Semalam, PahangDaily Online memaparkan artikel kononnya pemblogger dari Blogger Pembela Negara yang selama ini mempertahankan pemimpin UMNO bermati-matian, tidak diberi perhatian oleh kerajaan UMNO-BN dan terpaksa berkokok, merintih mengharapkan simpati.
Benarkah BPN sampai ke taraf begitu ? atau inilah caranya PDO memecahbelahkan blogger-blogger pro UMNO ?
Kawan tidak mahu hendak komen apa-apa dengan artikel dari PDO ini, dan kawan rasa biarlah ahli-ahli dan penyokong BPN sendiri memberi gambaran sebenar dengan paparan PDO yang agak memalukan ini……
Dibawah ini kawan copypastekan apa yang telah dipaparkan oleh PahangDaily :
Sensasi: Kebajikan Tidak Di Jaga, Blogger Pembela Negara Di Pelawa Sertai Team Blogger Rakyat Bagi Meneruskan Perjuangan Mereka Di Alam Siber Ini
Sungguh malang bagi puak-puak Blogger Pembela Negara (BPN). Biarpun mereka mempertahankan pemimpin UMNO bermati-matian, namun ternyata kelibat mereka langsung tidak diberi perhatian oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Akhirnya terpaksalah mereka berkokok dalam keadaan merintih mengharap simpati. Ini berlaku di seluruh negara bahkan ia pernah diluahkan oleh orang kuat BPN iaitu Pangliman Perang Cyber satu ketika dulu. Mereka membela, mempertahankan malah melakukan segalanya untuk UMNO. Namun, nasib mereka terus dipinggirkan tanpa pembelaan. Malah ada dikalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, sanggup berjuang bermati-matian bagi menangkis asakan blogger rakyat. Hakikatnya, mereka wajar "demand" dan memohon peruntukkan khas bagi menampung kewangan puak-puak mereka yang sudah semakin kempis. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Apa yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Janji tinggal janji, segala yang diharapkan tidak kunjung tiba. Komputer, laptop, talian internet dan sebagainya tidak diendahkan. Malah, sumber kewangan mereka juga dinafikan. Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Ramai juga dikalangan ahli BPN yang menghubungi PDO, memohon untuk masuk team Blogger Rakyat. Kami sedang pertimbangkan perkara ini. Apalah guna mengampu pemimpin UMNO, seandainya mereka langsung tidak mahu menjaga kebajikan para blogger budiman semua. Atas nama perjuangan, mereka harus berpijak dibumi yang nyata. Usahlah berada dalam alam fantasi sekiranya nasib tidak menyebelahi anda. Ayuh, bersama kami untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat yang sudah lama tertindas dan dinafikan hak di bumi sendiri sejak dulu, kini dan selamanya. Ramai juga dikalangan ahli BPN kini yang terpaksa merayu kepada pemimpin UMNO agar memberi ruang dan perhatian kepada mereka. Namun, apakan daya mereka terus tidak dibela. Nasib mereka umpama telur dihujung tanduk, hidup segan mati tak mahu.
Benarkah BPN sampai ke taraf begitu ? atau inilah caranya PDO memecahbelahkan blogger-blogger pro UMNO ?
Kawan tidak mahu hendak komen apa-apa dengan artikel dari PDO ini, dan kawan rasa biarlah ahli-ahli dan penyokong BPN sendiri memberi gambaran sebenar dengan paparan PDO yang agak memalukan ini……
Dibawah ini kawan copypastekan apa yang telah dipaparkan oleh PahangDaily :
Sensasi: Kebajikan Tidak Di Jaga, Blogger Pembela Negara Di Pelawa Sertai Team Blogger Rakyat Bagi Meneruskan Perjuangan Mereka Di Alam Siber Ini
Sungguh malang bagi puak-puak Blogger Pembela Negara (BPN). Biarpun mereka mempertahankan pemimpin UMNO bermati-matian, namun ternyata kelibat mereka langsung tidak diberi perhatian oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional. Akhirnya terpaksalah mereka berkokok dalam keadaan merintih mengharap simpati. Ini berlaku di seluruh negara bahkan ia pernah diluahkan oleh orang kuat BPN iaitu Pangliman Perang Cyber satu ketika dulu. Mereka membela, mempertahankan malah melakukan segalanya untuk UMNO. Namun, nasib mereka terus dipinggirkan tanpa pembelaan. Malah ada dikalangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, sanggup berjuang bermati-matian bagi menangkis asakan blogger rakyat. Hakikatnya, mereka wajar "demand" dan memohon peruntukkan khas bagi menampung kewangan puak-puak mereka yang sudah semakin kempis. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. Apa yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Janji tinggal janji, segala yang diharapkan tidak kunjung tiba. Komputer, laptop, talian internet dan sebagainya tidak diendahkan. Malah, sumber kewangan mereka juga dinafikan. Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Ramai juga dikalangan ahli BPN yang menghubungi PDO, memohon untuk masuk team Blogger Rakyat. Kami sedang pertimbangkan perkara ini. Apalah guna mengampu pemimpin UMNO, seandainya mereka langsung tidak mahu menjaga kebajikan para blogger budiman semua. Atas nama perjuangan, mereka harus berpijak dibumi yang nyata. Usahlah berada dalam alam fantasi sekiranya nasib tidak menyebelahi anda. Ayuh, bersama kami untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat yang sudah lama tertindas dan dinafikan hak di bumi sendiri sejak dulu, kini dan selamanya. Ramai juga dikalangan ahli BPN kini yang terpaksa merayu kepada pemimpin UMNO agar memberi ruang dan perhatian kepada mereka. Namun, apakan daya mereka terus tidak dibela. Nasib mereka umpama telur dihujung tanduk, hidup segan mati tak mahu.
[Para ahli Blogger Pembela Negara harus sedar akan sikap sebenar pemimpin UMNO itu. Maka, apalah guna mereka cuba untuk mengampu dan mempertahankan pemimpin yang langsung tidak mahu memberi perhatian kewujudan mereka di alam siber. Di Pahang misalnya, ada blogger seperti BraveHeart yang dilihat begitu komitmen untuk membantu perjuangan UMNO. Namun, sudah beberapa kali beliau menyatakan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja tidak menjaga kebajikan mereka. Malahan juga langsung tidak memberi ruang serta peka dengan kewujudan mereka di alam siber. Media alternatif dianggap tidak penting dalam arus perjuangan. Walhal mereka sendiri tahu bahawa pengaruh media alternatif terutamanya blog telah menyebabkan UMNO BN kalah dibeberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu. Apakah Pahang akan menjadi negeri seterusnya. Oleh itu, marilah kita bersatu atas nama Perjuangan Rakyat demi keadilan sejagat. Apalah guna perjuangan jika keringat yang dicurah tidak langsung diberi perhatian oleh pemimpin atasan. Kami menghulur tangan untuk kita bersatu di alam siber demi sebuah perjuangan leluhur!].
Kawan memohon maaf kepada BPN jika paparan kawan ini menyalahi, tetapi kawan rasa adalah sepatutnya pihak BPN menyatakan yang benar dan ikhlas…..
Kawan sebagai blogger baru dalam maya cyber agak terasa pelik dan terkilan dengan kenyataan yang sebegini….....
Kawan memohon maaf kepada BPN jika paparan kawan ini menyalahi, tetapi kawan rasa adalah sepatutnya pihak BPN menyatakan yang benar dan ikhlas…..
Kawan sebagai blogger baru dalam maya cyber agak terasa pelik dan terkilan dengan kenyataan yang sebegini….....
Salam 1 Malaysia,
ReplyDeleteKepada sahabat-sahabat blogger, kawan mohon maaf kalau artikel ini menyinggung para sahabat. Mulai hari ini hingga 21 Feb 2010 kawan bertugas di Konvensyen UMNO Pahang sebagai pemerhati..... mungkin tidak sempat updatekan blog. Terima kasih dengan komen tuan-tuan.
ermm...bukan nak salahkan ape yg dah berlaku.tapi sejak 2menjak ni BPN seperti melebihkan satu pemimpin sahaja..jika pemimpin ini di kutuk,di tegur,di marah mereka cepat membidas...
ReplyDeletejika pemimpin BN lain yg terkene,mereka simbah minyak tanah bagi panas lagi..takde pun nasihat2 agar tidak memburukkan pemimpin tu!!..
mintak maaf sangat2..ramai boleh melihat apa yg berlaku.
Kalau masuk team blogger rakyat, adakah BPN akan mendapat perhatian dan ditatang bagai minyak yg penuh?
ReplyDeleteBab sesetengah pemimpin Umno tu kawe setuju, kebanyakannya hanya berjuang untuk diri sendiri dan mencari kekayaan melalui politik!
Sebenarnya sesama blogger UMNO sendiri pun tak sehaluan. Ada sesetengah blogger BPN sanggup berperang dengan dengan pemimpin sendiri contohnya memperlekehkan KJ, Pak Lah, Zahid Hamidi dan Nazri. Dan ada sesetenganhya mengampu Mukriz melebihi Ketua Pemudanya.
ReplyDeleteApa nak jadi dengan jemaah BPN sendiri jadinya kucir-kacir. Kalau dah tak ada persefahaman lebih keluar dari BPN dan jadi pemerhati bebas lebih baik. Kita boleh hentam siapa sahaja jika mereka tidak betul dan menjalankan amanah rakyat. Itu lebih baik. Tiada siapa nak pertikai keahlian kita.
Perkara ini memang benar2 berlaku ..
ReplyDeleteapa yang PDO cakap berdasarkan maklumat yg beliau dpt dri blogger BPN sendiri adalah benar. Mungkin ada blogger BPN yg mahu join Blogger rakyat sy rasa mungkin tidak .
blogger BPN yg menyerang pembangkang siang dan malan malah mempertahankan kerajaan memang diabaikan oleh kerajaan BN !! ini lah hakikat yg sy perlu luahkan walaupun pahit !!
sudah byk kita berjumpa dgn pemimpin2 UMNO , Menteri hingga la TPM tetapi kesudahannya blogger BPN tidak pandang langsung .
terbaru PB sendiri dan beberapa blogger BPN yg lain telah dikencingkan hidup2 oleh pegawai TPM sendiri di program TPM di Angkasapuri baru-baru ini ..
Kami dijanjikan diberikan percuma P1 Wimax percuma selama setahun dan blogger yg hadir ke program itu akan bantu promosikan blog TPM My- Malaysia di blog masing2 ..
tetapi hingga sekarang P1 Wimax ke mana ,duit tambang aku dari Penang ke KL pun habis .. memang Pegawai TPM yang muka saja nampak baik itu telah kencingkan semua blogger ..
thanks Yang gambi kerana post kan artikel ini.
Pejuang Bangsa
Exco BPN Penang
Baik jadi blogger bebas.. boleh tegur sapa sahaja... berpihak tu boleh... tapi jangan lah sampai taksub dan melampau...
ReplyDeleteSaya tetap menyokong BPN atas dasar membela negara tetapi dalam pada itu saya juga bebas dan tidak mahu terikat dengan apa-apa syarat sebab saya mahu bebas menulis tentang apa yang ramai orang lihat yang ianya jika tidak dibendung akan merosak masa depan bangsa dan negara Malaysia keseluruhannya...
ReplyDeleteJadilah seperti pejuang Umno yang menentang Malayan Union lebih 50 tahun dahulu.....
ReplyDeleteSanggup bergolok-bergadai berjuang tanpa mengharapkan balasan...... Sememangnya ianya amat membantu jika BN boleh membantu membayar bil2 internet dan memberikan sebuah laptop berkuasa tinggi untuk blogger pro herajaan/BPN tetapi jika ianya terlalu sukar disebabkan kesimpitan ekonomi, saya percaya para blogger masih boleh menerimanya.
Cuma janganlah menghamburkan janji2 kosong dan dipihak yang lain jangan pula ada berita-berita seperti "S/U Politik Menteri Kanan ditangkap dengan wang tunai berjumlah Jutaan ringgit". Ini sebagai contoh....
Bagi blogger yang tidak bekerja mungkin mereka ini boleh diserap didalam mana-mana organisasi kerajaan seperti JASA dan KEMAS.
Saya percaya, blogger BPN tidak akan berpaling tadah untuk menyokong para pengkhianat agama, bangsa dan negara.
blogger BPN bukanlah dibayar oleh umno. Kan pada mulanya kita ikhlas berjuang untuk tegakkan kebenaran.
ReplyDeletepedulikanlah kalau umno tak hargai kita. yang penting, pembaca yang membaca blog kita dapat mengetahu kebenaran sesuatu isu.
Aku sendiri tak pernah bersemuka dengan mana mana pemimpin umno. lantaklah mereka janji apapun. tak kebulur langsung aku dengan mereka.
Apa yang aku buat sekarang, ialah kerana aku cuma percaya yang umno sahaja yang mampu meneraju malaysia dengan cara yang lebih baik berbanding mana mana parti politik lain.
Sebaiknya BPN juga tidak hanya mengkritik pembangkang sebaliknya kritiklah juga umno. mengkritik tidak bererti membenci sebaliknya untuk mengajar agar tidak melakukan kesilapan.
siapa yang disokong oleh blogger,itu adalah pendirian peribadi seseorang blogger itu sendiri. tak payahlah kita nak bergaduh sesama sendiri.
PDO siarkan cerita ni sebab mereka dah rasa penangan blogger BPN. oleh itu blogger BPN tak perlulah pikir sangat usul dia.
Dia cuma nak melemah dan memecahbelahkan kita sahaja.
Yang penting, blogger BPN menceritakan perkara sebenar, dan satukan orang melayu kerana ternyata ada usaha pihak tertentu yang sedang melemahkan kuasa politik orang melayu sekarang.
Salam YG.
ReplyDeleteMasalahnya sekarang ni ialah, kalau pemimpin kerajaan tak mahu menghargai sumbangan para blogger jalanan seperti BPN, tak apalah.
Blogger2 ni pun tak paksa diberikan penghargaan.
Tetapi, keadaan yang jadi sekarang ialah, ada segelintir pemimpin serta pegawai kerajaan yang mendapat nama diatas hasil usaha blogger2 tak bertuan pro kerajaan ini.
Ada pulak yg tanpa segan silu mengambil kredit diatas penat lelah blogger2 mencari isu. Dan ada yang sanggup mengaku bahawa blogger2 pro kerajaan adalah dibawah kawal seliaan mereka.
Ayat mudahnya ialah, mereka mendapat nama dan juga "habuan" diatas kerja yg blogger2 lakukan. Blogger2 pro kerajaan cuma masuk angin keluar asap saja.
Pemimpin2 utama diatas mati-mati ingatkan penghargaan mereka sampai kepada blogger2 pro kerajaan, tetapi sebenarnya ada dua tiga kerat individu yang "sendawa kekenyangan".
Fikir-fikirkanlah...
Salam,
ReplyDeleteSaya juga tidak mengharapkan penghargaan diatas penulisan blogger.
Sepatutnya dihimpunkan bloggor seluruh Pahang dan hargailah blogger yang mempertahankan kerajaan dan hargai jasa mereka. Ini kerana ramai juga blogger yang masih sayang serta mempertahankan kerajaan BN.
Salam Yanggambi,
ReplyDeletesaya juga turut sependapat dengan ISAC, YB Raz, Spy Leman dan Mat Yen...
...contohilah perjuangan pejuang-pejuang tanahair yang terdahulu sehingga berjaya membebaskan negara dari cengkaman penjajah british dan komunis...
hadir berjumpa dengan majlis TPM hanya kerana janji2 manis je ke??..
ReplyDeletehhehehhe....minta maaf jika saya sedikit berkasar dalam bab ini..apakah tujuan asal penubuhan BPN??..nak internet free??..nak habuan bulanan??..nak penghargaan??..inilah yg menjadi duri dalam perjuangan dan lari dari objektif sebenar..
pendedahan hanya untuk penghargaan??..jika pembangkang memberi habuan lumayan tak mustahil mereka yg mempunyai niat ingin di hargai akan lari kecewa dengan menghentam semula keajaan BN..
muhasabah diri..pulang kepada objektif sebenar.jgn terikut2 rentak permainan pembangkang.sekarang mereka semakin bersorak kerana blogger2 BPN sedang melatah..
komen PARPU KARI???..hahahha..tu salah sorng yg sedang berusaha nak kucar kacirkan blogger penyokong kerajaan BN dengan melakukan penyamaran..
ReplyDeleteDan kerana itulah, saya lebih gemar bergerak bebas sekalipun posting saya MENUMPANG di DEPAKATA. Saya sudah lama terguris dengan perangai sebahagian daripada pembesar-pembesar UMNO ini... di hadapan saya sendiri, mereka mengaku posting saya adalah HASIL mereka, padahal, saya tidak pernah dan tidak akan menjadi BUDAK mereka DAN TERLEBIH MALANG, MEREKA TIDAK KENAL PUN SAYA. Saya tidak pernah berminat untuk terikat dengan sesiapa pun ketika menulis. Dan saya tidak akan menyorong-nyorong pipi untuk berkenalan atau berbaik, mahupun untuk dibelanja teh secawan oleh mereka ini.
ReplyDeleteSaya menulis kerana saya ingin menulis dan saya menulis berdasarkan apa yang saya pandang, dengar dan rasa. Andai mereka melakukan kesalahan, saya tidak akan teragak-agak untuk menghentam mereka sebagaimana saya menghentam Hishamuddin Hussein Onn mahupun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz, Johari Baharom dan lain-lain. Andai UMNO melakukan pembohongan, apa perlu kita mendukung kesalahan itu tetapi andai kebenaran dan kebaikan yang dilakukan, mengapa pula kita harus nafikan. Begitu juga dengan PAS terkecuali PKR dan DAP.
Saya sentiasa mempercayai kebenaran akan mengatai kebatilan dan ianya bukanlah satu slogan semata-mata.
Apabila saya melihat dan membaca Pahang Daily Online pada artikel tawaran kepada ahli-ahli BPN, saya hanya ketawa. PDO secara tidak sengaja telah mendedahkan bahawa mereka sememangnya anak syarikat Pakatan Rakyat dan para pemimpin mereka yang akan sanggup melakukan apa sahaja, hatta memamah najis sendiri kerana mereka adalah upahan.
Saya tidak salahkan mereka. Bahkan penulisan zaman sekarang, bukan lagi tentang ikhlas atau perjuangan sebaliknya tentang wang dan kekuasaan. Maka disebabkan itulah, saya melihat ramai yang tidak tahu menulis dan hukum-hakam penulisan tetapi mempunyai komitmen terhadap penulisan biarpun ianya satu bentuk fitnah yang boleh merosakkan struktur sosial dan budaya, bahkan agama yang kita anuti.
Saya bukanlah ahli BPN bahkan DEPAKATA juga bukanlah ahli BPN. Kami bebas dan tidak terikat, tetapi kami sentiasa bersama-sama BPN dalam memperjuangkan kebenaran. Biarpun mungkin nada saya dan DEPAKATA sedikit menyongsang dengan BPN, kami sentiasa menghargai usaha BPN untuk MENGERATKAN DAN MENYATUKAN UKHWAH kepimpinan MELAYU/ISLAM serta BUMIPUTERA/PRIBUMI di Tanah Melayu yang tercinta ini.
Apa kena dengan korang nie....
ReplyDeleteBerjuang untuk BN @ UMNO?
Jgn salah faham sahabat BPN sekalian... Kita berjuang demi Agama Bangsa dan Negara.
BPN tidak pernah mendokong UMNO dan BN tetapi kita mendokong mereka yg sebenarnya memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.
Setakad ini, UMNO dan BN jelas menepati hasrat kita kerana itu kita sokong mereka.
Jika mereka menentang Melayu dan membelakangkan Islam... Mereka pula akan kita tentang...
Come On BPN.... stable... jgn melatah dengan kata-kata pembangkang.
bro Taming Sari,
ReplyDeleteidea gua sama lah dgn bro.tepat sekali.kita berjuang demi bangsa agama dan negara.yup.its really true.
betul Taming Sari, kita menyokong pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk membela nasib bangsa dan negara... pemimpin yang berkhidmat semata-mata kerana pangkat dan kepentingan diri walaupun mereka dari kalangan pemerintah tetap akan ditentang apatah lagi mereka dari kalangan pembangkang yang jelas menipu dan membohongi rakyat...
ReplyDeleteMc cuma blogger bebas yang menyokong UMNO. Bukan menyokong semua, tapi menyokong dasar UMNO. Bukan setia pada pemimpin tapi kepada parti. BPN memang patut ada, cuma kalau boleh bukalah peluang kepada blogger-blogger baru macam Mc ni. Bukannya abaikan.. banyak lagi nak taip ni. tapi abaikan je la.
ReplyDeletekepada semua blogger,berjuang lah dengan ikhlas.InsyaAllah anda berjaya.x perlu berharap kepada apa2 ganjaran kerana itu akan melemahkan anda semua..teruskan berjuang..
ReplyDeletesalam bro...
ReplyDeletebagi saya kalau menulis untuk mendapatkan peruntukan baik tulis proposal bisnes dari menulis pasal politik dan perjuangan..
kita berjuang untuk kebenaran demi agama, bangsa dan negara..contohilah pejuang2 terdahulu yang tidak mengharapkan balasan hanya kebenaran yang mereka mahukan...
~salam perjuangan bro~
Salam sdr YG...
ReplyDeleteizinkan sy mencelah...
Saya kira, ketika dipadang, wajar melihat dimana garisan, maka dptlah bermain cantik, tidak pancit kehulu kehilir.
Tiap kelahiran harus disambut, utk itu perlu 'bidan'. Mungkin 'bidan2' sebelum ini 'bidan terjun'. Jgn putus asa sesungguhnya Allah swt maha adil terhadap hamba2nya.
Penyelesaian rasanya ada pada nombor wahid kerana Bottom line PRU 13. Bertenang... pengalaman mematangkan pemikiran.
Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dpt sagunya. Kata omputeh plak 'no pain, no gain' (bukan 'pain in ur ass' ye - itu ayat CIFUT hehe)
Apapun sy doakan sdr YG dan rakan2 seperjuangan selamat maju jaya.
Salam hormat...
ps : ini hanya pandangan pribadi sy sahaja sebagai peminat kpd blog sdr & blog2 pro kerajaan
sabar-sabar. tiap perjuangan banyak cabarannya
ReplyDeleteseperti alunan suara Ramli Sarip...aku menulis bukan kerana nama.....
ReplyDeleteTerima kasih sahabatsahabat semua memberi komen yang benar-benar menguris hati...... kita menulis bukan untuk menjadi popular, di upah atau sebagainya.... kita menulis kerana kita merasakan perlu untuk memberi sedikit pandangan kepada anak-anak bangsa yang terlalu banyak didakyah oleh manusia haloba......
ReplyDeleteSelamat berjuang sahabat-sahabat demi kebenaran....
berani kerana benar lar beb.. huhhh
ReplyDeleteSalam Kekanda YG, memang betul pendapat blogger pro kerajaan, kita tidak mengharap apa-apa imbalan dalam mempertahankan kerajaan yang ada di sebalik alam maya ni...tetapi UMNO dan BN juga harus ingat bahawa aparuginya menghargai para blogger yang selama ini berada di barisan hadapan alam maya. Dan penghargaan itu bukan dengan menjulang nama blogger sampai ke langit, memadai dengan patah-patah kata walau terima kasih.....Andai orentasi BPN ikhlas demi sebuah perjuangan bangsa agama dan negara, insyaAllah.....rezki takakan kemana......Allah pasti akan memberikan balasan dan ganjaran samada di dunia, maupun diakhirat, mungkin sekarang.....atau mungkin dinikmati anak cucu kita pada masa yang akan datang.......
ReplyDelete