Thursday, July 1, 2010

FELDA Bankrap-Wakil peneroka tunjuk perasaan di pejabat Suara Keadilan


BERNAMA melaporkan hampir 400 wakil peneroka FELDA dari Hulu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Perak hari ini mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabat akhbar Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini semalam. (rujuk di sini)

Wakil-wakil peneroka itu membawa sepanduk dan ada di kalangan penunjuk perasaan juga membakar akhbar Suara Keadilan, yang merupakan lidah rasmi PKR bertujuan membantah laporan Suara Keadilan yang berunsur fitnah, menghasut, menipu dan mengelirukan 1.6 juta warga Felda seluruh negara dan rakyat Malaysia dengan menyatakan ‘Felda Bankrap’.

Wakil Suara Keadilan, pula mendakwa siaran muka depan akhbarnya itu tidak langsung bertujuan menentang peneroka FELDA malah memperjuangkan hak mereka.

AYG ; sudah tiba masanya warga Felda bertindak menyanggah sebarang unsur-unsur fitnah yang dibuat oleh anasir-anasir jahat untuk merosakkan keharmonian, perpaduan dikalangan masyarakat FELDA………

Walau bagaimana pun, tidak perlulah meniru cara juak-juak pakatan pembangkang menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menunjukkan sokongan terhadap FELDA dan kerajaan…. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada warga peneroka yang bersama-sama mengadakan bantahan tersebut….

Apa yang lebih penting, setiap warga Felda diseluruh Negara perlu memantau, menghindarkan diri mereka dari terpedaya dengan dakyah-dakyah jahat serta fitnah barua-barua pembangkang yang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik mereka….

Kalau perlu tutup semua pintu-pintu masuk ke kawasan perkampungan, rumah-rumah serta telinga dari dimasuki barua-barua yang tidak bertanggungjawab serta mendengar bisikan-bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa mahu melihat perpecahan keharmonian di dalam masyarakat FELDA….

Masyarakat peneroka perlu ingat, pakatan pembangkang sedang berusaha keras untuk mempengaruhi peneroka-peneroka Felda di seluruh negara, untuk memenangi serta berkuasa PRU Ke-13 akan datang.

Pembangkang tahu, keseluruhan masyarakat FELDA adalah sebagai kubu kuat kepada kerajaan UMNO-BN, seiring dengan itu, muncul barua-barua pakatan pembangkang yang sanggup menjaja cerita-cerita yang berunsur fitnah di kawasan Felda untuk menagih sokongan…..apa yang dikesalkan ada juga segelintir peneroka serta generasi kedua yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Yakinlah, semua warga FELDA boleh melakukannya untuk menghindar diri kita dari terperdaya dengan dakyah-dakyah jahat ini….. yakinlah, pihak kerajaan tetap melakukan pemantapan serta transformasi terhadap organisasi FELDA dari semasa ke semasa bagi memastikan FELDA akan terus relevan membangunkan masyarakat peneroka serta generasi-generasinya.


Apa yang penting, segala apa yang dirancang kerajaan dan FELDA hendaklah diiringi dengan komitmen yang jitu daripada warga FELDA itu sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali mengubah nasib kita jika kita tidak mengubahnya sendiri sebagaimana dengan peringatan al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d: 11)




17 comments:

  1. Kalau kita renung betul-betul, kenapa Tan Kee Kwong, bekas Timblan Menteri, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, baru nak menyalak kononnya nak bantu peneroka Felda Melayu supaya Felda tidak bankrap.... Dia tahu 99% peneroka terdiri dari kalangan Melayu-Bumiputera, maka gunakan Melayu macam Mazlan Aliman untuk memecahkan masyarakat Melayu juga... itulah apa yang tersirat dalam puak-puak haprak ini..... kenapa sekarang, kenapa Tan Kee Kwong tidak bersuara membela nasib peneroka Felda semasa berada dalam Felda...

    ReplyDelete
  2. Salam Yang Gambi..Kalau CCzs alah seorang anak Felda, tentu saja CCZ akan buat ludah siapa yang berkata Suara keadilan bertindak untuk membela nasib FELDA. Inilah dasar barua terbesar. Tak ada siapa suruh bela sampai buat fitnah!

    ReplyDelete
  3. Peneroka Felda adalah aset dan talian hayat kepada BN. Jika peneroka lari sokong pembangkang habislah riwayat BN.

    Dengan ini BN sedaya upaya berusaha meyakinkan peneroka yang Felda adalah pembela nasib semua peneroka.

    Felda patut tangkis semua tuduhan TAN KEE KWONG dan perlu rasional dengan mengeluarkan bukti dan fakta sepertimana TAN KEE KWONG dakwa itu adalah tidak benar.

    BERANI KERANA BENAR.

    ReplyDelete
  4. lompinlai
    pada hemat saya, felda berani nak saman kerana dia berada dipihak benar sebab felda tahu dia boleh tangkis semua tuduhan dengan fakta. tunggu ajalah berentap dalam mahkamah. biasanya orang yg bersalah akan berusaha sedaya upaya mengelak berhadapan dengan kebenaran.. delay upon delay..

    kama di ttdi

    ReplyDelete
  5. berani kerana benar bro..sedangkan anuar zionis tak berani nak bersumpah apatah lagi masuk mahkamah.

    inikan pula periwayat periwayat kitab suci pkr..lagilah kecut telur semua.

    memang patut halau semua anasir anasir syaitan pemecah ummah dari felda..memang patut bakar kitab suci pkr..malah patut bakar anuar zionis itu sekali!

    ReplyDelete
  6. Apa yang penting para peneroka perlu lebih banyak menggunakan pemikiran, pengelihatan sendiri untuk menilai..... mengapa setelah 50 tahun baru puak-pauk haprak ini sebuk kononnya hendak membela nasib peneroka..... sebelum ini tidak ada siapa pun yang bertandang ke kawasan Felda ketika para peneroka dalam kesempitan.....

    Hindarkan diri anda dari dakyah-dakyah syaitan yang meerpai ulama..... wahai para peneroka..

    ReplyDelete
  7. Peneroka perlu bersikap tegas menangani pauk-puak hamPAS ini.....

    ReplyDelete
  8. salam,
    satu perkembangan yang sangat baik, bila peneroka bangkit bersuara seperti diatas.

    ReplyDelete
  9. salam,

    itulah senjata media PKR. Kononnya perjuangkan hak FELDA. Boleh blah depa suma tu.... kalau takde isu yang boleh menguntungkan parti mereka, jangan harap depa nak perjuangkan nasib rakyat. Nak bela rakyat konon... ahli parti sendiri pun tak terbela lagi sampai habis lari semua bye-byekan PKR...

    ReplyDelete
  10. Orang Melayu-Bumiputera terutama peneroka perlu lebih berhati-hati dgn penyangak hamPAS ini...

    ReplyDelete
  11. handal orang felda ni...
    mudah amat nak tunjuk perasaan...
    cuba renong kembali..sebelum masuk felda dulu...
    cam mane kehidupan...
    sikit2 tunjuk perasaan...
    siki2 sokong pembangkang...
    sikit2 saman...
    sikit2 tak puashati...
    CUBA BERSYUKURRRRRR.....

    ReplyDelete
  12. Bagus sangatlah kalau semua peneroka-peneroka Felda sedar dan setia kepada kerajaan yang menghulur bantuan....

    Zamri

    ReplyDelete
  13. Fakta yang dikeluarkan Dr.Tan sukar disanggah, rizab tunai Felda merosot dgn begitu ketara tupun sampai 2009, kalau sampai sekarang.... tu la yang dikatakan bankrap agaknya. Lojiknya kemana pegi semua duit-duit tu. UMNO/BN guna duit tu untuk beli pengundi dalam PRU/PRK, sebab tu la mereka takut sangat perkara ini didedahkan. Syabas keadilan kerana bersedia ke mahkamah, tunggulah pendedahan di mahkamah semasa saman ini disebut nanti..... alahiii UMNO

    ReplyDelete
  14. Halau je peneroka yang menyokong pembangkang yang ada dalam rancangan FELDA. Mereka berada di dalam rancangan FELDA bukan nya hendak menjayakan agenda bumiputra dan melayu tetapi hanya untuk dapat keuntungan politik sempit mereka. Dari itu kita sebagai anak peneroka FELDA harus bertindak.


    Anak peneroka FELDA

    ReplyDelete
  15. Senang nak halau-halau, ingat anak ayam ke. Ni la politik sempit UMNO/BN sikit2 nak halau. Cubala fikir dengan waras dan rasional dengan hujjah2 yang konkrit. Dah 50 lebih tahun merdeka selama tu UMNO/BN lah yang merintah negara ini, DEB pun gagal, orang melayu dikatakan masih di takuk lama, bila dibangkitkan mula la main sentimen melayu yang melampau... cuba la bawa bertenang dan fikir dengan waras, tidakkah semua itu menandakan kegagalan pemerintahan kerajaan yang ada dan sekarang pulak duit felda pula dibelanjakan secara tidak telus, bila ditegur melenting tak tentu pasal..... alahaiii UMNO

    ReplyDelete
  16. Mana Yusof Nor? Mana pengarah besar, atau sapa2 saja yg memegang akaun Felda? Mana Ahmad Maslan? Panggil sidang media/akhbar dgn seluruh akaun Felda di tangan, dari tahun 2000 sampai 2009. Nyatakan kpd umum utk buktikan memang tidak ada tangan2 kotor yg mengocak-ngocak duit orang Felda. Kalau tidak benar dakwan Dr.Tan, buktikan dgn konkrit sekonkritnya, dgn angka-angkanya yg diaudit oleh audir bebas, bukan oleh orang dalam.

    Hanya cara itu saja yg dapat membersihkan sangkaan2. Kalau tidak berani buat begitu, memang sangkaan itu tidak meleset.

    Buatlah!

    ReplyDelete
  17. Salam,Peneroka mempunya maruah diri, maka layak kita sokong peneroka2 menentang anasir puak2 haramjadah ini, kami sentiasa menyokong anda semua. Hidup felda!!!!!!!

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..