Saturday, June 26, 2010

Felda Bankrap-saman pembawa-pembawa fitnah


Wajar sangatlah kalau FELDA menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Suhaimi Said, Tan Kee Keong dan Abdul Wahid Endut, pemilik permit akhbar dan Ketua Pengarang Suara Keadilan. KLIK

Artikel berunsur fitnah terhadap FELDA dengan tuduhan Felda bankrap adalah sangat keterlaluan yang meresahkan warga peneroka Felda seluruh Negara, lebih-lebih lagi dengan tindakan Mazlan Aliman bersama kuncu-kuncunya yang telah membuat laporan Polis di IPD Temerloh mendesak agar Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib, Dato’ Ahmad Maslan disiasat kononnya telah berlaku penyelewengan di dalam pengurusan rizab tunai FELDA……

Sepatutnya, FELDA perlu mengheret sama Mazlan Aliman yang telah merayau keseluruh pelusuk perkampungan Felda menghasut, membawa fitnah supaya masyarakat peneroka membenci UMNO-BN dan FELDA……… inilah manusia nombor wahid yang patut diambil tindakan…….

Adalah lebih wajar sekiranya pihak FELDA mendapatkan perintah Mahkamah agar Mazlan Aliman dihalang memasuki mana-mana skim tanah rancangan FELDA untuk memberi ceramah menghasut peneroka……

Tidak keterlaluan disarankan agar pihak Polis terlebih dahulu meminta kebenaran Pengurus-Pengurus Rancangan sebelum meluluskan sebarang permit ceramah yang dibuat oleh Mazlan Aliman di kawasan perumahan peneroka yang semata-mata untuk menghasut, memecahbelahkan keharmonian masyarakat Felda……

Sudah terlalu banyak kerosakan keharmonian yang dilakukan oleh puak-puak ini……

Perlu di ingat, penempatan Felda berbeza dengan kampung-kampung, di mana Pengurus Rancangan adalah orang yang bertanggungjawab memantau segala apa yang berlaku di dalam kawasan kawalselia mereka macam Penghulu atau Ketua-Ketua Kampung juga…

Syabas dan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab kepada FELDA yang akan memfailkan saman terhadap pembawa-pembawa fitnah ini………..



12 comments:

  1. salam Bro. .

    Saman jangan tak saman, dah lama dah bagi muka. .kali ni hentam habis-habis. . hehe

    ReplyDelete
  2. paklurah_p9@ymail.comSaturday, 26 June, 2010

    terima kasih kerana anda sayang kan felda ,pak lurah mahu kita sama sama memberi pendedahan kepada warga felda supaya terus menyayangi harta yang telah di tinggal bapak pembangunan orang orang melayu...ini..... barang siapa yang akan cuba mengangu kita akan perangi habis habisan termasuk tindakan saman....

    ReplyDelete
  3. setelah lama menanti akhirnya baru FELDA nampak bertindak..kita selalu memberi ruang dan peluang untuk puak ni sesukahati memfitnah..Unit SERANTA FELDA seharusnya lebih proaktif dalam menjawab segala isu..tidak hanya dengan program2 rutin yang agak kurang keberkesanannya dalam menangkis dakyah...apapun mereka perlu diajar..

    ReplyDelete
  4. salam YG
    saman jer, biar lingkup terus. sikit sebanyak kutuk felda boleh lagi ditelan walaupun hati sakit - itu adat orang berpolitik, mengutuk sana sini - tapi ni dah melebih. felda tu ditubuhkan untuk membantu yang tiada; setelah dibantu ini balasannya. gunting dalam lipatan sungguh..

    ReplyDelete
  5. salam YG, selain saman menyaman, apalagi alternatif lain yang dapat mengembalikan maruah felda ini.. dah naik muak lah asyik saman menyaman ni, yg pelik -hanya melayu sahaja yang suka menyaman.. cuba buat sesuatu seperti debat terbuka, lontarkan fakta agar marhaein tidak terkeliru..saya setuju ahmad maslan dan cuba buat road tour mengatasi anak....

    ReplyDelete
  6. memang patut disaman..malah semua akhbar pembangkang juga patut disaman..semuanya cerita fitnah.

    ReplyDelete
  7. Kalau betul saman jer laa.. apa barang bro cerita jer lebih..

    ReplyDelete
  8. Huhuhu..padan muka!Tak ada kerja suka main fitnah saja. Sekarang amik kau!!!Bodoh betullah pembangkang negara ni!! Ini belum jadi Kerajaan. Kalau jadi habis rakyat diajar jadi kera!

    ReplyDelete
  9. saman betul2 sampai habis aset yg nuar aljub ada, heheeeheehhehehh

    ReplyDelete
  10. salam YG,
    kalau Felda yang banyak berjasa untuk orang melayu difitnah dan dicerca spt ini.
    kalau sekadar nak fitnah, kanak-kanak tadika pun mampu.

    semoga Felda terus maju

    ReplyDelete
  11. Insya'allah.
    smga Felda berjaya memenangi kes ini kelak,
    agar mereka mendapat pengajaran kesan dari lidah mereka.
    tksh YG perkongsian ini.

    ReplyDelete
  12. salam,

    ini ler kerja PKR. kalau tak buat citer bohong sapa nak beli surat khabar tu? Isu kalau takde, bermakna kena cipta yang baru supaya kompeni tak gulung tikar....

    Artikelnya pulak takde kualiti. Bias kat PR 1000%, semua hal buruk BN. Tapi anehnya kalau dikumpulkan cuma satu muka jer citer pasal parti sendiri. Bapa kwn yg tua tu suka beli tiap keluaran sebab katanya saja suka baca gosip2 politik. BACA GOSIP BRO......!!! BUKAN NAK BACA APA YANG DIPERJUANGKAN PKR.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..