Saturday, February 27, 2010

Konvensyen UMNO Pahang-menyusahkan ibubapa & pelajar, bimbang ada pencuri dikalangan perwakilan ?


PahangDaily melaporkan, ramai ibubapa pelajar dan pelajar UITM cawangan Jengka kecewa dengan tindakan Badan Perhubungan UMNO Pahang menganjurkan konvensyendi kampus berkenaan pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010. Klik

Ibubapa dan pelajar UiTM Jengka mendakwa tindakan UMNO Pahang menggunakan kampus tersebut telah mencabuli peraturan IPT, juga dikatakan telah menyusahkan para pelajar mengambil barang-barang peribadi untuk dibawa balik ke kampung kerana bilik mereka digunakan perwakilan UMNO Pahang.


Semua pelajar diarahkan agar tidak meninggalkan barangan peribadi didalam almari atau bilik kerana bimbang akan diusik atau dicuri oleh para perwakilan Konvensyen UMNO Pahang.

Tidak dinafikan sedikit sebanyak ada menyusahkan para pelajar kerana UMNO Pahang mengadakan Konvensyen di kampus tersebut, sehinggakan ada dari kalangan keluarga pelajar meluahkan rasa tidak puas hati di dalam blog kawan.

Keluarga yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘asreen’ mendakwa pihak penganjur Konvensyen program tidak memikirkan tentang kesusahan pelajar-pelajar. Kenapa Konvensyen tersebut tidak buat di hotel sahaja atau di kampung-kampung pendalaman. Jangan pikir keselesaan untuk diri sendiri sahaja.Kenalah pikir keselesaan anak bangsa yang hendak belajar.

YG : sebagai salah seorang peserta Konvensyen tersebut, kawan mohon maaf kalau menyusahkan ibubapa, para pelajar yang merasakan diri mereka disusahkan…….

Setahu kawan, setiap kali ada musim cuti yang panjang, para pelajar diarahkan supaya menympan barangan peribadi di setor-setor yang disediakan oleh pihak pentadbiran kampus, tidak perlu diangkut ke kampung.

Untuk pengetahuan ibubapa, para pelajar UiTM Kampus Jengka, para peserta yang menyertai Konvensyen tersebut terdiri daripada Wakil-Wakil Rakyat ADUN atau Ahli Parlimen, bekas-bekas Wakil Rakyat, kepimpinan UMNO Bahagian seluruh Pahang, vetren-veteren pejuang UMNO dan pelbagai lagi.

Boleh dikatakan kesemua para peserta Konvensyen UMNO Pahang adalah pejuang yang memperjuangkan martabat bangsa Melayu, agama Islam serta bumi Melayu ini dari menjadi peminta sedekah di bumi sendiri.

Adalah tidak wajar kalau ada dikalangan ibubapa dan pelajar boleh membanyangkan mereka-mereka ini sebagai pencuri atau jahat ketika berada di kampus tersebut.

Kalau hendak dikatakan selesa tinggal dibilik-bilik kampus pelajar, jauh lebih baik tinggal di hotel-hotel, tetapi demi untuk mempertingkatkan tahap perjuangan UMNO untuk kesejahteraan bangsa Melayu, anak-anak bangsa Melayu, mereka-mereka ini sangup bersusah payah tinggal di bilik-bilik yang disediakan walaupun terpaksa tinggal beramai-ramai.

Ibubapa dan para pelajar Melayu dari UiTM kampus Jengkak hususnya, janganlah jadi bongkak dan takbur sehinggakan kerumitan yang tidak seberapa itu menjadikan diri seperti kacang lupakan kulit………

Adakah anda semua terfikir bagaimana keperitan kepimpinan Melayu UMNO mempertahankan hak-hak Melayu, hak-hak anak bangsa Melayu sentiasa terlaksana sehinggakan wujudnya kampus-kampus UiTM ?

UiTM atau dulunya ITM diwujudkan untuk memberi peluang kepada anak-anak Melayu yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik mereka diperingkat SPM, yang tidak berpeluang meneruskan pelajaran ke IPTA-IPTA.

Sebab itu dulu-dulu, mana-mana pelajar yang datang dari ITM dianggap graduan kelas 2………. Tetapi untuk mengubah pandangan tersebut, kerajaan UMNO-BN menaikan taraf dari ITM kepada UiTM……

Perlu difikirkan, bagaimana kepimpinan Melayu dari UMNO melihat berapa ramai amak-anak Melayu terhenti pembelajarannya kerana tidak dapat meneruskan pelajaran ke mana-mana IPTA, kerana tidak cemerlang dalam keputasan peperiksaan SPM ?

Kepimpinan Melayu UMNO tidak sanggup melihat ramai anak-anak Melayu yang hanya sekadar berpendidikan setakat tingkatan 5, mereka tidak sanggup anak-anak Melayu berterusan menjadi kuli batak kepada kaum-kaum lain yang menjadi taukey-taukeynya………

Sebab itulah wujudnya ITM dan kini UiTM, dengan diberi pelbagai kemudahan biasiswa, yuran-yuran pengajian yang rendah untuk membolehkan anak-anak Melayu meneruskan pelajaran, terutamanya anak-anak Melayu petani, nelayan, peladang, pesawah, buruh kasar, peminta sedekah, peneroka FELDA dan macam-macam golongan lagi………

Kita kena ingat bagaimana kaum-kaum lain yang berada di bumi Melayu ini mencemburui di atas segala kemudahan yang disediakan kerajaan UMNO kepada anak-anak bangsa Melayu-Bumiputera melalui UiTM……..

Janganlah kerana sedikit kerumitan, sedikit kesusahan yang dihadapi menjadikan ianya satu isu sehingga kita menjadi Melayu yang mudah lupa……





8 comments:

  1. Takkan UMNO tak boleh guna kemudahan dan bangunan yang didirikan oleh pentadbiran UMNO sendiri? Buta perut ke buta hati? Sepatutnya anak-anak mreka jangan dihantar ke Universiti milik Kerajaan kalau mereka bencikan Kerajaan.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya ada yang tak paham hal sebenar.

    hal simpan barang dalam bilik, dah jadi tabiat budak budak..biasalah malas hehe. saya dulu student so paham sangat kerenah student ni.

    itulah yang sebaiknya UMNO tak perlu gunakan UITM atau mana mana pusat pengajian tinggi. ini hanya menimbul ketidakpuasan hati segelintir pihak.

    ReplyDelete
  3. Perkara ini remeh untuk dibesarkan..tetapi sudah menjadi agenda pembangkang mewujudkan isu remeh supaya menjadi besar..

    tersengih bila kita dituduh
    sebagai 'pencuri'..apa yang nak dicuri? t-shirt, stokin dan pen pelajar? seorang pelajar, antara barangan paling berharga ialah buku, Hp dan laptop..semestinya barangan ini dibawa pulang ketika cuti.

    UiTM ditubuhkan atas usaha kerajaan dan UMNO demi martabat pendidikan anak bangsa..jangan sesekali sesiapa lupakan hal ini..

    UMNO menggunakan kemudahan UiTM setelah permohonan dibuat dan kebenaran diberikan.Mengapa diserang UMNO dan bukan UiTM yang memberikan kebenaran? Kita bukan berpolitik kepada para pelajar kerana itu terang-terangan melanggar akta UiTM. Lagipun pelajar sedang bercuti. Manja dan malas sangat ke pelajar kalau barang penting dan peribadi tak boleh dibawa pulang bersama? Sebagai seorang Alumni UiTM, isu ini amat memalukan.. tapi itulah rentak tarian kem seberang sana..

    ReplyDelete
  4. YG.
    Dato' sak beritahu saya betapa cantik dan selesa campus UiTM Jengka yang kerajaan sediakan. Facilities bagus dan banyak benda free untuk student2 Melayu kita..hampir semua free..cuma diaorang kena belajar kuat2!
    Even bantal hak milik kerajaan..
    Imagine pinjam tempat buat konvensyen pun ada parents yang merungut! Punyalah sombong dan tak mengenang budi baik kerajaan..apalah!
    And nak tuduh perwakilan ada yang nak curi? Curi baldi and berus baju ker?

    ReplyDelete
  5. bapa budak salah tempat lah nak berbohong, bohong kat YG boleh sakit la..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum YG,

    Mereka tak ADA MODAL, jadikan perkara kecil begini modal...

    Melayu MUDAH LUPA...sedihnya...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sahabat semua dengan komen yg baik untuk blog kawan ni....

    Taiping Mali, selamat datang ke blog kawan dan terima kasih komen tuan...

    ReplyDelete
  8. Salam YG,

    Biasalah puak-puak DAP,PKR,PAS tu bro, perangai mereka sama saja macam perangai orang Indon yang payah untuk berfikir sendiri kalau tidak digerak orang lain...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..