Monday, November 30, 2009

Royalti minyak – Doa Nik Aziz, binasakan Najib kerana dia zalim !

Kawan menerima qada’ dan qadar dari Allah, bersabar serta redha dengan pemergian insan tersayang, kawan teringat sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat, Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku ?, Malaikat menjawab, “Ya.” Allah bertanya lagi, “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya ?” Malaikat menjawab, “Ya”. Allah bertanya kali ketiga, “Apakah kata hamba-Ku ?” Malaikat menjawab, “Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah memerintahkan malaikat-Nya, “Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Sebagai seorang anak, kawan sentiasa berdoa ke atas rohnya, agar dirahmati serta ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman……..

Sebut pasal doa ini, kawan teruja juga dengan doa tok guru Nik Aziz memohon kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Dato’ Sri Najib dan UMNO kerana tidak memberi royalty minyak.

Dalam Harakahdaily telah mempertahankan doa Nik Aziz kerana mendakwa Najib telah menzalimi rakyat kelantan. Hak royalti telah bertukar menjadi wang ehsan. Ia merupakan satu pengkhianatan yang berlaku kepada rakyat negeri kelantan.

Kononnya hak royalti minyak ini telah dinafikan kepada negeri dibawah kepimpinan PAS yang mahukan Islam menjadi asas pemerintahan.

Tok guru Nik Aziz selaku ketua kerajaan Kelantan boleh berdoa, agar memberi kebinasaan kepada Dato’Sri Najib ekoran kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kelantan.

Maka berbagai-bagai hujah, Hadith dan Firman diutarakan semata-mata mempertahankan serta memperkukuhkan akan doa tok guru Nik Aziz, begitulah bila agama dipergunakan untuk kepentingan parti. KLIK

Menyentuh tentang doa tok guru Nik Aziz ini, kawan terbaca satu ayat dari Al Quran, dari Surah At-Taghaabun ayat 11 yang bermaksud :

“sesorang tiada di timpa malapetaka, melainkan dengan izin Allah.barang siapa yang beriman kepada Allah, ditunjuki Allah hatinya. Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu.”

Sedangkan agama Islam itu sendiri melarang kita berdoa untuk kebinasaan diri kita atau berdoa supaya Allah SWT membinasakan orang lain atau berdoa untuk memutuskan silaturrahim dan sebagainya untuk kepentingan diri, apatah lagi untuk kepentingan parti.

Berdoa meminta keburukan, bukan berdoa namanya tetapi lebih merupakan pernyataan rasa marah, geram, benci kerana tidak sabar di atas perkara-perkara yang berlaku, ia juga menunjukkan seseorang itu tidak redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. SWT, sedangkan Allah SWT telah merencanakan serta mempunyai muslihat yang Allah SWT sendiri mengetahuiNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :

" Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal itu buruk bagi kamu dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya".

Berbalik kepada tok guru Nik Aziz yang berpendapat bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.Nik Aziz berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO jika enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Dato’ Sri Najib telah pun menjelaskan bahwa sama ada royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama yang rakyat Kelantan akan terima. Kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui PAS.

Apakah Dato’ Sri Najib dan UMNO melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan ?

Apakah Dato’ Sri Najib dan UMNO juga telah melakukan kezaliman terhadap seluruh rakyat Malaysia ?

Inilah dakwaan yang berunsur fitnah yang sering disebarkan oleh PAS dan kuncu-kuncu mereka untuk mengaburi mata rakyat. Kerana fitnah yang telah merasuk ke dalam pemikiran pengikut-pengikut fanatic mereka, maka segala apa yang diperkatakan atau didoakan menjadi satu ikutan walau pun telah melanggar tatacara Islam itu sendiri.

Kawan teringat pesan guru kawan yang sentiasa berpesan agar kawan berdoa bukan untuk kepentingan peribadi, berdoalah untuk kepentingan dan manfaat kepada semua insan di dunia ini. Berdoa bukan meminta keburukan, berdoa meminta kebaikan, agar bumi ini selesa diduduki oleh semua manusia dalam keadaan aman dan damai.



Saturday, November 28, 2009

Ayah - pemergian yang tidak dapat ku halang.....


Ketika sedang menjalankan tugas di kawasan pendalaman persekitaran Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang, jangkaan tugasan akan selesai sehari sebelum menjelangnya Aidil Adha, kawan akan kembali bersama-sama keluarga menyambutnya……

Takdir telah menentukan, semuanya dalam keadaan kemujuran, bernasib baik kata orang tua-tua, malam itu hati kawan tergerak mengikut teman-teman keluar untuk minum-minum di kampung bersebelahan. Kawan bersetuju menyertai teman-teman walau pun perjalanan menjangkau lebih 20 kilometer di atas dua sebab, pertama di kampung berkenaan ada signal celcom kerana tempat kawan bertugas tiada khidmat tersebut, kedua untuk berhubung dengan keluarga, maklum sajalah sudah dua tiga hari tidak dapat berhubung.

Baru sahaja menikamati hirupan pertama minuman, handphone berdering dari rumah membawa khabar yang amat pedih dirasai………

Ayahnda tercinta, pergi meninggalkan kawan buat selama-lamanya……..

Terima kasih sahabat-sahabat yang mengiringi kawan pulang walau pun sudah lewat malam………..

Al Fatihah buat Ayahnda tercinta, semoga roh mu dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman……

Monday, November 23, 2009

Dr. Chandra Muzaffar - Trend Sistem Dua Parti Di Malaysia : Satu Analisa Wacana Intelek Negara

Email diterima dari saorang sahabat dan kawan paparkan untuk tatapan semua, mengenai pendapat Dr Chandra Muzaffar mengenai ‘Sistem Dua Parti Di Malaysia’ untuk kita analisa bersama :

Pendahuluan :

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah menjemput Dr. Chandra Muzaffar, Profesor Pengajian Global di Universiti Sains Malaysia dan Presiden International Movement for a Just World (JUST) memberikan syarahan bertajuk "Trend Sistem Dua Parti di Malaysia" bertempat di Ball Room, Aras 9, The Legend Hotel, Kuala Lumpur. Berikut adalah ringkasan/intipati syarahan beliau yang disusun dalam bentuk soal jawab.

Adakah senario politik negara kini memungkinkan wujudnya sistem dua parti ?


Berdasarkan pada situasi etnik di negara kita, mustahil sistem dua parti akan wujud. Yang mungkin wujud ialah sistem dua gabungan iaitu dua ikatan yang terdiri daripada beberapa parti politik.

Gabungan yang sedia ada, yang memerintah di peringkat nasional, yang berakar umbi dalam politik dasawarsa lima puluhan, Barisan Nasional sedang menghadapi masalah-masalah tertentu berkaitan dengan parti-parti komponennya.

Dalam persoalan-persoalan yang berhubungkait dengan kaum juga, gabungan BN tercabar. Namun, BN masih mampu memerintah di peringkat nasional mahu pun di peringkat negeri.

Bolehkah Pakatan Rakyat disifatkan sebagai gabungan ?

Lawan politiknya, Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh disifatkan sebagai gabungan. PR tidak didaftarkan sebagai gabungan, tidak memiliki perlembagaan yang sama, tidak menggunakan lambang yang sama, tidak berkongsi kepercayaan-kepercayaan politik, tidak mempunyai struktur kepimpinan yang didukung bersama dan dalam beberapa isu semasa, berbeza pandangan dan pendekatan sepertimana terbukti di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR.

Faktor-faktor ini adalah antara faktor yang menghambat perwujudan kabinet bayangan PR di Parlimen. Itulah sebabnya, PR lebih tepat disifatkan sebagai suatu peraturan politik yang longgar dan anti-BN. Oleh kerana PR bukan gabungan, saya enggan membuat kesimpulan bahawa trend dua gabungan wujud kini.

Apakah ciri-ciri sistem dua parti itu ?

Lazimnya sistem dua gabungan atau sistem dua parti di negara-negara lain berjaya kerana mereka sama-sama menyokong asas-asas identiti nasional, perlembagaan negara dan sistem pemerintahan. Di Britain umpamanya, parti Buruh dan parti Konservatif tidak bertelingkah tentang identiti negara atau sistem perundangan atau sifatnya sistem pemerintahan Britain. Tetapi, apakah PAS di negara kita dengan cita-citanya mendirikan negara Islam yang menegakkan syariah dan hudud, menerima sistem perundangan sivil yang terkandung dalam perlembagaan kita ?

Apakah DAP selesa dengan hakikat sejarah bahawa negara ini berkembang dari negeri-negeri Melayu dan ciri-ciri keMelayuan ini adalah sebahagian daripada perlembagaan negara kita? Sudah tentu orientasi PAS dan DAP dalam persoalan-persoalan asas ini jauh berbeza dari UMNO yang menerajui BN. Jelas bahawa dalam persoalan-persoalan asas tentang identiti negara dan sifat pemerintahannya, PR dan BN belum membuktikan kemuafakatan. Tanpa kemuafakatan ini, adalah sukar untuk menjayakan sistem dua gabungan.

Mampukah sistem dua parti menjadi penyelesaian mutlak kepada segala masalah? Dalam konteks ini, kita juga harus memahami bahawa sistem dua gabungan atau sistem dua parti bukan penyelesaian mutlak kepada segala masalah yang mencabar sistem politik moden. Memang benar sistem dua gabungan pada keseluruhannya membawa kepada kestabilan politik dan perubahan sosial yang lebih teratur. Namun, pengkritik-pengkritiknya berhujah bahawa kerana wujud ciri-ciri persamaan antara dua parti atau dua gabungan ini. Lambat laun politik mereka mengundang pada politik statik, yang meminggirkan pelaku-pelaku lain yang mungkin ingin pada perubahan yang lebih mendalam. Ini berlaku di Amerika Syarikat, Britain, Australia, dan beberapa negara lain yang mengamalkan politik dua parti. Akibatnya, sistem dua parti juga mengalami perubahan sekarang dan pelaku ketiga muncul di negara-negara tertentu seperti Kanada dan Britain.

Apakah yang sepatutnya diutamakan oleh parti-parti politik kita ?

Pada hemat saya, lebih penting daripada dua gabungan ialah pengamalan keadilan dan kesaksamaan pada semua lapisan dan dalam semua sektor masyarakat. Prinsip akauntabiliti harus dipraktikkan dengan ikhlas dan nilai-nilai urus tadbir yang baik harus ditegakkan. Penyalahgunaan kuasa harus dicegah dan rasuah harus dibenteraskan. Perbezaan pendapat harus dihormati dan kritikan dan teguran diterima sebagai suatu usaha yang membina untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Dalam lain perkataan, semua golongan masyarakat khususnya BN dan PR harus memberi tumpuan kepada cabaran yang jauh lebih besar daripada perwujudan dua gabungan iaitu mengembangkan budaya politik yang lebih sihat dan memuliakan serta memartabatkan insan. Huszer dan Stevenson pula menyebut nasionalisme adalah yang menentukan bangsa mempunyai rasa cinta secara alami kepada tanah airnya.

Yang Gambi : Apa pandangan anda dengan dengan ulasan Dr Chandar Muzafar tersebut ?


Sunday, November 22, 2009

TIADA MAAF BAGI MU - Chin Peng mohon maaf, tapi berkata, ‘jika askar mati, komunis pun mati juga’


Ching Peng, Setiausaha Agung PKM, menawarkan permohonan maafnya kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang pernah mengharungi kesengsaraan akibat keganasan anggota-anggota PKM sewaktu zaman darurat dahulu.

Ching Peng menyatakan semasa ditemuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.

“Apa yang berlaku dulu adalah pada waktu perang. Jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan,” kata Chin Peng. KLIK

Sebagai warga negara yang mencintai keamana Negaranya kawan rasa tidak logik untuk memaafkan Chin Peng serta kembali ke tanah air, biar lah dia mati sahaja di luar dari negara ini.

Membawa kembali jenazahnya atau abu mayatnya juga boleh boleh menguris hati keluarga mereka mereka yang terlibat dengan keganasan PKM pinpinan Chin Peng ini, mengapa orang saperti ini perlu di sanjung lagi sedangkan kemusnahan yang di tinggalkan amat amat memedihkan bagi mereka yang terlibat.

Tidak dinafikan kata Ching Peng, ‘jika anda kata kami membunuh orang, pihak komunis pun mati dibunuh oleh anggota keselamatan.”

Kenapa Anggota Keselamatan (Polis dan Tentera) telah membunuh pengganas komunis ?

Kerana mempertahankan negera, pengganas komunis telah menghuruharakan Negara, membunuh penduduk kampung yang tidak berdosa, merosakkan harta benda awam dan melakukan kezaliman kepada rakyat yang tidak mahu menurut ideology komunis.

Komunis membunuh untuk apa ?

Untuk menawan Negara ini dijadikan sebuah negara komunis, yang berkiblatkan negara Cina komunis, orang-orang Melayu di pujuk untuk menyertai perjuangan komunis semata-mata untuk menawan hati orang-orang Melayu, itu sahaja…….. orang Melayu akan dijadikan hamba-hamba komunis jika Ching Peng Berjaya memerintah Persekutuan Tanah Melayu…..

Beginilah juga yang dibuat oleh sebuah parti ala-ala komunis yang ada di Malaysia sekarang, mempergula-gulakan sebahagian pemimpin-pemimpin Melayu yang gila kuasa, gila jawatan untuk memporak-perandakan bangsa Melayu supaya lemah…….

Hanya keturunan ‘KOMUNIS’ sahaja yang akan merestui dan menyanjungi CHIN PENG.

‘TIADA MAAF BAGI MU CHING PENG’



Saturday, November 21, 2009

UPSR 1 Malaysia – benarkah ada pelajar menjadi mangsa sistem pendidikan percuma ?

Cerita pertama : Dari blog pro pembangkang angkasanuri.blogspot.com

Anak kepada pemandu lori, Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57."Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana
dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad m Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka
.
KLIK


Cerita kedua : Dari Mstar.com.my

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun. Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.
KLIK

Yang Gambi : Cuba kita perhatikan dua bentuk cerita di atas, cerita pertama, cerita yang telah dipolitikan dan manakala cerita kedua pula cerita yang memaparkan kisah seorang pelajar tabah dan gigih…..

Dari cerita yang pertama, oleh kerana ianya sudah dipolitikkan, maka ianya lebih menggambarkan bahawa kerajaan UMNO-BN terlalu zalim, sistem pendidikan percuma yang diumumkan kerajaan hanyalah gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Begitulah dakwa penulis blog yang pro kepada PAS ini…..

Kerana ibubapa kepada pelajar cemerlang, adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent tidak menjelaskan yuran sekolah sebanyak RM57.00, pelajar ini tidak dibenarkan mengambil slip keputusan peperiksaan UPSRnya.

Sedangkan pelajar ini mempunyai kedua ibubapa, bapanya bekerja sebagai pemandu lori (mengikut tinjauan di sini, pendapatan seorang pemandu lori tidak kurang RM1,000 sebulan, ada yang menjangkau RM3,000 sebulan). Tetapi masih menyatakan tidak ada kemampuan menjelaskan yuran sekolah yang hanya dikenakan setahun sekali…….

Berbanding dengan cerita kedua, pelajar adik Siti Amynur Ain Putri dari Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior ini lebih daif kehidupannya dengan kematian bapa yang menjadi tempat bergantung.

Arwah ibunya, semasa hayat berkerja sebagai pembersih sebuah hotel murahan dengan kadar pendapatan RM500 sebulan, menampung dua anak yang sedang bersekolah.

Usaha gigih arwah ibu pelajar ini untuk memastikan anaknya menjacapai kejayaan amat dihargai, walau pun tidak sempat melihat kejayaan anaknya mencapai keputusan cemerlang.

Guru Besar dari sekolah berkenaan menghantar sendiri keputusan UPSR dan kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Tidak ada pun timbul cerita hutang yuran sekolah yang tidak dijelaskan…….

Kawan bukan hendak menafikan kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga-keluarga yang benar-benar tidak mampu, tetapi janganlah kerana yuran persekolahan yang dikenakan hanya setahun sekali sengaja hendak dipolitikan…..

Kerajaan UMNO-BN sudah perbagai cara untuk meringankan beban ibubapa dari segi pendidikan anak-anak mereka. Apakah masih zalim atau kejam sistem pendidikan kerajaan UMNO-BN ?

Kawan banyak bertanya kepada sahabat-sahabat di negara Singapura dan Indonesia, mereka dengan ikhlas menyatakan pendidikan di Malaysia adalah termurah dan terbaik di kalangan negara Asia, malah boleh dikategorikan antara terbaik di dunia.

Sahabat di Singapura berkata, jika dibandingkan kos pembelajaran di Singapura, ibu bapa di Malaysia sewajarnya berasa lebih bertuah kerana tidak terlalu dibebani bayaran pendidikan tinggi seperti mana anak-anak mereka yang di republik itu.

Menjelaskan konsep pembayaran yuran sekolah di Singapura, pelajar sekolah rendah perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM24 sebulan, manakala bagi pelajar Melayu di sekolah menengah yuran bulanan yang perlu dibayar RM35 – RM45sebulan.

Bagi kelas tuisyen, di Singapura jauh lebih mahal berbanding negara ini kerana ibu bapa perlu membayar hingga RM400 setahun bagi program kelas tambahan anjuran pertubuhan setempat dan RM150 sebulan bagi satu subjek jika mengikuti kelas tuisyen di luar sekolah.

Mungkin ada yang berkata, tengok pula dari segi pendapatan sara hidup rakyat Singapura jauh lebih tinggi dari rakyat Malaysia, sememangnya layak kerajaan Singapura tidak ada istilah subsidi dari segi kos pendidikan. Kawan boleh terima dengan pandangan begitu….

Tetapi, bagaimana pula dengan Negara yang sebilangan besar rakyatnya hidup dalam kedaifan, malah ada yang lebih fakir dari yang fakir…….

Kawan juga meninjau dari sahabat-sahabat di Negara Indonesia, mereka memberitahu ibu bapa di Indonesia perlu membayar RM100 hingga RM150 bagi tujuan pembelian pakaian serta peralatan sekolah kerana pihak sekolah tidak membenarkan sebarang pembelian di luar sekolah.

Untuk bayaran yuran sekolah pula, ibu bapa perlu membayar sebanyak RM10 hingga RM15 sebulan bagi sekolah rendah dan RM20 hingga RM35 bagi sekolah menengah.

Bagaimna keadaannya jika seseorang ketua keluarga mempunyai 3-4 orang anak yang bersekolah serentak. Bagi ketua keluarga yang hendak memastikan anak-anak mereka mendapat ilmu, maka bertungkus lumuslah mereka mencari kewangan bagi menampong yuran bulanan sekolah anak-anak.

Sebab itulah, apabila kawan bertanya kepada pekerja-pekerja dari Indonesia yang ada di Malaysia, mereka berkata bersekolah hanya setakat darjah 3 atau 4, memadai bagi mereka hanya boleh membaca dan menulis.

Kenapa ? jawab mereka, untuk memberi peluang adik-adik lain untuk ke sekolah.Justeru, kata mereka dasar pendidikan di Malaysia pada dasarnya jauh lebih murah dan dapat dinikmati semua kelompok masyarakat tidak kira miskin atau kaya.

Tetapi mengapa dari kalangan rakyat Malaysia yang masih mahu mempolitikan perkara-perkata yang kecil………..

Orang kata, inilah dari golongan manusia yang tidak pernah bersyukur, tidak pernah berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN untuk mempertingkatkan pedidikan anak-anak rakyat dalam Malaysia…..


Friday, November 20, 2009

Kunta Kinte: Orang Melayu kini takut pertahan hak


Mungkin ada yang sudah membacanya, bagai yang belum, marilah kita renungi bersama. Kawan amat tertarik dengan tulisan KUNTA KINTE di akhbar Berita Harian hari ini, maka kawan paparkan semula untuk tatapan semua ;

Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang - KLIK

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah. Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara 'vigil' (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.

Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Jadi Kunta Kinte kena kata Kunta Kinte hairan. Budak-budak sekarang kata 'konfius'.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?

Kunta Kinte bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?

Kunta Kinte tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.

Jadi apa Kunta Kinte nak kata? Kunta Kinte kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.

Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.

Cuma Kunta Kinte nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?


Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?

Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?

Kunta Kinte tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.

Yang Kunta Kinte rasa wajib Kunta Kinte pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.

Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?

Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.

Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.

Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.

Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.

Yang Gambi : Sampai ke mana PAS dan Melayu PKR dapat mempertahankannya jika berterusan bersekongkol dengan DAP untuk merebut kuasa kerajaan Melayu UMNO bersama BN ?

Thursday, November 19, 2009

Dato’ Sri Adnan - “Inilah tempatnya untuk kita hidup, cari makan, anak-anak bersekolah dan untuk kita mati”

“Kita kena ingat bahawa kita tidak ada negara lain selain daripada Malaysia. Inilah tempatnya untuk kita hidup, untuk kita cari makan, untuk anak-anak kita bersekolah, untuk kita mati.

“Saya tak percaya orang Cina akan balik Tongsan, balik China. Saya pun tak mahu balik Indonesia walaupun ada tok-nenek saya di Indonesia. Dan saya tak percaya Dato’ Murugiah mahu balik India.

“Tetapi, bagi kita untuk terus aman-makmur, syarat utama ialah adanya perpaduan antara kaum. Sebab negara kita ni agak pelik sedikit. Inilah satu-satunya negara yang boleh berbagai-bagai kaum duduk, tinggal bersama-sama di dalamnya,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Adnan Yaakob.


Adnan juga berkata, “Kalau tidak ada perpaduan, … maka tidak ada keamanan. Tidak ada keamanan, maka negara tidak dapat membangun”.

Beliau juga tidak menafikan, bukan semua rakyat negara ini yang senang namun sungguhpun ada yang susah, kesusahan itu secara relatifnya tidaklah sepertimana kesusahan lebih buruk dialami oleh rakyat negara lain seperti di benua Asia ini ataupun Afrika.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak sentiasa memastikan tidak berlaku perselisihan dan pergaduhan antara kaum untuk dapat bersama-sama membangunkan Negara. Kata Adnan lagi.
KLIK

Itulah sebahagian dari ucapan yang telah disampaikan oleh Dato’ Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang ketika mengadakan majlis makan malam sempena Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik 2009 antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Hotel M.S. Garden, Kuantan.

Ungkapan berupa satu ingatan kepada generasi muda, pesanan untuk terus diwarisi dari generasi ke generasi betapa pentingnya perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

‘Perpaduan’ perkataan yang tidak pernah lekang dari diungkapkan oleh kepimpinan-kepimpinan kerajaan UMNO-BN bagi menentukan hala tuju keharmonian dalam Negara, untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

Tetapi ‘perpaduan’ jugalah dipegunakan oleh individu-individu yang bersikap talam dua muka, menjadi gunting dalam lipatan untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN kerana kepentingan politik yang mereka dukungi.

Sepatutnya, walau apa pun kedudukan idealogi atau manifesto politik individu berkenaan, seharusnya ia tidak akan membangkitkan persoalan-persoalan yang boleh mengeruhkan kesejahteraan dan kerukunan yang sedia terjalin erat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Setiap warga di Malaysia perlu memahami konsep negara Malaysia ini terbina adalah dari ikatan persefahaman antara pelbagai kaum. Kewujudan Malaysia bukan terbina begitu sahaja, ianya melibatkan rundingan demi rundingan antara kepimpinan pelbagai kaum.

Mengambil panduan yang diungkapkan Dato’ Sri Adnan, betapa pentingnya mengekalkan perpaduan antara kaum, masyarakat boleh melihat serta mengambil contoh negara-negara jiran. yang sering berlaku kerana nipisnya ikatan persefahaman warganya.

Berlandaskan demokrasi, kebebasan bersuara yang tidak disertai dengan pemikiran rasional serta kurangnya jati diri warganya, maka ianya lebih menyumbang kepada kekacauan, ketidaktenteraman seterusnya meruntuhkan Negara itu sendiri.

Peristiwa berdarah 13 Mei yang menyebabkan kematian, kecederaan, penahanan kemusnahan dan kerosakan harta benda perlu dijadikan iktibar oleh generasi baru dalam meneruskan keharmonian Negara.

‘Perpaduan’ perlu diletakkan di tangga utama dalam melaksanakan apa jua tuntutan oleh mana-mana individu mahu pun parti politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Dalam suasana politik pada hari ini, cubaan pakatan pembangkang untuk untuk menghancurkan kerajaan UMNO-BN, mereka tanpa sedar atau sengaja telah cuba untuk merobek keamanan dan kesejahteraan serta merosakkan perpaduan antara kaum yang telah terjalin sekian lama dalam kepimpinan kerajaan UMNO-BN.

Menghasut, membuat provokasi serta mengajak untuk mengadakan demonstrasi melalui tulisan-tulisan dalam laman web, sering menjadi keutamaan golongan ini untuk menunjukkan kekuatan mereka. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini sengaja cuba merosakkan hubungan yang telah sedia ada.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, dan penduduknya pula berbilang kaum tentunya kesejahteraan negara mendapat tempat yang istimewa dalam memanifestasikan kelestarian antara kaum dalam rakyat keseluruhannya.

Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti komponan dari pelbagai bangsa, perbezaan agama dan budaya mampu mencapai kata sepakat untuk menerajui Negara.

Kesepakatan perpaduan Barisan Nasional bukan hanya wujud untuk menghadapi pilihan raya macam pakatan pembangkang, tetapi setelah kemenangan dicapai, BN membentuk sebuah kerajaan yang utuh untuk membangunkan Negara serta memakmurkan rakyatnya. Bukan untuk merompak dan berebut-rebut kekayaan Negara.……

Justeru, selamilah segala yang telah menjadi sejarah, lantas jadikanlah peristiwa-peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk kesejahteraan yang berpanjangan.



Wednesday, November 18, 2009

Mat Sabu - Hang Tuah Hero Pondan !!!! dan Terima kasih kepada Chin Peng !!!!


Baru-baru ini Mat Sabu membuat kenyataan, bahawa orang Melayu perlu berterima kasih kepada ‘Chin Peng’ dan mengakui bahawa ‘agama sebagai candu masyarakat’.

Mat Sabu berkata, untuk mengubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di dalam masyarakat orang Melayu. Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero ?

Hang Tuah bukan hero, ini ‘binatang pondan’.

Kenyataan ini telah diucapkan oleh Mat Sabu dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). KLIK

Beginilah cara percakapan yang sering terkeluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS dan Melayu PKR bila berhadapan dengan majlis-majlis yang dihadiri bukan dari kalangan orang-orang Melayu, apakah lagi di dalam majlis anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang boleh dikatakan banyak persamaan ideologinya dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam suasana kedudukan kuasa Melayu dan keistimewaan orang Melayu semakin dicabar, Islam semakin dihina, demi kepentingan kuasa politik ada dari kalangan orang Melayu sendiri mengagung-agungkan musuh Negara sebagai wira.

Ching Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM) sudah mula digambarkan sebagai pejuang kemerdekaan, sedangkan ribuan anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara serta orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis semasa darurat dahulu.

Mungkin Mat Sabu terlupa atau buat-buat lupa, PKM yang diketuai Ching Peng bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, kenapa PKM mahu bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun ?

PKM telah mendakwa British berjanji untuk menyerahkan Persekutan Tanah Melayu kepada mereka sekira dapat mengusir penjajahan Jepun, sedangkan polisi British yang sebenarnya anti-komunis.

Apabila Jepun menyerah kalah, satu konflik timbul apabila British tidak menyerahkan Tanah Melayu kepada PKM. PKM telah mula memberontak dan mengganas dengan membunuh ramai orang yang dianggap bersekongkol dengan Jepun yang kebanyakannya orang Melayu.

Konflik perkauman oleh PKM mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan kuasa dari 15 Ogos hingga 3 September 1945 berikutan dengan pengunduran tentera Jepun. (Rujukan seorang Ahli Akademik Cheah Boon Kheng di dalam buku “Red Star Over Malaysia”)

Selepas Jepun berundur, satu konflik perkauman oleh gerila-gerila Cina PKM yang diketuai Ching Peng telah keluar daripada hutan dan menguasai hampir seluruh kampung-kampung dan bandar-bandar kecil di Persekutuan Tanah Melayu.

PKM membalas dendam terhadap individu-individu yang didakwa bersubahat dengan Jepun terutama pegawai Melayu, polis dan ketua kampong. PKM telah bertindak zalim terhadap penduduk kampung Melayu termasuk sebahagian kaum Cina dan India.

Selain melakukan pembunuhan serta memusnakan harta benda, apa lagi yang komunis lakukan selama 42 tahun daripada 1948 hingga 1990 ?

Beribu-ribu orang anggota-anggota Polis dan Tentera telah terkorban dan beribu-ribu juga yang mendapat kecederaan dan beribu juga orang-orang awam yang tidaj berdosa juga terbunuh dan cedera angkara kekejaman dan kezaliman PKM.



Peristiwa hitam kekajaman Ching Peng PKM yang masih menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia adalah peristiwa 200 orang pengganas PKM menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 23 Februari 1950. Seramai 17 anggota Polis dan keluarga mereka serta penduduk kampong telah terkorban akibat diserangan dan dibakar hidup-hidup oleh Ching Peng dan PKM.

Pengganas komunis ini bukan sahaja menyerang Balai Polis, berek kelamin juga di serang, pengganas bertindak liar merogol, membunuh dan yang menyayat hato pengganas komunis telah mencampak hidup-hidup kanak-kanak bernama Hassan Bin Abu Bakar anak kepada seorang anggota Polis ke dalam api. Apa yang lebih menyedihkan, dari 200 orang pengganas komunis ini adalah juga pengganas komunis dari bangsa Melayu.

Apa yang komunis Melayu ini buat atau mengambil tindakan di atas pembunuhan kejam ini ?

Inilah namanya Melayu pengkhianat bangsa dan agama yang dipergunakan oleh pengganas Ching Peng dan PKM.

Melayu digunakan oleh komunis untuk membunuh orang Melayu yang lain. Orang macam Mat Sabu ini salah seorang pewaris komunis Melayu agaknya, orang Melayu yang bernama MAT SABU yang telah diperkudakan oleh komunis moden dalam Negara.

Hari ini Mat Sabu dengan bangganya mengatakan bahawa Ching Peng dan pengganas komunis PKM dimartabatkan sebagai ‘WIRA’ pejuang Negara.

Inilah cara komunis era baru mempergunakan kepimpanan parti PAS dan PKR untuk meyakinkan kepada generas-genarasi muda bahawa Ching Peng dan pengganas-pengganas komunis PKM adalah ‘WIRA’ negara.…

Mat Sabu, kepimpinan PAS dan Melayu PKR boleh melenyapkan bau hanyir darah yang mengalir dari nenek moyang Melayu yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa serta bumi yang berdaulat ini, semata-mata kerana jawatan dan kuasa.

Hei !!!!!!!! MAT SABU !, mungkin ada yang bersetuju dan akur dengan fakta-fakta itu kamu, tetapi bagaimana pula dengan fakta kekejaman Ching Peng dan pengganas komunis PKM terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia ?

Hanyir darah nenek moyang, saudara-saudara sebangsa, seagama serta anggota-anggota keselamatan kami yang tumpah demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah berdaulat ini tidak akan hilang buat selama-lamanya, bahkan ia akan terus melekat pada tubuh dan tulang-temulang kami sebagai tanda yang kami tak mungkin lupa, dosa dan kezaliman yang dulunya dilakukan Ching Peng dan pengganas-pengganas PKM.

Ingatlah, dalam apa juga keadaan, walau apa pun matlamat kepimpinan parti PAS dan PKR mereka tidak boleh menghalalkan segala-galanya kerana kuasa dan jawatan !

Kita rakyat Malaysia yang berdaulat, khususnya bangsa Melayu-Bumiputera wajib mengenepikan pengkhianat-pengkhianat Negara, bangsa dan agama ini….. tinggalkan PAS dan PKR yang sudah mengadaikan segala-galanya semata-,mata untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka.



Tuesday, November 17, 2009

PAS & PKR - DAP memartabatkan Melayu & Islam di Pulau Pinang ?


Kawan rasa terpanggil untuk memaparkan semula artikel dari blog Pisau.net berhunbung dengan nasib orang-orang Melayu Islam yang dikatakan sungguh terbela dibawah kerajaan ‘pakatan rakyat’ di Pulau Pinang.

Di bawah ini dicopypastekan keseluruhan artikel dari blog Pisau.net untuk kita renungi bersama ; KLIK

Penang Republik Sosialis: Melayu dilembukan,Nak mohon zakat,sila ke kaunter di tokong tokong berdekatan!

Posted On 11/16/2009 01:10:00 PM by pisau.net

1.Hari ini dalam sejarah, Kerajaan Sosialis Pulau Pinang sudah mengorak langkah apabila berjaya membuktikan mereka dalam proses mengsingaporekan negeri pulau ini. Baru baru ini heboh diperkatakan soal tanah wakaf dilahap semahu mahu nya oleh cina melaka ini.

2.Setelah membuat dajal didalam negeri ini, mereka ingin menutup dengan menyogok rakyat dengan bantuan yang tidak seberapa. Yang terbaru khalifah kesayangan PAS ini sudah mengeluarkan arahan agar bantuan untuk fakir miskin Islam oleh kerajaan sosialis cina melaka ini harus dan dimestikan dibuat di Tokong Cina, kelmarin hari ahad pada pukul 9.30 pagi majlis penyerahan bantuan fakir miskin dari Tasek Gelugor di langsungkan di Tokong Besar Teluk Air Tawar.

3. Manakala di parlimen cina melaka sendiri,iaitu parlimen Bagan,bantuan kepada fakir miskin Islam di salurkan di Tokong Bagan Jermal,berhampiran makhamah.

4. Sebenarnya,Pisau langsung tidak terkejut dengan perkara ini,sebelum ini mereka sudah lama mempraktik dengan cara yang sama,tetapi tidak diwar warkan,ketika itu bantuan kepada fakir miskin di salurkan di Tokong Jalan Raja Uda,Yang kita sedia maklum 98% peratus adalah kawasan pengundi tegar sosialis DAP.

5. Kenapa penyampaian bantuan kepada fakir miskin Islam harus dimestikan di buat didalam tokong? Sudah tidak cukup masjidkah di Pulau Pinang ni? Adakah ini satu cara DAP mahu membeli dan memperbodohkan orang orang melayu dengan membeli mereka dengan bantuan yang tidak seberapa.

6. Ya, kes sebelum ini, seorang OKU di kawasan Bagan Jermal,Parlimen Bagan,dibantu bertahun tahun lamanya oleh kerajaan,PUZ dan Umno Bahagian,tetapi OKU itu terus mengangkat Lim Guan Eng seperti dewa hanya kerana sekampit beras,malah selepas itu mengfitnah Umno dan penduduk setempat kononnya di anaiya . beginilah caranya mereka mempolitik dan memperbodohkan rakyat!

7.Oh,cina sosialis melaung laungkan kononnya berjaya menghapuskan miskin tegar dalam masa tidak sampai 2 tahun perintah Pulau Pinang,dengan hanya mengutip beberapa ratus nama,dan memberi bantuan seorang seratus,terus mendabik dada kononnya berjaya menghapuskan miskin tegar. klik sini: Haprak daily

Pisau sifatkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh memang tidak buat kerja, dan memang tidak turun padang, adakah dengan hanya mengutip nama yang tidak sampai seribu orang dan dengan memberi bantuan RM100 sudah berjaya menghapuskan miskin tegar???

Pisau sendiri pernah terlibat dengan kerja NGO membantu fakir fakir miskin, kita tidak payah pergi jauh,cukup dengan hanya sekitar parlimen Bagan kawasan Khalifah cina melaka ini, terdapat lebih 3 ribu rumah di bawah tahap miskin tegar,cuba pergi ke kawasan Lorong Chempa,Bagan Jermal,Kampung Perlis,Lorong Kubur,Lorong Mengkuang, Bagan Dalam,kesemua kawasan ini adalah perkampungan orang orang melayu,dan kesemua mereka adalah di bawah paras kemiskinan.

Apakah definisi tahap miskin tegar? di mana mereka ini mencari 700 nama? siapakah mereka? adakah hanya pengundi dan penyokong DAP sahaja yang diberi bantuan? Sudah sudah lah mahu memperbodohkan rakyat, fakir miskin Islam dibeli dengan sekampit beras dan wang ehsan RM100, tetapi jangan menghina mereka dengan menyalurkan di tokong tokong!

8. PAS lagi bodoh, di Haprak Daily terus menyiarkan kejayaan palsu memperbodohkan orang melayu .Kononnya DAP berjaya menjuarai dan memenangi hati rakyat.Tajuk di haprak daily:klik sini jugak cukup memualkan, PAS begitu sayangkan DAP,sehingga buta mata ,buta hati dan buta perut, PAS Pulau Pinang juga melacurkan diri demi cinta dan kasih sayangnya kepada DAP,maka sanggup sehingga orang orang melayu dan Islam diperbodohkan

Oh!Penang negeri sosialisku!

Takbir raya diharamkan selepas pukul 12mlm!,tanah wakaf di lahap cina melaka!,bantuan kepada fakir Islam wajib disalurkan di tokong tokong,ketua kampun melayu bakal dipecat!klik sini , banyak lagi cerita di Pulau Pinang yang belum didedahkan.

Mana perginya Salleh Salon(Adun Pmtg Pasir) Mana Yb Malik Itik? Mana Dr Mansor? ramai pemimpin melayu haprak di Pulau Pinang hanya sekadar di tunggang dan di lacurkan semahu mahunya oleh DAP,Bacul dan tidak bermaruah!

Penyokong melayu pakatan haprak Pulau Pinang,terus terusan memperbodohkan diri anda, pangkah lagi DAP, PAS & PKR ,Tahniah!

Ketua Kampung Melayu Bakal Di Lembukan:Klik Sini


Pisau kata " sesiapa nak mohon zakat,sila ke kaunter di tokong tokong berdekatan!"

Dari apa yang dipaparkan, dapatlah kita gambarkan bagaimana PKR diketuai manusia berbangsa Melayu yang bernama Anwar Ibrahim bersama PAS yang dikuasai Tok Guru Nik Aziz memartabtkan bangsa Melayu dan agama Islam di bawah kerajaan ‘pakatan rakyat’.

Apakah slogan ‘PAS for all’ atau ‘Islam untuk semua’ atau ‘satu untuk semua, sama rasa, sama rata’ yang menjadi slogan PAS dan PKR , telah meletakkan martabat bangsa Melayu dan agama Islam bersama-sama dalam tokong/kuil Cina di Pulau Pinang ?

Saudara-saudara ku Melayu Islam di Pulau Pinang, perlukah anda masih terus bersekongkol dengan pengkhianat bangsa dan agama ini ?




Monday, November 16, 2009

Bai’ah talak 3 PAS-Pemuda,‘saja digembargemburkan’, Muslimat, ‘mengangkat martabat wanita’


Sebenarnya kawan rasa muak hendak mengambil kisah isu ‘bai’ah’ talak 3 dikalangan wakil-wakil rakyat PAS, bukan pasal apa, muak dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dari puak-puak yang kononnya memertabatkan Islam.

Bila terbaca hujah-hujah penangkisan Nasrudin Tantawi dan Nuridah Salleh dari pemimpin dua sayap PAS khawarij ini teringin juga untuk buat komen.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi hari mendakwa isu baiah atau sumpah taat setia talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS sengaja digembar-gemburkan bagi menggambarkan parti itu sebuah parti yang zalim terhadap wanita.

Alasan Nasrudin, isu ini adalah satu percubaan untuk menggambarkan PAS sebuah parti yang negatif dan buruk. Dulu PAS pernah dilabel sebagai parti yang anti-wanita dan didakwa tidak memberi peluang kepada wanita dalam hireraki parti serta pilihan raya.KLIK

Begitu mudah Nasrudin membuat kesimpulan, dengan mudah juga menuduh orang lain sengaja memberi pandangan buruk kepada parti PAS……..

Itulah akibatnya kalau PAS sentiasa menuduh UMNO adalah sebuah kerajaan yang zalim, menyamai rejim zionis Yahudi. UMNO tidak pernah diberi gambaran yang baik oleh kepimpinan PAS, malah kepimpinan UMNO juga sering diberi gelaran ‘mahafiraun’, ‘maha zalim’ dan ‘maha kejam’.

Tetapi rakyat yang sentiasa membuka minda, tidak menjumudkan akal fikiran lebih tahu bahawa kerajaan dan kepimpinan UMNO-BN berterusan mengembeling tenaga untuk memajukan Negara, berterusan menyusun perancangan untuk memakmurkan rakyat, berterusan membasmi kemiskinan dikalanganrakyat dalam Negara.

Hanya pengikut-pengikut PAS dan pakatan pembangkang yang buta tuli sahaja masih menafikan serta tidak pernah bersyukur dengan kegigihan kerajaan UMNO-BN.

Hari ini, sedikit demi sedikit Allah SWT telah menurunkan pertanda siapa PAS sebenarnya, Allah SWT menunjukkan satu-satu persatu kemungkaran kepimpinan PAS dan PKR untuk mengelirukan serta menipu umat Melayu Islam.

Allah SWT telah memberi sebenar-benar pertunjuk, bahawa PAS hanya menggunakan agama Islam sebagai batu loncatan untuk memperdaya rakyat, memecahbelahkan perpaduan umat Melayu Islam untuk kepentingan politik dan kuasa.

Mudah cerita, PAS hanya meletakan Islam, jubah, serban, kopiah dan janggut semata-mata untuk menyembunyikan wajah-wajah syaitan-iblis. Kalau tidak masakan mereka-mereka ini berterusan bercakap takbur, riak dalam amalan dan ilmu seolah-olah merekalah dari golongan orang-orang warak bertaraf Nabi dan para Wali Allah.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Salleh pula mendakwa bai’ah talak tiga atau sumpah taat setia pemimpin parti itu sebagai ‘mengangkat martabat kaum wanita’.

Dari segi mana ‘bai’ah talak tiga’ ini telah mengangkat serta memertabatkan kaum Wanita ?

Apakah kerana hendak ‘menyelamatkan’ kekuatan dan sokongan PAS, kaum wanita atau isteri-isteri dijadikan sebagai sandaran atau pertaruhan ?

Mempertaruhkan wanita dalam ‘bai’ah talak 3’ PAS ini lebih kurang juga dengan dengan kegiatan kumpulan ‘mat rempit’ yang mempertaruhkan perempuan/boshia sebagai hadiah merempit……..

Sebab itulah agaknya banyak terkeluar cerita pemimpin-pemimpin PAS kurang menghurmati hak kaum wanita, hak isteri sehinggakan ada yang mendakwa di dera macam kes Ketua Dewan Ulama PAS Perlis…….. nafkah zahir Cuma RM300 dalam tempoh 10 tahun, nafkah batin hari-hari mau, sampai dalam uzur pun nak pantak juga………..

Maka tidak hairanlah di kawasan kawan ada para isteri yang mendakwa mereka didera secara halus oleh suami-suami mereka yang menjadi pengikut PAS mengugut ‘jatuh talak jika mengundi/memangkah parti UMNO’ semasa pilihan raya.

Ini yang Nuridah Salleh katakan ‘mengangkat martabar kaum wanita’ ?

Waima apa pun alasan dan hujah, PAS sudah terlalu jauh memperselewengkan agama Islam untuk kepentingan politik dan kuasa mereka. Masyarakat Melayu Islam khususnya kaum wanita perlu sedar kemungkaran PAS yang menjadikan agama Islam sebagai tunggangan untuk memenuhi nafsu haloba pemimpin-pemimpinnya……….


Sunday, November 15, 2009

Menantu tok guru Nik Aziz – Ariffahmi ahli UMNO ?


Apakah setiap kali berlaku kemelut yang berlaku dalam PAS, kepimpinan PAS dan yang terbaru isu Nik Aziz tidak jadi pergi Mekkah pun dikaitkan dengan UMNO ?

Sudahlah UMNO dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan, sehingga Nik Aziz melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat, UMNO juga dikaitkan dengan isu tajaan Nik Aziz sekeluarga ke Mekkah sehingga Nik Aziz menggelarkan ‘kafir Quraisy Malaysia’.

Isu ‘bai’ah’ talak tiga dikalangan wakil-wakil rakyat PAS juga dikaitkan dengan UMNO.

Kini, yang terbaru menantu Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman, di dakwa seorang ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, ibu bapa, adik beradik semuanya ahli UMNO. KLIK

Macam mana ye ! Nik Aziz yang melebelkan UMNO kafir dan ajaran sesat boleh bermenantukan orang UMNO ?

Oleh kerana menantu Nik Aziz ini orang UMNO, maka Ariffahmi membuat pelbagai perancangan untuk mengkucarkacir, memporakperandakan kepimpinan PAS.

Ariffahmi menantu Nik Aziz adalah perancang untuk menggulingkan Presiden PAS Hadi Awang dan digantikan dengan Husam Musa.

Ariffahmi juga ada perancang segala projek-projek kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan kedudukan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan.

Ariffahmi jugalah yang merancang tajaan Nik Aziz sekeluarga menunaikan haji ke Mekkah.

Persoalannya, apakah setiap kali kemelut yang berlaku dikalangan PAS, semuanya bersabit dengan perancangan UMNO. Inikah sahaja yang ada dalam pemikiran pengikut-pengikut PAS ?

Apakah kerana pemimpin dan pengikut PAS kononnya terdiri dari golongan tok guru, ulama, ustad, warak maka mereka terlindung dari segala sifat-sifat keji dan mungkar ?

Maka setiap malapetaka, bala yang menerjah dalam PAS mesti diletakkan ke atas bahu UMNO ?

Kalau kita dari golongan manusia yang terbuka akal fikiran, maka kita sudah pasti diberi pertunjuk bahawa manusia yang menjadi pemimpin di dalam PAS juga adalah manusia biasa, manusia yang juga dipenuhi dengan sifat-sifat tamah, bernafsu yang tidak lari dari godaan-godaan iblis dan syaitan…….

Kalau tidak masakan Nik Aziz dengan megah menyatakan ‘sanggup berkawan dengan 'syaitan’ asalkan dapat berkuasa………

Kalau kita semua sedar, pengikut-pengikut PAS juga sedar, bahawa PAS selama ini menggunakan agama, menggadaikan Islam itu sendiri semata-mata untuk menipu rakyat dan umat Islam.

Mereka menjual maruah agama dan bangsa Melayu untuk mendapatkan kuasa, kalau tidak masakan mereka lebih rela bersekongkol dengan kafir DAP untuk menguasai Negara.

Ini rupa bentuk PAS sebenar………………..





Awas ! – air kotak ‘Green Bean Soy Drink’ keluaran Yeo’s


Awas ! Kepada semua umat Islam, anda dinasihatkan agar jangan membeli atau meminum air kotak "Green Bean Soy Drink", keluaran YEO’S (Yeo Hiap Seng) dikilangkan oleh negara Singapura dan bahan keluaran dari negara Cina. KLIK

Mungkin minum ini tidak dipasarkan di Malaysia, dan hanya ada di pasaran negra Singapura atau negara-negara jiran lainnya, walau bagaimana pun ada kemungkinan minuman ini terlepas juga menyelinap ke dalam Malaysia, maka berhati-hatilah untuk menikmatinya………

Mengikut maklumat, minuman ini mengandungi sumber dari ‘BABI’ seperti yang tertera di gambar (yang bertanda bulatan merah).

Memandangkan pengeluar minuman ringan ini tidak peka dengan pengguna-pengguna Islam yang sememangnya telah terbiasa dengan minuman keluaran jenama YEO’S, maka adalah diingatkan agar umat Islam lebih berhati-hati……….


Saturday, November 14, 2009

Kickdefella - Selamatkan Tok Guru ?

Kickdefilla, ‘hantu raya’ yang sudah kehilangan tempat menjamu telor dari PAS, disingkir oleh menantu buah hati tok guru Nik Aziz, nampaknya masih berusaha meraung agar diberi simpati semula apabila menulis dalam blognya untuk menyelamatkan tok guru Nik Aziz.

Apa yang dituliskan oleh ‘hantu raya’ ini ? mari kita baca apa isinya ;

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?
KLIK

Siapakah 'kafir Quraisy Malaysia' yang dimaksudkan oleh ‘hantu raya’ ini ?

Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, menantu buah hati tok guru atau ‘hantu raya’ sendiri ?

Kalau UMNO yang dimaksudkan dengan kafir Quraisy, lebih baik ‘hantu raya’ ini berastrafal banyak-banyak, janganlah kerana sudah terlalu lama makan telor pemberian PAS sehingga melebelkan orang Islam lain sebagai kafir.

Kawan percaya tok guru sedikitpun tidak menyesal dengan apa yang berlaku, melainkan rasa benci dengan provokasi dari orang yang berniat jahat menganggu niat beliau dalam urusan ibadat itu. Tok guru mungkin menangis bukan kerana tidak dapat ke Makkah. Tetapi kerana mengenangkan ada manusia yang tergamak menyusahkan dia.

Mengapa tok guru Nik Aziz tidak terus sahaja menuju kepada orang yang menjadi musang berbulu ayam yang akan membakar reban bila tidak dapat telor emas yang diidam-idamkan, malah mendakwa seolah-olah dari kalangan UMNO yang melakukan khianat sehingga menggelarkannya ‘kafir Quraisy Malaysia’.

Si ‘hantu raya’ ini pun mula mengambil kesempatan untuk bermuka-muka terhadap tok guru. Sepatutnya tok guru Nik Aziz lebih tahu dan ‘hantu raya’ ini harus dihalau dari bumi Kelantan dan kembali ke tempat asalnya, kalau dia bukan orang Kelantan.

Atau pun kalau orang itu berada di bawah ketiak tok guru Nik Aziz sendiri, dia hendaklah dilempar jauh-jauh, jangan mudah mengeluarkan fatwa dan dalil melebelkan UMNO sebagai ‘kafir Quraisy Malaysia’.

Inilah ‘kafir Quraisy Malaysia’, ‘hantu raya’ yang menjadi musang berbulu ayam yang menghalang tok guru Nik Aziz menunaikan ibadah haji ke Mekkah. Tetapi hari ini ‘hantu raya’ ini menulis membodek tok guru dengan mengkafirkan orang lain.

Perlu diingatkan, mungkin juga Allah SWT tidak mahu tok guru Nik Aziz menjadi tetamuNya pada tahun ini, jangan sentiasa meletakkan kesalahan kepada orang lain di atas kegagalan Nik Aziz hendak ke Mekkah…….

‘Hantu raya’ ini yang sering menterbalikan pemikiran masyrakat dengan tulisan-tulisan berunsur fitnahnya, dan hari ini diri dan pemikirannya juga sudah diterbalikkan……..

Friday, November 13, 2009

Tok Guru – mengapa salahkan orang, kalau tidak jadi pergi Mekah !


Menteri Besar Kelantan, tok guru Nik Aziz membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini. Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji. Nik Aziz menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati serta yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik. KLIK

Kalau sudah membuat keputusan membatalkan menunaikan haji, mengapa mesti menuduh orang lain orang lain khianat atau memfitnah ?

Sebagai seorang tok guru yang popular, ulama tersohor, mengapa mesti takut kepada tomahan dan fitnah kalau hajat itu suci, ikhlas, mengapa mesti takut kepada sesama manusia bukan kepada kebesaran Allah ?

Mari kita lihat komen dari blog pembangkang yang berfikiran jumud ;


Begitu biadapnya dan bangsatnya manusia yang memfitnah beliau!
Hinggakan niatnya menunaikan Haji dibatalkan dalam linangan air mata!

bukan hasratnya nak ke Qatar atas jemputan Putera arab!
Bukan hasratnya nak ke Perancis atas pelawaan Razak Baginda dan Altantuya!
Bukan hasratnya ke Amerika atas pelawaan agen Yahudi!

tetapi hasratnya nak ke Mekah menyahut panggilan Baitullah!Seorang ulama' sepertinya..
dimanakah lagi tempat yang paling bahagia baginya di dunia ini?
kalau bukan Baitullah!!

laknatlah kamu wahai manusia yang memfitnahkan Tok Guru ini..
Yang bukan menyertai politik untu wang ringgit!
Jauh sekali kerana nak komisen kapal selam!

Bangsatlah kamu wahai manusia yang memfitnah Tok Guru ini..
Bangsatlah kamu!

sunsnake@budakbalun 13.11.2009

Begitu mudah penulis blog jumud ini memaki hamun orang lain, menghina orang lain. Kenapa, pasal Nik Aziz ulama ?

Cuba kalau isu ini berlaku ke atas pemimpin-pemimpin UMNO, bagaimana agaknya caci hina, maki hamun yang terkeluar dari penulis blog jumud ini.

Mengapa Nik Aziz membatalkan hajat untuk menunaikan ibadah haji ?

Puncanya, pemergian Nik Aziz adalah ditaja oleh syarikat yang ada kepentingan dengan Nik Aziz. Kalau yang membuat tajaan itu dari kalangan orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan urusan tender, mungkin tidak akan dipertikaikan orang.

Nik Aziz sendiri tidak menafikan ianya menerima tajaan, cuma Nik Aziz tidak boleh terima, tajaan itu dipanggil 'rasuah', bukan dipanggil ‘hadiah’, sebab itu Nik Aziz tidak boleh terima.

Nik Aziz mendakwa, "Kalau di zaman Nabi dahulu Baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia."

Apakah Nik Aziz telah meletakkan dirinya setaraf dengan status Nabi ?

Kawan rasa tiada siapa yang menghalang niat menunaikan ibadah haji Nik Aziz, setahu kawan Nik Aziz sendiri membatalkannya………

Manakala orang lain hanya mempertikaikan wang tajaan yang diberikan kepada Nik Aziz, itu sahaja…….

Sekiranya wang tajaan berkenaan bukan dikatakan ‘rasuah’, jadi apa kategori yang boleh Nik Aziz jelaskan kepada rakyat Kelantan khususnya Malaysia ?

Adakah ia boleh didalilkan sebagai ‘sedekah’, ‘hadiah’ atau ‘saguhati’ ?

Atau pun boleh ditaklikkan sebagai sumbangan wang ‘ehsan’ atau juga ‘royalti projek’ ?

Sebab itulah, kita jangan terlalu takbur dengan kelebihan ilmu, jangan terlalu riak dengan amal ibadah yang dikerjakan. Allah akan menguji sejauh mana kekuatan iman kita, adakah semuanya kerana Allah atau kerana ingin menunjuk-nunjuk……..

Waima apa sekali pun alasan Nik Aziz, ianya tidak lari dari perbuatan tidak amanah, ianya juga akan menerima sogokkan dan rasuah walau pun hanya untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan………




Rasuah ibadah Haji – apa dalil tok guru Nik Aziz ?

Dalam bab Nik Aziz Menteri Besar Kelantan pergi mengerjakan ibadah haji bersama-sama keluarga yang dibiayai oleh Abroad Technology Centre Sdn Bhd, boleh dikatakan tiada satu pun bloger-bloger pro pembangkang menulisnya, yang banyak mereka paparkan isu wang ehsan.

Kenapa mereka semua menyepi dengan isu ini ?

Itulah bila sudah terkena batang hidung sendiri, mana dalil-dalil dan fatwa para ulama dan ustad-usatd dari PAS ?

Atau pun hadiah penajaan ini tidak termasuk dalam ketegori rasuah ?

Dibawah ini kawan copypastekan artikel dari blog House PK untuk sama-sama kita menilai sejauh mana dalil tok-tok guru PAS dalam isu ini ;

Saya baru sahaja diberitahu bahawa syarikat yang ingin menghantar Nik Aziz untuk mengerjakan ibadah haji adalah Abroad Technology Centre Sdn Bhd, syarikat ini mendapat hak ekslusif memasang Billboard di seluruh Kelantan di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Seperti yang kita sedia maklum bahawa PMBK diterajui oleh menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi. Pakej yang telah diberi oleh Abroad Technology ini berharga RM65,000 satu kepala kepada Nik Aziz dan keluarga.

Yang akan mengikuti rombongan haji tajaan syarikat yang telah disebut di atas tadi ialah, Nik Aziz dan isteri, Menantu Nik Aziz (Ariffahmi) dan isteri, setiausaha sulit Nik Aziz beserta dengan Nordin (tuan punya Abroad Technology) dan isteri!

Kesemua pakej rombongan diatas dibuat bayarannya melalui TH Travel Sdn Bhd!

Syarikat ini menaja Nik Aziz dan keluarga semata-mata untuk membalas BUDI-BAIK yang telah diberikan oleh PMBK melalui hak ekslusif pemasangan Billboard seluruh Negeri Kelantan. Apakah harus kita panggil dengan URUSNIAGA ini? Sedekah atau Rasuah!

Info ini telah diberi oleh YB Dato Alwi Che Mat yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Dato Alwi juga mempunyai semua dokumen-dokumen berkenaan seluruh urusniaga ini. Nantikan pendedahan seterusnya!

Mohon jasa baik kepada rakan-rakan bloggers supaya menyebarkan artikel ini. Terima kasih. House PK

Posted by House PK at 6:15 AM

Syarikat yang menaja tok guru Nik Aziz dan keluarga untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah pada bulan ini, adakah ianya berbentuk hadiah atau jenayah rasuah ?

Apakah dalil atau fatwa yang boleh mengenepikan bahawa penajaan ini bukan jenayah rasuah ?

Bukankah ianya lebih kepada jenayah kerana Arifahmi si menantu Nik Aziz ini telah berurusan terus dengan syarikat berkenaan dari segi kontrak papan iklan dengan PMBK

Apakah dalam pentadbiran Kerajaan PAS jenayah rasuah berbentuk begini dihalalkan ?

Pendapat kawan rasuah tetap rasuah, kerana Tok Guru Nik Aziz adalah seorang Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan, kalau tidak apa jadahnya syarikat berkenaan berkorban wang ringgit untuk menaja ibadaah Haji Nik Aziz………..

Kepada blogger-blogger pero pembangkang, khususnya PAS, anda buatlah dalil atau fatwa yang mengatakan isu ini bukan ‘jenayah rasuah’………

Sebab itu orang tua-tua kata, kita jangan terlalu riak dalam mengerjakan amal ibadah, jangan keterlaluan menghina serta memfitnah amal ibadah orang lain…….



Thursday, November 12, 2009

PAS BERBAI’AH – kesesatan atau kesetiaan ?

Berbai’ah dengan melapazkan jatuh talak tiga terhadap isteri-isteri wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti bukanlah satu rahsia dalaman parti itu. Bai’ah talak tiga telah diperkenalkan bagi menghalang wakil rakyat melompat parti, ini telah lama berlaku di Kelantan yang dinafikan pucuk pimpinan parti itu.

Tidakkah segalanya terlalu terang dan nyata bahawa kepimpinan PAS telah lama mewarisi faham Syiah atau Khawarij yang meletakkan perjuangan politik dengan cara ‘Taklik’ si suami kepada isteri semasa akad nikah. Apakah ini yang ada dalam dunia Islam PAS ?

Apakah kaum wanita PAS rela diperlakukan demikian oleh PAS, membenarkan pendekatan sebegini dalam ikatan suami isteri yang telah mengikut hukum-hukum Islam telah dilacurkan oleh PAS ?

Sebenarnya, bukan hanya terikat kepada calon-calon PAS sahaja bai’ah seperti ini dipaksa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Bai’ah seperti ini juga berlaku dikalangan penyokong-penyokong PAS yang fanatik terhadap isteri mereka sewaktu pilihanraya.

Banyak kaum wanita dari kalangan isteri-isteri penyokong PAS mendakwa bahawa mereka bukan tidak mahu menyokong UMNO-BN, malah mereka tahu setiap penyelewengan parti PAS, tetapi setiap kali tiba untuk mengundi, suami-suami mereka awal-awal telah memberi amaran ‘akan jatuh talak jika isteri mengundi UMNO-BN’.

Memandangkan, si isteri yang taat dan tidak sanggup melihat rumahtangga serta anak-anak terpisah, maka para isteri penyokong PAS ini hanya mampu memendam rasa, sedangkan dalam hati mereka penuh dengan kekesalan di atas sikap sang suami durjana…….

Inilah yang menjadi senjata kepada PAS, terlalu ramai kaum wanita dari kalangan isteri-isteri penyokong PAS yang menjadi mangsa penyeksaan fizikal dari suami mereka yang terlalu taksub……

Siapa yang menyuruh si suami agar melapazkan ‘akan jatuh talak jika mengundi UMNO-BN’ kepada isteri-isteri mereka ?

Inilah kerja kepimpinan PAS khawarij yang terlalu ghairah untuk berkuasa sehingga sanggup mempertuhankan politik dan demokrasi sehingga mempersendakan kemuliaan seorang isteri seperti barang gadaian untuk menjamin keutuhan politik sesat mereka.

Kalau wanita yang dipanggil ‘isteri’ yang kita memperisterikannya dengan satu amanah serta telah mengakui satu perjanjian yang besar di hadapan Allah, tiba-tiba kerana terikat dengan ‘bai’ah’ serta akur dengan perintah tok-tok guru maka terjatuhlah talak satu, dua atau tiga ke atas isteri kita, apakah itu bukan satu penganiayaan terhadap kaum wanita ?

Terang dan nyata PAS adalah sesat, mengapa tidak……….

Nik Aziz juga berbai’ah kepada penyokong-penyokong PAS, dengan janji-janji ‘syurga’. Melihat, menyimpan, menggantung gambar tok guru di dalam bilik, membawa gambar tok guru tidur bersama pun boleh ‘pahala’……..

Fikir-fikir, renung-renungkanlah wahai kaum wanita……… di mana hak anda pada pandangan lelaki PAS…….