Pergerakan Wanita Umno meminta pemimpin tertinggi BN menimbang untuk meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Naib Ketuanya, Datuk Kamilia Ibrahim menyarankan agar calon wanita perlu diberi peluang selepas kesemua PRK yang diadakan sejak pilihan raya umum lepas menampilkan calon lelaki.
Kamilia juga berkata pemilihan calon daripada kalangan wanita juga selari dengan perjuangan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menempatkan 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan.
Malah, katanya terdapat ramai pemimpin wanita di peringkat negeri dan bahagian di Negeri Sembilan yang berwibawa dan layak bertanding bagi kerusi itu. KLIK
Persoalannya, apakah yakin UMNO-BN mampu mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ?
Apakah berdasarkan prestasi BN yang dilihat semakin stabil di PRK-PRK yang kebanyakannya bertanding di kawasan-kawasan kubu pemabangkang, namun sokongan pengundi kepada UMNO-BN menampakkan gambaran yang agak baik.
Kalau dilihat PRK di Manek Urai, telah ada perubahan besar di kalangan pengundi di sana untuk datang kepada BN walaupun tempat itu menjadi kubu kuat PAS, begitu juga di Permatang Pasir, mungkin kalau tidak kerana terlalu banyak isu-isu calon UMNO-BN keadaannya agak lebih menarik.
Mungkin secara tradisinya Kerusi DUN Bagan Pinang adalah kubu BN berdasarkan pada pada pilihanraya umum yang ke 12, calon BN memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan calon Pas dengan majoriti 2,333 undi. Tetapi sayugia diingatkan juga sebelum ini di PRU 11, calon BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi
Berdasarkan kepada pecahan komposisi pengundi yang terdiri 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. UMNO-BN tidak boleh mengharapkan sesuatu yang selesa kerana pengundi Melayu mungkin berpecah dua, kesetiaan pengundi-pengundi kaum Cina dan India kepada BN juga perlu di ambil kira, apatah lagi dalam Parlimen Telok Kemang, dari 5 DUN, 3 kerusi DUN milik pakatan pembangkang dan 2 kerusi termasuk Bagan Pinang milik BN.
Apakah UMNO-BN di Bagan Pinang sudah bersedia menghadapi isu-isu perkauaman yang di bawa DAP di kalangan pengundi-pengundi Cina dan
Sejauh manakah pula kepimpinan UMNO-BN di DUN Bagan Pinang menghayati ‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ terhadap keseluruhan pengundi-pengundi ?
Kawan berpendapat, adalah tidak wajar Datuk Kamiliah, Naib Ketua Wanita UMNO mendahului menyuarakan siapa calon yang perlu diletakkan di DUN Bagan Pinang.
Jangan Datuk Kamiliah menganggap PRK di Bagan
Walau sesiapa pun calon yang bakal dipilih, ianya perlulah dinilai dengan sebersih-bersihnya supaya tidak menjadi isu utama oleh pembangkang kelak, yang penting bagaimana untuk mengambalikan keyakinan pengundi-pengundi kepada UMNO-BN. Waima siapa sekalipun, calon UMNO-BN perlu mendapat sokongan serta disenangi oleh rakyat.
Apa yang paling penting, kesetiaan kepimpinan UMNO-BN kepada kepada parti, tidak ada pertelagahan dan percanggahan dalam jentera parti sendiri perlu diutamakan. Itulah salah satu punca kekalahan calon UMNO-BN di Permatang Pasir, jangan biarkan ianya berulang kalau UMNO-BN tidak mahu menerima kekalahan 8-1……
Yang penting semua kepimpinan Umno-BN perlu menjadikan pengalaman dalam PRK yang lalu sebagai iktibar untuk melakukan yang terbaik dalam PRK DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan nanti.
Ingat ada 2 tahun lagi pemilihan AMT UMNO Malaysia. Tak salah melobi tapi kalo sekadar sebagai usaha mengekalkan sokongan, pengaruh dan melebarkan kempen awal sebab pemilihan kepimpinan wanita UMNO pemilihan AMT nanti...NIAT TAK BERAPA TEPAT. Ini sikap mendahului PUCUK Pimpinan Parti kadang tak syoooook. Kadang boleh melemahkan sokongan...Dah tu buat mcm IKLAN SALE, OFF UP TO 70%. Runding secara pendekatan tertutup dan respect Pucuk Pimpinan DAN JANGAN MENDAHULUI MEREKA...NO WONDER NURUL EZZAH RILEX JEE!.
ReplyDeletePRK Bagan Pinang terlalu diperlukan untuk memecahkan/mematahkan momentem keputusan PRK.
ReplyDeleteMaaf, sengaja mampir tapi tetap saja tak tahu arti tulisannya... maaf
ReplyDeletelagi ngomongin apa ya?
Pada saya pembangkang buta2 tumpang tuah hasil undi protes ahli BN di PRU 12. Tak silap sy, bukankah hampir 300 ribu undi rosak di PRU12 lepas.
ReplyDeleteHasil dari itu, mereka kembali bernafas. Ditambah pula setiap PRK mereka berjaya kekalkan kerusi dan menang di KT.
Apa yg kita perlu risaukan ialah undi baru dan undi bukan melayu. Bagaimanapun, sy tetap optimis dgn nasib UMNO walaupun seolah ditikam oleh parti komponen.
Tentang calon, tak perlulah melobi lebih sudu dari kuah. Takut nanti jadi seperti di P.Pasir. Biarlah calon yg benar2 bersih atau nampak bersih dan diterima oleh penduduk setempat.
SLM Y.G...TAK KIRE SAMA ADA CALON ITU LELAKI ATAU WANITA PASTIKAN MEREKA "BERSIH" DARI SKANDAL ATAU APA SAJE SEBAB PEMBANGKANG NI MMG SUKA MAIN KOTOR.
ReplyDeleteTP APA SLHNYA KLU WANITA DI CALON KALI INI KERANA UMNO PUN RAMAI JUGAK AHLI2 WANITA YG BERWIBAWA. APA PUN PASTIKAN CALON2 YG DIKETENGAHKAN NANTI DI SUKAI DAN MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT...WALLHUALAM
Yang penting kita bersatu!!!
ReplyDeletePemilihan calon biar PM yang buat keputusan!!
http://dun31baganpinang.blogspot.com/
saya setuju dengan tuan. dlm PRK ini, Umno perlu memilih calon2 yang benar2 tepat.keadaan ini berbeza ketika PRK sebelum PRU12 yang mana bak kata exco pemuda,Tun Faisal Ismail, letak batu jadi calon pun, BN boleh menang. sebelum PRU12, lebih 90% PRK akan dimenangi BN.
ReplyDeleteBerdasarkan pemerhatian saya, BN mempunyai kelebihan besar untuk menang bergaya di Bagan Pinang terutama faktor undi pos yang besar sekitar 5000 undi.undi pos biasanya telah ditetapkan iaitu 80-90% milik BN.
Umno perlu jaga hati orang melayu NS yang merupakan majoriti penyokong setia BN. yang menjadi masalah kepada BN adalah undi bukan melayu yang agak tinggi di kawasan ini iaitu 34%.
BN tidak boleh lagi guna taktik biasa dalam PRK sebelum ini seperti beri peruntukan yang besar2 utk kaum cina dan india sebab mereka bukannya 'malu alah' macam orang melayu. mereka akan ambil/guna pemberian BN tu tapi undi belum tentu, berbanding orang melayu yang 'malu alah' bila dapat sedikit sumbangan dan akan mengundi BN. Umno perlu memberi/menyogok sumbangan yang besar untuk orang2 melayu terutamanya di kawasan kuat PR.
Terima kasih komen para sahabat, UMNO-BN perlu lebih tegas dalam pemilihan calon, jangan sampai jadi temapt pembangkang membuat fitnah lebih besar. Kepimpinan UMNO-BN setempat juga perlu lebih giat mendekati pengundi-pengundi mualai sekarang, jangan yakin dan harapkan sangat pengundi bukan kaum Melayu.......
ReplyDeleteDatuk Kamilia hanya menyuarakan cadangan bukannya desakan.. JANGAN MARAH DIA.. terserah kepada presiden parti untuk menerima atau menolak..
ReplyDeleteNAK JADI PEMIMPIN BIAR RAKYAT KENAL LATAR BELAKANG CALON YANG INGIN BERTANDING.. CALON MESTI BERSIH, AMANAH DAN JUJUR.. JANGAN KAKI JUDI, KAKI SELEWENG, KAKI PEREMPUAN, KAKI JANTAN DLL YANG SAMA WAKTU DENGANNYA..
Walau siapa pun yang dicalonkan UMNO-BeEND.. we are going to FIGHT till to you be end..
Soal utama penerimaan pegundi kpd UMNO-BN ..calon dah menjadi soal seterusnya,pun begitu calon bersih sangat diperlukan untuk memastikan keberkesanan kempen.
ReplyDeletekali ini .. BN perlu membuat pemilihan yang benar2 tepat.. bebas dari segala isu .. isu berlaki 2 ke .. 3 ke... walaupun hal remeh temeh .. harus diambil kira. jangan sampai berulangnya perkara yg menimpa rohaizat. Bagan Pinang.. bersedia menerima kedatangan kita!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJgn mencadangkan berdasarkan nafsu, pikir2 betul2 kredebiliti dan aura calon itu xkira jantina apa.
3 adun sudah confirm keluar pakatan rakyat selangor.. dan mb baru akan diumumkan sebelum raya.. sebarkan..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBerkenaan calon serahkan kepada kepimpinan tertinggi menentukan calon. Soal calon bukan boleh dipandang mudah. ...Perlu belajar dari pengalaman pilihanraya kecil yang lalu.
Dlm DUN NS hanya ada sorang jer wakil pompuan..tertkonteng-konteng, Lantik jd exco dh tentu jaga wlfare.
ReplyDeleteBagi la can wakil wanita jd calon..ai negeri sembilan tak kan la tak de wanita hebat.. kalau dlm bahagian tak de yg sesuai cari jer la yg blh jd payung terjun !! Yg penting jadikan pglaman prk lalu sebagai pengajaran.