Sunday, February 28, 2010

UMNO Pahang – Dato’ Sri Adnan minta tambah 9 kerusi Parlimen, adakah UMNO-BN terdesak atau pakatan pembangkang yang rasa tersedak ?

Selepas UMNO Pahang mengadakan konvensyen di UiTM Jengka, tak habis-habis pembangkang menimbulkan isu, nampaknya gerun sangat parti pembangkang di Pahang dengan kebangkitan UMNO-BN.

Blog PahangDaily sekali lagi menampakkan kegusarannya bila mempersoalkan cadangan Dato’ Sri Adnan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang agar Pahang diberi tambahan 9 kerusi Parlimen.

Pahang Daily mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Sri Adnan semasa Konvensyen UMNO Pahang baru-baru ini kerana telah membayangkan UMNO-BN akan menghadapi kekalahan dalam PRU datang.

Kononnya UMNO-BN berada dalam keadaan yang amat terdesak serta nazak dan UMNO-BN sedang mencari jalan untuk memastikan terus unggul dalam PRU akan datang dengan cara memperbanyakkan kerusi parlimen di kawasan selamat bagi membantu talian hayat UMNO-BN.

YG : UMNO-BN yang terdesak atau pakatan pembangkang yang merasa tersedak ?

Salahkah jika Pahang mendesak agar mendapat tambahan kerusi Parlimen ?

Negeri Pahang adalah sebuah negeri yang paling luas di semenanjung Malaysia, dengan mempunyai 14 kawasan Parlimen serta 42 kawasan DUN, rasanya adalah wajar jika SPR mengkaji persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Sekiranya Pahang mendapat tambahan 9 kerusi Parlimen, bererti Pahang juga akan mendapat tambahan antara 18 atau 27 kawasan DUN, ini bererti rakyat Pahang akan mendapat lebih ramai Wakil-Wakil Rakyat yang bakal memberi perhatian kepada mereka…….

Apa yang pembangkang begitu mengelabah sangat dengan saranan Dato’ Sri Adnan ?

Kalau pembangkang di Pahang merasakan sudah terlalu kuat, rasa di terima rakyat, mengapa perlu gentar ?

Kalau rakyat di Pahang sudah memutuskan memilih pembangkang, sesiapa yang dipilih menjadi wakil rakyat kenalah berkhidmat untuk rakyat…… jangan jadi macam di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang sudahlah……. Cakap tak serupa bikin….. apa yang jelas PKR dan PAS menjadi bacul dengan karenah DAP…….





13 comments:

  1. Salam Yanggambi!... saya setuju seperti sdr katakan bahawa Pahang antara negeri paling luas di Semenanjung.

    Biasalah... UMNO-BN dengan kerjasama SPR akan meluaskan sempadan yang mana patut agar pemimpin UMNO-BN boleh berasa selesa. Tujuan tidak lain untuk memecah undi PR dimana kawasan yang berpotensi PR akan menang. Maklumlah... Pahang kawasannya luas.

    Tapi ingat..., tersalah cipta sempadan rupanya kawasan hutan rimba yang berpenghuni beruk dan binatang buaslah jadi pengundinya nanti. Adakah UMNO sanggup menjadi calonnya nanti!...

    ReplyDelete
  2. AIB, terima kasih komen, jgn selalu sangat nak mengaitkan UMNO dgn perkara2 buruk.... Pahang semakin bertambah penduduknya akibat kebanjiran rakyat2 dari luar mencari rezeki di Pahang, lebih-lebih lagi dari Kelantan..... banyak sangat tanah-tanah kerajaan diteroka secara haram, lepas tu ugut kerajaan Pahang.... kena ingat juga, kerajaan Pahang bukan zalim untuk bertindak, kerana mereka orang Melayu, tetapi puak-puak ini yg tak sedar diri juga...

    ReplyDelete
  3. Lagi banyak kerusi Parlimen ditambah maka lagi banyaklah wang diperlukan oleh PAS untuk bersedia hadapi pilihanyara..Kan semput tu Yang Gambi..Habis dah hutan kena tarah di Kedah. Lepas ni kat mana pula?

    ReplyDelete
  4. cadangan bagus tapi tak guna juga kalau 9 kerusi jatuh kepada pembangkang.

    umno pahang kena bekerja keras dahulu sebelum minta kerusi tambah. nanti yang dikejar tak dapat, dikendong jatuh tercicir pulak.

    ReplyDelete
  5. CCZ, setuju dengan komen tuan.......trima kasih.

    YB Raz, UMNO Pahang perlu kerja kuat, jujur dan ikhlas memperjuangkan untuk rakyat, slogan jangan hanya sekadar retorik...... kawan setuju sangat komen tuan dan terima kasih.

    ReplyDelete
  6. PAHANG.
    SEMUA BESAR. NO PROBLEM. PG SETUJU SANGAT.

    ReplyDelete
  7. Hamba biasa mengembara merata Pahang. Mashaallah kawasan Parlimen Jerantut mithalnya. Rompin pun apa kurangnya. Pekan dan Paya Besar, semuanya luas luas belaka.

    Pernah juga hamba membuat kajjian pergerakan pengundi di Rompin yang memperlihatkan pada satu masa bilangan pengundi menjadi tambah sedikit walau pun pendaftaran pengundi baru dibuat. Faham tak kenapa.

    Pas memindahkan pengundinya keluar dari kawasan yang mereka tahu mereka tak boleh menang. Maknanya mereka mencaturkan kedudukan pengundi mereka. Kalau persempadanan semula dibuat akan jadi kacaulah caturan mereka.

    Inilah yang membuatkan mereka rioh dengan cadangan Tok Nan tu. Jangan tak faham kerja mereka.

    ReplyDelete
  8. Kalau YG sokong sangat cadangan tambahan kerusi parlimen di Pahang, maka sokongan yang serupa mesti diberikan terhadap pertambahan kerusi parlimen di negeri2 kedah terengganu dan kelantan, begitu juga di Selangor dan Perak!!!

    ReplyDelete
  9. AIB,Isac, CLJ, terima kasih komen tuan... sebenarnya Pahang sudah lama memerlukan pertambahan kerusi memandangkan keadaan kawasan yg luas...

    Kuda Perang, seingat-ingat kawanlah, pada tahun 1995/1999 persempadanan semula telah diluluskan di Parlimen...tetapi kerajaan Kelantan sendiri telah menolak perubahan tersebut kerana merasakan tidak mendapat keuntungan kepada kerajaan PAS....

    ReplyDelete
  10. pecahan kerusi mgkin lebih baik utk memberikan lebih fokus kpd YB setiap kawasan. ada sesetengah tempat di pahang terlalu luas dgn pengundi yg ramai. jika dipecahkan, eloklah dan mudahlah tugasan utk mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

    ReplyDelete
  11. Insya'Allah rakyat Pahang masih lagi boleh berfikiran rasional dan setia kepada BN, janji wakil BN sentiasa turun padang :-), koi pun org pahang jgk weh

    ReplyDelete
  12. Jangan berbohong lah YG, mana boleh negeri mudah2 saja nak tolak persempadanan macamtu, Tahun 1995 Kelantan dapat tambahan beberapa kerusi antaranya Parlimen Jeli n Parlimen Peringat.

    Terkini populasi pengundi di setiap kawasan parlimen Kelantan ada pertambahan ketara dan perlukan pertambahan kawasan baru seperti yang Pahang perlukan.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..