Tuesday, September 29, 2009

Tan Sri Isa - Calon BN pilihan rakyat Bagan Pinang



Kesudahannya pucuk pimpinan UMNO akur dengan mandat yang diberi oleh keseluruhan ahli-ahli UMNO Cawangan dan masyarakat akar umbi di Bagan Pinang. Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam PRK DUN Bagan Pinang oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berbagai-bagailah sindiran, cemuhan dari blogger-blogger pro PAS khawarij, antaranya ; ‘UMNO sudah tidak mampu menonjolkan calon bersih’.

Ada juga blog pro PAS khawarij meluahkan rasa kesal kerana UMNO tidak akur dengan nasihat bekas pemimpin UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.

Blog pro PAS khawarij mengandaikan, ‘pemilihan Isa sebagai calon BN, ini menunjukkan UMNO masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih kerana kepentingan kuasa'.

Ada juga yang blog yang membuat andaian dengan menyatakan, ‘tindakan mencalonkan Isa bagi menegelakkan tindakan boikot daripada ahli-ahli UMNO akar umbi yang menyokong kuat Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar kerana mereka kurang senang dengan kepimpinan Menteri Besar sedia ada, Datuk Seri Mohamad Hassan'.

Begitulah kebodohan yang ditonjolkan oleh penulis-penulis blog pro PAS khawarij, dia orang ingat masyarakat di bagan Pinang begitu bodoh macam dia, mudah sahaja kena tipu oleh tok-tok guru munafik PAS khawarij…..

Mengapa puak-puak PAS khawarij ini sebuk sangat ?

Kalau PAS khawarij selama ini angkuh dan bongkak dengan kemenangan 7-1, kenapa perlu sebuk dan kecuh bila Tan Sri Isa di umum oleh sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang ?

Bukan kah PAS khawarij pakar dalam penyebaran fitnah, caci maki, putar belit, menipu, memecahbelahkan umat, apa tunggu lagi…….. pergilah buat fitnah banyak-banyak kat UMNO di Bagan Pinang…..

Pas khawarij perlu sedar, ini bukan Permatang Pauh, bukan Permatang Pasir, bukan Penanti dan bukan Manek Urai, ini DUN Bagan Pinang…….

PAS khawarij perlu tahu, masyarakat dan pengundi-pengundi bukan bodoh dan jumud macam di PRK yang lalu, memadai dengan ‘undi PAS boleh masuk syurga’, mereka bukan tempat untuk tok-tok guru PAS khawarij boleh menipu…….

PAS khawarij perlu tahu juga, bahawa kerusi DUN Bagan Pinang adalah hak milik BN yang mesti dipertahankan. Keseluruhan rakyat tempatan bersepadu dari pelbagai lapisan bangsa tidak akan berbelah bagi memberikan sokongan kepada UMNO-BN menerusi calonnya Tan Sri Isa Samad.

Monday, September 28, 2009

Siasat siapa hina Sultan & cerca agama Islam – Dr Zambry


KUALA KANGSAR 26 Sept. - Siasatan mengenai siapa sebenarnya yang menghina Sultan dan Raja Muda Perak serta mencerca agama Islam menerusi satu laman blog yang dikaitkan dengan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Loke Siew Fook perlu diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pihak yang dikenal pasti bertanggungjawab menulis artikel biadap itu bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang.

''Kita bimbang sekiranya tiada tindakan, ia akan menimbulkan rasa marah masyarakat terutama di kalangan orang Melayu dan beragama Islam berikutan ada pihak-pihak tertentu mempertikaikan kedaulatan raja-raja Melayu," katanya. KLIK

Kawan setuju benar dengan saranan Dr Zambry itu, keangkuhan penulis blog yang mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang Negara dan dengan begitu biadab menghina institusi Raja-raja Melayu sehingga ke peringkat berani mencabar status agama Islam.

Keceluparan, kebongkakan dan kebiadapan manusia menghina Sultan dan Raja Muda Perak serta menghina Islam ini tidak harus dibiarkan lepas bebas begitu sahaja.

Penulisan dalam blog http:sjsandteam.wordpress.com: "Has everything be reduced to your fucking religion."

Tidak dapat dinafikan ‘agama’ yang dimaksudkan oleh penulis blog itu ialah agama Islam. Semua umat Islam di negara ini termasuk pemimpin-pemimpin parti yang beragama Islam juga sedar akan kenyataan biadap dan bongkak penulis blog ini.

Apa maksud dan tujuan penulis ini menyerang agama Islam dengan begitu biadap perlu diselidiki dengan terperinci. Adakah penulis dengan sengaja mahu membakar perasaan umat Islam atau mahu menguji tahap kesabaran umat Islam?

Kementerian Dalam Negeri hendaklah mengambil tindakan undang-undang ke atas kebiadapan penulis blog ini. Jangan hanya sekadar memberi amaran bagi mengingatkan kepada kaum bukan Islam betapa perlunya menunjukkan sikap bertoleransi sebagai mana sikap toleransi umat Islam kepada bukan Islam.

Ingat salah satu wasiat Raja Melayu: "Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan." Maka kaum bukan Islam perlu menghurmati kesucian syariah Islam dalam Negara ini.

Kalau di negeri Selangor, isu ‘kepala lembu’ begitu menjadi kemarahan kaum-kaum India dan begitu segeranya pihak berkuasa mengambil tindakan mahkamah, tetapi mengapa sikap kurang ajar penulis blog ini masih berkeliaran lepas bebas ?

Penafian Siew Fook bahawa beliau bukan penulis sebenar artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah bukan satu alasan yang menyebabkan pihak berkuasa menghentikan siasatan terhadap Siew Fook, dia yang bertanggungjawab untuk didakwa dia atas penghinaan ini.

Sunday, September 27, 2009

Teluk Kemang tetap mahu Isa-Ketua Wanita

UMNO Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam PRK DUN Bagan Pinang, kata Ketua Wanitanya Rohani Yaakob.

Sebelum ini Ketua Pemuda Mohd Faizal Ramli mempertahanka, keputusan untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN.

Yang peliknya pemimpin PAS khawarij juga membuat saranan supaya UMNO mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam PRK DUN Bagan Pinang oleh Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga menyarankan agar UMNO memenuhi keinginan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menekankan supaya UMNO memilih calon yang bebas politik wang untuk pilihan raya itu. KLIK

Tetapi, Tan Sri Isa selaku Ketua UMNO Bahagian meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon.

Tan Sri Isa juga menyatakan, sudah terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

Komen;

Pada pendapat kawan, semua pihak perlu menghurmati saranan kedua-dua sayap Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang.

Mungkin pada pandangan pemimpin kedua-dua sayap UMNO itu, BN berpeluang cerah untuk memenangi pilihan raya kecil itu berdasarkan sokongan akar umbi Umno terhadap Tan Sri Isa walaupun pernah digantung daripada parti kerana dikatakan terbabit politik wang.

Pemuda dan Wanita mungkin mengambil kira sentimen tempatan dan sokongan akar umbi dalam konteks UMNO bahagian itu dan pemilihan Tan Sri Isa sebagai calon mungkin keputusan terbaik disamping faktor Ketua UMNO Bahagian dan statusnya sebagai bekas Menteri Besar menjadikan Tan Sri Isa sebagai pemimpin paling berpengaruh di Teluk Kemang ketika ini.

Dominasi kepimpinan Tan Sri Isa tidak pernah terjejas atau luntur walaupun pernah digantung keahlian parti serta megambil kira kekuatannya di Teluk Kemang boleh dinilai dari keseluruhan cawangan UMNO memberi kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO B
ahagian walaupun ketika itu beliau baru tamat dari penggantungan keahlian UMNO.

Apa yang dilihat, pemimpin-pemimpin PAS khawarij juga seolah-olah menangguk di air yang keruh bila Salahuddin Ayub berharap benar agar Tan Sri Isa tidak dicalonkan oleh UMNO.

Sejak bila pula PAS khawarij begitu perihatin dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang selama ini diberi gelaran ‘mahafiraun’, ‘mahazalim’, atau sebenarnya PAS khawarij sememangnya sudah merasakan akan kekalahan jika Tan Sri Isa menjadi calon BN di Bagan Pinang.

Apakah sekiranya UMNO-BN menampilkan calon yang bersih PAS khawarij tidak akan bertanding di DUN Bagan Pinang ?

Sesiapa pun yang menjadi calon BN, walau sebersih mana sekali pun, PAS khawarij tetap akan menimbulkan isu-isu fitnah untuk meraih undi, yang sebenarnya mereka amat bimbang kalau Tan sri Isa yang dipilih oleh UMNO.

Apa pun pandangan atau pendapat berhubung dengan calon BN di Bagan Pinang, kawan hurmati pendapat Tan Sri Isa selaku Ketua UMNO Bahagian yang menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan. Jangan terlalu banyak andaian dan senario sehinggakan tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat penilaian.

Apa yang menjadi masalah ketika ini terlalu ramai hendak menjadi 'Presiden' parti.

Presiden UMNO, Dato Sri Najib tidak perlu mengikut rentak tari dari luar kawasan DUN Bagan Pinang, apa lagi dengan suara-suara sumbang dari pembangkang sehinggakan UMNO-BN sendiri akan kehilangan rentak sendiri.

Dato’ Sri Najib mungkin sudah mendapat gambaran sebenar sejauh mana sokongan pengundi-pengundi setempat terhadap calon BN. Dato’ Sri Najib boleh mendapat gambaran analisa calon dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan terhadap calon. Mereka mungkin sudah turun ke padang menemui mesyarakat setempat untuk dilaporkan kepada Dato’ Sri Najib dan terserahlah pada kebijaksanaan beliau untuk menentukan siapa calon BN nanti.

Waima sesiapa pun calon yang bakal dipilih, ianya hendaklah dipersetujui pemimpin dari akar umbi dan diyakini akan menang serta tidak disabotaj oleh jentera BN atau orang UMNO sendiri.

Saturday, September 26, 2009

Awas !!! ada 'mata-mata PAS' dalam kem Tentera dan balai Polis

PAS mempunyai penyokong-penyokong di kem tentera dan balai polis yang akan bertindak sebagai ‘mata-mata’ parti itu untuk memantau kempen-kempen BN ketika pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Begitulah kata-kata Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS, yang juga mendakwa individu-individu berkenaan termasuk pegawai tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan.

Pelik a
da, hairan ada, lucu ada, nak tergelak pun ada dengan perangai-perangai pemimpin munafik PAS Khawarij ini dalam saat-saat menghadapi PRK Bagan Pinang akan datang.

Dalam masa pakar fitnah PRK, Mahfud PAS Khawarij sedang tercari-cari isu fitnah, pemimpin-pemimpin Pemuda PAS Khawarij mengeluarkan pelbagai-bagai kenyataan untuk menafikan kemenangan UMNO-BN di DUN Bagan Pinang.

PAS Khawarij ini seolah-olah sudah merasakan kekalahan di Bagan Pinang, jadi awal-awal lagi telah mencari alasan kekalahan mereka dari pengundi-pengundi POS.

PAS Khawarij memang jenis muka tidak malu, mereka inilah yang banyak menghina anggota-anggota Polis dan Tentera dengan perbagai cacian termasuk perkataan ‘anjing suruhan’, pengamal rasuah dan macam-macam lagi.

Tetapi apabila untuk memancing undi, ada pula pihak-pihak PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini mendakwa mempunyai ‘mata-mata’ dan penyokong dari kalangan anggota Polis dan Tentera.

Kalau benarlah seperti yang di dakwa oleh PAS Khawarij, PKR pengkhianat dan DAP komunis ini, kawan rasa anggota Polis dan Tentera yang berkenaan memang tidak ada harga dan maruah diri, selaku anggota yang dilatih bersemangat juang, berdisplin, taat setia dan tegas dalam menjalankan perintah, mereka juga ada maruah diri.

Apakah pengundi-pengundi dari Polis dan Tentera ini sedia menjual maruah diri dengan mengundi PAS Khawarij setelah dihina dan dicerca ?

Sebagai seorang anggota Polis atau Tentera, mereka telah diserap nilai-nilai setia dan menurut perintah, mereka adalah tulang belakang kepada kerajaan dan Negara. Kesetiaan mereka kepada pemimpin Negara dan pemerintah tidak boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir yang membuat mereka belot kepada kesetiaan mereka.

Pengundi-pengundi DUN Bagan Pinang bukan sahaja dari Polis dan Tentera sebenarnya bukan dari golongan yang jumud pemikiran, mereka sudah banyak menyaksikan bagaimana pengkhianatan-pengkhianatan bangsa, agama dan Negara yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS Khawarij dan PKR pengkhianat, apabila menjadi barua kepada DAP komunis ini. InsyaAllah UMNO-BN akan mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang……..


Friday, September 25, 2009

Naikkan gaji demi majukan ekonomi - TUN DR MAHATHIR


Semalam Tun Dr Mahathir berkata Ekonomi negara akan mampu berkembang dengan lebih pesat lagi jika ganjaran atau gaji pekerja di Malaysia dapat ditingkatkan agar golongan ini dapat menyumbang dengan menambah produktiviti masing-masing.

"Kita lihat pendapatan semua peringkat daripada pekerja sehinggalah yang lain amatlah rendah walaupun pengurus-pengurus GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mendapat gaji yang besar tapi yang lain semua dapat gaji yang kecil," katanya semasa melawat limbungan kapal NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang dekat Banting semalam.

Tanpa gaji yang lebih tinggi, negara tidak akan dapat mencapai pertumbuhan yang pesat, kata Dr Mahathir dan menambah bahawa peningkatan gaji perlu seimbang dengan kerja yang dilakukan. KLIK

Komen;

Pandangan Tun ada kebenarannya, kita lihat sahaja bagaimana Singapura memberi gaji kepada pekerja-pekerja kilang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terutama di negeri Johor lebih suka bekerja di Singapura.

Sekiranya sector pekerjaan di Malaysia menawarkan gaji yang lumayan dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh majikan, kawan rasa Malaysia tidak memerlukan tenaga kerja dari Negara asing.

Kebanyakan sector perkilangan dalam Negara menawarkan gaji yang tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa menyebabkan rakyat Malaysia kurang berminat untuk bekerja. Majikan-majikan lebih menumpukan kepada pekerja asing untuk mendapat keuntungan lebih dengan bayaran upah kerja yang rendah.

Kerajaan perlu memikirkan untuk meningkatkan produktiviti pekerja apabila majikan dapat memberi bayaran gaji yang setimpal kepada pekerja, dengan cara itu tidak secara langsung pekerja juga akan setia kepada syarikat di mana mereka bekerja dan secara tidak langsung mereka akan menyumbang kepada kemajuan negara.

Malaysia tidak boleh lagi beranggapan dengan kos buruh yang rendah untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Negara Singapura contohnya, masih juga sebagai sebuah Negara pengeluar yang maju walau pun kos buruh yang tinggi berdasarkan kualiti barangan keluarannya.

Malaysia sudah terlalu banyak mengeluarkan pekerja-perkerja mahir melalui pusat-pusat latihan vokasional yang disediakan kerajaan, tetapi tidak dapat dimanfaatkan di dalam Negara sendiri kerana kadar upah kerja yang rendah.

Kawan hendak ambil contoh ladang-ladang milik FELDA Plantation, sekiranya pihak majikan menyediakan upah kerja yang setimpal dengan kemudahan tempat kediaman, potongan KWSP dan pelindungan pekerja, kawan rasa anak-anak peneroka akan berminat untuk menjadi pekerja ladang dan tidak secara lansung keperluan tenaga pekerja dari Indonesia dan Banglades dapat diatasi.

Rakyat Malaysia mempunyai kebolehan dalam semua bidang, kerajaan perlu memberi sokongan untuk meningkatkan pendapatan mereka setimpal dengan kemajuan Negara supaya mereka tidak mencari jalan keluar.

Akhirnya, Malaysia bukan sahaja menghadapi pelarian pekerja-pekerja mahir, malah menghadapi pengangguran serta limpahan pekerja asing yang tidak mahir dan bermutu seterusnya menghadapi gejala sosial yang ketara bukan sahaja dari rakyat Malaysia malah dari pekerja-pekerja asing juga.


Wednesday, September 23, 2009

Sampai bila Malaysia terus di kecam ? “Noordin Segera dipulangkan agar tidak lagi mengganggu,” kata Polis Indonesia



Kadiv Humas Mabes Polri Irjen Nanan Soekarna mengatakan, pihaknya akan segera mengembalikan jenazah Noordin M Top ke Malaysia, “Segera dikembalikan ke Malaysia agar tidak diganggu lagi (teror). Ini serius agar kita tidak diganggu bangsa lain."

Nanan berkali-kali menegaskan bahwa gembong teroris paling dicari tersebut merupakan warga negara tetangga, Malaysia. "Bukan warga negara Indonesia. Sampaikan kepada dunia, ini (Noordin) warga negara Malaysia"KLIK

Mari kita lihat pula apa komen lembu-lembu dari Indonesia yang tidak berilmu, katak-katak bawah tempurung yang tidak mahu mencerminkan diri sendiri ;

jose @ Sabtu, 19 September 2009 | 18:36 WIB

sebaiknya dipeti matinya di kasih label " Product of Malaysia " dan dikasih tanda R dilingkari artinya sudah di hak patent kan.

wahyoe @ Sabtu, 19 September 2009 | 15:25 WIB
@tommy : org kok skeptis banget, emang loe orang mana sih ? jgn-jgn loe orang malingsia juga nih, pergi aja loe, bawa tuh mayat noordin ke negara loe, HIDUP INDONESIA RAYA...

radar @ Sabtu, 19 September 2009 | 15:19 WIB
bedanya di malaysia si noordin ngak ada yg menganggap dia sebagai pahlawan,juga ngak ada yang mau sebagai pengikutnya.tapi di indonesia, sebagian warga masih menjunjung dan menganggap si noordin sbg pahlawan dan mau sebagai pengikut,juga penerus perjuangannya.

olala @ Sabtu, 19 September 2009 | 15:11 WIB
kan ada dubesnya, suru aja ambil (jangan kita yang antar, keeenakan!!!!) Sebodo mau ditaro dimana di gedung dubesnya. Ngapain kita lagi yang kena repotnya. Gak rela kalau polisi yg nganternya !!!!!

nini @ Sabtu, 19 September 2009 | 15:04 WIB
ngapain susah2 dipulangin, dah bikin susah kita wkt idup, wkt mati aja masih pake difasilitasi pemulangan ke negaranya. buang aja ke laut atau biar membusuk aja digerogotin ulat.

klepit @ Sabtu, 19 September 2009 | 14:46 WIB
Sebaiknya Malaysia mengklaim dirinya sebagai eksportir teroris nomor wahid didunia...

hariadi @ Sabtu, 19 September 2009 | 14:34 WIB
dasar Malaysia bisanya cuman export teroris.. Malaysia Trully MALING ASIA

tinuk @ Sabtu, 19 September 2009 | 14:19 WIB
nah begitu donk pak polisi, penekanan yang bagus; Nurdin M Top gembong teroris yang selama ini meneror Indonesia adalah Warga Negara Malaysia ......

roy_sontoloyo @ Sabtu, 19 September 2009 | 14:07 WIB
sekalian kirimin bom-bom kepunyaan nurdin yg 200kg itu ke malaysia pak. biar giliran meledak juga disana...Malaysia juga harus menanggung akibat teror nurdin ini..

dewa @ Sabtu, 19 September 2009 | 14:02 WIB
Kami tidak rela MAYAT NOORDIN di bawa pulang ke M'sia, apalagi pakai upacara segala. Saya usul mayatnya digantung saja di depan Kedubes M'sia, supaya mengingatkan akibatnya kalau kirim teroris ke Indonesia...


Komen;

Pada pandangan kawan, pegawai Polis berkenaan tidak sepatutnya beremosi menyebut berulang-ulang bahawa perkataan “sampaikan pada dunia, ini warga Negara Malaysia.”

Seingat-ingat kawan, kerajaan Malaysia tidak pernah menafikan seseorang warganegaranya walaupun ianya seorang penjenayah atau pengganas, malah membantu untuk sama-sama membenteras mereka.

Peranan media Indonesia juga seolah-olah sengaja mahu meniupkan api supaya rakyat Indonesia berterusan mencemuh dan mencaci Malaysia.

Mengapa pihak berkuasa Indonesia dan juga media tidak langsung menyebut siapa dalang Noordin dan Azhar menjadi pengganas ?

Mengapa pihak Indonesia tidak pernah mendakwa Abu Bakar Bashir yang menjadi pendorong bukan sahaja Noordin dan Azahar, malah ramai lagi warga-warga di Singapura dan Filipina ?

Abu Bakar Bashirlah pencetus pengganas di Indonesia, Abu Bakar Bashirlah lidah rasmi JI untuk melakukan keganasan.

Abu Bakar Bashir ini sama jugalah dengan perangai tok-tok guru PAS yang sering melaungkan jihad yang bodoh kepada pengikut-pengikut mereka yang bodoh.

Kawan rasa sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas dalam isu ini agar tidak menjadi cemuhan dan cacian warga Indonesia yang sebahagiannya iri dengan kemajuan pembangunan Malaysia.

Media Malaysia juga perlu lebih mengwar-warkan keganasan warga Indonesia yang menjalankan jenayah rompakan, membunuh, menipu dan menculik warga Malaysia.

Sudah sampai masanya, kerajaan menjalankan penguatkuasaan membenteras pendatang tanpa izin dari Indonesia yang berjuta-juta di Malaysia, kembalikan ke Indonesia warga yang tidak mengenang budi ini.

Kelembutan dan kesabaran yang sering dilaungkan untuk menangani isu ini hanya di pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, sedangkan media dan kerajaan Indonesia berterusan membiarkan warganya menghina dan mencabar kesabaran Malaysia.

Dalam negara Malaysia telah dihuruharakan oleh warganegara sendiri yang lupa daratan, ditambah pula dengan sikap kurang ajar dan kecetekkan pemikiran dari warga Indonesia, sampai bila kerajaan perlu membiarkan perkara begini berterusan berlaku……..

Ketegasan mengambil tindakan dengan undang-undang yang ada perlu dilaksanakan, jangan biar Malaysia terus diganggu gugat oleh manusia jumud dari luar dan dalam Negara.

Jangan biarkan maruah bangsa, agama dan Negara terus dikutak katikkan oleh pengkhianat…….



Tuesday, September 22, 2009

Kenapa Anwar Al Jub takut bersumpah ?

Dicopy paste dari blog tokjanggutkeramat.blogspot

Monday, September 21, 2009

Sumpah Syarie Menjelaskan Watak Anuar.

Dalam perjalanan balik kampong hamba telah menggunakan jalan melalui Gua Musang. Melalui jalan itu hamba pun singgah membeli lemang di Cucuh Puteri, Cucuh Puteri terletak dalam kawasan DUN Manik Urai.

Semasa sedang memilih batang lemang yang hendak dibeli tiba tiba dari sisi hamba seorang Ustaz dengan baju kumbang dan berserban memberi salam dan menghulurkan kedua tangannya kepada hamba. Dalam keadaan yang menggelabah hamba menjawab salam dan menyambut tangan persaudaraan yang dihulur.

Ustaz itu rupanya pernah hamba jumpa dalam satu majlis ceramah semasa PRK Dun Manik Urai dahulu. Persaudaraan dan persefahaman umat sudah berlaku. Ini barangkali untungnya majlis ceramah kecil kecillan di rumah rumah pengundi sendiri. Tidak sia sialah kehadhiran hamba kekawasan PRK berkenaan.

Pertemuan itu telah memperingatkan hamba kepada apa yang telah berlaku dalam majlis ceramah tersebut di atas. Penceramah yang sedang menghurai isu pada masa itu ialah seorang Ustaz Lulusan Al Azhar. Beliau bertanya kepada hadhirin mengenai kes Anuar yang menghadapi tuduhan Meliwat. Soalannya: kita sebagai orang Islam yang berpegang kepada hukum hukum Islam; siapa yang berani mengatakan benar Anuar telah melakukan liwat terhadap ........ Ada tiga orang lelaki tangkas mengangkat tangan dan mengaku "saya berani"

Penceramah cuba menahan tetapi tiga orang lelaki itu tadi seperti berebut menyambung, "sebabnya Anuar tidak berani bersumpah." Inilah isu yang hamba nak bentangkan tetapi sebelum itu biarlah hamba sudahkan huraian yang dibentang oleh Ustaz yang berceramah itu.

Penceramah sebenarnya membentangkan kaedah penghayatan hukum mengikut cara hukum Islam. Maksudnya dalam isu begini kalau kita nak katakan sah Anuar meliwat atau zina kita kena ada 2 saksi lelaki yang cukup syarat pula yang mengaku melihat sampai sah (sensor)nya masuk dalam (sensor)nya. (inilah permasaalahan hukum hudud yang kena dicari jalan penyelesaian terbaik bukan cara hentam keromo seperti PAS dok laung laungkan - Dulu lah. Sekarang dah ditundukkan oleh DAP)'

Ertinya kita orang awam tidak boleh secara jelas dan terang menyatakan pertuduhan tetapi untuk pengetahuan sendiri itu adalah masaalah lain. Masaalah para kadhi (hakim) mereka terpaksa memutuskan hukuman mengikut pendapat mereka berdasarkan maklumat maklumat yang dapat terkumpul kerana perkara itu adalah tanggung jawab mereka yang menanggung jawatan. Begitulah juga halnya dengan mereka yang terlibat dengan proses pendakwaan.

Sebaliknya pula untuk kita orang awam menapikan secara terbuka bermakna kita juga ikut dalam cubaan membela tertuduh sedangkan kita sebenarnya tidak tahu secara sah dan pasti. Kalau demikian kita sudah meletakkan diri kita sebagai membelanya sekaligus meletakkan diri kita sebagai bersubhat kalau dosa itu benar berlaku. Maka hukum bersubhat itu sama besar dosanya dengan yang melakukan. Mashaallah. Sanggupkah kita mempertaruhkan sedangkan kita sebenarnya tidah sah dan nyata.

Kembali kepada cerita tiga orang pendengar yang tangkas memperakui seperti tersebut di atas tadi. Hamba ingin mengajak pembaca dan sahabat sahabat merenong betapa tiga orang sahabat kita itu dahulunya adalah pengikut dan pengkagum Anuar. Mengikut mereka; mereka terpaksa menyatakan keyakinan mereka terhadap kepalsuan Anuar kerana dulunya mereka selalu berkempen untuk mengagungkan Anuar.

Sekarang mereka sudah jelas bahawa Anuar itu pembohong besar dan terpaksalah mereka berkempen balik untuk menebus dosa mereka kerana menyokong Anuar satu masa dahulu. Mereka tidak mahu terus bersubhat kerana itu pun satu dosa lagi yang tidak kurang besarnya. Maksudnya mengancam kestabilan politik sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam.

Yang menarik di sini ialah tak kan lah Anuar tidak tahu betapa mudahnya dia kehilangan pengikut dan penyokong yang dekat (tentu dia dah tahu) malah yang jauh pun seperti tiga orang lelaki itu tadi. Punca utama Anuar kehilangan pengikut dan penyokong itu ialah kerana beliau masih dengan liciknya berhelah mengelak daripada melaksanakan sumpah sharie itu.

Sebaliknya pihak yang menuduh pula yang tampil untuk bersumpah.

Lebih memalukan lagi para pemimpin Pas pula cuba berhelah dengan terjemahan hadis dan ayat ayat Allah untuk menyalah2kan sumpah syarie itu. Mashaallah. Sedangkan untuk Anuar disediakan laluan mudah untuk tidak perlu bersumpah. Tak jadi bersubhatkah bila keadaannya dijadikan begitu itu.

Che Leh Jangok

Komen ;

Anwar al-jub seorang manusia kaki penipu, pembelit malah ‘pengkhianat' bangsa, agama dan negara’.

Seorang manuasia yang pandai memainkan peranan untuk melaksanakan agenda Yahudi untuk menghuru harakan Negara Islam seperti Malaysia.

Kes ‘liwat’ Anwar sudah beberapa kali ditangguhkan akibat putar belitnya, kalau dia sebenarnya bersih dari segala perbuatan mungkarnya, mengapa dia terlalu takut menghadapi perbicaraan, malah yang paling senang dilakukan ialah ‘bersumpah syarie’.

PAS dan tok-tok guru mereka juga banyak memutar belit dengan terjemahan hadis dan ayat-ayat Quran untuk mencari helah agar Anwar tidak menjalankan ‘sumpah syarie’. Mereka redha bersubahat dengan kemungkaran Anwar kerana menjaga kepentingan politik untuk berkuasa.

Sampai bila Anwar al-jub serta tok-tok guru PAS menggunakan agama Islam untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia ?

Rakyat dan umat Islam perlu merenung dengan penipuan mereka ini untuk menghancurkan Negara.


Saturday, September 19, 2009

Malaysia tidak wajar dilebel eksport pengganas-Najib


Dato' Sri Najib berkata Malaysia tidak wajar dilabel sebagai negara yang mengeksport pengganas kerana masalah itu adalah permasalahan serantau yang turut berlaku kepada negara lain di peringkat global.

Najib juga berkata tindakan saling menuding jari dan menyalahkan antara satu
sama lain adalah tidak menguntungkan kerana isu pengganas bukan soal yang hanya melibatkan negara tertentu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian anggota militan yang paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top dalam satu serangan di pekan Solo, Jawa Tengah, semalam.

Noordin, anggota Jemaah Islamiah (JI) semasa hayatnya ialah perancang utama kepada beberapa siri letupan bom di Bali dan Jakarta yang meragut ratusan nyawa.

"Noordin sebenarnya telah dipengaruhi oleh Abu Bakar Bashir, seorang warganegara Indonesia, jadi nak kata kita eksport pengganas pun tak boleh juga sebab dia dipengaruhi oleh Abu Bakar Bashir dari Indonesia yang telah membuka satu sekolah agama di Ulu Tiram, Johor. Itu asal-usulnya. KLIK

Komen;

Tuduhan segelintir rakyat Indonesia bahawa Malaysia telah mengeksport pengganas (teroris) ke Negara mereka untuk tujuan menghuruharakan Indonesia adalah tidak berasas sama sekali.

Noordin Mohamad Top dan Azahar Hussin pengganas yang yang didakwa telah dieksport oleh Malaysia, tetapi mereka adalah dari sebahagian anak didik Abu Bakar Bashir dari Indonesia.

Siapa Abu Bakar Bashir ?

Abu Bakar Bashir juga dikenali dengan nama Abdus Samad Abud, Ketua Majlis Mujahiddin Indonesia telah dipenjarakan beberapa tahun semasa pemerintahan Suharto kerana dianggap membahayakan oleh pemerintah Indonesia. Selepas bebas dari penjara Abu Bakar Bashir melarikan diri ke Malaysia dalam tahun 1982. Dia menjadi guru mengaji di Malaysia dan mempunyai banyak pengikut. Pada masa inilah dia telah menubuhkan Jemaah Islamiyah dan pengikutnya tersebar juga hingga ke Singapura dan Filipina.

Abu Bakar Bashir juga menyokong gerakan kumpulan militan KMM di Malaysia. Kegiatan KMM di Malaysia terbongkar apabila tiga anggota merek
a gagal dalam cubaan merompak sebuah bank di Petaling Jaya, Selangor, sementara di Jakarta, seorang anggota KMM cedera parah ketika melakukan pengeboman di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta.

Polis Malaysia juga telah merampas banyak senjata api daripada anggota-anggota KMM yang ditahan dan mereka dipercayai telah melakukan beberapa jenayah termasuk membunuh seorang wakil rakyat dan cubaan meletupkan beberapa rumah ibadat agama lain.

Polis M
alaysia juga menahan anggota KMM, termasuk Nik Adli Nik Aziz, Muhammad Iqbal Abu Jibril dan memburu Hambali @ Nurjaman @ Riduan Isamudin.

Abu Bakar Bashir seorang ustad, guru agama yang mempunyai kemahiran dan kepimpinan spiritual. Kegiatan-kegiatan Abu Bakar Bashir di Malaysia ;

- 1982
Abu Bakar Basyir ambil kesempatan itu melarikan diri ke Malaysia, menetap di beberapa tempat di Johor dan di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Abu Bakar berniaga kecil-kecilan dan mengajar ilmu agama dan pada ketika inilah Jemaah Islamiah ditubuhkan dan ahlinya tersebar hingga ke Filipina dan Singapura.

- 1990an Abu Bakar bekerjasama dengan Hambali @ Riduan Hisamuddin di Johor yang melihat kekhalifahan Islam di Asia Tenggara dapat menyelesaikan masalah umat Islam sejagat. Abu Bakar memang menyeru kepada jihad tetapi tidak melalui aksi militan. Sementara Hambali cenderung kepada aksi militan.

- 1998 Abu Bakar kembali ke Indonesia selepas Presiden Suharto tumbang. Sedangkan Hambali terus berjuang melalui gerakan bawah tanah.

Aktiviti tersembunyi Abu Bakar terdedah apabila Polis Malaysia menangkap beberapa anggota kumpulan militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang disyaki terlibat dalam gerakan militan untuk menjat
uhkan kerajaan Malaysia dan anggota KMM mengaku Abu Bakar sebagai penggerak kumpulan itu.

Tembelang kegiatan Abu Bakar Bashir semakin terserlah apabila anggota Jemaah Islamiah di Singapura yang ditangkap turut menuding jari kepada Abu Bakar sebagai dalang gerakan mereka.

Adalah mustahil jika Malaysia dituduh sebagai dalang mengeksport pengganas untuk menghuruharakan Negara Indonesia sedangkan dalang sebenarnya bebas sebagai pelontar batu yang menyembunyikan tanga
n.

Tidak salah kalau kawan juga boleh menyatakan ada parti di Malaysia yang juga sebagai pendokong KMM dan menyokong pergerakan pengganas ini, tetapi menafikannya apabila kerajaan Malaysia menjalankan gerakan memburu anggota-anggota KMM dan JI di Malaysia.

ISA telah mengamankan Malaysia dan rakyat dari gerakan-gerakan mengganas mereka, tetapi ada pihak yang beria-ia sangat hendak mansuhkan ISA. Mungkin mereka juga ada agenda seperti KMM dan JI untuk menghuruharakan negara kalau ISA berjaya dimansuhkan jika mereka masih lagi tidak dapat berkuasa memerintah negara.


Friday, September 18, 2009

Pembebasan 5 Tahanan ISA-dari sudut pandangan pemimpin PAS munafik serapam ‘Khawarij’


Keputusan kerajaan membebaskan tahanan ISA tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang dijadual berlangsung pada 11 Oktober ini.

Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang semuanya anggota Jemaah Islam (JI) Malaysia dibebaskan petang semalam, selepas dianggap tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pembebasan dibuat setelah kerajaan berpuas hati bahawa kesemuanya telah menunjukkan respons pemulihan yang positif dan melahirkan kesedaran serta keinsafan di atas tindakan mereka terdahulu.

Apa kata pemimpin PAS munafik ?

“Mereka tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan”, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Apa perlu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghukum kita tanpa bicara yang tidak mahu lagi menyiksa kita semata-mata kerana bimbang kepentingan politik mereka akan terjejas jika terus menyiksa orang yang tidak dibuktikan kesalahannya”. KLIK

Begitulah pandangan dari pemimpin PAS munafik, mereka tidak pernah mengajar masyarakat berterima kasih kepada kerajaan, bukan sekadar pembebasan 5 orang tahanan ISA sahaja, malah kepada perkara-perkara lain pun yang telah dibuat oleh kerajaan kepada rakyat.

Alasan puak-puak PAS munafik ini, semua yang dibuat kerajaan untuk rakyat, adalah tanggungjawab kerajaan, tidak perlu berterima kasih.

Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud ;

“Sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya, maka jika ia tidak dapat membalas melainkan dengan kata-kata pujian, itu bererti ia telah mensykurinya; sesiapa yang menyembunyikannya, bermakna ia telah mengkufurinya”. Imam Ibnu Hajar

Imam al-Suyuti dalam al-Jaami al-Soghir menyebut sebuah Hadis yang dengan jelas meletakkan perbuatan tidak bersyukur sebaris dengan beberapa dosa besar:

“Lima dosa Allah segerakan balasan bagi yang melakukannya : menzalimi manusia, khianat, menderhaka kepada dua ibu bapa, memutuskan silatulrahim dan jasa yang tidak disyukuri”.

Inilah ajaran yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS munafik, bahawa apa-apa kebaikan yang diterima daripada kerajaan adalah merupakan tanggungjawab dan kewajipan pemerintah yang tidak perlu disyukuri.

Padahal ini sebahagian dari hukum agama yang mana terdapat nas-nas mengenainya, nas-nas yang tidak membezakan samada kebaikan yang diterima itu datang daripada orang yang berkewajipan melakukannya atau tidak.

Pengajaran pemimpin-pemimpin PAS munafik ini ibaratkan bahawa seseorang itu tidak wajib mensyukuri jasa ibu bapanya kerana memang menjadi kewajipan ibu bapa memberi nafkah dan menjaga anaknya.

Dan jika prinsip pemimpin-pemimpin PAS munafik ini digunapakai, bagaimana pula dengan jasa Nabi kita S.A.W. yang memang menjadi kewajipan Baginda menyampaikan dakwah kepada umatnya ?

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

“Akan data
ng selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Beginilah rupa bentuk PEMIKIRAN KHAWARIJ yang telah menyerap atau diserapkan di dalam kepimpinan PAS munafik ini.

Khawarij, ialah kumpulan pemberontak yang lahir di zaman Syaidina Ali r.a., mereka memerangi dan menghalalkan darah Baginda dan siapa saja yang menyokong kerajaan pada masa itu.

Pada hakikatnya fenomena Khawarij adalah jelmaan daripada suatu bentuk pemikiran yang lahir sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi dan akan lahir dari semasa ke semasa. Khawarij pertama ialah ‘Zulkhuwaisirah’ yang mengkritik cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta rampasan perang dan menuduh Baginda tidak berlaku adil dalam pembahagian tersebut.

Zulkhuwaisirah tidak membantah Rasulullah S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul yang menyampaikan wahyu tetapi sebagai pemerintah yang menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

Di zaman Syaidina Ali, kemunculannya bermula dengan sekumpulan pengikut membantah keputusan Baginda menerima tahkim. Daripada segi hukum syarak, Baginda berhak membuat keputusan tersebut sebagai seorang pemerintah. Bantahan ini diikuti dengan tindakan mencerca, memarakkan kebencian seterusnya menghukum Baginda sebagai telah melakukan dosa besar.

Pemikiran Khawarij yang bertunas daripada tidak bersetuju dengan keputusan pemerintah itu terus membesar hingga ke peringkat ekstrem atau “ghuluw” dengan menghukum Syaidina Ali dan penyokongnya sebagai Kafir dan halal darah serta wajib di perangi.

Kita lihat bagaimana tunas pemikiran Khawarij ini berkembang tahap demi tahap hingga ke tahap yang ekstrem dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang dapat disaksikan melalui bentuk-bentuk hukuman dan tindakan-tindakan yang ganjil dan pelik atau “syuzuz”.

Di dalam Kitab “Fikrul Khawarij” ada menceritakan bagaimana segerombolan Khawarij menangkap Abdullah Bin Khabbab seorang penyokong Syaidina Ali serta hambanya yang sedang hamil.

Abdullah bin Khabbab kemudiannya di sembelih di tebing sebatang sungai, sementara hamba perempuannya yang sedang mengandung tidak sahaja dibunuh tetapi juga di belah perutnya.

Sewaktu berjalan merentasi ladang kepunyaan seorang kafir zimmi mereka terserempak dengan seekor khinzir, lalu salah seorang daripadanya memancung khinzir tersebut dengan pedang. Perbuatan itu dibantah oleh teman yang lain dengan mempersoalkan apakah alasan yang menghalalkan pembunuhan khinzir kepunyaan zimmi.

Ada juga riwayat menyebut bahawa mereka kemudiannya meminta untuk membeli buah tamar dan tuan punya kebun menawarkan kepada mereka buah tamar secara percuma, tetapi mereka enggan menerimanya dengan menyatakan bahawa sebagai orang Islam mereka tidak boleh mengambilnya tanpa bayaran.

Daripada kisah yang dipaparkan ini, mari kita renungi bagaimana pemikiran Khawarij ini berkembang hingga membawa kepada kesimpulan hukum dan tindakan yang pelik lagi ganjil. Nyawa orang kafir, harta benda dan khinzirnya lebih terpelihara daripada nyawa dan harta orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pengikut-pengikut Khawarij ini terdiri daripada mereka yang kuat beribadat dan membaca Quran seperti yang diterangkan dalam Hadis-Hadis dan diceritakan dalam sejarah.

Maka tidak hairanlah kalau kepimpinan PAS munafik ini adalah sebahagian daripada penyerapan golongan-golongan Khawarij kalau diperhatikan cara gerak laku politik mereka untuk memerangi kerajaan UMNO.

Kita sebagai umat Melayu Islam, perlu memandang serius dengan dakyah-dakyah pemimpin PAS munafik ini untuk meruntuhkan kekuasaan serta kekuatan perpaduan Melayu Islam di tanah air tercinta ini.

Dari kesempatan ini juga kawan mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri’ kepada semua muslimin dan muslimat seluruhnya serta para sahabat blogger amnya……... MAAF ZAHIR BATIN.