Thursday, July 8, 2010

Felda bankrap : Mazlan nak berdebat juga……


Sempena sambutan Hari Peneroka 2010 semalam, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib berkata FELDA telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya.

Pihak yang mendakwa FELDA bankrap sebenarnya telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan fitnah kerana mereka sebenarnya telah bankrap idea, moral serta prinsip perjuangan. Klik

Gusar dengan kebangkitan para peneroka Felda, Mazlan Aliman kononnya bertindak mencabar Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Surat rasmi debat akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi hari ini. Klik

Mengapa Mazlan beria-ia sangat hendak berdebat ?

Bukankah lebih 10,000 suara peneroka yang berhimpun di majlis sambutan Hari Peneroka semalam telah menyatakan, “kita jumpa di mahkamah”.

Siapa Mazlan Aliman yang hendak mencabar Datuk Ahmad Maslan, untuk berdebat ?

Apakah Mazlan tidak yakin dengan kemampuan Ahli-Ahli Parlimen PAS-PKR-DAP untuk berdebat isu ini dalam sidang Parlimen ?

Apa kurangnya dengan kepetahan lidah bercabang chameleon Anwar Ibrahim ? apa kurangnya khalifah Lim Guan Eng ? Apa kurangnya Lim Kit Siang, Karpal Singhgah, Hadi Awang atau si biawak Mahfuz ?

Hari ini dalam blog PahangDaily mendakwa Dato’ Sri Najib telah berbohong membuat kenyataan nilai wang peneroka dari tabung tanaman semula Felda, kononnnya bercanggah tanpa merujuk kepada Datuk Ahmad Maslan.

PahangDaily mendakwa Dato’ Sri Najib telah menipu serta sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat tentang duit-duit Felda kepada para peneroka di Sungkai, Perak.

Tanpa mengetahui maklumat sebenar PahangDaily mendakwa semua peneroka Felda telah membuat caruman RM40 sebulan sejak 30 tahun lalu sebagai "tabung tanaman semula" dan bermakana setiap peneroka mempunyai RM17,000, tetapi mengapa rizab tunai Felda sebanyak RM2 bilion itu digunakan.

Nampaknya siapa yang lebih membuat kenyataan mengelirukan rakyat ?

Yang jelas Mazlan Aliman, PahangDaily barua upahan pembangkang cuba menipu dan mengelirukan para peneroka Felda serta rakyat……

Para Peneroka Felda lebih tahu bahawa selepas sampai tempoh pemcapaian titik pulang modal atau ladang-ladang peneroka mendapat sistem blok sendiri, peneroka dikenakan potongan caruman TTS (Tabung Tanam Semula) di antara RM30 ke RM40 sebulan dari bayaran hasil ladang.

Peneroka dikehendaki membuat tabungan TTS dalam tempoh 15 tahun, mungkin ada yang 20 tahun sehingga tiba masa ladang untuk ditanam semula. Maknanya, setiap peneroka hanya mengumpul sekitar RM6,000 ke RM9,000 sahaja, mana datangnya sampai RM17,000 ? Cukupkah untuk menampung proses tanam semula ladang dengan jumlah wang sebanyak itu ?

Setiap peneroka ada diberi penyata bulanan jumlah tabungan TTS yang telah mereka simpan, masakan mereka lupa ?

Dengan inisiatif Felda, maka setiap peneroka yang bersetuju menyerahkan ladang-ladang kepada Felda untuk proses tanam semula, maka peneroka yang berkenaan akan dibantu dalam segala segi termasuk pendahuluan sara hidup di antara RM700 ke RM1,500 dalam tempoh 3 tahun sehingga ladang mengeluarkan hasil.

Apakah pendahuluan sara hidup ini tidak mahu diambil kira ? kiralah sendiri jumlah dana yang telah dikeluarkan untuk membantu peneroka meringankan beban…….

Kesimpulannya, pembangkang sengaja hendak mengelirukan para peneroka serta rakyat dengan memutarbelitkan isu yang berkaitan dengan Felda, mereka tahu sebahagian besar peneroka Felda adalah penyokong setia serta teguh terhadap kerajaan UMNO-BN….

Tanpa kebijaksanaan kepimpinan UMNO yang mengwujudkan FELDA, ke mana agaknya para peneroka khususnya bangsa Melayu yang dulunya hidup daif, tidak berpendidikan tinggi, tidak bertanah, tidak berharta malah ada yang tidak berumah sekarang ini…….

Belajar-belajarlah bersyukur, berterima kasih……. semaikan sikap ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”……. “Bakti di semai, Bukti di tuai”…….



13 comments:

  1. Salam tuan.
    Diorang berani cabar, ingat kita takut nak sahut...
    hah, sekarang kita tengok la...berani ke tidak diorang pulak...takut jjadi macam RPK dengan Bala...cabut lari...
    itu la masalahnya bila Iman tiada dalam hati...
    Selalu sangat kita lupa rukun Iman ke6 ni...
    Astargfirullah....

    ReplyDelete
  2. Kalau dah dasar tukang salak, tukang pecahbelahkan masyarakat.... apa lagi tugas si malaun ini.... jadi anjing peliharaan DAPing lah...

    ReplyDelete
  3. kalau berdebat kat mahkamah tak leh menyumpah atau mencarut. Apa yang dicakap mesti ada bukti.

    Kalau berdebat dipentas boleh berdrama. Bukti boleh tunjuk berkotak-kotak (tunjuk kotak saje.)

    aku ni pun bingai

    ReplyDelete
  4. salam,
    pr(pengkhianat rakyat)nie sudah nampak lubuk fulus dalam FELDA. Jika mereka itu benar dalam perjuangan,buatle satu contoh projek spt Felda kat kelantan,almaklumle sudah lebih 2 dekat memerintah,jika tanam getah or kelapa sawit udah boleh ditanam semula..nie tidak pr(hampas,pkr,dapig) tahuje menyalak...

    ReplyDelete
  5. kes ni berapa ratus kali plak tangguh nanti,tggu dan lihat sajalah lakunan peguam2 pkr nanti

    ReplyDelete
  6. Koi setuju amat dengan pandangan auk sume, ngapa Tuan Guru-Tuan Guru PAS Kelantan tak pun pikirkan nak buat macam Felda untuk rakyat Kelantan ? Ramai rakyat Kelantan yang susah, tak bertanah, berumah, buatlah cara yang terbaik lebih dari Felda..... suruh Mazlan Aliman jadi Pengarah atau Nuar al jub jadi penasihat ekonomi seringgit... ni dah lebih 20 tahun duk perintah Kelantan, kalau tanam pokok sawit dah nak tebang semula.... cakap bolehlah... kepala harapkan serban je berbelit, pemikiran pun berbelit juga.....

    ReplyDelete
  7. Ala..Suruh je Mazlan ni tampil dalam mahkamah untuk kuatkan hujah Suara Keadilan yang FELDA bangkrap..Lepas tu kita pakat2 tengok cara dia jawab.

    ReplyDelete
  8. SLM BRP...KAN BAGUS KLU SI MAZLAN NGOK NGEK TU PEGI TEBAS2 SEMAK KT LADANG TU DRP MEMFITNAH X TENTU PSL!..ADE GAK PEKDAHNYE..BINGAI X ABIS2!! KEHKEHKEH ADOIYAIII

    ReplyDelete
  9. Sapa kata kelantan tak buat sesuatu untuk rakyat dia? Apa ko merepek ni labuuuuu.......

    Contoh terbaik lebih baik dari FELDA. Tak payah nak tebang utan dan tanam pokok. beli je saham KOHILAL. Untung juta-juta pe.

    1 + 1 = 3 (Kalau solo = mak+bapak+anak)
    1 + 1 = 4 (Kalau beranak kembar.)
    1 + 1 = 1 (Kalau beranak lepas tu buang. Bapaknya larikan diri. hehehehe)

    Tak betul gak formula aku ni sebab

    aku memang bingai

    ReplyDelete
  10. la,lupakan si mazlan aliman tu,dia mmg suka bila kita asyik promote nama dia,ada chance jd macam nizar:)nak debat,debat di mahkamah,nak tengok sape bankrap.Jgn pandai2 sebut bankrap kalau tak tau maksudnya,tak sangka bodoh juga si mazlan ni,ye la pecacai terlatih..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Air liur, bukankah ini modal utama pembangkang, air liur, ceramah, debat, ceramah, debat, cabar, ceramah, debat, cabar, kg Melayu biar DAP rodok.

    ReplyDelete
  12. AKU RASA ELOK JUGA AHMAD MASLAN BERDEBAT DENGAN BUDAK BAHLOL ITU.JANGAN TUNJUK LECE SANGAT.DEBAT LAH.MAZLAN TU BUKAN CERDIK CUMA CARI PUBLISITI YG AMAT MURAHAN.TAK KENANG BUDI PUNYA MANUSIA.

    ReplyDelete
  13. saya fikir anuar tak akan sampai ke tahap itu.gila apa kalau anuar dah declair dia gay.tapi dia akan benarkan golongan gay mendapat hak secara halus.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..