Thursday, September 10, 2009

Skandal PKFZ : Mahfuz-penglibatan UMNO cuba ditutup ?

Pakar pencipta fitnah PAS, Mahfuz nampaknya telah dapat modal baru untuk dihebahkan kepada pengundi-pengundi di DUN Bagan Pinang pada PRK akan datang.

Mahfuz mendakwa, tindakan Dato’ Sri Najib mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana hendak menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah. Klik (greenboc)

Dakwa Mahfuz adalah tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal PKFZ.

PKFZ telah membabitkan
Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

Ini bermakna dia (Rahman) dapat
keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"

Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"

Saya mempersoalkan
kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat)
tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana
Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"

Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti lapor
an media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,"

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana seb
uah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui." -gemasuara

Komen ;

Nampaknya Mahfud sudah ada fitnah baru untuk kempen-kempen jahat PAS di PRK Banga Pinang, kerja-kerja macam ini memang kepakaran Mahfuz yang menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan PAS.

Kerajaan UMNO-BN perlu menjelaskannya serta telus dalam menangani isu yang bakal diwar-warkan oleh Mahfuz, ini belum lagi isu-isu peribadi calon UMNO-BN yang bakal bertanding.

Inilah kerja-kerja wakil rakyat pembangkang yang dipilih oleh rakyat, mereka bukan memikirkan masalah rakyat dalam kawasan mereka tetapi menjelajah keseluruh pelusuk kampung hanya membawa fitnah dan kutip wang derma jihad dari rakyat untuk perut mereka.

Rakyat perlu sedar dengan tindak tanduk wakil-wakil rakyat pembangkang ini, apa kerja mereka buat untuk rakyat ?

Kerja mereka hanya merayau-rayau pada waktu malam macam musang, kerja mereka membawa fitnah, memecahbelahkan perpaduan orang Melayu, mengajak kepada huru hara, memaki hamun, lepas itu ‘takbir’............., lepas itu kutip derma dari orang kampung, lepas itu belah dengan duit derma.........

Adakah rakyat sedar, kemana perginya derma-derma jihad yang dikutip dari orang kampung ?

Sepatutnya rakyat lebih banyak berfikir dengan sikap munafik wakil-wakil rakyat pembangkang ini, mereka telah dibayar elaun sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menyelesaikan masalah rakyat, untuk membangunkan kebajikan rakyat, tetapi mereka telah merompak duit rakyat tanpa disedari dengan alasan ‘jihad’, agama memang menjadi bahan utama mereka untuk menipu orang-orang Melayu dari kampung.

Kalau benar mereka ini bijak untuk mentadbir negara, bijak untuk membangunkan segala keperluan rakyat, lihat sahajalah bagaimana mereka mentadbir di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Apa mereka buat untuk kesejahteraan rakyat ?

Mereka hanya pandai menipu rakyat dengan slogan ‘membangun bersama Islam’ dan ‘Islam untuk semua’, tetapi menjadi bacul dan dayus bila agama Islam dihina, menjadi bacul, dayus kerana bimbang akan kehilangan jawtan.

Sampai bila rakyat, terutama orang Melayu hendak ditipu oleh munafik-munafik yang mempergunakan agama Islam untuk mencapai cita-cita serakah mereka.....

12 comments:

  1. salam, bro, puak al fitnahtummm ni kalau buat apa pun semua nak pusing... kalau kerajaan buat A kata kerajaan tak betul, kalau buat B dia kata kerajaan kroni...jadi cakap puak2 alfitnahhhtumm ni jangan dipeduli...kita kerajaan, kita pemerintah, kita yang berkuasa untuk menentukan apa saja untuk kebaikan rakyat dan negara keseluruhan...diaorang suka ikut..tak suka boleh pegi mampusssss.

    ReplyDelete
  2. salam...bru dpt info...YBdatoADUN Bukit Ibam arini berbuka puasa di masjid ktg 4..12 hb d masjid ktg 5..jomlah jika ada kesempatan..

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak bertindak secara rasional? Biarkan dia bercakap .. kalau tak benar berita yg diwar-warkan tu kan senang je caranya kan??? Saman saja. Kan kita dah ada system perundangan yg baik. Apa yg perlu dirisaukan? Kan itu jugalah sikap orang politik ??? How?

    ReplyDelete
  4. sakit aje hati aku nengok PAS ni..dia aje..yang betul..BN semua tak betul!

    ReplyDelete
  5. Salam bro, komen yang baik dari tuan semua. Terima kasih.

    Masalahnya, setiap apayang diperkatakan oleh PAS, semua diterima tanpa mempersoalkannya. UMNO-BN perlu benar-benar telus menangani setiap isu supaya tidak menjadi prasangka rakyat. Kerajaan pakatan pembangkang juga tidak kurang isu-isu, tetapi sering dianggap fitnah oleh puak-puak pakatan pembangkang, contohnya kes rasuah dan salah guna kuasa Exco DAP Selangor, kesudahannya UMNO yang menjadi bahan perkauman puak-puak DAP...

    ReplyDelete
  6. nampaknya kali yang gambi dapat membuka satu jalan baru dalam minda ccz..baru ccz nampak bahawa tugas pembangkang yang utama adalah mencipta soalan yang dilihatkan seolah begitu teruk untuk kerajaan jawab. Soalan-soalan ini dilihat begitu sensitif, UMNO dan BN adalah jahat tetapi CCZ nak cakaplah jugak..Mahfuz Mahfuz tu bukan apa..dia tak dapat seperti Azizan dapat. Politik maa..bukan UMNO saja maa..Pas jugak sama maa..takkan orang tak melabur masuk negeri tak bagi duit komisen maa..mahfuz memang cerdik tapi cerdik dia cerdik nak mampus..blogger UMNO kena guna taktik ni jugak..kasi pancung biaq takada muka nak tunjuk puak-puak mengaku Islam tulen tetapi mereka inilah pembunuh manusia tegar melalui fitnah!!

    ReplyDelete
  7. Salam dan slmt berpuasa utk muslimin...

    Andainya negara ini rusak dan huruhara, andainya islam terus berpecah...tdk lain dan tidak bkn semuanya mainan politik Pas bersama Pakatan gila mereka dgn DAP dan PKR.

    Kerana kebijaksanaan Umno dan keiklasan Umno selama ini menjadikan negara ini, diantara islam terbaik dirantau dan di negara2 islam dunia. Pengiktiran negara2 besar islam bahawa Malaysia adalah negara islam terbaik dunia semuanya tdk dinilai oleh Pas.

    Umno lah yg sebenar2 berjuang utk kekuatan islam dan melayu dari dahulu dan selama2nya di negara ini,bkn pas dan bkn Pkr.

    ReplyDelete
  8. si mahfuz ini boleh le ganti tok selampit tu. tukang karang dan sebar cerita fitnah

    ReplyDelete
  9. CCZ dan Tuan Arif, tersangatlah benar apa yang diperkatakan, itulah sifat-sifat yang masih diwarisi oleh segelintir orang Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melaka lagi.......

    PakMie, benar kata tuan, pemimpin-pemimpin PAS telah membutakan serta mentulikan ramai umat Melayu Islam di Malaysia, sehingga mereka tidak nampak bahawa Malaysialah sebuah negara Islam terbaik di antara negara-negara Islam dalam dunia. Keikhlasan perjuangan UMNO dalam memperkuatkan agama dan bangsa telah diputarbelit puak-puak PAS & PKR untuk kepentingan kuasa dan jawatan......

    ReplyDelete
  10. Untuk menjadi pemimpin bukannya mudah. Seringkali apa yg dilihat dan disangka itu tidak sama dengan yang berlaku. Apatah lagi jika dilihat dengan prasangka.

    Saya percaya pendekatan Najib akhirnya akan menginsafkan rakyat betapa pentingnya konsep 1 Malaysia direalisasikan.

    Bagi saya, kita tidak perlu menang di dunia. Kita lakukan dengan ikhlas dan biarkan Allah menentukannya.

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH DATO MAHFUZ..!!
    DEDAHKAN SEGALA KEBURUKAN PEMIMPIN UMNO-BeEND (BUKAN UNTUK MENGAIBKAN) DEMI RAKYAT MEMBUAT PILIHAN PEMIMPIN YANG BOLEH DIPERCAYAI...

    TAHNIAH SEKALI LAGI!

    ReplyDelete
  12. Serupalah kesnya dgn siasatan kes rasuah TGNA dan Ariffahmi ditutup sahaja oleh SPRM. Seharusnya dibentuk Suruhanjaya Diraja yg bebas!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..