Wednesday, September 9, 2009

Nik Aziz - pintu rundingan UMNO – PAS tertutup rapat, Nasrudin Tantawi - Pemuda PAS menyambut baik


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas semata-mata untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Namun Najib bertegasnya, dalam usaha ke arah itu beliau tidak rela UMNO dan mereka yang menyokong parti itu dihina, dipersoal dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

UMNO tidak akan menggadai maruahnya walaupun ia bersedia untuk bersama-sama dengan Pas bagi membincangkan perkara yang menyentuh kepentingan ummah dan Islam di negara ini. KLIK

Tetapi di atas kesediaan Umno untuk mengadakan rundingan dengan PAS demi kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini telah mendapat pandangan berbeza daripada kepemimpinan PAS.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau menyambut baik hasrat berkenaan namun berharap Umno benar-benar ikhlas tanpa mempunyai maksud yang terselindung.

Kata Nasrudin, “dalam Islam sememangnya kita dituntut untuk mengadakan perbincangan demi menyelesaikan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan”.KLIK

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula menegaskan pintu rundingan di antara Pas dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat,

dan tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan.

Malahan Nik Aziz menganggap kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO bersedia berunding dengan PAS atas kepentingan Islam, sebagai isu
lama dan untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Nik Aziz,
juga juga berkata, “kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam". KLIK

Komen ;

Apakah Dato’ Sri Najib masih tidak serik-serik dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Nik Aziz ?

Apa yang hendak disebut-sebut lagi soal perundingan dengan puak-puak khawarij yang bongkak ini ?

Kawan rasa adalah lebih baik Dato’ Sri Najib dan kepimpinan UMNO-BN meneruskan usaha-usaha melaksanakan dasar-dasar yang telah dirancangkan untuk kepentingan rakyat dan umat Melayu Islam.

Selagi UMNO berterusan dengan prinsip ‘satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, InsyaAllah, sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka dan waras akan memandang serta menghargai setiap perbuatan yang baik untuk mereka, apatah lagi kalau rakyat itu dari umat Melayu Islam.

Kalau Nik Aziz mendakwa, selagi UMNO masih belum menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam selagi itulah UMNO tidak akan menjaga kepentingan Islam.

Bagi rakyat yang tidak buta dan tuli, mereka sudah lama nampak keikhlasan UMNO menjaga maruah bangsa dan Islam. UMNO sejak dari dahulu lagi telah melakukan dasar yang selaras dengan tuntutan agama Islam, bermula dengan memperjuangkan untuk mencapai kemerdekaan, UMNO telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Kalau UMNO tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, masakan mungkin umat Islam mendapat peruntukan yang besar untuk membagunkan setiap institusi Islam, seperti sistem persekolahan Islam, Tabung Haji, sistem mahkamah syariah, undang-undang keluarga dan berbagai-bagai lagi. Inilah jasa UMNO untuk membangunkan umat Islam di dalam negara ini.

Sebagai umat Melayu Islam, mereka pasti tidak boleh menafikan selama ini apa yang mereka perolehi adalah hasil pembangunan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO.

Oleh kerana puak-puak PAS ini mempuanyai sifat-sifat riak dan takbur, maka mereka ini tidak akan menerima hakikat yang sebenarnya.

Masakan tidak, kalau DAP yang terang-terang menolak Islam, terang-terang hanya memperjuangkan kebajikan kaum Cina sahaja, PAS tidak pun menganggap DAP sebagai musuh Islam, malah UMNO yang dituduh telah menolak Islam dan dilebelkan sebagai kafir.

UMNO dikatakan assobiyah kerana memperjuangkan bangsa Melayu, sedangkan bangsa Melayu juga sebahagian daripada hamba-hamba Allah yang berbangsa-bangsa di atas muka bumi ini, sebagaimana Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud:

"Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". Surah al-Hujurat, ayat 13.

Tetapi, mengapa PAS masih berterusan memutarbelitkan fatwa mendakyah umat Melayu di Malaysia ini bahawa UMNO itu ‘assobiyah’ kerana memperjuangkan kebangsaan yang lebih jelasnya adalah bangsa Melayu.

Apakah kerana DAP itu dari golongan kafir, mereka tidak boleh di anggap ‘assobiyah’ walau pun terang-terangan hanya membela untuk kaum mereka sahaja, bagaimana pula hukumnya kepada umat Melayu Islam yang mengundi DAP ?

Apa yang lebih jelas, PAS bukanlah berjuang untuk pembangun umat Islam, tetapi telah mempergunakan perkataan Islam itu untuk mencapai cita-cita pemimpin mereka yang tamak haloba untuk berkuasa.

Sebaliknya hala tuju UMNO adalah untuk memperjuangkan Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis serta berusaha mengukuhkan akidah umat Islam disamping menjadikan umat Melayu Islam yang progresif dan berjaya di bumi sendiri dengan membentuk rakyatnya yang berbilang kaum hidup harmoni dan bersatu padu.


17 comments:

  1. Salam,

    Itulah pemimpin cuma pandai mengeluarkan fatwa, tetapi dalam perjuangan mereka tidak memperjuangan islam yang sebenar, banyak isu seperti minuman keras dijual bebas diSelangor tidak dipertahankan, isu DAP memang tidak boleh duduk berunding semeja dengan PAS mereka masih mahu berkawan dengan DAP. DAP memang menolak Islam dalam pemerintahan apa lagi hendak bersama dengan mereka... fikirkan apa kesudahannya....

    ReplyDelete
  2. kalau hukum islam ditolak , bagaimana boleh kata Umno perjuangkan Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis???

    ReplyDelete
  3. Ya betul kata muslim.. saya sokong jika runding untuk kebaikan Islam, maksud saya ke arah UMNO memansuhkan Dasar Nasionalis dalam perlembagaan partinya kemudian digantikan dengan Dasar Islam berpaksikan Quran Sunnah Ijmak dan Qias..

    TAKBIR!!!
    ALLAHUAKBAR!!!
    HIDUP... HIDUP...
    HIDUP ISLAM!!!

    (PERHATIAN; SERUAN HIDUP HANYA LAYAK UNTUK ISLAM.. BUKAN HIDUP INDIVIDU, HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO, HIDUP BN ATAU HIDUP PAS)

    ReplyDelete
  4. BUKAN JUGA HIDUP NAJIB, HIDUP ANWAR ATAU HIDUP NIK AZIZ...TAK BOLEH!
    -TGNA SENDIRI PESAN BEGINI.

    ReplyDelete
  5. Sadr Muslim dan Kuda Perang, apakah PAS akan meletakkan undang-undang Islam di dalam perlembagaan Persekutuan jika memerintah ?

    Awak tak tengok ke Hadi buat kenyataan baru-baru ni, DAP tidak menolak kalau PAS ujudkan undang-undang Hudud mengikut cara Undang-Undang Syari'ah negeri-negeri sahaja, bukan untuk undang-undang Persekutuan, bukalah mata sikit wahai saudara....

    Kalau macam itu samalah juga macam mana Kerajaan UMNO-BN sekarang......, jangan terlalu jumud sangat kepala, belajar saja jauh-jauh sampai ke negara arab.....

    DAP peduli apa kalau orang Islam nak hidup cara Islam, yang lain dia kapor habis......

    Di Pahang baru satu orang kena hukum sebat pasal minum arak, puak-puak pakatan rakyat juga yang hebuh sekampong.....

    Tengok sahajalah kat Selangor, apa yang pemimpin-pemimpin PAS buat, Hasan Ali mula-mula bukan main melenting, lepas kena ugut dengan Anwar, menyepi macam tikus.....

    ReplyDelete
  6. SBB TU SALLEH MAN DI PENANG TAK BLEH BUAT APA2 WLU PUN DIA BERJAWATAN TINGGI DLM KERAJAAN NEGERI. DIA CUMA BONEKA YG DI ARAHKAN LEH DAP. BERANI KE DIA NAK LAKSANAKAN HUDUD KT PENANG?

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Kawan sentiasa mengharap perpaduan org Melayu, wpun pelawaan DS Najib ini akan berakhir dgn dipermain-mainkan oleh mereka2 yg gila kuasa!

    ReplyDelete
  8. Kerja musuh memang macam tu kalau kita setuju mula lah dia buat pelbagai helah.

    ReplyDelete
  9. SALAM, PUAK KHAWARIJ KALAU CAKAP APA PUN AKAN TIDAK AKUI, TERBENTANG DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA ISLAM AGAMA RESMI...

    CAKAP BANYAK SATU KERJA UNTUK BANGUNKAN UMAT ISLAM TAK BERBUAT....

    SETIDAKNYA PUAK2 SEPERTI KUDA PERANG DAN MUSLIM DAPAT JUGA TONGANG TONGGIK SEMBAHYANG DALAM MASJID DAN SURAU YANG DIBINA OLEH KERAJAAN UMNO... HARAP PAS SEMBAHYANG LE ATAS JALAN... CAKAP TAK SERUPA BIKIN...MULUT KATA ISLAM, HATI MACAM SEBUSUK TAIK BABI.

    ReplyDelete
  10. Salam Yang Gambi

    Pihak kami ada hantar email kepada Yang Gambi

    perkara : Blog Authors

    Dun31 Bagan Pinang

    Salam Hurmat

    ReplyDelete
  11. salam sobat
    trims infonya,,

    ada AWARD sederhana untuk YANG GAMBI ,,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU di ALJUBAIL.S.A,,trims.

    ReplyDelete
  12. Hujan emas:
    Kalau masing-masing nak mempertahankan hak masing-masing sampai bila pun tak boleh berunding.
    Kepada PAS, jangan terlalu ego sangat dengan perlembagaan PAS, banyak sangat kelemahannya.

    Kalau berniat baik,sama-sama nak jag agama Islam dan bangsa melayu ini, duduk dulu semeja, bentangkan cadangan masing-masing, ambil yang terbaik dari dua-dua kumpulan ini. barulah boleh bekerjasama.

    Bagi saya, daripad berbaik dengan puak yang menetang Islam lebih baik kita berbaik dengan yang berjuang mengikut Islam.SAMA-SAMA FIKIRKAN.

    ReplyDelete
  13. salam bro YG
    MK rasa la DS Najib tak payah la nak berbincang apa2 hal lagi ngan nik aziz tu wat abis beras je. dah kompom kan nik aziz tu dah kurng betul otaknya. Allah Taala maha Mengetahui yang mana umatNya berjuang untuk Islam ataupun tidak.
    cuba tanya kuda perang n muslim apa PAS dah buat kat kelantan / kedah . takde apa2pun pembangunan islam yang diaorang wat. yang ada cuma tubuh markaz pas lepas tu wat ceramah maki orang fitnah orang .
    cakap kat nik aziz tu tarbiyah dulu ahli2 pas sebelum ada hati nak perintah malaysia. ahli pas pun hantu judi kaki maksiat.

    ReplyDelete
  14. Salam.
    Allahyaraham Datok Asri pernah bercakap dengan saya, Nik Aziz tu memang sombong dan ego, tak mahu dengar pandangan orang lain, sebab dia merasakan dia memang hebat dalam Agama, dia merasakan dia saja yang pakar dalam Agama, orang lain hanya tau kulit saja, tau apa sebabnya ??.SEBABNYA HATINYA DAH BERKARAT KERANA TELAH DILAMBUNG OLEH PENYOKONG.

    ReplyDelete
  15. pembangkang ni tak payah dipedulikan..lantak dialah..bukanya kuat mana pon..

    ReplyDelete
  16. YA BETUL DDINBUNGA..
    YA BETUL JUGAK KELAMBUHARIMAU...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..