Sebelum ini, menulis di dalam blognya, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menyeru agar UMNO dan PAS perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.
UMNO dan PAS tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu dan umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan PAS.
Nasarudin juga menulis bahwa setiap ahli UMNO rata-ratanya Melayu dan beragama Islam, demikian juga ahli PAS yang sudah pasti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS.
Demikian juga disebaliknya, dikalangan ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO. Persoalannya sampai bila Melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga. Klik
Entah apa mimpinnya selepas itu, Nasrudin mendakwa pula cadangan pelan damai antara parti PAS dan musuh politiknya UMNO di dalam blognya itu telah disalahtafsirkan.
Pulak dah…………. Nasarudin takut untuk berkata benar nampaknya………
Nasrudin menempelak, kononnya Negara yang diterajui UMNO dan BN sudah terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ianya moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonomi menindas rakyat bawahan kerana UMNO-BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam. Klik
Mengapa Nasarudin lupa hendak melihat negeri Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui pakatan PAS-PKR-DAP……..
Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonomi menindas rakyat bawahan. Mengapa PAS-Nasarudin membisu……………
Tak payahlah Nasrudin memutarkan lidah, membelit, berlenggok macam ular tedung berhadapan dengan tukang tiup serunai…….
Dek kerana telah mendapat tekanan daripada pihak tertentu dalam PAS atau pakatan, maka timbul pula rasa taksyub dan ego dalam diri sehingga ianya menjadi batu penghalang ke arah perpaduan UMNO-PAS.

Nasarudin sepatutnya perlu melihat kepentingan kerjasama UMNO-PAS itu adalah merupakan batu asas yang penting untuk perpaduan masyarakat Melayu di dalam Negara.
Jangan terlalu takbur mendakwa hanya PAS sahaja yang mendukung Islam dan UMNO hanya mendukung Melayu sahaja…… Perlu diingat, setiap orang Melayu adalah beragama Islam dan UMNO berjuang memartabatkan bangsa juga menggambarkan perjuangan memartabatkan agama Islam.
Kenapa mesti dinafikan perjuangan UMNO sejak lepas merdeka sehingga sekarang untuk memartabatkan bangsa dan agama……..
Mengapa mesti timbul suara-suara sumbang dengan sikap keterbukaan kepimpinan UMNO terhadap cadangan perpaduan ini ?
Kenapa begitu angkuh dan takburnya kepimpinan PAS menentang walau pun begitu ramai dari kalangan para ilmuan Islam menyuarakan sokongan di atas pelan perpaduan UMNO-PAS ?
Sepatutnya, kepimpinan PAS yang mendakwa mereka perjuang Islam, mendakwa mereka dari kalangan para ulama perlu lebih melihat ke hadapan, bukan menutup jalan ke arah kebaikan…………..
Tidakkah Islam melarang umatnya bersangka buruk sesama sendiri, mencari kesalahan serta mengaibkan orang lain………
Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa” Surah Al-Hujurat ayat ke 12.
Kalau Nasarudin serta kepimpinan PAS merasakan mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan martabat Islam juga bangsa Melayu, mengapa perlu berdolak dalik, berlenggok-lenggok macam ular tedung…..bersangka baiklah kepada UMNO……
UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu, sehubungan itu PAS jangan terlalu ego mendakwa orang-orang Melayu sudah meluat menyokong UMNO. Sesungguhnya keterbukaan serta keikhlasan kepimpinan UMNO, ahli-ahli UMNO untuk mengajak PAS bersatu jangan diperlekehkan……. Fikirkan demi perpaduan serta keutuhan bangsa Melayu untuk agama dan tanah air tercinta ini……
mari2!! beli kuih raya! http://seanteroshop.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam Yang Gambi,
ReplyDeleteSudah lebih 50 tahun UMNO memerintah Malaysia ini tetapi betapa Ketua Pemuda PAS sendiri tidak mahu mengaku fakta dan kebenaran yang semua dunia tahu UMNO telah banyak mengembangkan syiar Islam, mendaulatkan Islam, membina banyak pertumbuhan dan pembangunan sosial, politik dan ekonomi umat Melayu Islam dan bukan Islam. Ternyata pemimpin-pemimpin PAS semuanya buta mata, buta hati, amat jahil, sombong, menolak kebenaran. Yang sangat pasti, perpaduan yang dihulurkan UMNO ditolak PAS atas alasan DAP dan PKR lebih Islamik dari UMNO. Maka kita tunggulah bala yang Allah akan turunkan dan balas kepada PAS yang telah lari dari nasihat Kitab Allah dan Rasul. PAS tidak berjalan di atas jalan yang lurus...!
WZWH, kerana riak dalam ilmulah maka puak-puak PAS menjadi takbur, menjadikan mereka buta mata, buta hati menilai yang diri mereka juga bermartabat di atas hasil perjuangan UMNO kepada bangsa Melayu dan Agama Islam....terima kasih komen.
ReplyDeleteAku masih mendoakan perpaduan antara UMNO dan PAS menjadi kenyataan.
ReplyDeleteSi Bingai dari Tendang Terajang
mereka ini memang tak boleh dipercayai.kalau dah munafik memang tak boleh dipercayai.
ReplyDeleteLebih dari 3 juta ahli!Wow!kata Husin Lempoyang.Sebegitu ramai ahli,pasti kapal UMNO akan karam atau hampir-hampir karam.Satu persoalan,mengapa sebelum berlaku Tsunami PRU ke12,tak terdengar cerita perpaduan UMNO/PAS? Tak siapa kisah sama ada Melayu bersatu atau berkecai.Kalau betul nak cakap pasal Melayu,yang perintah Kelantan selama 20 tahun tu siapa?Yang berikan Pulau Pinang diperintah Gerakan siapa?
ReplyDeleteAnonymous, suara awak ni macam dtg dari pro erdogan PAS je...... tak payahlah nak singkap kelemahan orang lain.... belajar-belajarlah supaya jangan angkuh dan riak.....
ReplyDeletebesar harapan rakyat melayu malaysia agar pas dan umno bersatu padu demi mempertahankan hak kita sebagai orang melayu......ALLAH suka kepada perkara yang baikkan?
ReplyDeleteYang penting nak bersatu atau tidak.Perdamaian
ReplyDeletememang dituntut oleh agama.Kalau tak nak- jika
berlaku apa2, negara dah tergadai jangan tuding
jari kat orang lain...Apakah kalau PAS memerintah
rasuah,judi dan segala kemungkaran akan berakhir.
Setakat ni nampaknya bertambah dinegeri2 yang diperintah pembangkang , apatah lagi jika negara
diperintah DAP...!
SLM BRO..PUAK LIDAH BERCABANG MMG MCMTU. WALLY SLIPOR BOREK YG LAIN RINTIK KEHKEHKEH
ReplyDeleteSalam Yang Gambi...lama juga nak tunggu posting dr yang..salahudin ni just nak test market..tak pun pa mulanya berkobar-kobar jadi kempis sebab takut kena kutuk..
ReplyDeletesalam bro, demi pangkat, kedudukan dan kuasa apa-apa pun boleh jadi.. Imej agama cuma license jer untuk dapatkan tiket ke Putra Jaya..
ReplyDeletePenulis blog ni sebenarnya lebih tedung drp. Ketua Pemuda Pas. Niat yg baik kita kna doakan. Cuba penulis sebut Hadis atau ayat Quran yang menyatakan berbaik2 antara satu sama lain itu tidak baik di sisi Islam. Saya cabar...
ReplyDelete