Friday, September 4, 2009

TAHNIAH – Tan Sri Musa Hassan dan Peneroka-Peneroka FELDA, terima kasih Dato’ Sri Najib

Kontrak Musa disambung setahun

Walaupun dipertikaikan oleh PAS dan PKR, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenya
taan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Mahmood Adam hari ini.

Lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang diPengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Sri Hishammuddin Hussein.

Tahniah Tan Sri, teruskan khidmat untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman rakyat serta Negara Malaysia.

Buktikan bahwa Tan Sri bersih daripada segala tomahan yang diperkatakan PAS dan PKR, dan DAP teruskan tugas-tugas menghapus kongsi gelap-kongsi gelap, along, penjenayah, pengedar dadah dan ‘pengkhianat’ dalam Negara.

Siapa Mahfuz-PAS dan Shamsul-PKR ini yang hendak mencampuri urusan perlantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara. Mereka juga tidak ubah macam penjenayah, jika hendak dinilai dari perangai dan tindak tanduk yang suka menghuruharakan rakyat. Lebih kurang juga dengan ‘etnik rimba’ yang tidak pernah menghurmati undang-undang Negara.

Siapa yang bersih dan baik dari kalangan mereka ini ? Mungkin juga agaknya Anwar Aljub, Lim Kit Siang, atau Ronnie Lee atau Ching Peng yang boleh menggantikan sebagai Ketua Polis Negara ? Atau Mahfud, atau Shamsul sendiri ?

Cermin diri sendiri dulu sebelum meletakkan fitnah kepada orang lain………….


Duit raya RM37.23 juta untuk Peneroka FELDA

Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan pemberian wang Raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan.

Kadar bayar
an terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA. Seramai 101,672 peneroka bersama FELDA atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta dan seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama FELDA akan menerima RM150 seorang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama FELDA dan bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Hari Raya Aidilfitri di rancangan-rancangan FELDA seluruh negara.

Kawan dengan para sahabat-sahabat peneroka mengucapkan terima kasih di atas pemberian ‘duit raya’ tahun ini, sekurang-kurangnya dapat juga meringankan beban perbelanjaan menyambut hari raya.

Ringanlah juga untuk belanja beli daging, ayam, penyediaan kuih muih dan sebagainya, pada musim-musim raya begini, di kawasan perkampungan FELDA biasanya harga daging antara RM20 ke RM22 sekilo, ayam daging proses RM7.50 sekilo.

Kadang-kadang terfikir juga kawan, sepatutnya harga daging lembu, kerbau tidak sepatutnya melambung begitu tinggi, apa tidaknya, lembu-lembu, kerbau-kerbau dibiarkan berkeliaran dalam kawasan ladang peneroka, maka tidak sepatutnya harga daging dijual sebegitu harga.

Diperkampungan FELDA, bukan daging dan ayam sahaja yang melambung, malah barangan keperluan lain juga naik dengan serta merta, ditambah pula dengan kenaikan harga minyak petrol, bertambah-tambahlah naik semua harga keperluan raya.

Kawan pernah tanya kepada penjual daging di kawasan FELDA, “ngapa harga daging lembu sampai RM22 sekilo ?”

Jawab tuan lembu, “pasal harga minyak naik, awak tanyalah kerajaan”

Jawab kawan balik, “ Hai, lembu pun pakai minyak juga ke ?, setahu kawan, lembu kerbau kat ladang-ladang peneroka berkeliaran cari makan sendiri, tak pernah berkandang siang malam, pasal apa pulak nak tanya kerajaan ?”………..

Dalam kawasan perkampungan FELDA, tidaklah semacam di bandar-bandar, pegawai Penguatkuasa dari KPDN&HEP selalu sahaja datang memantau, kadang-kadang Menteri sendiri turun ke padang, kat kampung-kampung mana ada siapa yang datang, kenyanglah puak-puak ni hentam duit raya peneroka FELDA………

Ada juga kawan terjumpa blog-blog dari pro pembangkang, yang buat provokasi, asyik peneroka FELDA sahaja yang dapat duit raya, nelayan-nelayan macam mana ?

Kawan tak tahulah nak kata macam mana, puak-puak ni dak tak pandai nak bezakan Nelayan dengan Peneroka FELDA…….. janji dia orang dapat hasut rakyat, itulah kerja-kerja mereka……

Di sini kawan ingin menyampaikan hasrat seorang teman yang telah menghantar email kepada kawan untuk dihebahkan kepada para bloggers, sebenarnya kawan tidak pernah kenal beliau, kerana sesama saudara seagama, sebangsa yang menjalankan perniagaan, di bawah ini kawan sampaikan pesanan dari beliau ;

Vimax berkapsul biru/putih..ini adalah Vimax palsu yang boleh memudaratkan kesihatan..Sekiranya mereka memakan Vimax biru/putih berlebihan ia akan menyebabkan lemah syahwat..ia adalah bahan Kimia dan bukannya herba.

Sila lihat contoh gambar dibawah ;

Maklumat selanjutnya, boleh hubungi Sdr Nohd Nizam, HP: 0194946565 atau email; nizam@myidaman.com


16 comments:

  1. Masih kami ingat lagi pengalaman Tan Sri cuba dipengaruhi oleh Anuat. Sampai sekarang mereka masih cari jalan nak balas dendam.
    Tahniah. It pays to be always proffesional.

    ReplyDelete
  2. DENDAM tetap dendam...kat mana saja ceramah depa mesti hentam POLIS terutama Tan Sri..

    ReplyDelete
  3. Salam, Yang Gambi,

    Taniah perlantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, teruskan tugas anda.
    Usah pedulikan dasakan pembangkang yang menentang perlantikan semua, mereka cuma mahu ikut kata mereka.
    Bagi warga peneroka anda tertuah menyertai Felda, banyak lagi rakan-rakan yang hendak menyertainya tidak dapat,,, dan bersyukur kepada Allah dan kepada kerajaan di atas pemberian bonos sempena hari raya dan tidak terkecuali yang tidak menyertai Felda mendapat RM 150.00. Segala daya usaha Dato' Seri Najib semoga diucapkan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete
  4. SALM YG,
    PECACACAI NAJIS NI KALAU KERAJAAN BUAT PERKARA ELOK UTK RAKYAT PUN DIORANG AKAN PUTAR BELITKAN...REGE DAGING LEMBU NAIK SEBAB MINYAK NAIK...HAHAHAHAHA..ORG JUAL DAGING TU MESTI PELAWOK..REGE MINYAK TURUN NAPE DIORANG SENYAP.PENIAGA YG SELALU NAIK REGE BRG NI KEBNYAKANNYE ORG PR

    ReplyDelete
  5. DUIT RAYA semua peneroka tak sabar menunggu tapi bila hantar hasil ke FELDA puaslah pengurus menunggu.

    ReplyDelete
  6. sedikit sebanyak tersenyum jugaklah abah den...
    syukur...

    ReplyDelete
  7. Bila dapat duit raya baru nak terima kasih pada Dato Najib, sepatutnya peneroka mesti sentiasa berterima kasih kepada kerajaan kerana mengadakan Felda. Kalau tak ada Felda , cuba bayang ,dimana kita ketika ini.
    FIKIR-FIKRKANLAH.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya semua peneroka terus sokong kerajaan kepimpinan Dato'm Seri Najib, kerana dengan adanya Felda mereka dapat membelanjakan anak-anak hingga berjaya dalam kerjaya dan dapat lari dari kemiskinan tegar pada satu masa dahulu dengan menyertai Felda.
    Terima kasih kepada kerajaan sepatutnnya berterusan, jangan jadi kacang lupa kulit,
    semua itu tidak dihargai lagi.Setelah hidup selesa pada masa ini.

    ReplyDelete
  9. salam bro YG

    apa2pun tahniah kat Tan sri musa dilanjutkan perkhidmatan,jgn takut jgn segan tan sri kasi habiskan pengkhianat2 negara.
    wat peneroka untung la dpt duit raya,xkan tak reti lagi nak bersyukur nikmat Allah Taala dah bagi . dipermudahkan pulak oleh kepimpinan DS
    Najib. tak reti lagi ke nak berterima kasih.
    puak2 anak tu tak minta ke duit raya ngan mazlan aliman.

    ReplyDelete
  10. Sebahagian besar peneroka FELDA sentiasa ingat dan berterima kasiih dengan kerajaan UMNO-BN.

    Hanya segelintir peneroka sahaja yang bersikap angkuh mencaci kepada tangan-tangan yang memberi mereka tempat hasil dari perancangan Dasar Ekonomi Baru, gulungan ini masuk ke penempatan FELDA semasa Alayarham Dato' Asri memimpin PAS dan ketika itu PAS berada bersama BN.

    Kawan tak payah nak ungkit siapa mereka sebelum masuk FELDA di Pahang, bagaimana pun kawan ucapkan terima ksih sokongan sahabat-sahabat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.
    sebagai anak peneroka kome bersyukur dengan segala apa yang dikecapi selama hari ini..
    Mmg banyak perubahan taraf hidup berbanding dulu.

    ReplyDelete
  12. Salam,

    tahniah kpd peneroka dan TS Musa. TS Musa, lanyak anwar habis2an!

    ReplyDelete
  13. saya ni asal kg batu hitam , beserah kuantan. bukan nak memuji ds najiblah. tapi kalau nak bandingkan mulut najib dengan si al mahfuz dan mulut sii shamsul tu, jauh langit dengannbumi. PG tak pernah dengar lagi ds najib ini memekik dan memaki hamun orang atau bercakap kasar. tak pernah sejak kenakl ds najib ini sejak 1994. tak pernah.

    ReplyDelete
  14. Menunaikan hak rakyat tanggungjawab pemerintah tak kira parti mana yang menguasai pemerintahan.. Jasa melalui saluran kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan bukan jasa parti, jasa melalui saluran parti laksanakan melalui parti lah jangan dikaitkan dengan kerajaan..

    Tahniah TSMH disambung lagi sebagai KPN... SEMOGA KADAR JENAYAH YANG SANGAT TERUK DI MALAYSIA BERJAYA DITURUNKAN DALAM MASA SETAHUN LAGI DARI SEKARANG..!!!

    ReplyDelete
  15. kuda dunggu,

    Menunaikan hak rakyat tanggungjawab pemerintah tak kira parti mana yang menguasai pemerintahan.. Jasa melalui saluran kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan bukan jasa parti, jasa melalui saluran parti laksanakan melalui parti lah jangan dikaitkan dengan kerajaan..

    memang betul itu semua tanggungjawab kerajaan, tetapi kerajaan yang macammana?..
    jika kerajaan yang dunggu tahap kepala lutut, semua tu takkan menjadi...
    maka lu pikirlah sendiri!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..