Tuesday, September 8, 2009

‘DUIT RAYA’ FELDA-ANAK menafikan datang dari duit FELDA


Baru-baru ini Dato’ Sri Najib mengumumkan FELDA akan menberi sumbangan ‘duit raya’ kepada sejumlah 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta manakala seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Pemberian sumbangan ‘duit raya’ kepada peneroka-peneroka yang telah menjadi tradisi FELDA sejak 2003 sehingga sekarang telah menjadi isu pelbagai pehak termasuk Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak) Mazlan Aliman.

Mazlan, AJK PAS Pusat, dalam kenyataannya dalam Harakahdaily hari ini mendakwa pengunaan istilah ‘bonus’ atau ‘duit raya’ itu juga adalah tidak tepat kerana ianya berasaskan gaji yang diterima oleh seseorang khususnya bagi kakitangan kerajaan ataupun swasta yang bekerja, sebaliknya bagi peneroka ianya merupakan hasil titik peluh mereka mengerjakan ladang kelapa sawit.

Malah Mazlan juga mendakwa pada kadar harga kelapa sawit sekitar RM420 satu tan, para peneroka sepatutnya boleh memperolehi jumlah antara RM3,000 ke RM5,000 seorang sebagai habuan duit raya di kala keadaan kos keperluan asas dan harga barangan yang meningkat.

Mazlan juga merupakan penulis buku 'Felda Dulu Tolong sekarang Along' serta mendakwa, FELDA memperolehi keuntungan yang banyak disebalik keringat yang diperah daripada peneroka, sedangkan kehidupan mereka masih berada dalam keadaan yang getir dan susah, kata Mazlan.

"Kerajaan hanya mempamerkan kepada masyarakat bahawa mereka prihatin kepada peneroka dengan memberi inisiatif 'duit raya'. Ini nak mengelabui mata tentang realiti, kehidupan peneroka yang cukup susah yang tidak dipedulikan," katanya.

Komen ;

Siapa yang sebenarnya cuba mengelabui mata masyarakat, kerajaan atau Mazlan ?

Bukankah peneroka FELDA telah menerima pendapatan dari hasil ladang setiap bulan, ada yang lebih dari RM3,000 sebulan, dan bagi yang ladang ditanam semula yang masih belum mengeluarkan hasil, FELDA telah memberi pendahuluan wang sara hidup antara RM700 hingga RM1,500 sebulan.

Betullah hasil ladang dari titik peluh peneroka, dan peneroka menjual hasil mereka melalui FELDA, bagaimana bagi peneroka yang menjual hasil titik peluh mereka kepada pembeli-pembeli swasta, berapa ribu ‘bonus’ atau ‘duit raya’ yang puak-puak ini bayar ?

Pembeli-pembeli hasil peneroka swasta ini kebanyakannya dimiliki oleh puak-puak PAS, yang mengaut keuntungan lebih dari FELDA, apa tidaknya, kalau harga sawit di kilang-kilang FELDA RM420 satu tan metrik, pembeli swasta ini hanya membeli sekitar RM320 ke 360 sahaja bagi satu tan metrik. Siapa yang lebih mengaut keuntungan ?

Hanya peneroka yang bodoh sahaja yang mendakwa FELDA sentiasa menipu mereka, sedangkan mereka lebih dibodohi oleh penghasut-penghasut yang sentiasa ingin memecahbelahkan masyarakat peneroka, sedangkan penghasut-penghasut ini juga yang mengaut keuntungan.

Ada juga kawan terbaca, mendakwa kononnya FELDA mengamalkan dasar apateid di atas pemberian ‘duit raya’, membezakan peneroka yang bersama FELDA dengan peneroka yang tidak bersama FELDA.

Tapi cubalah pulak kita fikir, kalau sudah peneroka sendiri tidak pernah menghargai sumbangan FELDA, semua hasil-hasil ladang dijual kepada orang lain, patutkah menerima sama rata, sepatutnya pihak yang mengaut keuntunganlah yang memberi mereka ‘bonus’ atau ‘duit raya’ sebagai rebet.

Perlu diingat juga, setiap peneroka dapat memiliki ladang dan rumah hasil dari perancangan ‘Dasar Ekonomi Baru’ yang dilaksanakan kerajaan UMNO-BN. Dari pembangunan DEB ini kerajaan melalui agensi FELDA telah dapat membasmi kemiskinan lebih dari 100,000 keluarga kaum Melayu.

Cuba Mazlan beritahu masyarakat umum, selama PAS memerintah Kelantan, berapa banyak tanah-tanah yang dibangunkan serupa dengan FELDA untuk membantu rakyat termiskin ?

Atau pun PAS Kelantan akan merancang untuk membangunkan tanah semacam FELDA yang memberi pulangan lebih baik kepada peneroka, sekitar RM3,000 ke RM5,000 sebulan ?

Orang-orang tua ada berkata, kalau hati sudah berkarat hitam, buatlah apa sahaja yang baik untuk mereka, tidak ada satu yang akan dihargai melainkan dicaci, begitulah golongan manusia yang angkuh dan sombong dengan nikmat yang diberi.

Banyak lagi dakwan-dakwan Mazlan ini yang kawan hendak komen sebenarnya, cukuplah sekadar itu, bagi kawan, Mazlan ini tidak lebih dari seorang yang telah diberi dana oleh PAS untuk menjalankan kerja-kerja menghasut peneroka-peneroka FELDA.

‘KERAJAAN & FELDA TIDAK BERNIAT MENIPU PENEROKA, PENEROKA YANG BANYAK MENIPU FELDA’


17 comments:

  1. saalam...orang macam mazlan ni lah merupakan generasi yang tidak mengenang budi...apakah dia tidak malu untik menjadi orang yang tidak berterima kasih...apa perasaan ayah bondanya yang dengarnya juga menyerahkan tanggungjawab mengurus ladang kepada felda...memang...sedap kalau nak mengutuk ...kerana perbuatan tersebut adalah terkutuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peneroka jual sawit kepada pembeli luar jangan marah kerana felda menipu dari segi kualiti buah, lalu dibeli dengan harga murah, yang akhirnya pemborong swasta menjual balik kapada felda pada harga standard, kes spt inilah yang bapak aku sdg nak saman felda menuntut baki harga yang telah ditipu oleh felda. Walau bagaimana pun aku tak nafi felda menolong org2 umno utk masuk felda, kami cuma manuntut hak kami dan dilayan dgn adil, kerana duit yang dibelanja utk modal felda adalah duit rakyat, bukan duit umno atau BN.

      Delete
  2. Salam,

    Itulah sikap pembangkang yang tidak tahu bersyukur dan cuma pandai mempertikan apa yang kerajaan boleh masyarakat peneroka. Mereka sepatutnya bersyukur ditempatkan di tanah rancangan dan ramai lagi rakyat hendak menjadi peneroka tidak dapat. ... Bersyukurlah peneroka-peneroka semua itu bukan datang mudah......

    ReplyDelete
  3. Salam,
    komen saudara ada yg ikan emas setuju atau jg yg msh kabur...kabur bkn tanda tak faham

    ReplyDelete
  4. saya sejujurnya juga sama macam ikan emas..
    ada yang mmg jelas ketara benar, dan ada yang masih perlu diselidik kebenarannya..

    tapi saya rasa..berbanding RM350 dan RM3000++

    jelas RM3000++ lebih menguntungkan..

    sapa tipu sapa, yang Di Atas menentukan..

    yang pasti ~ kerajaan taknak bagi bonus pada pegawai kerajaan yang lain kah??

    *_*

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sahabat komen.

    Kepada IE dn WI, apa perkara yang tidak jelas dan kabur boleh kawan terangkan., tapi kawan tak tahu apa yg kabur...

    Kot mana pun, kita perlu belajar bersyukur dan berterima kasih, SIAPA kita sebelum datang ke FELDA......, carilah mana-mana negara yang menyediakan pnempatan sebegini rupa kepada rakyat mereka, walau peneroka kena membayar balik kos penyediaan ladang dan rumah, tetapi peneroka tidak bertungkus lumus mencari duit membayarnya macam pinjaman beli rumah...

    Tanyalah peneroka FELDA dari mana datang mereka, kalau ada yg kata susah nak makan sekarang, itu salah dari perbuatan mereka sendiri yang tidak mengenang budi...

    ReplyDelete
  6. Aku fikir org ini tidak tahu apa yg dia perjuangkan. Org spt ini sudah tentulah merupakan parasite yg tidak bernilai apa2 malah mendatangkan kesulitan kpd organisasi. Saya percaya beliau merupakan generasi kedua felda. Mungkin beliau masih boleh mengingati keadaan beliau ketika dibawa menetap dirancangan felda.

    Setahu aku tidak ada peneroka yg hidup didalam kesukaran sebagaimana sebahagian penduduk di kg tradisi. Aku pernah berkhidmat dijabatan tertentu di rancangan2 felda dan aku tahu sangat hal ini. Jika susah juga, maknanya mmg org itu pemalas dan suka membuang masa bersembang dikedai2 kopi. Atau pun org yg hidup tanpa wawasan.

    Pemberian ini patut diterima dgn penuh kesyukuran, bukan membuat andaian yg bukan2. Hampir keseluruhan peneroka aku percaya akan menerima berita baik ini dgn penuh kesyukuran. Hanya org berkepentingan spt mazlan ini sahaja akan melihat perkara ini dari sudut lain. Ini adalah sumbangan ikhlas felda untuk bantu Melayu. Felda boleh tidak berbuat demikian, jika dia mahu kerana peneroka sebenarnya telah pun dibayar harga komoditi yg mereka jual kekilang2 FPI (bagi keluaran sawit) dgn harga penuh semasa. Jadi apa isunya? Peneroka2 yg insaf sentiasa bersyukur dgn kemurahan felda dgn izin Allah swt. Dibeberapa rancangan yg aku pernah menetap, tak pernah pulak dengar peneroka2 merungut, yg aku dengar adalah suara2 kegembiraan mereka.

    Org berkepentingan spt mazlan ini tidak perlu dilayan. Hanya golongan yg kecewa dan mudah terpedaya sahaja yg mudah terikut2 dgn idea bodoh mazlan ini. Aku percaya dia ni takkan lepas kemana jika cuba memainkan isu2 spt ini yg tidak mendapat sambutan dari peneroka2 yg lebih memahami akan putar belit beliau.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Keris panjang membantu dengan komen yang bernas, kesedaran memang amat sukar diperolehi dari peneroka yang masih tidak sedar diri.....

    ReplyDelete
  8. salam bro YG,
    mazlan aliman tu kan si tanggang seorang anak peneroka yang tak tau nak bersyukur ngan nikmat Allah Taala bagi melalui Felda n Kerajaan Umno/bn . cuba tanya mazlan tu apa kerajaan pas kelantan buat selam tadbir kelantan. ladang rakyat yang kononnya nak lawan felda tu sebenarnya pas pajak pada orang bukan melayu. tu ke katanya membela bangsa melayu.

    ReplyDelete
  9. SLM BRO...MUNGKIN SI MAZLAN ADALAH DARI GOLONGAN YG TAMAK HALOBA. JENIS MANUSIA YG X PERNAH BERSYUKUR BILA DAH SENANG. ENTAH2 DIA NI GOLONGAN YG MKN DUIT DARI HASIL CERAMAH SUMPAH SERANAH SBB TU MULUT DIA BEBAU!..HARKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  10. cube try test bg mazlan ni yg uruskan felda, mana tau semua warga felda boleh jadi jutawan..

    ReplyDelete
  11. Kawan rasa-rasa setuju juga pandangan dr.todak, tapi kawan takut jadi macam 'pakatan' memerintah Selangor je........ jadi macam 'tikus membaiki labu' kata orang tua juga, 'beri bunga kepada beruk', nanti punah jadinya.....

    ReplyDelete
  12. BAGUS HUJAH MAZLAN, BERNAS, PADAT DAN TEPAT.

    DISOKONG PULAK OLEH FAKTA2 YANG BENAR.

    SUATU PEMBONGKARAN KEBENARAN YANG DISEMBUNYIKAN..

    BANGKAI GAJAH TAKKAN DAPAT DITUTUP DENGAN NYIRU, APATAH LAGI SEKADAR DENGAN DAUN...

    YG JANGAN MARE....

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Apa pakatan bagi? 100, 300, 0?

    ReplyDelete
  14. sikap org melayu.
    sememangnya sejak azali dengki khianat tamak pasti ada.
    maka, tidak hairanlah bila diberi sedikit pasti tidak puas hati. jika banyak mana sekali pun, mmg tak kan cukup.
    bukan hendak bersyukur mau pun berterima kasih.
    malah mencaci org yg memberi sumbangan.
    jika tidak diberi langsung lagilah.

    reda & bersyukur, insyaallah,
    walau sedikit mencukupi.

    ReplyDelete
  15. Orang yang tidak pernah mahu berterimakasih dan hanya tahu merungut dan mengata orang yang memberikan mereka peluang pekerjaan, rumah, tanah ladang dan bonus bukanlah peribadi muslim yang sejati malah lebih buruk dari pekerti seekor anjing.

    Kerana seekor anjing tidak akan menggigit tangan orang yang memberinya makanan.

    Felda dicemburui oleh seluruh dunia kerana ia dapat meningkatkan taraf hidup golongan termiskin dan yang umpama "melukut ditepi gantang" di kampong2 mereka sendiri. Orang yang dilihat sebagai "kacang hantu" dikampong2 mereka akhirnya berjaya dengan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan/Felda.

    Maaf saudara Mazlan jika bahasa saya agak kasar, tapi itulah kenyataannya. Berapa ramai anak2 peneroka Felda yang telah berjaya menjadi Professor, professional, ahli koperat?

    Anak2 peneroka yang cermerlang pula dihantar ke bandar2 di bawah asrama felda ke sekolah2 ternama di seluruh pelusuk negara dengan percuma. Selepas itu mereka berpeluang pula melanjutkan pelajaran ke universiti2 didalam dan diluar negeri.

    Kini pelajar tajaan Felda ada beribu2 orang di Universiti Lim Kowk Win, adakah mana2 majikan sebaik Felda? Khairat Kematian RM 3,000. Insuran nyawa RM 10,000.00. Masih kurang baik di mata saudara Mazlan?

    Inilah buah tangan Umno, parti Kebangsaan yang begitu dibenci olah Pas.

    Umno telah membuktikan orang Melayu/Islam jika diberikan peluang kita boleh berjaya, tetapi kita telah diketepikan hampir setengah abad oleh penjajah. Jadi salahkah jika kita mintakan sedikit bahagian kita ? Di bumi tanah tumpah darah dan pusaka nenek moyang, yang kita rela kongsikan bersama kaum2 lain....

    Hinakah kita kerana mengambil sedikit hak kita? Kafirkah kita kerana memberikan peluang agar anak bangsa kita tidak merempat di bumi sendiri?

    ReplyDelete
  16. Kalo tak puas hati sangat, keluar sajalah dari FELDA. Sibuk2 sgt buat apa. Tapi tguk sampai lapok duduk ditanah rancangan juga. Cakap saja lebih. Parti Islam Pas mengajar balaci2nya jadi kurang ajar dan tidak berterima kasih. Berapa kerat sgt org spt mazlan ni di FELDA, tak jadi kudis pun.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..