Wednesday, July 7, 2010

Selamat Hari Peneroka 2010 - kami tidak anti kerajaan UMNO-BN, cuma tidak puashati dengan FELDA



SELAMAT HARI PENEROKA 2010 kepada seluruh para peneroka FELDA…….

Dua tiga hari ini kawan cuba meninjau untuk mendapatkan maklumat dikalangan masyarakat peneroka FELDA berhubung dengan pelbagai isu-isu hangat yang telah diwar-warkan oleh pembangkang, ‘Felda Bankrap, penipuan, generasi kedua serta macam-macam lagi…

Beberapa orang peneroka yang ditemui menyatakan tidak boleh menerima tuduhan pembangkang berhubung dengan isu ‘Felda Bankrap’, Kerajaan dan Felda menipu para peneroka serta mengabaikan generasi kedua Felda.

Sebahagian besar golongan ini tetap menghargai kerajaan UMNO-BN yang mengwujudkan FELDA sehingga mereka boleh memiliki tanah ladang sehingga 10 ekar, mengubah taraf hidup mereka dari segi ekonomi dan sosial apabila dapat berhijrah ke tanah rancangan Felda.

Cuma, sebahagian peneroka tidak berpuashati dengan cara pengurusan/pentadbiran FELDA sahaja sehingga ada sebilangan peneroka yang tidak mahu ladang-ladang mereka diuruskan oleh FELDA. Apa kata mereka ;

Peneroka yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Mat Tasak, 63 menyatakan beliau sejak mula telah mengusahakan kerja-kerja tanam semula ladang sawit tanpa melalui Felda Plantation kerana tidak mahu berhutang dengan FELDA sebagaimana yang dilalui oleh peneroka-peneroka lain menyerahkan proses tanam semula melalui Felda Plantation.

Arshad, 60, peringkat awal telah menyerahkan kepada Felda Plantation menguruskan proses tanam semula tetapi telah mengambil semula untuk diuruskan sendiri setelah ladang mula mengeluarkan hasil. Beliau telah membuat pembayaran sepenuhnya semua baki-baki hutang sara hidup dan kos pengurusan tanam semula, tidak berhutang lagi dengan Felda.

Menjelaskan dari segi pengeluaran hasil, kedua-dua peneroka ini menyatakan mereka memperolehi purata sekitar 60 tan buah sawit setahun (2009) dan setelah ditolak kos pengurusan ladang bagi tempoh setahun seperti membaja sebanyak RM8,000, pembersihan ladang RM1,200, upah kerja penuaian dan pengangkutan sekitar RM3,900, mereka memperolehi purata sebulan lebih kurang RM1,400 sahaja. Walau bagaimana pun mereka tidak berhutang dengan pihak Felda.

Pak Arun 65 serta Pak Cat 62, kedua-dua peneroka ini mengaku telah mengambil alih semula ladang dari diuruskan oleh Felda Plantation kerana tidak berpuashati dengan cara pengurusan ladang terutama dari segi pengeluaran hasil serta penjagaan yang tidak memuaskan yang menyebabkan mereka kerugian.

Peneroka ini berpendapat, segelintir peneroka yang bertindak mengambil alih ladang kerana tidak berpuas hati dengan pengeluaran hasil serta beban hutang yang semakin bertambah.

Pak Arun dan Pak Cat berpendapat, adalah mustahil pengeluaran hasil-hasil ladang berkurangan jika dibandingkan dengan ladang-ladang yang diuruskan sendiri oleh peneroka, sedangkan dari segi penjagaan ladang yang diurus oleh Felda Plantation yang cukup dari segi pembajaan sepatutnya dapat mengeluarkan hasil yang lebih baik, tetapi berlaku disebaliknya.

Pak Dol 62 dan Pak Majid 61 menyatakan, walau pun mereka tidak bertindak seperti para peneroka lain, tetapi berharap pihak Pengurusan Felda dapat meningkatkan mutu dalam kerja-kerja pengeluaran hasil serta penjagaan ladang yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Felda Plantation.

Pengurusan Felda juga perlu mengawal kontraktor-kontraktor yang mengawalselia ladang agar tidak berlaku sebarang penyelewengan dari segi pengeluaran hasil serta pembajaan di ladang.

Pengurusan Felda juga perlu telus membuat penyataan pendapatan dan hutang yang ditanggung oleh peneroka setiap bulan supaya para peneroka tidak bersangka buruk terhadap Felda.

Sikap sambil lewa pihak pemgurusan Felda setempat bagi mengatasi isu-isu seperti ini menyebabkan sebahagian peneroka mudah terpengaruh dengan dakyah serta hasutan dari individu-individu yang tidak bertanggungjawab serta berkepentingan dalam politik.

Kesimpulan, dari tinjauan yang dibuat terhadap beberapa peneroka Felda, boleh dikatakan keseluruhannya tidak berpuashati dengan Felda Plantation yang diberi tanggungjawab menguruskan kerja-kerja tanam semula ladang dari segi pengurusan pengeluaran hasil dan pembajaan.


Sikap kurangnya komunikasi antara pihak Pengurusan Felda dengan para peneroka berhubung dengan isu-isu pengurusan ladang juga menjadi factor utama sehingga ramai dikalangan peneroka mengambil tindakan negatif yang boleh merosakkan keharmonian dikalangan warga itu sendiri.

Bersempena dengan sambutan Hari Peneroka 2010, adalah wajar sekiranya pihak Pengurusan Felda memperbaiki segala kelemahan yang memungkinkan sebahagian besar peneroka merasa tidak yakin kepada Felda serta marah kepada Kerajaan UMNO-BN…


7 comments:

  1. Peneroka Felda seharusnya bergabung dan membentuk satu koperasi dan menubuhkan syarikat bagi mengambil kontrak kontrak yang menjalankan kerja kerja penanaman semula dan penuaian hasil jadi hasil nya akan di nikmati olih peneroka sendiri dari dividen koperasi maka pendapatan akan bertambah. Ini cuma cadangan saya yang terlibat dalam bidang perladangan.

    ReplyDelete
  2. Hamba Allah, terima kasih dgn komen, apa yang kawan dapati seluruh Felda ada koperasi peneroka dan banyak yang berjaya serta maju serta ada juga yang menjalankan aktiviti kontrak penjagaan ladang di dalam Felda..

    ReplyDelete
  3. kenapa tak cakap siang2 hanya tak puas hati dengan pengurusan felda plantations dan bukan dengan kerajaan. ini localised problem yg boleh diselesaikan secara baik. kenapa difitnah felda bangkrap dan sebagainya dan bila dan kena saman menonggeng beratus juta baru backtrack mengatakan sedemikian? apa permainan mereka?

    kama di ttdi

    ReplyDelete
  4. Anonymous, biasalah bro, kalau tidak masakan banyak isu yang timbul dalam masyarakat Felda... kalau tidak macam mana puak-puak hamprak pembangkang nak pengaruhi peneroka..... dalam pentadbiran Felda pun banyak juga hantu-hantu pembangkang yang menghasut peneroka...

    Peneroka Tua

    ReplyDelete
  5. SALAM, PENGURUSAN FELDA KENA AMBIL SERIUS AKAN RINTIHAN KAUM FELDA, INGAT MEREKA ANAK BANGSA YANG BERJUANG HINGGA MELETAK FELDA DI TEMPAT YANG TINGGI, TANPA MEREKA SIAPA LAH FELDA.

    BN DAN UMNO SEBUAH PARTI, PERLAKSANA NYA FELDA, SEBARANG USAHA UNTUK MENAIKKAN MARUAH FELDA BN DAN UMNO TEMAN PERCAYA AKAN BANTU DAN BERJUANG HABIS2AN.

    ReplyDelete
  6. seharusnya ada badan pemantau yang seakan naziran yang dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan peneroka dan masyarakatnya yang akan mengaudit dan membuat laporan lengkap terhadap sesebuah rancangan felda..kerana setiap rancangan mempunyai masalah yang tidak sama...JANGAN pula dibiar pihak lain pula yang seakan menjadi pembela yang ternyata mempunyai AGENDA tersendiri...

    ReplyDelete
  7. Salam, YG
    Cuma tidak puas hati terhadap Felda Plantations sepatutnya perkara ini dibawa kepada wakil Felda untuk dibincangkan. Bukannya marah kepada kerajaan dan dihasut oleh pihak yang tidak suka kepada kerajaan. Mereka ini apa yang boleh dilakukan cuma menabur fitnah dan ada agenda mereka sendiri.Fikirkan nasib mereka diluar tidak mendapat tanah Felda, hidup dikampung lagi susah, kais pagi makan pagi.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..