Harapan sejak tahun 60an lagi, untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti.
Nik Aziz berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.
"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama." "Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana" ujar beliau. KLIK
Nik Aziz lupa, bukankah PAS itu hanya sebuah parti yang menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa memerintah ?
UMNO bukan menentang Islam, UMNO menentang PAS yang terlalu banyak membuat perpecahan dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia.
Nik Aziz sudah lupa, sebelum wujudnya Islam, terlebih dahulu wujudnya kaum atau bangsa yang mendukung Islam itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
“Allah SWT tidak mengutus seorang nabi melainkan dalam benteng dan perlindungan dari kaumnya” (Hadis riwayat Hakim).
Mustahil Nik Aziz tidak tahu, kepentingan bangsa dalam mempertahankan Islam khususnya dalam konteks membentuk Negara seperti yang dapat dilihat dalam "Piagam Madinah” yang menjadi asas pembentukan Negara Islam pertama.
Dalam "Piagam Madinah” ini ada menyebut :
“Ini adalah pagam antara Nabi Muhammad SAW dengan orang-orang Islam yang terdiri daripada kaum Quraisy dan Yathrib (Madinah) serta orang-orang yang mengikut mereka, lalu berada bersama mereka dan berjihad bersama mereka. Mereka merupakan satu umat (ummatan wahidah), yang berbeza dari umat-umat yang lain. Orang-orang Muhajirin yang terdiri daripada kaum Quraisy kekal dengan adapt mereka, iaitu mereka saling bertanggungjawab antara mereka dalam membayar diat, menebus orang yang ditawan dengan cara yang baik serta adil di antara orang-orang Muslim.”
Kalau dilihat dari piagam tersebut, bahawa sekalipun umat Islam keseluruhannya satu ummah, namun perbezaan suku kaum serta adat istiadat masing-masing tetap diambil kira dalam pembentukan Negara.
Tidakkah Nik Aziz nampak bahawa cirri-ciri kebangsaan sesuatu bangsa itu merupakan antara unsure-unsur yang membentuk kekuatan dan keutuhan di samping keimanan dan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam ?
Bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Asri dalam buku “Meniti Arus” telah mengambarkan bahawa rangka memperjuangkan Islam, keutuhan dan kekuatan bangsa yang menganut dan mendokongnya adalah sangat penting.
Dalam buku tersebut Allahyarham Dato’ Asri ada menyebut ; “ Islam itu tidak boleh diletakkan di atas pokok, di gantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding (macam gambar Nik Aziz). Ia mesti ada pendukungnya. Dan dalam konteks Negara kita Malaysia, pendukungnya adalah orang Melayu. Ini bermakna, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Dari sudut yang sama, Islam akan menjadi kuat dan utuh serta terjamin masa depannya di Negara ini hanya jika kedudukan dan masa depan orang Melayu itu sendiri terjamin”.
Tidak dinafikan cakap politik Nik Aziz, “Islam milik Allah, sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat”.
Bukankah, memperjuangkan bangsa Melayu serta memertabatkan bangsa Melayu juga memertabatkan agama Islam itu sendiri, lainlah kalau ada Melayu yang tidak mengakui bahawa dia penganut Islam atau dia berbangsa PAS yang beragama Islam.
Apakah salah kalau UMNO memperjuangkan bangsa Melayu seterusnya Islam sebagai agamanya ?
Bukankah Rasulullah SAW ada bersabda di dalam khutbah hari nahar di Mina sewaktu melakukan haji Wada': "Sesungguhnya darah kamu, harta benda dan kehormatan kamu adalah suci, haram dilanggar seperti sucinya hari ini, bulan ini, dan negerimu ini." (Riwayat Bukhari)
Kerana terlalu berhajatnya Nik Aziz melihat UMNO berkubur kerana memperjuangkan bangsa Melayu yang beragam Islam, Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat yang bermaksud ;
“Wahai orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang megolok olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok olokkan ) wanita wanta yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang mengolok olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka ituah orang orang yang zalim”. Ayat ke 11.
Oleh kerana bernafsunya Nik Aziz ingin melihat orang Melayu hancur berkubur bersama UMNO, Nik Aziz bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menghina Islam, sehinggakan Nik Aziz lupa akan firman Allah dalam surah Al Ma’idah ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." Ayat ke 57
Apakah kerana terlalu ghairahnya hendak mengkuburkan bangsa Melayu UMNO, Nik Aziz sedia meminta pertolongan puak-puak kafir untuk mencapaikan cita-cita, sehingga sanggup menyatakan ‘pergi jahanam dengan UMNO’ kerana mengajak untuk perpaduan.
Nik Aziz lupa atau sengaja menyembunyikan akan firman Allah dalam surah Al Anfaal ;
"Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." Ayat ke 73
Janganlah Nik Aziz terlalu takbur dengan hajat hendak melihat orang UMNO berkubur sehingga menjadi sombong dan angkuh, jangan terlalu bangga dengan sokongan DAP untuk melenyapkan UMNO.
Nik Aziz lupa akan firman Allah SWT yang melarang hamba-hambaNya berbangga diri ?
Allah swt telah berfirman di dalam surah Luqman, ayat ke 18 ; "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri"
Untuk mencapai cita-cita, Nik Aziz sanggup menanamkan rasa kebencian dikalangan umat Melayu Islam, terhadap orang Melayu UMNO yang juga beragama Islam, sedangkan Rasulullah SAW juga melarang umatnya membenci sesama Islam, sebagaimana sabdanya:
"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu." (Riwayat Tirmizi)
Kalau inilah perjuangan Islam PAS bersama Nik Aziz, yang hanya ingin melihat orang Melayu UMNO berkubur, insyaAllah, UMNO akan terus kukuh dengan perjuangannya membela serta memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam.

wah...seru juga nih sobt...... lanjutkan perjuangan... keep spirit and smile..
ReplyDeleteMari Kenali dan Kunjungi Objek Wisata di Pandeglang
Terima kasih sobat, terusan menampilkan keindahan kepulaun Riau.....
ReplyDeleteAssalamualaikum YangGambi..
ReplyDeleteAgama adalah hak individu..antara hamba itu dengan Tuhannya..Agama yang menjadikan kita manusia yang berpedoman dan berakhlak baik dari segi zahir dan juga bathin nya..Islam menggalakan umat nya bertamaddun dan berwawasan..Islam itu sungguh unik dan Islam itu sungguh sempurna.. mmg tidak boleh disangkal dalam apa juga situasi..
Manakala politik pula adalah pengaturan hak manusia sejagat..berlandaskan kepimpinan yang berwibawa dan berkesan menuju keharmonian manusia itu sendiri..memartabatkan kaum, bangsa dan agama adalah dituntut oleh Islam..
Teruskan perjuangan saudara.. kerana kemajuan sesebuah kaum itu adalah dari kepimpinan yang dinamik dan kental dalam menangani apa juga situasi.. Wallahualam..
dikesempatan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut syawal yang bakal tiba dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.. amin~~~
Salam,
ReplyDeleteTensen baca kenyataan Niki, DAP kafir dan sekular kan lbh teruk! Mgkn dia tak faham konsep ketuanan Melayu.
Salam,
ReplyDeleteSemoga perjuangan sucimu akan memperkuatkan semula UMNO dan perjuangan DAP lebih dahsyat
dan bangsa melayu mesti pertahankan hak di bumi yang tercinta. Biarkan cara Nik Aziz yang suka mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati UMNO. .... teruskan perjuangan ....
Kita tengoh mereka sanggup berkawan dengan DAP yang awal-awal menolak Islam..
SALAM..Dulu Nabi tak kata pun Islam diakhir zaman adalah PAS..
ReplyDeleteTerima kasih sahabat, tetapi berapa kerat orang Melayu sedar dengan gerakan licik puak-puak PAS mempengaruhi umat Melayu untuk mereka mendapatkan kuasa....
ReplyDeleteNik Aziz tu boleh dikira ulama ke? atau ular maa..sikapnya macam bukan ulama je pun..musykil sangat dengan dia nie..my mom said cara Nik Aziz cakap pun dah macam nyanyuk. Kasihan...
ReplyDeletesalam YG. satu hujah bernas. syabas. semoga kita semua sentiasa sedar, beringat dan mengambil iktibar daripada perlakuan semasa yang amat merugikan bangsa dan agama.
ReplyDeletehidup jika terus berdendam tak baik,ini bukan cara ulamak..ini ulamak pentingkan politiknye..takpelah tuhan tu maha adil..ade ke dia kata org umno x kan masuk syurga..ngarut2
ReplyDeletesalam bro YG
ReplyDeletemungkin nik aziz lupa atau wat2 tak tau atau memang tak tau pun( adat la buka ulamak agama )dalam alquran ada tertulis;
' Allah tidak suka kepada pengkhianat yang berdosa ' [ Ayat 107 , Surah Anisa ]
maknanya tuan2 semua pikir la apa hukum nya bila seseorang umat islam mendoakan atau berimpian untuk melihat umatnya sendiri dihancurkan.
Salam YG dan kwn2 semua...
ReplyDeleteAmat baik huraian YG. Nik Aziz tdk bersyukur apa yang dibuat oleh kerajaan UmnoBN selama ini. Sikap spt inilah Nik Aziz semakin hanyut, keegoan mengatasi ilmu yang ada. Nik Aziz bkn seorang ilmuan agama jauh sekali jika kita mahu samakannya dgn mufti2 atau pemikir islam di negara ini. Tetapi benci sgt2 kpd Umno, segala kemudahan dan gaji/elaun Nik Aziz sdh hampir 30tahun kerajaan UmnoBN yang bayar...kerja utama mengumapt dn mengeji kerajaan.
"...tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama." "Islam milik Allah..."
ReplyDelete..................................................
Aku setuju abih dgn statement tu TETAPI parti sayangnya yg bercakap tu bukan mewakili sebuah parti Islam.
SLM BRO..BILA HATI TU ALLAH DH HITAMKAN..CUCI PAKAI KLOROX PUN X GUNE. DIA INGAT ISLAM TU HAK DIA AJE. HABIS TU ORG2 AGAMA LAIN NAK MASUK ISLAM KENE MINTAK IZIN KAT DIA DLU KER?? PALOTAK DIA BEJAMBUL LAHH..OTAK PENUH TAIK..PENUH DENDAM MMG IDOP X KERUAN LAA JWBNYEE KEHKEHKEH
ReplyDeleteSalam YG,
ReplyDeleteSemuanya kerana kuasa politik, fikiran orang Melayu telah dirosakkan begitu teruk sekali oleh pemimpin2 Pas. Amat bahaya permainan mereka, kerana mereka hanya fikirkan kuasa semata, tanpa memikirkan kesan doktrin 'Islam itu Pas dan Pas itu Islam' keatas orang Melayu.
Apajua berkaitan Islam adalah begitu sensitif pada orang Melayu. Asal ada saja perkataan Islam, secara otomatis minda seorang Melayu menjadi lebih berhati2 apalagi hendak mengkritik. Rata2 percaya jika seseorang itu hendak bercakap apa saja yang menyentuh Islam dia mesti mempunyai pendidikan dalam Islam. Apa saja berkaitan Islam tidak boleh didebat.
Pemimpin Pas menyedari hal ini dan mereka mengeksploitasikan sepenuhnya kelemahan orang Melayu ini. A=B, dan jika B=C makanya C juga =A. itu formula yang digunaka Pas. Seorang yang mengaku Islam harus menerima cara Islam dalam kehidupan, Pas mempunyai perlembagaan yang memperjuangkan cara hidup/undang2 Islam. Makanya sokong Pas adalah sama dengan sokong Islam. Terlalu simple yet very efektif.
Orang Melayu yang simple tidak mampu mempertikaikan formula itu. Tidak terfikir untuk menanyakan lebih lanjut apakah 'cara' Islam, itu...atau mempertikaikan apakah cara pemimpin2 Pas itu mewakili cara Islam?
Dengan cara ini, Pas punya pengikut/ahli yang yang ideal, yakni ahli yang taksub. Pemimpin Pas mampu lakukan/ucapkan apasaja, dan semuanya akan di terima bulat2 ahli.
Waktu sama, pemimpin2 Umno pula tidak banyak membantu dengan karenah mereka yang gila kuasa, rasuah dan bermuka2.Dimanakah alternatifnya ?Maka makin kuatlah pegangan ahli2 Pas pada parti dan pemimpin mereka. Dan makin hancurlah bangsa Melayu ......
Salam.
ReplyDeleteHarapan PAS agar UMNO berkubur tidak akan berjaya.
Ini diakui tahap kepimpinan Datuk Seri Najib telah berjaya diterima rakyat setelah memperkenalkan dasar-dasar baru dan beliau beritu perihatin serta selalu turun padang.
Selamat menyambut hari raya puasa bersama keluarga. Teruskan perjuangan ....
INSYAALLAH UMNO AKAN BERKUBUR.. AMIN..!!
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebagus3x
teruskn pejuangan...
teruskn berhujah...
pilih yg terbaik d antara terbaik...
slmt ari raya...
Terima kasih para sahabat dengan komen-komen yang membina untuk sama-sama kita berfikir dan renungi.
ReplyDeleteKepada Kuda Perang, kawan sebagai seorang Islam, kawan kena terima dan yakin 'qada' dan qadar', sesungguhnya sama-sama kita melihat ketentuanNya, dan kita kena redha apa yang telah ditentukanNya.
Sesungguhnya, kalau kita redha bahawa Allah itu Tuhan kita, maka setiap umat Islam sentiasa berdoa bukan sahaja untuk diri kita, malah untuk keluarga, para sahabat, pemimpin dan juga kesejahteraan negara juga, Allah tidak pernah menolak doa dari hamba-hambaNya.
Salam Bro....
ReplyDeleteTepat dan jitu ulasan yang saudara jelaskan...ringkas dan padat...biasanya kat malaysia ni orang yang mempermainkan Islam ni tak lama ajalnya...