Wednesday, June 30, 2010

“Orang dalam” bimbang Najib menguasai FELDA, siapa “orang dalam ini” ?


Menurut sumber dalaman, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

Dakwa ‘orang dalam’ lagi, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik dan hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.

Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi dan telah mengalihkan FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2004.

Menurut kata ‘orang dalam’ lagi, kerajaan hanya memindahkan 49% saham FELDA yang dimiliki kerajaan ke FELDA Global Venture Holdings, sementara 51% saham melalui Koperasi Permodalan Felda yang dimiliki peneroka FELDA terus dikekalkan dalam FELDA namun peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham besar (51%) telah diketepikan dalam proses membuat keputusan dalam FELDA Global Venture Holdings.
(Sila rujuk di sini )

AYG ; nampak jelaslah bahwa ada ‘orang-orang dalam’ FELDA yang tidak senang hati apabila FELDA diletakkan bawah pemerhatian Jabatan Perdana Menteri, bukan lagi di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi seperti sebelumnya.

‘Orang dalam’ inilah yang sentiasa menyalurkan maklumat ke luar kerana tidak berpuas hati dengan penguasaan kerajaan di dalam FELDA, mereka tidak lagi dapat menopoli sepenuhnya segala kekayaan yang ada dalam FELDA…..

Bagi kawan (AYG), sepanjang berada dalam warga FELDA sejak ibubapa berhijrah ke tanah rancangan Felda sekitar tahun 1970, bermula tahun 2004lah dirasakan para peneroka dihargai oleh FELDA…..

Mengapa ? bermula tahun 2004 para peneroka telah mendapat pelbagai insentif sebagai warga peneroka yang sama-sama membangunkan FELDA…….

Bermula 2004, para peneroka dapat menikmati bonus tahunan dari hasil-hasil ladang yang dijual kepada kilang-kilang FELDA, berbagai-bagai infrastruktur kebajikan kepada peneroka, generasi kedua serta pembangunan masyarakat FELDA dirancang serta dilaksanakan oleh FELDA……

Sebelum ini bukan tiada, ada, tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga, apa yang jelas dilihat hanya Pegawai dan Kakitangan FELDA serta anak-anak syarikat FELDA sahaja yang mendapat habuan bonus tahunan sampai 3 ke 6 bulan gaji…….

Sebelum 2004, sejauh mana pihak pengurusan/pentadbiran FELDA menerima keluhan atau pandangan suara-suara peneroka melalui JKKR (Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan) atau badan-badan lain yang berkaitan dengan peneroka Felda……..

Tidak keterlaluan kalau dikatakan sebelum ini, kebanyakkan Pegawai Kanan Pengurusan/Pentadbiran FELDA menganggap para peneroka tidak ubah sebagai buruh di estet-estet, bukan sebagai tuan tanah ……..

Pemimpin/Wakil peneroka cukup dengan diberi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana anak syarikat FELDA sebagai menutup mulut…… sedangkan para elit termasuk ‘orang dalam’ dalam FELDA mengecap bayaran elaun melebehi gaji Perdana Menteri atau Menteri-Menteri Kabinet, malah ada yang mengaut keuntungan lebih besar dari Penjawat Awam Kerajaan sendiri………

Malah kalau ada para peneroka FELDA yang hendak berjumpa Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan FELDA di Wisma FELDA terlalu banyak birokrasi melebihi daripada hendak berjumpa dengan para Menteri dalam kerajaan………

Inilah transfromasi yang telah dibuat oleh Dato’ Sri Najib terhadap FELDA yang mungkin kurang disenangi oleh sesetengah ‘orang-orang dalam’ FELDA yang selama ini berlagak lebih daripada tuan besar……..

Walau bagaiman pun, alhamdulillah……tahun ini Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah memberi dividen sebanyak 14 % dari pelaburan, mungkin ‘orang dalam’ yang lebih banyak memiliki saham dalam KPF, bertambah-tambahlah labanya…… macama mana pula dengan pelabur-pelabur saham dalam KOHILAL ?

Siapa ‘orang dalam’ FELDA ini ? inilah makhluk perosak yang perlu disingkirkan…. Penerusi FELDA perlu mencari 'orang dalam' ini.............




15 comments:

  1. orang dalam ini panas sebab mereka susah nak rompak harta felda lagi..cari segera mereka ini dan belasah saja..selama ini merekalah yang merompak felda sehingga menyusahkan peneroka.

    ReplyDelete
  2. Mesti dia ni pro Pakatan Rakyaat...

    Melayu DAP!!!

    ReplyDelete
  3. Yang Gambi, amat tepat sekali dengan artikel ini, selama ini puak-puak 'orang dalam' yg menguasai Felda sehingga mengenepikan peneroka sendiri, bila dilihat banyak dana diperuntukan kepada peneroka, maka 'orang dalam' ini sudah merasakan mereka sudah tidak berpeluang merompak FELDA...

    Maka pembangkanglah jadi saluran mereka untuk menjatuhkan kerajaan ..........

    Peneroka Veteren.

    ReplyDelete
  4. pada asalnya kemarahan masyarakat peneroka kepada felda atas sebab2 pengurusan.setelah di xploitasi olh pembangkang secara lansung masyarakat felda telah meletak kekesalalan dan tidak puashati mereka pada kerajaan.pengurusan felda yang buat duit hingga merosakkan keharmonian masyarakat felda. Dt Ahmad Maslan perlu menyiasat kebawah.PERLU

    ReplyDelete
  5. Orang dalam yang dimaksudkan itu tak mungkin wujud kerana kini Felda telah dikuasai olih orang politik.

    Orang dalam, mana ada kuasa untuk buat sesuka hati atau membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Semuanya kena dibentangkan dalam mesyuarat itu dan ini.

    Orang luar bolih main agak-agak saja. Mengenai bonos, bagi kakitangan Felda habis kuat dapat 1 bulan gaji, ikut apa yang kakitangan awam lain dapat.

    Mungkin kakitangan Plantation, D' Mart,Kilang dan lain-lain syarikat Felda yang dapat 2 bulan gaji. Tak pernah dengar pula ada yang dapat 6 bulan gaji.Kalau ada yang dapat tu best lah.

    Bonos bagi kakitangan atasan Felda mungkin dapat lebih dari apa yang kakitangan bawahan dapat.

    Bagi saham KPF berapa kerat sangat peneroka setiap rancangan yang masuk. Itu pun terpaksa buat potongan melalui pendapatan.Puas pujuk .

    Mengenai penyelewengan yang wujud dalam Felda sapertimana yang didakwa olih pembangkang itu patut disisat secara adil dan telus.

    ReplyDelete
  6. Lompinlai, mungkin awak ni tak tahu sepenuh agaknya.... bukankah pekerja-pekerja kilang sawit Felda pernah dapat bonus sampai 3 bulan gaji.... untung besarlah tu....

    Sekarang ni, memanglah orang dalam tak boleh buat sesuka hati, sebab dah di kawal oleh kuasa politik.... sebelum ini (tahun-tahun 80an), ada pengurus Rancangan/Pengawal Wilayah mengugut peneroka akan disingkir apabila menubuhkan Cawangan UMNO dalam tanah rancangan......

    Saham KPF, memanglah tidak ramai peneroka yg melabur besar, saham bonus yg diberi KPF pun habis dijual mereka..... salah siapa ? Era Najib bersama Felda, sebilangan besar peneroka dpt pinjaman memiliki saham 10,000 dibayar melalui dividen selama 10 tahun, macam yg kerajaan buat pada ASB bagi warga PPRT juga... tunggulah kalau dah cukup tempoh nanti, berlumba-lumbalah peneroka jual balik saham itu.... dulu-dulu ade ke....

    Kalau tak pernah duk dlm Felda, tak payah cerita...

    ReplyDelete
  7. "orang dalam" ini talibarut pembangkang dan pengkhianat orang melayu. mereka ini wajar dikenakan tahanan isa ataupun dihukum sula dihadapan orang ramai.

    ReplyDelete
  8. orang yang kuat membangkang dalam rancangan adalah kebanyakan daripada mereka golongan yang sudah kaya...menjadi ahlong kepada pengikut..memajak ladang peneroka...membeli saham kpf dengan harga murah..mereka juga mempunyai saham kpf yang bukan sedikit nilainya..untuk mengekal kekayaan mereka akan terus memeras segelintir peneroka yang sudah termakan hasutan dan akan terus terikat...

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn komen Geng sahabat, itulah yg berlaku dikebanyakan tempat dlm tanah rancangan Felda.. saya nampak, puak-puak pembangkanglah yg mengamalkan sisitem ah long di Felda, memberi pinjaman dgn memajak ladang2 peneroka2 yg bodoh, keuntungan riba yg berlebihan.... mereka terkedu sekejap bila kebanyakan tuan punya ladang menyerahkan pengurusan ladang kpd Felda.... kini mereka juga yg cuba menghasut para peneroka agar keluar dari Felda supaya senang memujuk agar ladang-ladang diserah kpd lintah-lintah darat pembangkang ini... Tengok pada serban, Allah sahaja yang tahu betapa mereka ini ceti yg memakan riba, menindas golongan yang susah....

    ReplyDelete
  10. seronok kan jadi orng FELDA>..boleh mintak najib mcm2....dah takut apa yg dicakap tu betul..cepat2 jumpa orng kuat umno..orng yng tak da FELDA duk nganga je...orng FELDA rumah besar yg bukan FELDA kena la carik makan susah2..nk keja ngn Cina..Cina dah tk nk amik Melayu keje...ahli palimen melayu pun duk nganga saja...yang dah senang dan dah jadi menteri...rilek je la kan...hmmmm..melayu perlu bersatu..tapi masalah2 di atas leh settle ke???

    huhuhuuhuhu

    fikr la sndiri ye gambi..poyo2 ko pun ada komputer gak...belagak cam melayu miskin konon..komputer ttp ada...

    huhuhu

    melayu suka tipu melayu kan

    ReplyDelete
  11. Inilah bijak pandai orng sekarang, menyamar guna nama Yang Gambi buat komen, takut guna nama sendiri..... binatang jenis apa macam ini.... papar nama sendirilah kalau ada batu....

    ReplyDelete
  12. Betul sangat kata Yang Gambi, orang yg suka menyamar nama orang lain inilah yang banyak berada dalam oraganisasi Felda, merosakkan pemikiran masyarakat..... tak de telorlah tu...gay macam si Nuar pun ada telor....

    ReplyDelete
  13. Salam,

    org mcm ni sama mcm org yg selalu komplein kerajaan haram dan syubhah tapi kerja dengan kerajaan juga. hipokrit.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. aku budak felda..walau umur setaun jagung aku dah buka mata aku luas2..aku orang dalam felda taw apa yg terjadi..peneroka ada hak untuk tanam semula..ttpi felda pandai...mereka menyekat geran tanah yg sepatutnya peneroka dah dapt..sebab bila geran tanah peneroka xdapat lagi..automdatik peneroka x boleh tanam sendiri..kna tanam semula melalui felda yg terang-terangan mEMBERI FAEDAH memihak kepada felda dan bukan penerokA...BILA KITA MENYokong sesuatu pihak..jangan tutup mata kita untuk melihat sesuatu perkara yg sememangnya salah..ibarat ibu yg memanjakan anak..ttpi bila anak berbuat salah langsung si ibu xdapat menerima kenyataan keslahan si anak walaupun dia sedar anak berbuat salah..bangkitlah melayu..luahkan pendapat anda..jgan menjadi seperti kura2...hutang dah bayar geran xdapat??kerajaan negeri xdapat beri geran disebabkan felda xhabis bayar hutang kat kerajaan negeri..salah siap..setelah peneroka mereput di dalam kubur...barulah geran dapat..
    bila kita bercakap ttg hak..kita jangan berpaksikan kepada pegangan politik..xkisah kita parti apa yg penting buka minda untuk menila baik buruk sesuatu perkara..felda bukan untuk dipolitikan..melayu ada hak di negara sendiri..jangan melayu ditindas melayu di tanah sendiri

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..