Sunday, July 25, 2010

FELDA-Ku Li pulak jadi sasaran


Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Ahli Parlimen Gua Musang, menjadi sasaran Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat untuk berkerjasama membenteras penyelewengan Dato’ Sri Najib terhadap FELDA.

Mazlan mendakwa kononnya FELDA sudah semakin parah, Ku Li diminta membantu peneroka Felda yang semakin tertekan dan menceritakan asal usul penubuhan FELDA, Felcra dan Risda yang telah terpesong dari matlamat sebenar.

Ku Li diberi tahu juga bahawa Felda Plantation telah menjadi medan menghimpun kekayaan, sedang manfaat untuk rakyat tidak kelihatan. GSA juga sepatutnya telah dipinda untuk lebih adil terutamanya soal pusaka dan masa depan generasi kedua Felda. KILK

Apakah Ku Li sebenarnya tidak tahu matlamat serta tujuan kerajaan menubuhkan FELDA sehinggakan si Mazlan terpaksa mencerita asal usul penubuhan FELDA ?

Mana dulu di antara Ku Li dengan Mazlan berkecimpung dalam politik Negara, sehingga Ku Li tidak tahu kewujudan serta matlamat FELDA ditubuhkan……..

Kalau tak silap, Ku Li tahu apabila Kabinet meluluskan Akta GSA pada tahun 1960, Ku Li lebih faham tujuan FELDA diwujudkan sebagai pengendali program pembangunan tanah secara besar-besaran untuk kepentingan rakyat miskin dan tidak bertanah dan sebilangan besarnya adalah orang-orang Melayu-Bumiputera.

Ku Li pun tahu, kerajaan pada waktu itu terpaksa mencari sumber kewangan dari Bank Dunia (WB) serta Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam usaha menjayakannya dan Kerajaan juga sebagai penjamin utama pinjaman dan Kerajaan juga perlu bertanggungjawab memantau perlaksanaan projek, pengurusan kewangan serta memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada para peneroka melalui agensi FELDA.

Ku Li lebih lagi tahu, GSA Act adalah satu Akta yang digubal dengan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan melalui FELDA untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan tanah-tanah ladang, membimbing peneroka sehingga berjaya mengubah taraf hidup mereka sekeluarga dari miskin merempat, tidak bertanah kepada keselesaan.

Apakah para peneroka menafikan akan perubahan taraf hidup mereka sejak berhijrah ke tanah rancangan FELDA ?

Adakah para peneroka dizalimi, menjadi hamba atau kuli ?

Apa yang dilihat, para peneroka boleh dikatakan keseluruhannya menjadi tauke, malah Pegawai serta Kakitangan FELDA yang boleh dianggap sebagai kuli mereka……

Ku Li lebih maklum, tujuan GSA Act diwujudkan semata-mata untuk menjamin tanah-tanah yang diberi kepada peneroka tidak terbiar, tidak berlaku perpecahan tanah sesama ahli keluarga apabila waris meninggal dunia serta membenteras sikap sebahagian orang-orang Melayu yang suka menjual tanah bila terdesak.

Ku Li tahu, GSA Act wujud untuk mengawal para peneroka agar tidak mudah menjual tanah, menjadi pelindung kepada peneroka dari penyangak-penyangak yang mahu mencari keuntungan.

Ku Li juga tahu dan melihat sejauh mana perkembangan taraf hidup para peneroka sejak berada di dalam FELDA, bodoh sangatlah kalau percaya dengan khabar fitnah dari Mazlan yang menjadi barua parti tertentu yang mendakwa rakyat tertindas, susah, menderita…….. peneroka yang tidak sedar diri saja yang berkata begitu….

Apa tidaknya, semasa hidup susah, merempat, tidak bertanah, kerja siang malam jadi kuli tauke-tauke Cina, kuli Estet-Estet, mengambil upah bersawah, menangkap ikan di laut, di sungai tidak pun merasakan diri ditipu, ditindas…… bila ekonomi sudah berubah, anak-anak Berjaya, keluarga Berjaya, maka timbullah rasa riak, angkuh dan yang paling hampas bila timbul rasa tamak……

Sifat tamak inilah yang telah mengubah sebahagian besar peneroka menjadi tidak sedar diri, mula merasakan kerajaan menipu, menindas…….. datang pulak syaitan-syaitan macam Mazlan yang dipelihara oleh parti pembangkang untuk menghasut…. Apa lagi makin lupa dirilah jadinya….


Friday, July 23, 2010

Perpaduan PAS-UMNO – lenggang-lenggok Nasruddin macam ular tedung


Sebelum ini, menulis di dalam blognya, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyeru agar UMNO dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

UMNO dan PAS tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu dan umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan PAS.

Nasarudin juga menulis bahwa setiap ahli UMNO rata-ratanya Melayu dan beragama Islam, demikian juga ahli PAS yang sudah pasti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS.

Demikian juga disebaliknya, dikalangan ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO. Persoalannya sampai bila Melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga. Klik

Entah apa mimpinnya selepas itu, Nasrudin mendakwa pula cadangan pelan damai antara parti PAS dan musuh politiknya UMNO di dalam blognya itu telah disalahtafsirkan.

Pulak dah…………. Nasarudin takut untuk berkata benar nampaknya………

Nasrudin menempelak, kononnya Negara yang diterajui UMNO dan BN sudah terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ianya moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonomi menindas rakyat bawahan kerana UMNO-BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam. Klik

Mengapa Nasarudin lupa hendak melihat negeri Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui pakatan PAS-PKR-DAP……..

Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonomi menindas rakyat bawahan. Mengapa PAS-Nasarudin membisu……………

Tak payahlah Nasrudin memutarkan lidah, membelit, berlenggok macam ular tedung berhadapan dengan tukang tiup serunai…….

Dek kerana telah mendapat tekanan daripada pihak tertentu dalam PAS atau pakatan, maka timbul pula rasa taksyub dan ego dalam diri sehingga ianya menjadi batu penghalang ke arah perpaduan UMNO-PAS.

Nasarudin sepatutnya perlu melihat kepentingan kerjasama UMNO-PAS itu adalah merupakan batu asas yang penting untuk perpaduan masyarakat Melayu di dalam Negara.

Jangan terlalu takbur mendakwa hanya PAS sahaja yang mendukung Islam dan UMNO hanya mendukung Melayu sahaja…… Perlu diingat, setiap orang Melayu adalah beragama Islam dan UMNO berjuang memartabatkan bangsa juga menggambarkan perjuangan memartabatkan agama Islam.


Kenapa mesti dinafikan perjuangan UMNO sejak lepas merdeka sehingga sekarang untuk memartabatkan bangsa dan agama……..

Mengapa mesti timbul suara-suara sumbang dengan sikap keterbukaan kepimpinan UMNO terhadap cadangan perpaduan ini ?

Kenapa begitu angkuh dan takburnya kepimpinan PAS menentang walau pun begitu ramai dari kalangan para ilmuan Islam menyuarakan sokongan di atas pelan perpaduan UMNO-PAS ?

Sepatutnya, kepimpinan PAS yang mendakwa mereka perjuang Islam, mendakwa mereka dari kalangan para ulama perlu lebih melihat ke hadapan, bukan menutup jalan ke arah kebaikan…………..

Tidakkah Islam melarang umatnya bersangka buruk sesama sendiri, mencari kesalahan serta mengaibkan orang lain………

Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” Surah Al-Hujurat ayat ke 12.

Kalau Nasarudin serta kepimpinan PAS merasakan mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan martabat Islam juga bangsa Melayu, mengapa perlu berdolak dalik, berlenggok-lenggok macam ular tedung…..bersangka baiklah kepada UMNO……

UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu, sehubungan itu PAS jangan terlalu ego mendakwa orang-orang Melayu sudah meluat menyokong UMNO. Sesungguhnya keterbukaan serta keikhlasan kepimpinan UMNO, ahli-ahli UMNO untuk mengajak PAS bersatu jangan diperlekehkan……. Fikirkan demi perpaduan serta keutuhan bangsa Melayu untuk agama dan tanah air tercinta ini……





Monday, July 19, 2010

FATWA SONGSANG - tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah Nabi


Seorang guru tahfiz berusia lewat 50-an, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan kerakusan seksnya yang dilakukan serentak dengan ketiga-tiga isterinya adalah sunnah Nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah SAW turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz tersebut didedahkan oleh dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa. Klik di sini

AYG ; Perbuatan jijik si guru tahfiz yang mengeluarkan dalil ‘ Nabi pun lakukan perkara sama’ dan juga mengatakan, hanya orang terpilih sahaja yang mendapat dalil seperti itu semata-mata untuk menipu serta memuaskan nafsu, sangat-sangat tidak boleh diterima…

Inilah yang dikatakan orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya.

Imam Ghazali berkata "Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya.

Inilah ulama yang penipu agaknya............

Inilah juga yang dikatakan golongan-golongan ahli agama mengamalkan ilmu yang bukan untuk mencari keredaan Allah, tetapi lebih kepada memenuhi kehendak hawa nafsu sendiri dengan memperdaya orang-orang yang jahil dengan ilmu agama….

Apa kurangnya sifat-sifat ini dimiliki oleh sebahagian besar individu-individu dari parti tertentu yang mempergunakan agama untuk mencari pengaruh dan nama sehinggakan masyarakat berasa kagum terhadap dengan penampilan warak mereka…..

Puak-puak ini menghiaskan diri mereka dengan ciri-ciri Islam hanya dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan kepentingan agama itu sendiri di dalam masyarakat, malah ada yang sanggup bersahabat dengan syaitan……….

Puak-puak ini mendakwa kononnya semua yang dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama, berlandaskan Islam, menegakkan Islam sehingga mendakwa orang lain menjadi kafir kerana menolak Islam, sedangkan mereka bersekongkol dengan orang-orang yang terang-terangan menolak Islam, bersekongkol semata untuk mendapat jawatan, kuasa, pujian serta mengejar kelazatan dunia.

Nabi ada bersabda yang bermaksud , “Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”. Diriwiyatkan oleh Imam Tabrani dan Baihaqi.

Kesimpulannya, puak-puak seperti ini, mereka tidak takut pada Allah kerana dia menghiaskan dirinya dengan sifat riak dan takbur yang nya memang bukan sifat yang disukai Allah.

Puak-puak ini begitu membenci sesama Islam, tidak mahu menerima seruan ke arah kebaikan dan perpaduan……..

Fikir-fikirlah wahai orang Melayu Islam, jangan kita asyik dan mudah tertipu dakyah orang-orang seperti ini..........



Monday, July 12, 2010

UMNO-PAS perlu bersatu jika mahu jadikan Malaysia sebuah negara pengamal dasar Islam


PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Begitulah diantara ungkapan Lokman Nor Adam, Panel Pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dalam majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan yang turut dihadiri anggota-anggota panel bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Lokman juga berkata, cita-cita PAS untuk merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP serta PKR.

Kedua-dua parti pakatan pembangkang itu ternyata mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, di mana DAP jelas menolak Islam, manakala PKR adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin.Maka, tiada sebab PAS tidak menyahut salam UMNO untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977. (sila rujuk di sini)


AYG ; Ini bukan bererti UMNO baru bermimpi untuk bersatu dengan PAS kerana selepas kehilangan kuasa dua pertiga pada pilihan raya umum lalu. UMNO masih memiliki banyak kerusi Melayu Islam di Parlimen dan masih mengekalkan peneraju pemerintahan Negara bersama BN.

Wajar sangatlah kalau kepimpinan kedua-dua parti dapat menyahut saranan tersebut, kalau kita imbas kembali atau renungi sehalus-halusnya apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan di Perak (sebelum UMNO-BN berkuasa semula) sepatutnya menyedarkan orang Melayu Islam di mana kuasa politik Melayu telah berkubur.

Apalah ertinya kalau Melayu diberi jawatan tertingi sekali pun kalau sekadar mengikut telunjuk orang lain kerana kekurangan suara dalam Dewan DUN atau Parlimen.

Pulau Pinang, walaupun PAS dapat berkongsi kuasa dengan DAP-PKR, tetapi DAP tidak pernah peduli perasaan orang-orang Melayu. Pelbagai tindakan dilakukan DAP untuk menafikan hak-hak Melayu dan agama Islam.

Kelantangan kepimpinan DAP apabila mengkritik martabat serta budaya agama Islam seolah-olah Melayu Islam tidak wujud dalam PAS dan PKR yang bersama-sama memberi kuasa memerintah Pulau Pinang disamping berterusan melaksanakan perobohan kampung-kampung Melayu.


Begitu juga di Selangor, walaupun orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR membantu kemenangan pakatan rakyat berkuasa, DAP dilihat lebih berkuasa walaupun Menteri Besar yang dilantik dari kalangan Melayu Islam, bahkan Menteri Besar hanya mengikut telunjuk apa sahaja yang DAP suarakan.

Kewujudan UMNO dianggap payung serta tunggak kuasa kepada orang Melayu pada tahun 1946 dan PAS wujud pada tahun 1951, disitulah bermulanya perpecahan Melayu Islam menjadi dua kumpulan.

Parti Melayu Semangat 46 wujud pula apabila berlaku lagi krisis dalam UMNO, walaupun tidak selama mana, tetapi sudah cukup untuk memecahkan lagi sekali perpaduan orang Melayu Islam.

Kewujudan PKR pula semata-mata memenuhi impian Anwar Ibrahim semakin menambahkan kelemahkan kuasa Melayu Islam dengan tindak tanduk kepimpinan PKR yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya ;

Mengapa UMNO dan PAS tidak mahu bersatu ?

Apakah kerana pemimpin kedua-dua parti Melayu Islam ini bimbang akan kehilangan jawatan ?

Apakah ianya tidak menguntungkan UMNO atau PAS jika bersatu ?

Atau PAS sengaja mahu melihat kuasa politik Melayu Islam itu sendiri semakin lemah dan berkubur ?

Sama-samalah kita fikirkan…..





Saturday, July 10, 2010

HOMOSEKSUAL-PM Iceland berkahwin pasangan sejenis, apakah Malaysia juga bakal menerima Perdana Menteri yang sama ?


Perdana Menteri Iceland, Johanna Sigurdardottir dilaporkan berkahwin secara rasmi dengan penulis Jonina Leosdottir pasangan lesbiannya berikutan satu undang-undang baru yang menerima perkahwinan homoseksual berkuatkuasa di Iceland.

Majoriti masyarakat Barat bagaikan bersorak gembira, lebih-lebih lagi bagi golongan pejuang hak asasi gay dan lesbian, berita itu bagaikan durian runtuh bagi memudahkan mereka meneruskan kehidupan songsang selepas ini.

Selaku pemimpin negara pertama di dunia yang mentadbir atas status gay, perkahwinan Sigudardottir itu dilihat secara langsung telah 'menghalalkan' hubungan sejenis. (rujuk di sini)

Sebelum ini, pada tahun 2001, Belanda telah menjadi negara pertama yang mengesahkan perkahwinan untuk semua orang termasuk gay dan lesbian dengan syarat salah seorang dari pasangan itu adalah warganegara atau penduduk tetap Belanda.

Ekoran itu, pada sekitar tahun 2008, pasangan gay dari Belanda, Hendricus Johannes Deijkers dan Christianus Huijbregts telah mengadakan upacara pernikahan secara Hindu, di pinggiran Tabanan, Bali, Indonesia.

Persoalannya ; Apakah Malaysia juga bakal menerima seorang Perdana Menteri homoseksual ?

Kalau dinilai cara politik semasa, keadaannya tidak mustahil akan berlaku juga dalam Negara ini berlandaskan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh segelintir rakyat di Malaysia.

Mungkin kita pernah dengar, Karpal Singh sekarang ini Pengerusi DAP pernah mendesak seseorang pemimpin supaya ‘bertaubat’ di dalam Parlimen dan tidak mustahil juga akan berubah cita rasa apabila Karpal Singh dengan lantangnya menyatakan pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep ‘Negara Islam’ yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Nik Aziz, Mursyidul Am PAS pula menyifatkan tindakan Karpal Singh yang menolak konsep ‘Negara Islam’ sebagai tidak betul,

Sampai bila Nik Aziz dan PAS berterusan membohongi rakyat, henti-hentilah memesongkan pemikiran orang-orang kampung dengan ceramah-ceramah putarbelit, sudah nyata Karpal Singh adalah Pengerusi DAP, bermakna seluruh puak-puak DAP juga menolak Islam.

Sebaliknya Nik Aziz mendakwa pula UMNO adalah parti sesat kerana menolak perjuangan PAS yang kononnya berlandaskan al-Quran dan hadis.

Marah sangat Nik Aziz bila Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa PAS sebuah ‘parti ajaran sesat’.

Sesat atau tidak, bukanlah pengukur mengikut kefahaman politik, apa yang jelas, sebagai Negara yang bermaruah, juga rakyatnya yang bermaruah, kita perlu menolak segala kemungkinan yang bakal berlaku dari mempunyai pemimpin seperti di Iceland……..




Thursday, July 8, 2010

Felda bankrap : Mazlan nak berdebat juga……


Sempena sambutan Hari Peneroka 2010 semalam, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib berkata FELDA telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya.

Pihak yang mendakwa FELDA bankrap sebenarnya telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan fitnah kerana mereka sebenarnya telah bankrap idea, moral serta prinsip perjuangan. Klik

Gusar dengan kebangkitan para peneroka Felda, Mazlan Aliman kononnya bertindak mencabar Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Surat rasmi debat akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi hari ini. Klik

Mengapa Mazlan beria-ia sangat hendak berdebat ?

Bukankah lebih 10,000 suara peneroka yang berhimpun di majlis sambutan Hari Peneroka semalam telah menyatakan, “kita jumpa di mahkamah”.

Siapa Mazlan Aliman yang hendak mencabar Datuk Ahmad Maslan, untuk berdebat ?

Apakah Mazlan tidak yakin dengan kemampuan Ahli-Ahli Parlimen PAS-PKR-DAP untuk berdebat isu ini dalam sidang Parlimen ?

Apa kurangnya dengan kepetahan lidah bercabang chameleon Anwar Ibrahim ? apa kurangnya khalifah Lim Guan Eng ? Apa kurangnya Lim Kit Siang, Karpal Singhgah, Hadi Awang atau si biawak Mahfuz ?

Hari ini dalam blog PahangDaily mendakwa Dato’ Sri Najib telah berbohong membuat kenyataan nilai wang peneroka dari tabung tanaman semula Felda, kononnnya bercanggah tanpa merujuk kepada Datuk Ahmad Maslan.

PahangDaily mendakwa Dato’ Sri Najib telah menipu serta sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda kepada para peneroka di Sungkai, Perak.

Tanpa mengetahui maklumat sebenar PahangDaily mendakwa semua peneroka Felda telah membuat caruman RM40 sebulan sejak 30 tahun lalu sebagai "tabung tanaman semula" dan bermakana setiap peneroka mempunyai RM17,000, tetapi mengapa rizab tunai Felda sebanyak RM2 bilion itu digunakan.

Nampaknya siapa yang lebih membuat kenyataan mengelirukan rakyat ?

Yang jelas Mazlan Aliman, PahangDaily barua upahan pembangkang cuba menipu dan mengelirukan para peneroka Felda serta rakyat……

Para Peneroka Felda lebih tahu bahawa selepas sampai tempoh pemcapaian titik pulang modal atau ladang-ladang peneroka mendapat sistem blok sendiri, peneroka dikenakan potongan caruman TTS (Tabung Tanam Semula) di antara RM30 ke RM40 sebulan dari bayaran hasil ladang.

Peneroka dikehendaki membuat tabungan TTS dalam tempoh 15 tahun, mungkin ada yang 20 tahun sehingga tiba masa ladang untuk ditanam semula. Maknanya, setiap peneroka hanya mengumpul sekitar RM6,000 ke RM9,000 sahaja, mana datangnya sampai RM17,000 ? Cukupkah untuk menampung proses tanam semula ladang dengan jumlah wang sebanyak itu ?

Setiap peneroka ada diberi penyata bulanan jumlah tabungan TTS yang telah mereka simpan, masakan mereka lupa ?

Dengan inisiatif Felda, maka setiap peneroka yang bersetuju menyerahkan ladang-ladang kepada Felda untuk proses tanam semula, maka peneroka yang berkenaan akan dibantu dalam segala segi termasuk pendahuluan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 dalam tempoh 3 tahun sehingga ladang mengeluarkan hasil.

Apakah pendahuluan sara hidup ini tidak mahu diambil kira ? kiralah sendiri jumlah dana yang telah dikeluarkan untuk membantu peneroka meringankan beban…….

Kesimpulannya, pembangkang sengaja hendak mengelirukan para peneroka serta rakyat dengan memutarbelitkan isu yang berkaitan dengan Felda, mereka tahu sebahagian besar peneroka Felda adalah penyokong setia serta teguh terhadap kerajaan UMNO-BN….

Tanpa kebijaksanaan kepimpinan UMNO yang mengwujudkan FELDA, ke mana agaknya para peneroka khususnya bangsa Melayu yang dulunya hidup daif, tidak berpendidikan tinggi, tidak bertanah, tidak berharta malah ada yang tidak berumah sekarang ini…….

Belajar-belajarlah bersyukur, berterima kasih……. semaikan sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”……. “Bakti di semai, Bukti di tuai”…….



Wednesday, July 7, 2010

Selamat Hari Peneroka 2010 - kami tidak anti kerajaan UMNO-BN, cuma tidak puashati dengan FELDA



SELAMAT HARI PENEROKA 2010 kepada seluruh para peneroka FELDA…….

Dua tiga hari ini kawan cuba meninjau untuk mendapatkan maklumat dikalangan masyarakat peneroka FELDA berhubung dengan pelbagai isu-isu hangat yang telah diwar-warkan oleh pembangkang, ‘Felda Bankrap, penipuan, generasi kedua serta macam-macam lagi…

Beberapa orang peneroka yang ditemui menyatakan tidak boleh menerima tuduhan pembangkang berhubung dengan isu ‘Felda Bankrap’, Kerajaan dan Felda menipu para peneroka serta mengabaikan generasi kedua Felda.

Sebahagian besar golongan ini tetap menghargai kerajaan UMNO-BN yang mengwujudkan FELDA sehingga mereka boleh memiliki tanah ladang sehingga 10 ekar, mengubah taraf hidup mereka dari segi ekonomi dan sosial apabila dapat berhijrah ke tanah rancangan Felda.

Cuma, sebahagian peneroka tidak berpuashati dengan cara pengurusan/pentadbiran FELDA sahaja sehingga ada sebilangan peneroka yang tidak mahu ladang-ladang mereka diuruskan oleh FELDA. Apa kata mereka ;

Peneroka yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Mat Tasak, 63 menyatakan beliau sejak mula telah mengusahakan kerja-kerja tanam semula ladang sawit tanpa melalui Felda Plantation kerana tidak mahu berhutang dengan FELDA sebagaimana yang dilalui oleh peneroka-peneroka lain menyerahkan proses tanam semula melalui Felda Plantation.

Arshad, 60, peringkat awal telah menyerahkan kepada Felda Plantation menguruskan proses tanam semula tetapi telah mengambil semula untuk diuruskan sendiri setelah ladang mula mengeluarkan hasil. Beliau telah membuat pembayaran sepenuhnya semua baki-baki hutang sara hidup dan kos pengurusan tanam semula, tidak berhutang lagi dengan Felda.

Menjelaskan dari segi pengeluaran hasil, kedua-dua peneroka ini menyatakan mereka memperolehi purata sekitar 60 tan buah sawit setahun (2009) dan setelah ditolak kos pengurusan ladang bagi tempoh setahun seperti membaja sebanyak RM8,000, pembersihan ladang RM1,200, upah kerja penuaian dan pengangkutan sekitar RM3,900, mereka memperolehi purata sebulan lebih kurang RM1,400 sahaja. Walau bagaimana pun mereka tidak berhutang dengan pihak Felda.

Pak Arun 65 serta Pak Cat 62, kedua-dua peneroka ini mengaku telah mengambil alih semula ladang dari diuruskan oleh Felda Plantation kerana tidak berpuashati dengan cara pengurusan ladang terutama dari segi pengeluaran hasil serta penjagaan yang tidak memuaskan yang menyebabkan mereka kerugian.

Peneroka ini berpendapat, segelintir peneroka yang bertindak mengambil alih ladang kerana tidak berpuas hati dengan pengeluaran hasil serta beban hutang yang semakin bertambah.

Pak Arun dan Pak Cat berpendapat, adalah mustahil pengeluaran hasil-hasil ladang berkurangan jika dibandingkan dengan ladang-ladang yang diuruskan sendiri oleh peneroka, sedangkan dari segi penjagaan ladang yang diurus oleh Felda Plantation yang cukup dari segi pembajaan sepatutnya dapat mengeluarkan hasil yang lebih baik, tetapi berlaku disebaliknya.

Pak Dol 62 dan Pak Majid 61 menyatakan, walau pun mereka tidak bertindak seperti para peneroka lain, tetapi berharap pihak Pengurusan Felda dapat meningkatkan mutu dalam kerja-kerja pengeluaran hasil serta penjagaan ladang yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Felda Plantation.

Pengurusan Felda juga perlu mengawal kontraktor-kontraktor yang mengawalselia ladang agar tidak berlaku sebarang penyelewengan dari segi pengeluaran hasil serta pembajaan di ladang.

Pengurusan Felda juga perlu telus membuat penyataan pendapatan dan hutang yang ditanggung oleh peneroka setiap bulan supaya para peneroka tidak bersangka buruk terhadap Felda.

Sikap sambil lewa pihak pemgurusan Felda setempat bagi mengatasi isu-isu seperti ini menyebabkan sebahagian peneroka mudah terpengaruh dengan dakyah serta hasutan dari individu-individu yang tidak bertanggungjawab serta berkepentingan dalam politik.

Kesimpulan, dari tinjauan yang dibuat terhadap beberapa peneroka Felda, boleh dikatakan keseluruhannya tidak berpuashati dengan Felda Plantation yang diberi tanggungjawab menguruskan kerja-kerja tanam semula ladang dari segi pengurusan pengeluaran hasil dan pembajaan.


Sikap kurangnya komunikasi antara pihak Pengurusan Felda dengan para peneroka berhubung dengan isu-isu pengurusan ladang juga menjadi factor utama sehingga ramai dikalangan peneroka mengambil tindakan negatif yang boleh merosakkan keharmonian dikalangan warga itu sendiri.

Bersempena dengan sambutan Hari Peneroka 2010, adalah wajar sekiranya pihak Pengurusan Felda memperbaiki segala kelemahan yang memungkinkan sebahagian besar peneroka merasa tidak yakin kepada Felda serta marah kepada Kerajaan UMNO-BN…


Thursday, July 1, 2010

FELDA Bankrap-Wakil peneroka tunjuk perasaan di pejabat Suara Keadilan


BERNAMA melaporkan hampir 400 wakil peneroka FELDA dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak hari ini mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini semalam. (rujuk di sini)

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan ada di kalangan penunjuk perasaan juga membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi PKR bertujuan membantah laporan Suara Keadilan yang berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan ‘Felda Bankrap’.

Wakil Suara Keadilan, pula mendakwa siaran muka depan akhbarnya itu tidak langsung bertujuan menentang peneroka FELDA malah memperjuangkan hak mereka.

AYG ; sudah tiba masanya warga Felda bertindak menyanggah sebarang unsur-unsur fitnah yang dibuat oleh anasir-anasir jahat untuk merosakkan keharmonian, perpaduan dikalangan masyarakat FELDA………

Walau bagaimana pun, tidak perlulah meniru cara juak-juak pakatan pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan sokongan terhadap FELDA dan kerajaan…. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada warga peneroka yang bersama-sama mengadakan bantahan tersebut….

Apa yang lebih penting, setiap warga Felda diseluruh Negara perlu memantau, menghindarkan diri mereka dari terpedaya dengan dakyah-dakyah jahat serta fitnah barua-barua pembangkang yang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik mereka….

Kalau perlu tutup semua pintu-pintu masuk ke kawasan perkampungan, rumah-rumah serta telinga dari dimasuki barua-barua yang tidak bertanggungjawab serta mendengar bisikan-bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa mahu melihat perpecahan keharmonian di dalam masyarakat FELDA….

Masyarakat peneroka perlu ingat, pakatan pembangkang sedang berusaha keras untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda di seluruh negara, untuk memenangi serta berkuasa PRU Ke-13 akan datang.

Pembangkang tahu, keseluruhan masyarakat FELDA adalah sebagai kubu kuat kepada kerajaan UMNO-BN, seiring dengan itu, muncul barua-barua pakatan pembangkang yang sanggup menjaja cerita-cerita yang berunsur fitnah di kawasan Felda untuk menagih sokongan…..apa yang dikesalkan ada juga segelintir peneroka serta generasi kedua yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Yakinlah, semua warga FELDA boleh melakukannya untuk menghindar diri kita dari terperdaya dengan dakyah-dakyah jahat ini….. yakinlah, pihak kerajaan tetap melakukan pemantapan serta transformasi terhadap organisasi FELDA dari semasa ke semasa bagi memastikan FELDA akan terus relevan membangunkan masyarakat peneroka serta generasi-generasinya.


Apa yang penting, segala apa yang dirancang kerajaan dan FELDA hendaklah diiringi dengan komitmen yang jitu daripada warga FELDA itu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali mengubah nasib kita jika kita tidak mengubahnya sendiri sebagaimana dengan peringatan al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d: 11)




Wednesday, June 30, 2010

“Orang dalam” bimbang Najib menguasai FELDA, siapa “orang dalam ini” ?


Menurut sumber dalaman, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

Dakwa ‘orang dalam’ lagi, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik dan hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi dan telah mengalihkan FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004.

Menurut kata ‘orang dalam’ lagi, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings, sementara 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.
(Sila rujuk di sini )

AYG ; nampak jelaslah bahwa ada ‘orang-orang dalam’ FELDA yang tidak senang hati apabila FELDA diletakkan bawah pemerhatian Jabatan Perdana Menteri, bukan lagi di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi seperti sebelumnya.

‘Orang dalam’ inilah yang sentiasa menyalurkan maklumat ke luar kerana tidak berpuas hati dengan penguasaan kerajaan di dalam FELDA, mereka tidak lagi dapat menopoli sepenuhnya segala kekayaan yang ada dalam FELDA…..

Bagi kawan (AYG), sepanjang berada dalam warga FELDA sejak ibubapa berhijrah ke tanah rancangan Felda sekitar tahun 1970, bermula tahun 2004lah dirasakan para peneroka dihargai oleh FELDA…..

Mengapa ? bermula tahun 2004 para peneroka telah mendapat pelbagai insentif sebagai warga peneroka yang sama-sama membangunkan FELDA…….

Bermula 2004, para peneroka dapat menikmati bonus tahunan dari hasil-hasil ladang yang dijual kepada kilang-kilang FELDA, berbagai-bagai infrastruktur kebajikan kepada peneroka, generasi kedua serta pembangunan masyarakat FELDA dirancang serta dilaksanakan oleh FELDA……

Sebelum ini bukan tiada, ada, tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga, apa yang jelas dilihat hanya Pegawai dan Kakitangan FELDA serta anak-anak syarikat FELDA sahaja yang mendapat habuan bonus tahunan sampai 3 ke 6 bulan gaji…….

Sebelum 2004, sejauh mana pihak pengurusan/pentadbiran FELDA menerima keluhan atau pandangan suara-suara peneroka melalui JKKR (Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan) atau badan-badan lain yang berkaitan dengan peneroka Felda……..

Tidak keterlaluan kalau dikatakan sebelum ini, kebanyakkan Pegawai Kanan Pengurusan/Pentadbiran FELDA menganggap para peneroka tidak ubah sebagai buruh di estet-estet, bukan sebagai tuan tanah ……..

Pemimpin/Wakil peneroka cukup dengan diberi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana anak syarikat FELDA sebagai menutup mulut…… sedangkan para elit termasuk ‘orang dalam’ dalam FELDA mengecap bayaran elaun melebehi gaji Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Kabinet, malah ada yang mengaut keuntungan lebih besar dari Penjawat Awam Kerajaan sendiri………

Malah kalau ada para peneroka FELDA yang hendak berjumpa Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan FELDA di Wisma FELDA terlalu banyak birokrasi melebihi daripada hendak berjumpa dengan para Menteri dalam kerajaan………

Inilah transfromasi yang telah dibuat oleh Dato’ Sri Najib terhadap FELDA yang mungkin kurang disenangi oleh sesetengah ‘orang-orang dalam’ FELDA yang selama ini berlagak lebih daripada tuan besar……..

Walau bagaiman pun, alhamdulillah……tahun ini Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah memberi dividen sebanyak 14 % dari pelaburan, mungkin ‘orang dalam’ yang lebih banyak memiliki saham dalam KPF, bertambah-tambahlah labanya…… macama mana pula dengan pelabur-pelabur saham dalam KOHILAL ?

Siapa ‘orang dalam’ FELDA ini ? inilah makhluk perosak yang perlu disingkirkan…. Penerusi FELDA perlu mencari 'orang dalam' ini.............




Tuesday, June 29, 2010

FELDA-Mazlan cabar berdebat pulak dah……….



Sudah puas mengheret warga peneroka membuat pelbagai laporan Polis, berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi FELDA serta ugutan akan membawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM supaya buat siasatan, konon Kerajaan UMNO-BN telah cuba memperbodoh-bodohkan rakyat, khususnya peneroka Felda……..

Kini, Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab tunai FELDA pula……..Klik di sini

Mazlan mencabar Datuk Ahmad Maslan berdebat, selepas FELDA berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan yang membuat fitnah menuduh 'Felda Bankrap'.

AYG ; nak buat macam mana, kalau itu memang sudah menjadi satu tugas Mazlan Aliman untuk menghuruharakan masyarakat dalam Felda, kalau tidak masakan PAS perlu memberi peruntukan jutaan ringgit kepada Mazlan……

Kalau Mazlan rasa dia betul di atas pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Tan Kee Kwong mengenai kemerosotan rizab tunai FELDA daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009, tunggu sajalah siasatan dibuat………perlu apa nak tunjuk lagak ajak berdebat…

Lapor Polis sudah, berdemonstrasi sudah, FELDA pun nak saman sudah…….. kalau Mazlan Aliman rasa betul, bawa saja semua dokumen-dokomen itu ke Mahkamah, tak payah nak tunjuk jagoan mencecer macam bapak ayam menjaja pelacur…….

FELDA sudah menjelaskan kemerosotan hamper RM2 bilion itu telah digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda. Apa lagi, kalau tak puas hati bawa saja ke SPRM untuk disiasat………..

Jangan hanya tahu berkokok macam ayam jantan memcabar ayam-ayam lain kerana tidk dapat mengawan ayam betina……….

Rizab tunai FELDA yang terkumpul berjumlah RM4.08 bilion tahun 2009 itu termasuk wang tabung tanam semula yang dikutip daripada 112,635 peneroka, bila telah digunakan, tentulah jadi merosot…………..tak kan bertambah kot…….

Bagimana pula dengan bantuan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 yang diberi kepada peneroka semasa ladang belum mengeluarkan hasil ? Tak mahu kira ke ?

Felda keluarkan RM603 juta atas skim pinjaman membaiki, membesarkan rumah peneroka sejak 2005 hingga sekarang, baru berapa kutipan dapat dibuat dari peneroka ? Tunggulah dalam tempoh 10 ke 15 tahun, itu pun kalau dapat…….. ada dikalangan peneroka yang tidak menjelaskan bayaran bulanan pinjaman…… FELDA tidak dapat membuat potongan kerana peneroka tidak menjual hasil melalui Felda….

Kenapa hendak dipertikaikan Felda memperuntukkan RM253 juta geran setiap tahun untuk tabung tabung kemiskinan di Sabah, bukankah hasil dana yang diperolehi dari anak-anak syarikat di bawah FELDA itu wang kerajaan, apa salahnya kerajaan memperuntukan kepada rakyat Sabah… Sabah pun ada banyak tanah-tanah rancangan Felda….

Bukan duit peneroka pun yang digunakan, berapa ramai peneroka Felda di Semenanjung menyumbang dalam tabung kemiskinan ?

Rakyat Sabah perlu ingat-ingat, inilah sikap pembangkang, mempertikaikan bantuan kemiskinan yang diberi kepada rakyat miskin di Sabah…….

Tidak perlulah hendak bertanya ke mana perginya semua wang Felda, kerajaan dan Felda sudah menjelaskannya………. Kalau dah rasa cukup bukti dedahkan ajelah…..

Kesimpulannya, barua pembangkang macam Mazlan ini sudah ditugaskan untuk mengucarkacirkan masyarakat peneroka, maka dia terpaksalah menjalankan tugas pembangkang yang telah meberi dana yang besar….

Pihak Felda juga perlu lebih berhati-hati dengan musang-musang berbulu ayam yang ada berkelian dalam Organisasi FELDA, bermula dari Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan sehingga ke kakitangan rendah……. Dari kalangan inilah yang banyak merosakkan segala dasar-dasar kerjaaan untuk membangunkan masyarakat Felda…… singkirkan pengkhianat yang ada…….


Sunday, June 27, 2010

Mahfuz terkejut beruk- Felda mahu saman Suara Keadilan


Tindakan kerajaan dan FELDA yang akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpian PKR, pemilik permit dan Ketua Pengarang telah mengejutkan Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Kononnya Kerajaan gagal memberi penjelasan isu dan memerlukan satu siasatan menyeluruh yang dikendalikan oleh suatu jawatankuasa siasatan bebas dibentuk dengan segera demi untuk menyelamat institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka. Klik

AYG ; Persoalannya, dimanakah yang dikatakan FELDA dibangunkan di atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Peneroka-peneroka Felda perlu ingat sejarah, FELDA wujud hasil dari Manifesto Pilihan Raya 1955 Negeri Pahang yang telah menjadi sandaran penubuhan Rancangan Tanah Felda. (sila rujuk di sini)

Para peneroka serta generasinya perlu tahu, kalau bukan kerana UMNO serta Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merancang untuk membangunkan rancangan tanah Felda di seluruh Negara, peneroka-peneroka Felda tidak akan dapat menikmati hidup seperti sekarang.

Para Peneroka serta generasi perlu mengimbau kembali sejarah penubuhan FELDA sebagai muhasabah diri, dengan penubuhan FELDA telah menjadi titik tolak untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu di luar bandar.

Tertubuhnya FELDA adalah untuk mengimbangkan ekonomi bangsa Melayu agar tidak wujud jurang yang berbeza di dalam masyarakat yang berbilang kaum pada waktu itu, lebih jelasnya, penubuhan organisasi FELDA telah memberi impak terhadap survival nasib bangsa Melayu dan Bumiputera dalam usaha membina status ekonomi sosial mereka.

Ekoran itu, dalam usaha memastikan kehidupan masyarakat peneroka berada dalam keadaan baik dan selesa, FELDA telah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, pusat kesihatan, masjid, pejabat pos, balai polis, dewan serbaguna, kompleks sukan, gelanggang futsal, surau, kuil, padang awam, stesen minyak, balai raya, klinik bidan dan banyak lagi.

FELDA juga tidak mengabaikan golongan generasi peneroka, kerana golongan ini juga merupakan golongan pelapis yang bakal mewarisi tanah bertuah ini. Bagi menentukan warisan ini tidak terbiar dengan arus perkembangan zaman, FELDA dan Kerajaan mengwujudkan Skim Tuisyen Felda (STF) untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM.

Komitmen yang diberikan, maka ramai anak-anak peneroka Felda berjaya melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi serta memiliki kerjaya bertaraf professional seperti doktor, peguam, jurutera, tokoh korporat, malah ada juga dari kalangan mereka yang menjadi wakil rakyat.

Apa yang dilihat, PAS-pakatan pembangkang sedang berusaha keras mempengaruhi masyarakat peneroka Felda, khususnya di Pahang.

Maka, muncul individu macam Mazlan Aliman yang ditugaskan menjaja cerita yang tidak benar, memburuk-burukan UMNO-BN dan FELDA untuk menagih simpati peneroka, generasi kedua peneroka agar memihak kepada PAS-pakatan pembangkang.

Generasi kedua peneroka zaman ini perlu sedar, betapa mereka semua beruntung kerana membesar serta menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh FELDA, jauh berbeza di zaman kawan (AYG) yang membesar dalam serba kekurangan semasa mula-mula ibubapa kawan (AYG) menyertai FELDA sekitar tahun-tahun 70an……..

Justeru itu, dimanakah yang dikatakan oleh Mahfuz institusi FELDA yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka ?

Apa yang jelas, kepimpinan UMNO yang telah berusaha dengan keringat serta tulang empat kerat mereka untuk mengwujudkan FELDA semata-mata membantu rakyat, khususnya bangsa Melayu-Bumiputera selaras dengan pendirian kerajaan UMNO-BN yang berpegang kepada gagasan “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”……..


Saturday, June 26, 2010

Felda Bankrap-saman pembawa-pembawa fitnah


Wajar sangatlah kalau FELDA menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Suhaimi Said, Tan Kee Keong dan Abdul Wahid Endut, pemilik permit akhbar dan Ketua Pengarang Suara Keadilan. KLIK

Artikel berunsur fitnah terhadap FELDA dengan tuduhan Felda bankrap adalah sangat keterlaluan yang meresahkan warga peneroka Felda seluruh Negara, lebih-lebih lagi dengan tindakan Mazlan Aliman bersama kuncu-kuncunya yang telah membuat laporan Polis di IPD Temerloh mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib, Dato’ Ahmad Maslan disiasat kononnya telah berlaku penyelewengan di dalam pengurusan rizab tunai FELDA……

Sepatutnya, FELDA perlu mengheret sama Mazlan Aliman yang telah merayau keseluruh pelusuk perkampungan Felda menghasut, membawa fitnah supaya masyarakat peneroka membenci UMNO-BN dan FELDA……… inilah manusia nombor wahid yang patut diambil tindakan…….

Adalah lebih wajar sekiranya pihak FELDA mendapatkan perintah Mahkamah agar Mazlan Aliman dihalang memasuki mana-mana skim tanah rancangan FELDA untuk memberi ceramah menghasut peneroka……

Tidak keterlaluan disarankan agar pihak Polis terlebih dahulu meminta kebenaran Pengurus-Pengurus Rancangan sebelum meluluskan sebarang permit ceramah yang dibuat oleh Mazlan Aliman di kawasan perumahan peneroka yang semata-mata untuk menghasut, memecahbelahkan keharmonian masyarakat Felda……

Sudah terlalu banyak kerosakan keharmonian yang dilakukan oleh puak-puak ini……

Perlu di ingat, penempatan Felda berbeza dengan kampung-kampung, di mana Pengurus Rancangan adalah orang yang bertanggungjawab memantau segala apa yang berlaku di dalam kawasan kawalselia mereka macam Penghulu atau Ketua-Ketua Kampung juga…

Syabas dan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab kepada FELDA yang akan memfailkan saman terhadap pembawa-pembawa fitnah ini………..



Friday, June 25, 2010

FELDA - rizab tunai menurun, eset meningkat, Mazlan buat laporan Polis dakwa berlaku penyelewengan



Mengajak peneroka-peneroka Felda membuat laporan Polis memang sudah jadi kerja Mazlan Aliman, itulah saja tugas yang mampu dibuat untuk memenuhi agenda pakatan PAS-PKR-DAP.

Ekoran itu, Mazlan Aliman bersama pimpinan pakatan PAS-PKR-DAP Pahang membuat laporan Polis di IPD Temerloh terhadap Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Dato’ Ahmad Maslan kononnya ada berlaku penyelewengan berhubung isu penyusutan nilai rizab tunai Felda. Klik

Mazlan serta kuncu-kuncunya mendakwa wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati serta beranggapan Felda akan terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap. Klik

AYG ; apakah benar rizab tunai Felda yang berbilion-bilion itu semuanya milik peneroka-peneroka Felda ?

Selain daripada wang tabungan tanam semula yang hanya berberapa peratus saja, duit datang dari mana pulak peneroka-peneroka menabung dengan Felda ?

Setahu kawan, semua hasil-hasil ladang yang dijual kepada kilang-kilang Felda dibayar tunai kepada peneroka, dari mana pulak datangnya duit peneroka ?

Dato’ Ahmad Maslan telah pun memberi penjelasan walaupun rizab tunainya menurun RM2.73 bilion tetapi dalam tempoh yang sama nilai aset semasa dan tetap FELDA antara 2004 hingga 2009 meningkat RM6.2 bilion menjadi RM15.4 Bilion.

Penurunan rizab tunai FELDA kerana menampung pelbagai perbelanjaan untuk pembangunan sosio-ekonomi. Klik

Salahkah, peruntukan sebanyak RM2 billion yang digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sarahidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka ?

Tidak dinafikan, setiap peneroka ada menabung untuk tanam semula ladang di antara RM6,000 ke RM9,000, tetapi kalau kita fikir-fikir, adakah cukup dengan jumlah itu bagi menampung pengurusan tanam semula selama 2 ke 3 tahun sebelum pengeluaran hasil ?

Bagaimana pula dengan pendahuluan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 yang diberi kepada peneroka semasa proses tanam semula selama tempoh tersebut ?

Salahkah, peruntukan sebanyak RM603 juta yang digunakan untuk memberi pinjaman membaiki atau membesarkan rumah kepada peneroka di antara RM20 ribu ke RM40 ribu ?

Cuba kita fakir-fikir, program pinjaman membaiki atau membesar rumah baru bermula, Felda masih belum dapat mengutip keseluruhan hutang-hutang pinjaman di antara RM200 ke RM350 sebulan dari peneroka, bayangkanlah, ada dikalangan peneroka membuat perjanjian bayaran balik pinjaman selama 15 tahun dan untuk kebajikan siapa ? Lu fikirlah sendiri………

Salahkah, peruntukan sebanyak RM253 juta untuk tabung kemiskinan di Sabah ?

Bukan sahaja di Sabah, di Semenanjung pun ramai para peneroka, keluarga peneroka yang menerima pelbagai bantuan kemiskinan, walaupun kebanyakannya tidak layak bertaraf miskin……

Salahkah, peruntukan sebanyak RM662 juta untuk membina atau membeli bangunan baru sebagai eset tetap Felda ?

Tidakkah semua eset itu akan tinggi nilainya dimasa-masa akan datang ?

Bukan itu sahaja yang diberi peruntukan kepada kebajikan para peneroka dan keluarga peneroka, banyak lagi disediakan seperti pembangunan pendidikan, kemahiran, ushawan dan macam-macam lagilah……… semua untuk kebajikan peneroka…..

Berapa banyak sebulan para peneroka menyumbang kepada Felda untuk menampung semua peruntukan tersebut ?

Kalau tak ada, tak payahlah nak tuduh atau membuat fitnah kononnya duit peneroka telah dibazirkan sesuka hati oleh Felda………

Lebih baik peneroka-peneroka tanya atau buat laporan Polis ke mana perginya pelaburan saham-saham dalam KOHILAL atau ke mana perginya pelaburan berjuta-juta duit peneroka ke atas SAHAM HARI TUA anjuran juak-juak PAS yang lesap begitu saja sekitar tahun 2002-2004. Dengar khabar ada peneroka telah melabur lebih RM20 ribu….. jangankan dividen, modal pokok pun lesap……….( ada sorang dua pelabur yang sasau sampai sekarang)

Ada sesiapa dari kalangan peneroka yang buat laporan Polis ? yang banyak kena tipu penyokong-penyokong pembangkang, sebab itu senyap je……..malu nak dakwa kena bodoh begitu saja…….. itu baru betul-betul kena tipu, kena bodoh, betul tak ?

Sebenarnya puak-puak pembangkang sudah kehabisan isu hendak menghasut peneroka-peneroka Felda, lebih-lebih lagi Mazlan Aliman, apa taknya, PRU 13 tak lama lagi, nak jadi calon lagi, bertanding kat Johor langsung orang tak pakai, kat Pahang sajalah tempat yang masih boleh nak kelentong……. Kawan rasa lebih baik Mazlan jaga kebun pesaka kat Felda di Johor tu…..

Pendapat kawan, eloklah rasanya FELDA, Dato’ Sri Najib, Dato’ Ahmad Maslan mendakwa pulak Mazlan Aliman ke Mahkamah kerana suka menghasut, membawa fitnah dikalangan peneroka Felda……..


Thursday, June 24, 2010

Nasruddin Takjawi-Bagaimana parti yang menghalalkan judi mendapat tempat di hati ulama


Kata Nasruddin Hasan at-Takjawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, dalam HarakahDaily lidah syaitan PAS.

“Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih UMNO yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka”.

“Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama”.

AYG ; Kalau sebelum ini Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, mendakwa Ulama yang menyertai UMNO akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri sendiri kerana UMNO tidak akan memberi jawatan penting kepada Ulama…….

Persoalannya, mengapa puak-puak PAS bimbang dan takut sangat para ulama mendekati atau menyertai UMNO ?

Macam-macamlah kenyataan yang terkeluar dari mulut mereka lebih-lebih lagi dalam Harakah berbagai-bagai artikel ditulis untuk menghalang para ulama menyertai UMNO, kenapa ?

Apakah PAS sebuah parti Islam ? Islam pada PAS hanya sekadar pada nama yang dipergunakan untuk menarik sokongan umat Melayu Islam…… hakikat sebenarnya tidak, itulah politik PAS…………

Kalau realitinya Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama-ulama muda menyertai UMNO, apa salahnya ?

PAS lupa agaknya, penyertaan para ulama dalam UMNO bukan sesuatu yang baru, ramai golongan cediakawan agama, para ulama sejak dahulu lagi telah berada dalam UMNO.

Yang menubuhkan PAS, Haji Ahmad Fuad pun datang dari UMNO apabila kecewa tidak terpilih memegang jawatan, begitu juga dengan Nik Aziz, asalnya ahli UMNO, bila kecewa tidak dapat jawatan Penyelia KEMAS, terus masuk PAS…..

Akhirnya, Haji Ahmad Fuad keciwa juga dalam PAS, terpaksa meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn menyertai Parti Negara pada tahun 1953.

Betullah tanggapan Idris Ahmad, ulama-ulama yang menyertai UMNO kononnya tidak akan diberi jawatan penting, bila tidak dapat mereka semua masuk PAS…….jadilah ulama-ulama yang gilakan jawatan sahaja yang menyertai PAS….

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak dari kalangan orang-orang yang disingkirkan oleh UMNO menyertai PAS…. Apa tidaknya, kaki rasuah, kaki penipu, kaki arak lari menyertai PAS……..kaki liwat pun ada. Sudah puas mengumpul kekayaan dari hasil korupsi semasa dalam kerajaan UMNO-BN, sudah puas melakukan kemungkaran lari masuk PAS, jumpa Nik Aziz minta pengampunan…….terus boleh masuk syurga, macam pendosa-pendosa yang pergi jumpa Paderi Gereja Kristian pulak gayanya………

Berbalik pada kata-kata Nasruddin Takjawi, berbelit-belit lidah hendak memperdaya masyarakat kononnya UMNO sebuah parti yang menghalalkan judi.

Agaknya, telinga sudah disumbat dengan bisikan-bisikan syaitan iblis peliharaan Nik Aziz sehingga Nasaruddin Takjawi masih berterusan menuduh UMNO menghalalkan judi…….

Itulah perangai buruk yang ada pada ulama-ulama PAS, yang sentiasa memutar belit isu untuk memburuk-burukkan orang lain….

Bagi ulama-ulama sebenar-benar, yang tidak mempergunakan agama dalam berpolitik, mereka tidak akan menyertai PAS, macam hasrat Dr Mohd Asri…… inilah ulama sebenar yang mahu memperjuangkan, memartabatkan Islam bersama-sama dengan UMNO……….

“Ular yang menyusup akar, tidak akan hilang bisanya”


Tuesday, June 22, 2010

Ulama masuk UMNO - mengorek kubur sendiri atau PAS yang akan berkubur


“Ulama yang menyertai UMNO, akan hanya ‘mengorek lubang untuk menguburkan’ diri sendiri kerana UMNO tidak akan memberi jawatan penting”.

Begitulah kata Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, mengulas artikel UMNO Online yang mendakwa 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai UMNO Jumaat ini.

PAS juga dikatakan tidak gentar dengan strategi UMNO untuk menarik lebih ramai ulama walaupun lebih seribu ulama menyertai UMNO.

Sementara itu, Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS, jika bekas Mufti Perlis itu menyertai atau bekerjasama dengan UMNO, mereka adalah golongan ulama yang tidak bertakwa.

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah”. Kata Harun Taib lagi. Klik

AYG ; begitu mudah orang-orang yang mengaku ulama dalam PAS ini membuat andaian bila mendengar, melihat ada dikalangan ulama-ulama yang berhasrat atau yang sudah menyertai perjuangan UMNO.

Kalau begitu, semua ulama atau tok-tok guru yang menyertai PAS semata-mata mahukan kedudukan serta jawatan pentinglah ye ?

Ulama-ulama PAS semata-mata mahukan tempat atau jawatan penting dalam kerajaan atau parti sahaja, bukan untuk menyebarkan dakwah Islam ?

Patutlah ramai lahir ulama-ulama yang berkepentingan di dalam PAS, sanggup menghalalkan apa saja asal dapat kedudukan atau jawatan……..

PAS lupakah atau sengaja buat-buat tidak tahu berapa ramai ulama-ulama yang berada dalam perjuangan UMNO diberi kedudukan dalam Kabinet dan juga parti ?

Kalau benarlah dakwaan PAS, bahawa ulama-ulama yang menyertai atau bekerjasama dengan UMNO terdiri dari golongan ulama yang tidak bertakwa, yang tidak beriman kepada Allah, kerana UMNO telah membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka.

Bagaimana pula dengan ulama-ulama PAS yang memerintah negeri Kelantan ?

Tidak sedarkah kerajaan PAS Kelantan juga telah banyak meluluskan lesen-lesen premis penjualan arak……… begitu juga dengan pusat-pusat hiburan serta maksiat……

Macam mana pula dengan ulama-ulama PAS yang bersekongkol dengan DAP-PKR membenarkan lesen-lesen premis judi dan penjualan arak secara terbuka di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah ?

Tidak salah kalau ulama-ulama PAS yang bersekongkol dengan DAP-PKR ini dilebelkan ‘ular dalam semak’……….. kerana mereka bukan lagi dari golongan ulama-ulama yang bertaqwa kerana telah membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka.

Bagaimana pula jika ulama-ulama atau ustaz-ustaz yang akan menyertai DAP ?

Bukankah DAP juga pernah menyuarakan akan menarik lebih ramai golongan ustaz-ulama untuk dijadikan calon mereka……

Itulah PAS, yang hanya nampak keburukan orang lain, tetapi dalam jubah sendiri penuh dengan kemungkaran, penipuan untuk menipu, memecahbelahkan umat Melayu Islam dalam Negara…….

Hakikatnya, PAS bimbang mereka akan berkubur jika lebih ramai ulama-ulama menyokong perjuangan UMNO yang mereka lebih yakin dapat memartabatkan agama Islam, bangsa, agama dan Negara…..


Tuesday, June 15, 2010

Pemimpin UMNO bodoh dan dangkal, Pemuda PAS bacul dan dayus

Isu judi bola sepak-Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasrudin Hassan yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bodoh dan dangkal apabila Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri yang meminta masyarakat tampil menyumbang idea untuk mencegah berlakunya agen-agen perjudian haram.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga mencabar negeri-negeri dibawah kuasa pakatan-DAP-PKR-PAS agar menutup semua premis judi yang sedia ada serta menganggap perhimpunan, demonstrasi yang diadakan oleh pakatan pembangkang hanya sekadar ‘mempolitikkan keadaan’.
Klik

AYG ; begitulah pendapat dari mujahid-mujahid PAS peliharaan DAP yang bacul dan dayus apabila mereka diasak atau dicabar……

Sebagai umat Islam, kita semua tahu apa yang berbentuk pertaruhan itu haram hukumnya, tetapi sikap ‘hipokrit’ kepemimpin PAS lebih-lebih lagi Nasarudin selaku Ketua Pemuda PAS yang sememangnya tidak cerdik, bacul dan dayus apabila mengungkapkan kenyataan sebegitu terhadap kepimpinan UMNO.

Kalau ia pun semua lesen-lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan, tetapi kerajaan-kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap semua premis judi di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Jangan hanya tahu menuding jari kononnya semua premis judi yang ada di bawah negeri-negeri pakatan-DAP-PKR-PAS adalah warisan UMNO saja, bertindaklah sekarang……

Kalau kerajaan PAS di Kelantan dalam sekelip mata boleh menutup semua premis judi di serambi Mekah, mengapa di negeri-negeri pakatan yang lain tidak boleh ?

Kenapa hanya tertumpu kepada lesen pertaruhan bola sepak sahaja ?

Kenapa Pemuda PAS tidak membantah atau berdemonstrasi apabila usul Pemuda PAS mendesak agar kerajaan memansuhkan apa-apa sahaja bentuk lesen perjudian ditolak bulat-bulat oleh perwakilan dalam Muktamar PAS baru-baru ini……….


Kerana apa ?

Bukankah PAS juga hendak menjaga kepentingan kaum-kaum bukan Islam, bukankah PAS juga hendak menjaga hati kaum-kaum DAP yang menjadi tuan kepada PAS…..

Kawan setuju dengan pendapat
Tun Mahathir bahawa di negara kita sebahagian besar kaum Cina memang suka berjudi….. kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam….

Bukan niat hendak menghina kaum Cina, hakikatnya itulah yang sebenar, boleh dikatakan telah menjadi budaya masyarakat Cina…… lihat sahajalah kalau tiba musim-musim perayaan Tahun Baru atau kita tinjau di kelab atau persatuan etnik Cina, boleh dikatakan semuanya menyediakan tempat berjudi ‘bacuk’……. Mungkin hanya dari kalangan kaum Cina yang menyokong PAS saja yang tidak berjudi agaknya…. haram…….

Sama ada kita sedar atau tidak, mengapa PAS hanya menumpu kepada isu judi bola sepak saja dan DAP pun kononnya ikut bantah, apakah DAP pun sudah menerima ajaran Islam ?

Tidakkah ini semua sekadar mainan politik PAS untuk memburuk-burukkan UMNO ?

DAP juga sedar, kalau semua jenis judi yang ada dalam Malaysia dimansuhkan, di mana mereka hendak mencari dana kalau ditakdirkan mereka berkuasa……. Pas juga boleh menumpang sikit……

Sebab itu Pemuda PAS hanya tahu menyalak dalam isu judi bola sepak sahaja, PAS juga hendak jaga kepentingan-kepentingan DAP sebagai tuan besar mereka….

PAS sanggup menjadi anjing salakan DAP berikutan pengeluaran lesen judi bola sepak semata-mata bermotif politik, bukan kerana memperjuangkan Islam……..


Monday, June 14, 2010

Laungkan ‘takbir’-Nik Aziz umpama Mahatma Gandhi


Ahli-ahli Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) bukan Islam bukan sahaja sekadar menjadi penyokong, tetapi sudah boleh melaungkan slogan PAS iaitu 'Allahu Akhbar' yang di sambut oleh ahli-ahli PAS di Muktamar PAS ke 56.

Kaum India yang menyokong PAS, seperti yang didakwa K. Deepakaran telah menyifatkan Nik Aziz memiliki peribadi seperti ‘Mahatma Gandhi’ yang sentiasa disenangi serta sentiasa mengamalkan sifat rendah diri bila mendekati rakyat dengan cara pemakaiaan yang masih tidak berubah sejak memerintah Kelantan. Klik

Nik Aziz dengan bongkak pula berkata, “tolong beritahu pada UMNO, bagaimana susah Nabi berjuang untuk pertahankan Islam, sampai kena potong perkataan 'Rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah”. Klik

AYG ; itulah yang dikatakan ‘PAS For All’ yang mencatatkan sejarah hari ini PAS boleh bergabung dengan kaum-kaum bukan Islam untuk mengubah senario politik negara yang kini dikuasai UMNO.

Hari ini, dengan megahnya Presiden PAS, Hadi Awang mengungkapkan bahawa umat Islam dibenarkan melibatkan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik berdasarkan al-Quran dan muzakarah ulama yang dirakamkan dalam kitab-kitabnya.

Mungkin baru sekarang Hadi Awang berjumpa dengan kitab-kitab yang menyatakan Islam membenarkan bergabung dengan masyarakat bukan Islam dalam urusan politik, sebelum ini tidak boleh, haram dan UMNO menjadi kafir kerana bergabung dengan parti-parti kafir macam MCA dan MIC……

Kebongkakkan kepimpinan PAS semakin terserlah apabila sudah dapat menjilat kembali segala kahak dan ludah yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga tok guru Nik Aziz menjadi takbur dan riak…..

Tidak dinafikan, dalam perjanjian di Mekah, Nabi SAW membuang perkataan ‘Rasulullah’, tetapi bukan membuang Islam bagi membolehkan Rasulullah bersama-sama orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Nik Aziz lupa agaknya, UMNO telah mendahului lebih 50 tahun mengamalkan ‘tahaluf’ dalam berpolitik bersama parti-parti kaum bukan Islam kerana mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu sendiri.

Atau K.Deepakaran terlupa, lebih 50 tahun UMNO telah bersikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum-kaum bukan Melayu-Bumiputera sehingga kaum India juga dapat hidup harmoni mengejar kekayaan, pendidikan, sehingga ada yang lebih kehadapan dari orang Melayu-Bumiputera…..

K. Deepakaran lupa, lebih 50 tahun UMNO telah membenarkan kaum atau penganut gama lain mengamalkan agama mereka dengan tenteram……. UMNO tidak pernah pun bersikap kejam kepada agama-agama lain seperti di Negara India yang meruntuhkan Masjid-Masjid untuk digantikan dengan kuil-kuil Hindu…….

Tidak dinafikan Nik Aziz sama seperti Mahatma Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dengan cara pemakaiaan tetapi Menteri Besar kelantan itu tidak juga menolak kemewahan sejak menerajui pemerintahan negeri Kelantan…..


Inilah kelicikkan kepimpinan PAS menopoli kepentingan politik mereka, banyak perkara yang pernah diharamkan kepada UMNO telah mereka jilat kembali untuk mendapatkan kuasa……

PAS bukan lagi sebuah parti Islam dan lebih layak ianya dipanggil parti ajaran sesat yang banyak memutarbelit agama semata-mata untuk memperdaya, memecahbelah orang Melayu Islam untuk kepentingan nafsu serakah pemimpin-pemimpin mereka…