Tuesday, September 8, 2009

Jakarta-warga Indonesia mengadakan pembersihan besar-besaran terhadap rakyat Malaysia dengan buluh runcing

Sekumpulan warga Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro dan lebih 360 sukarelawan ‘ilmu kebal’ yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Angkara kebencian mereka yang memuncak sehingga kepada tahap yang serius dan menakutkan, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati serta agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian segelintir rakyat negara Indonesia itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah yang terus diapi-apikan oleh media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta". Tetapi yang hairannya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa. KLIK

Komen ;

Kerajaan Malaysia tidak seharusnya membiarkan kecaman yang dibuat oleh rakyat Indonesia yang ‘tuli dan buta’ ini menggugat keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia.

Kalau perlu, ambil tindakan sewajarnya terhadap stesyen "Discovery Chanel" dan syarikat dari SINGAPURA yang membuat iklan 'visit Malaysia', yang memulakan semua kekeliruan ini.

Kalau dilihat dari cara kumpulan ‘kuno’ ini bertindak tanpa diperdulikan oleh Polis Indonesia, kita tidak menjamin bahwa rakyat Malaysia yang ada di sana berada dalam keadaan yang selamat.

Perlu diingat, rakyat Malaysia juga bermaruah, janganlah kerana kepentingan orang-orang tertentu, maka rakyat yang tidak berdosa menjadi korban kumpulan-kumpulan liar dan kuno ini.

Dato’ Sri Najib, selaku Perdana Menteri harus mengambil tindakan-tindakan yang wajarnya untuk menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang kebanyakannya adalah pelajar-pelajar.

Mana perginya pemimpin-pemimpin Mahasiswa Malaysia yang kononnya berjuang untuk keadilan rakyat ?

Kalau di Universiti Malaya, bukan main lagi menegak keadilan sehinggakan Perdana Menteri dan isteri diperhina, berdemonstrasi kononnya akulah orang cerdik pandai yang memperjuangkan hak asasi manusia. Kenapa diam ?

Kawan bukan hendak mencabar sesiapa, tetapi kawan agak marah dengan sikap manusia-manusia hipokrit, bongkak, sombong tidak bertempat, tetapi sebenarnya bacul dan dayus………

Perlu diingat, orang Melayu bukan perempat di tempat orang dan bukan juga gulungan yang bacul dan dayus, gelagat seperti manusia tidak bertamadun ini perlu diatasi oleh kerajaan Malaysia seberapa segera sebelum terlambat.

Kerajaan juga perlu mengikis habisan-habisan pengkhianat bangsa dan Negara yang menjadi dalang dalam isu ini semua.

13 comments:

  1. ish2...cetek betul pemikiran mereka...
    dah terang lagi bersuluh lagi nk ganyang org msia...

    ReplyDelete
  2. Hamba dah buat tinjauan rambang semenjak beberapa hari lepas mengenai reaksi para majikan Islam yang menggaji pembantu rumah Indonesia: Rata2 tidak senang dan sedang berfikir mencari jalan alternatif. Majikan bukan Islam tu terpulanglah dan mereka pun kena sanggup hadapi resikonya.

    Kerajaan Malaysia melalui berbagai agensi kini menghantar ramai pelajar Malaysia untuk belajar di Indonesia dengan tiga tujuan utama:

    1. Biayanya murah.
    2. Membantu Institisi Pengajian Indonesia dan sekaligus memberi kesan kepada pencapaian ekonominya.
    3. Intergrasi sosial antara dua negara serumpun.

    Nak fikir macam mana agaknya kalau keadaannya begini.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    sedih! kita serumpun apa yg ada di sana akan ada di sini, begitu juga sebaliknya, takkan itu pun tak faham atau ada org mengapi-apikan?

    ReplyDelete
  4. Yang lebih menyedihkan, bukankah kita ini semuanya asal dari rumpun yang sama. ternyata rumpun Melayu itu juga lemah sebenarnya. Mereka senang diperbodohkan oleh orang lain yang dengkikan bangsa ini.

    Terlalu banyak toleransi dari Malaysia. CCZ rasa biarkan mereka nak melompat setinggi pokok nyior. Keselamatan perantau di sana perlu kita ambil berat. Tentang ancaman dari mereka ini, tiada siapa yang dapat membasuh otak mereka akan sedar di manakah nilai mereka di mata dunia.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Di masa hadapan Malaysia perlu berhati-hati dalam membantu banyak perkara. Dalam kes Sunami
    di Aceh,Indonesia, Malaysia banyak membantu rakyat mereka dari segi peralatan, ubatan, wang, membina kemudahan parasarana dan lain-lain. Gempa bumi yang dialami juga banyak yang dibantu oleh malaysia. Jika sikap pemimpin Indonesia berdiam diri, ia mengambarkan mereka menyokong cara protes tersebut. Hantar pulang pekerja Indonesia yang ada di Malaysia, yang pada masa ini banyak menimbulkan masallah jenayah di negara ini.. Jangangh angkuh... Malaysia boleh berjaya tanpa pekerja-pekerja Indonesia.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih para sahabat memberi komen, kawan bukan hendak mengapi-apikan isu ini, tetapi kawan kesal dengan sikap warga Indonesia yang seolah-olah sudah tidak dapat berfikir dan tidak tahu sejarah.

    Che Leh Jangok, kawan setuju amat pendapat tuan, kerajaan perlu memikirkan alternatif lain berhubung dengan penggunaan pembantu rumah. Ambil contoh di Perak, yang mana MB Dr Zambry telah menyediakan TASKA di pejabt-pejabat Kerajaan bagi mengurangkan beban Kakitangan mengupah anak-anak mereka oleh pembantu rumah, perkara seperti ini perlu dilakukan kerajaan diseluruh Jabatan Kerajaan dan Swasta.

    ReplyDelete
  7. rodong kawan ni kawan tabik sebab segala cerita di indon tu dia tahu..macam wartawan antarabangsa lak..hehehe

    ReplyDelete
  8. Sahabat ku Kelambu Harimau, sebab itu kita harus keluar dari kepongpong, supaya kita tidak menjadi seperti saudara-saudara kita yang jumud pemikiran.

    Kenapa kebanyak rakyat Indonesia mudah terpengaruh dengan pemikiran sempit begitu ?

    Kerana kemiskinan, mereka tidak ada kerja dan mudah dipengaruhi serta diupah untuk menjalankan kerja-kerja seperti itu. Sebab itu Kerajaan UMNO-BN di Malaysia berusaha melaksanakan tanggungjawab membasmi kemiskinan untuk mengelakkan rakyat Malaysia terutama orang Melayu hilang maruah dan harga diri, jangan sampai 'pelacuran dijadikan sebagai satu industri negara'.

    ReplyDelete
  9. Aslmkm.. saudara ku...... ketika .. emosi/nafsu mengalahkan akal sehat.. maka manusia derajatnya akan lebih tinggi dari pada setan....wajar terjadi hal yang saudaraku ceritakan diatas.. saya merasa malu..dgn kejadian itu.... Apakah itu tidak bisa disikapi dgn cara lebih dewasa????
    Kita ambil hikmah dari semua yang terjadi...
    Pada saat ini ada yang menginginkan kita sebagai negera serumpun menjadi bermusuhan..
    Hati..hati politik adu domba...., Seharusnya kita bersatu.
    Saya sebagai masyarakat Melayu Riau... mohon maaf.. atas semua yang terjadi....!!!
    Semoga tidak terulang lagi kejadian yang merugikan kedua belah pihak...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih saudaraku Sungai Kuantan, sesungguhnya mungkin genarasi yang bersikap begini tidak tahu sejarah atau telah dipengaruhi pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan atau berniat untuk melihat kedua negara serumpun ini berbaik-baik..

    ReplyDelete
  11. salam bro YG
    MK rasa terhina bila orang melayu dalam rumpun yang sama bertelagah/bergaduh disebabkan bangsa asing yang mencipta kekeruhan ni. bagi MK kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan yang tegas agar keselamatan rakyat / pelajar2 malaysia terjamin. wat pada kepala rombongan tu henti2kan la wat trip pi indon ni . kita pakat melancong dlm negeri je la.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih Mat Kelubi respon blog kawan. Kawan selalu buat lawatan sambil belajar di kawasan kepulauan Riau, untuk membawa saudara-saudara dari Malaysia mengenali kaum kerabat Melayu yang ada di sana, kawan nak beritahu bahawa cara hidup yang berbeda, Malayu di Riau berdikari memajukan kehidupan mereka, bersatu, berpepaduan tanpa bertelagah, taat dan hurmat kepada pemimpin dalam kelompok mereka.

    Melayu di Malaysia, kebanyakan bergantung kepada subsidi, dibantu kerajaan dari pelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi dan sebagainya, tetapi terlalu banyak yang tidak pandai berterima kasih bila berjaya, malah ada yang jadi pengkhianat bangsa untuk kuasa.....

    Sebab itu kawan bawak Ketua-Ketua JKKK dan pemimpin masyarakat lain meninjau susana kehidupan mereka yang sama dari segi bangsa, agama, bahasa pertuturan dan budaya, tetapi mereka terus berusaha memajukan diri tanpa subsidi pemerintah Indonesia, malah menghantar anak-anak ke sekolah juga dibiayai sendiri. Di Malaysia, bayaran yuran setahun sekali pun jadi kecuh macam nak perang, sedangkan mereka kena bayar yuran setiap bulan mengikut gred pelajar, bayangkanlah kalau ada 5 orang anak belajar.

    Kita di Malaysia sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan Malaysia yang prihatin dengan pendidikan anak-anak..... itu yang kawan minta pelawat-pelawat ini bawa contoh balik ke Malaysia.....

    Dari segi pembangunan Masjid, mereka berusaha mencari dana sendiri untuk mengindahkan Masjid-Masjid dengan keikhlasan sumbangan mereka, bukan macam di Malaysia, samapai wang tabung derma pun dikebas untuk perut sendiri.

    Kawan pernah berjumpa dengan Wakil Rakyat mereka yang baru terpilih dalam PRU (PEMILU), pada mulanya kawan tak sangka dia adalah seorang Wakil Rakyat, kerana dia juga seorang Imam Masjid, hanya pakai motosikal berjumpa dengan masyarakat,dia kata masih belum mampu beli mobil pak... bandingkanlah kalau Wakil Rakyat Malaysia, tak kiralah dari UMNO,PAS, dan PKR apa mereka pakai ?

    ReplyDelete
  13. assalamulaikum
    ANAK JATI SABAH

    Saya hayati perkara yang remeh temeh tak perlu dibesar2kan..cuba fikirkan sejenak apa yang kita dapat klu indon v malaysia terjadi yang rugi rakyat..orang2 luar akan sentiasa menghasut seperti minyak dengan api

    kita kat malaysia tak ganggu orang indon
    kenapa indon nak perang ngan malaysia lebih baik orang indon bantu kat padang gempa bumi kita kat malaysia ni bantu ngan tenaga doa dan juga sumbangan ubat-ubatan serta wang ringgit itupun orang indon tak hargai....? kalau kat malaysia buat kacau ni budak tadika aje orang dewasa rilex aje tak gaduh pun....
    wahai rakyat indon insaf lah banyak gempa budi dan bala bencana di negara indon itu adalah teguran dari allah agar umatnya sentiasa bertaqwah kejalan yang benar

    wassalam

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..