Saturday, September 19, 2009

Malaysia tidak wajar dilebel eksport pengganas-Najib


Dato' Sri Najib berkata Malaysia tidak wajar dilabel sebagai negara yang mengeksport pengganas kerana masalah itu adalah permasalahan serantau yang turut berlaku kepada negara lain di peringkat global.

Najib juga berkata tindakan saling menuding jari dan menyalahkan antara satu
sama lain adalah tidak menguntungkan kerana isu pengganas bukan soal yang hanya melibatkan negara tertentu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian anggota militan yang paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top dalam satu serangan di pekan Solo, Jawa Tengah, semalam.

Noordin, anggota Jemaah Islamiah (JI) semasa hayatnya ialah perancang utama kepada beberapa siri letupan bom di Bali dan Jakarta yang meragut ratusan nyawa.

"Noordin sebenarnya telah dipengaruhi oleh Abu Bakar Bashir, seorang warganegara Indonesia, jadi nak kata kita eksport pengganas pun tak boleh juga sebab dia dipengaruhi oleh Abu Bakar Bashir dari Indonesia yang telah membuka satu sekolah agama di Ulu Tiram, Johor. Itu asal-usulnya. KLIK

Komen;

Tuduhan segelintir rakyat Indonesia bahawa Malaysia telah mengeksport pengganas (teroris) ke Negara mereka untuk tujuan menghuruharakan Indonesia adalah tidak berasas sama sekali.

Noordin Mohamad Top dan Azahar Hussin pengganas yang yang didakwa telah dieksport oleh Malaysia, tetapi mereka adalah dari sebahagian anak didik Abu Bakar Bashir dari Indonesia.

Siapa Abu Bakar Bashir ?

Abu Bakar Bashir juga dikenali dengan nama Abdus Samad Abud, Ketua Majlis Mujahiddin Indonesia telah dipenjarakan beberapa tahun semasa pemerintahan Suharto kerana dianggap membahayakan oleh pemerintah Indonesia. Selepas bebas dari penjara Abu Bakar Bashir melarikan diri ke Malaysia dalam tahun 1982. Dia menjadi guru mengaji di Malaysia dan mempunyai banyak pengikut. Pada masa inilah dia telah menubuhkan Jemaah Islamiyah dan pengikutnya tersebar juga hingga ke Singapura dan Filipina.

Abu Bakar Bashir juga menyokong gerakan kumpulan militan KMM di Malaysia. Kegiatan KMM di Malaysia terbongkar apabila tiga anggota merek
a gagal dalam cubaan merompak sebuah bank di Petaling Jaya, Selangor, sementara di Jakarta, seorang anggota KMM cedera parah ketika melakukan pengeboman di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta.

Polis Malaysia juga telah merampas banyak senjata api daripada anggota-anggota KMM yang ditahan dan mereka dipercayai telah melakukan beberapa jenayah termasuk membunuh seorang wakil rakyat dan cubaan meletupkan beberapa rumah ibadat agama lain.

Polis M
alaysia juga menahan anggota KMM, termasuk Nik Adli Nik Aziz, Muhammad Iqbal Abu Jibril dan memburu Hambali @ Nurjaman @ Riduan Isamudin.

Abu Bakar Bashir seorang ustad, guru agama yang mempunyai kemahiran dan kepimpinan spiritual. Kegiatan-kegiatan Abu Bakar Bashir di Malaysia ;

- 1982
Abu Bakar Basyir ambil kesempatan itu melarikan diri ke Malaysia, menetap di beberapa tempat di Johor dan di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Abu Bakar berniaga kecil-kecilan dan mengajar ilmu agama dan pada ketika inilah Jemaah Islamiah ditubuhkan dan ahlinya tersebar hingga ke Filipina dan Singapura.

- 1990an Abu Bakar bekerjasama dengan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Johor yang melihat kekhalifahan Islam di Asia Tenggara dapat menyelesaikan masalah umat Islam sejagat. Abu Bakar memang menyeru kepada jihad tetapi tidak melalui aksi militan. Sementara Hambali cenderung kepada aksi militan.

- 1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.

Aktiviti tersembunyi Abu Bakar terdedah apabila Polis Malaysia menangkap beberapa anggota kumpulan militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang disyaki terlibat dalam gerakan militan untuk menjat
uhkan kerajaan Malaysia dan anggota KMM mengaku Abu Bakar sebagai penggerak kumpulan itu.

Tembelang kegiatan Abu Bakar Bashir semakin terserlah apabila anggota Jemaah Islamiah di Singapura yang ditangkap turut menuding jari kepada Abu Bakar sebagai dalang gerakan mereka.

Adalah mustahil jika Malaysia dituduh sebagai dalang mengeksport pengganas untuk menghuruharakan Negara Indonesia sedangkan dalang sebenarnya bebas sebagai pelontar batu yang menyembunyikan tanga
n.

Tidak salah kalau kawan juga boleh menyatakan ada parti di Malaysia yang juga sebagai pendokong KMM dan menyokong pergerakan pengganas ini, tetapi menafikannya apabila kerajaan Malaysia menjalankan gerakan memburu anggota-anggota KMM dan JI di Malaysia.

ISA telah mengamankan Malaysia dan rakyat dari gerakan-gerakan mengganas mereka, tetapi ada pihak yang beria-ia sangat hendak mansuhkan ISA. Mungkin mereka juga ada agenda seperti KMM dan JI untuk menghuruharakan negara kalau ISA berjaya dimansuhkan jika mereka masih lagi tidak dapat berkuasa memerintah negara.


11 comments:

  1. Inilah sikap masyarakat INDONESIA yang begitu mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa.

    ReplyDelete
  2. Salam Yanggambi,

    memang tabiat dan sikap semulajadi segelintir masyarakat INDONESIA merasakan bahawa diri bangsa mereka saja yang benar, betul dan sempurna.

    mereka gagal untuk menilai sesuatu perkara itu dengan lebih teliti dan lebih mendalam lagi agar tuduhan itu kemudian hari tidak terkena kepada diri mereka sendiri.

    segelintir rakyat INDONESIA memang gemar menuduh orang lain dengan tuduhan yang melulu tanpa usul periksa. mereka juga lebih gemar memilih jalan mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah, iaitu bersengketa, dan jika dilayan mereka akan menjadi lebih biadap.

    Apa-apapun kita hadapi saja cercaan mereka dengan cara kita sendiri...rakyat MALAYSIA memang telah terkenal dengan sikap matang dan rasional didalam berdepan dengan sesuatu masalah...jadi biarkan saja segelintir rakyat negara jiran kita itu dengan cara mereka walaupun sakit hati kita hanya Tuhan saja yang tahu.

    Diharap sempena dengan Hari Lebaran Hari Yang Mulia Aidilfitri ini mereka akan mendapat sedikit kesedaran tentang kesilapan yang pernah mereka lakukan terhadap Malaysia selama ini.

    kepada Yanggambi, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  3. salam yang gambi..benar yang ditulis..tapi CCZ rasa kalau dituduh Pas dan PKr memang kena lah..Selama ni pun mereka yang dok serap tindakan Seberang contohnya demonstrasi. Bukankah mereka juga yang banyak menyalahkan ISA dan memberi simpati yang berlebihan terhadap ahli-ahli keluarga tahanan ISA?

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Yang gambi dan keluarga..

    ReplyDelete
  4. semoga dunia bertambah menjadi lebih baik lagi :)
    amien amien
    kang minal aidin wal faidzin iia kang,
    mohon maaf lahir bathin...

    selamat hari rayaaaaaaa.. :)

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA. Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir batin. Selamat Berjuang.

    ReplyDelete
  6. Semogalah kita tetap berkhidmat hanya pada yang di ATAS, karena Allah yang menentukan segalanya, Minal Aidin Walfaizin, mohon maaf lahir batin.
    " SELAMAT HARI RAYA "
    salam.

    ReplyDelete
  7. Biar hati sejernih air,jangan pula dipenuhi lumpur
    Kalau salah belum berakhir,harap diampun dengan rasa syukur
    Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba
    Jika ada salah dan silap, harap diampun di hari raya...
    Biar amarah disunting sunyum,ibarat pekerti disulam kasih
    Harap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih

    ReplyDelete
  8. mari kita melupakan masalah yang terjadi(saling tuding) di hari yang fitrah ini.Selamat hari Raya Idul Fitri 1430 H, maaf lahir dan bathin.

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil fitri sdr. Yang Gambi sekeluarga, terima kasih kerna memberikan sokongan.

    Alhamdulillah, Indonesia mempunyai pemimpin yg berkaliber seperti SBY yg bijak mententeramkan keadaan dan tidak mudah melatah dgn isu2 yg timbul diantara Malaysia-Indonesia. Semoga DSN dan SBY mampu berganding bahu utk memelihara silaturrahim serumpun tanpa tewas dgn puak provokasi.

    ReplyDelete
  10. mereka ini merasakan mereka lebih islam dari yang lain.ini menunjukkan isa perlu. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..