Dr Lo’ Lo’ dalam harakahdaily mendakwa kefahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu.
Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam. “Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu. KLIK
Mengapa Dr Lo’ Lo’ menjadi Dr Lo’ Lak ?
Seorang pemimpin PAS yang cerdik pandai, tetapi oleh kerana sifat-sifat ‘munafik’ memang telah sedia tersemat dalam diri, maka ungkapan yang disampaikan Dato’ Sri Najib di majlis Rahmat Ramadan, Felda Teloi Timur tempoh hari diputarbelitkan.
Dr Lo’ Lak tidak nampakkah selama ini pembangunan aqidah, pembangunan akhlak dan moral menjadi teras dalam pembangunan Negara di bawah kerajaan UMNO-BN.
Dr Lo’ Lak tidak nampakkah penjurusan pembangunan Islam yang merangkumi kesuluruhan dari segi ekonomi dan sosial melalui agensi-agensi yang dibentuk kerajaan UMNO. Sudah berapa banyak pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan sekolah agama rakyat yang disediakan oleh kerajaan UMNO.
Bukankah semua ini disediakan bukan sahaja untuk meningkatkan dari segi akademik, malah untuk membimbing kearah aqidah, moral dan social kepada masyarakat Melayu di Malaysia.
Kalau Dr Lo’ Lak meletakkan kesalahan kerajaan UMNO yang menyebabkan gejala sosial, itu satu dakwaan yang berupa fitnah, mengapa di Kelantan yang dikuasai PAS yang mendakwa ‘serambi Mekah’ masih berleluasa gejala sosial ?
Mungkin Islam PAS tidak perlu mengutamakan pembangunan ekonomi rakyat, maka taraf kemiskinan rakyat di Kelantan juga tidak perlu dititikberatkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Tetapi dari segi penyelewengan akidah dan gejala sosial juga berleluasa di Kelantan……..
Mengapa ramai-ramai pemimpin PAS termasuk Dr Lo’ Lak juga mengejar kekayaan dunia, berlumba-lumba mencari kekayaan sehingga keluar dari Kelantan ? Berapa ramai dari kalangan penyokong-penyokong PAS yang menjadi jutawan ? Malah ada dari YB-YB PAS dan Pakatan juga menlakukan penyelewengan-penyelewengan dalam mendapatkan kekayaan ?
Dr Lo’ Lak jangan hendak mengeksploitasikan isu pembangunan ekonomi yang di bawa oleh kerajaan UMNO kepada Negara dan rakyat.
Dr Lo’ Lak bukan tidak tahu selepas merdeka keadaan taraf hidup bangsa Melayu Islam yang kebanyakkan tidak berpelajaran, hidup dalam kemiskinan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan UMNO yang meletakkan Malaysia sebuah Negara Islam mengutamakan pembangunan maruah bangsa Melayu Islam melalui pendidikan dan ekonomi.
Telah menjadi tugas utama UMNO sebagai pemerintah sebuah Negara Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam Negara berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat sentiasa dapat dipertahankan.
UMNO sebagai pemerintah juga adalah merupakan alat untuk mencapai matlamat akhir kehidupan rakyat untuk mencapai keredhaan Allah. Melalui sistem perlembagaan, rakyat yang beriman kepada Allah akan dapat mengagungkan Allah dengan sempurna kerana rakyat mampu melaksanakan segala urusan berdasarkan kepada hukum keTuhanan. Manusia sebagai hamba Allah, tidak berhak membatalkan hukum ketuhanan ini.
Dr Lo’ Lak tidak sedarkah, dengan keyakinan yang sedemikian, negara Islam yang UMNO dapat wujudkan kerana segala perancangan dan perlaksanaan mudah dilakukan melalui musyawarah daripada semua lapisan masyarakat daripada pihak pemerintah sehingga kepada rakyat biasa.
Pemimpin UMNO sebagai Khalifah atau ketua negara juga bertanggungjawab membentuk satu sistem pemerintahan yang menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan ekonomi rakyatnya, sementara tugas rakyat pula adalah wajib untuk mematuhi pemerintah.
Dr Lo’ Lak tidak tahukah bahawa Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka, tetapi mesti dalam batasan syari’ah yang dibenarkan.
Pada pendapat kawan, kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mereka sendiri menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. Sebagai umat Islam kita tidak perlu menjadi miskin semata-mata untuk memberikan tumpuan kepada ibadah serta mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
Sedangkan mengtakrifkan ibadah itu juga sangat luas. Perlu difahami bahawa mencari pendapatan untuk menyara keluarga dan memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak merupakan satu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusahpayah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah”.
Begitulah juga dengan peranan pemimpin-pemimpin kerjaaan UMNO bersusah payah meningkatkan taraf hidup umat Melayu Islam dalam Negara. Mereka juga menjalankan ibadah yang dituntut oleh agama Islam sebagai seorang pemimpin.
Dr Lo’ Lak tidak perlu mengelirukan umat Melayu Islam dengan pandangan seperti orang tidak berilmu semata-mata untuk kepentingan politik.
Rakyat di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dilimpahkan rahmat yang secukupnya sehingga kita boleh menjalani kehidupan dengan agak selesa jika hendak dibandingkan sesetengah negara umat Islamnya yang tidak begitu bernasib baik seperti kita di Malaysia.
Malah ada terdapat segelintir umat Islam di negara-negara lain meninggalkan agama Islam semata-mata kerana kesempitan hidup, dengan alasan kehidupan mereka dalam kesempitan dan hanya jiran bukan-Islam sahaja yang mampu menghulurkan bantuan kepada mereka, sedangkan jiran-jiran Islam sekeliling mereka juga tidak mampu membantu kerana mereka juga semuanya dhaif dibelenggu oleh kemiskinan.
Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w: “Kesengsaraan yang paling sengsara ialah miskin di dunia dan diseksa di akhirat”. (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Ash-Shihaab).
Dr Lo’ Lak mengelirukankan serta membuat umat Melayu Islam salah faham tentang kepentingan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan UMNO.
Pemimpin-pemimpin PAS juga sering mengelirukan rakyat dengan dakyah songsang sehingga dalam hal ehwal pembangunan ekonomi, umat Islam selalunya meletakkan diri mereka ke dalam satu keadaan yang merumitkan, iaitu di antara tuntutan duniawi atau tuntutan akhirat. Yang mana lebih penting, kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat ?
Sebab itu Tok Guru Nik Aziz mempergunakan kempen mengelirukan uamat Melayu Islam bahawa mengundi PAS dapat masuk ‘syurga’ serta menyokong UMNO tidak boleh sampai ke ‘syurga’.
Tidakkah Dr Lo’ Lak melihat hasil pembangunan ummah yang dilaksanakan kerajaan UMNO telah memperbanyakkan orang Melayu Islam di Malaysia menjalankan ibadah mereka dengan sempurna mengikut rukun-rukun Islam.

Salam YG,
ReplyDeleteYa lah part Islam hanya Pas.
Negara Islam pun X payah lagi...Hudud pu X payah...
Cuma cukup dengan menubuhkan parti Islam, pakai serban, pakai jubah, mengumpat, mengkeji, mengata, menelanjang aib orang dan memfitnah orang, ahli2nya akan dijamin syurga.
10 sahabat Rasullullah s.a.w dan 10 sahabat Isa a.s yang dijamin syurgapun Allah s.w.t yang janjikan....Jadi Pas lebih hebat dari Nabi2 serta rasul2 ini? Boleh janjikan syurga kepada ahlinya? Sama hebat dengan Allah s.w.t ? Astarfirullah.....
DR.LOK LAK tu pun berjaya jadi DR,jadi YB disebakan kejayaan Kepimpinan UMNO dan BN Memerdekakan negara dan memajukannya sehingga jadi seperti sekarang ,kalau tak tak taulah kat mana dia...
ReplyDeletekdg2 tsangat pening dgn parti PAS yg terhampas ini.jantan betina sama saja hebat memecahbelahkan perpaduan sesama ummah dalam Malaysia ini.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteInilah antara jaguh2 air liur dlm PAS.
Dr. Lo Lo ni berjaya sampai jadi Doktor, tak ada ambil biasiswa Umno/BN ke?
ReplyDeletePakai biasiswa FAMA ke? Kaya ke mak bapak dia ni?
Salam, apa yang dia nampak 2 cermin matanya. kerana itu apa sahaja yang didepannya tak akan nampak. Biasalah kebaikan selalu mendapat tentangan, sementara kebathilan selalu dipuja. Pas memuja DAP dan AnWar. Bagi Lo Lak, memuja LIM Kit Siang dan Karpal lebih islamic.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat semua.
ReplyDeleteDr Lo' Lak serupa juga dengan cerdik pandai lain, berjaya hasil perlaksanaan dan perancangan dasar UMNO, tetapi mereka ini di antara manusia yang tidak mahu bersyukur dan berterima kasih....
Salam,
ReplyDeleteInilah pemimpin yang telah berjaya hasil perancangan BN /UMNO dan menafikannya. Pemimpin yang tak mahu bersyukur.....
dalam pas.. orang2nya sudah diberikan firman oleh Nik Aziz agar apa yang dilakukan oleh UMNO harus ditentang.. tiada satu pun kebaikan yang dibuat oleh umno harus mereka sokong.
ReplyDeletekelantan, masalah sosial juga tidak pernah selesai.. tidak sekadar di kelantan saja, tetapi menular ke sekitar ibu kota dan juga negeri2 lain... kelompok orang2 kelantan ni terdapat di mana2 saja kecuali di borneo..
itulah masalahnya YG, mereka mengatakan sokong pas masuk syurga.. mmg bodoh gile la cakap camtu... aku yg bukan islam ni pun rasa macam .. hei .. bodoh bebenor la nik aziz tu.. siapa dia nak janjikan syurga pada penyokong pas ???? bagi malu jer
salam
ReplyDeleteRasanya Dr Lo Lo ini sudah lupa bahawa fardhu kifayah wajid ke atas pemimpin.....
ISAC, memang betul lah tanggapan ramai bahawa UMNO-BeEND menganggap harta benda duit dan sebagainya milik negara/rakyat itu adalah duit UMNO-BeEND...
ReplyDeleteDo not be so stupid or to make another to be stupid...
Duit biasiswa ker apa ke milik negara adalah hak rakyat umum bukan milik UMNO-BeEND..
Seluruh warganegara Malaysia yang ada kerakyatan, membayar cukai, patuh kepada negara BERHAK mendapat segala kebajikan yang disediakan oleh negara..
Segalanya itu bukan milik UMNO-BeEND, andai PAS-PR memerintah nanti pun perkara2 itu adalah bukan milik mana2 parti.
Kecualilah parti2 tersebut memang ada menyediakan dana khas di bawah nama partinya sebagai biasiswa...
Orang zaman sekarang berfikir dengan akal dan otak di kepala, bukannya tempurung lutut di kepala lutut...
Media Cyber tu bukan Islam ker?
Betul kata Dr. Lo'lo' tu..
ReplyDeleteKut mana pulak UMNO nak menjadi Parti Islam.. dasarnya bukan Islam tapi nasionalis..
Ibarat 'pengat pisang' dengan 'sira pisang' lah.. UMNO buat 'sira pisang' tapi mendakwa itu adalah 'pengat pisang'.. sira pisang tetap sira pisang lah ia tak jadi pengat pisang...
Kalau nak jadi Parti Islam, pinda dulu perlembagaan UMNO tu, buang segala yang tidak Islamik tu, kemudian bubuh dasar-dasar Islam dalamnya, Quran Sunnah Ijmak Qias, baru lah jadi Parti Islam.
Macamtu barulah Islamnya bukan setakat pada dakwaan sahaja tetapi benar-benar Parti Islam sebab dasarnya adalah Islam.!!!!!!!!
Kuda perang, betul lah semua dana duit negara, dan kerana kebijaksanaan mencari dana dan mengatur dasar melaksanakan kebajikan rakyat itu yang perlu diambil kira. Apa ertinya dana yang dikatakan hak rakyat, tetapi tidak diurus kepada kpentingan rakyat, kebijaksanaan itu perlu.....
ReplyDeleteApakah PAS di Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang melaksanakan hukum berpandukan Quran Sunnah Ijmak dan Qias ? tidak ke jdi pak turut dengan undang-undang syari'ah yang sedia ada sejak zaman UMNO memerintah ?
Jadi-jadilah kafirkan orang Melayu UMNO, Kuda Perang mungkin dari keturunan orang asli yang baru jumpa Islam, itu pun nasib baik ada berlakunya perubahan tamadun, kalau tidak mungkin juga keturunan kuda perang langsung tak dapat perngetahuan dunia luar yang mungkin juga sampai sekarang tidak dapat pertunjuk betapa kebesarannya Allah.....
Undang2 syariah bukan ciptaan Pas atau Umno, undang2 syariah adalah ciptaan Allah SWT, PAS atau UMNO hanya jadi pelaksana sebagai pemerintah, namun ada undang2 syariah yang sedia ada betul2 mengikut kehendak syarak dan ada juga yang tidak benar2 mengikut syarak skadar memenuhi kehendak nafsu dari perspektif sivil.
ReplyDeleteTidak pernah ada dari kalangan PAS mengkafirkan orang2 Melayu UMNO, cuma yang menjadi isu adalah persoalan dasar kepada organisasi UMNO dan mana2 organisasi yang lain yang mana dasarnya tidak selaras dengan Islam maka sesatlah golongan itu.
Setiap individu umat Islam sendiri (maksud saya yang berilmu) tanpa diingatkan oleh kalangan PAS pun sedia maklum akan apakah status muslim yang berpegang kepada sesuatu iktikad yang tidak selari dengan Islam. Maka kenapa masih ada lagi yang masih mahu memperbodohkan diri sendiri dengan selimut kejahilan...
PAS-PR tidak bijaksana lagi ke memerintah negara, syarikat2 GLC dibawah Kerajaan Lama pimpinan UMNO-BeEND asyik MENGAUT KERUGIAN, namun bila diambil alih oleh PAS-PR syarikat2 GLC mula dapat benafas lega dan mendapat laba keuntungan daripada perniagaan..
ReplyDeleteContoh utama di Kelantan. Sekarang diikuti oleh Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan sekejap di Perak..!