kewarasan yang waras.

    Para Ulama akan ditinggalkan dengan hanya alasan yang mudah "hendakku bawa roketku sempit".. Apabila semua yg mereka idamkan tercapai atau bila melihat kepentingsn mereka EXPIRED.

    ReplyDelete
  20. Dulu kata berbaik dengan kafir tak boleh, sekarang dah boleh peluk-peluk lak, apa kena orang PAS ni, sanggup gadai islam demi kepentingan politik dia orang... tak abis2 nak salahkan orang lain.. Nanti tunggulah azab diakhirat angkara caci nista dan fitnah yang dihemburkan.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih sahabat semua dengan komen-komen yang membantu....... maaflah kawan tidak dapat berblog hampir seminggu........ biasalah dengan tugas-tugas luar pejabat...... tak de brodband...

    ReplyDelete
  22. "sesungguhnya orang2 yang beriman hanyalah orang2 yang beriman kepada allah dan rasulnya kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan allah.Mereka itulah orang2 yang benar.."(surah al-hujurat ayat 15)

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..