Sunday, July 25, 2010

FELDA-Ku Li pulak jadi sasaran


Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Ahli Parlimen Gua Musang, menjadi sasaran Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat untuk berkerjasama membenteras penyelewengan Dato’ Sri Najib terhadap FELDA.

Mazlan mendakwa kononnya FELDA sudah semakin parah, Ku Li diminta membantu peneroka Felda yang semakin tertekan dan menceritakan asal usul penubuhan FELDA, Felcra dan Risda yang telah terpesong dari matlamat sebenar.

Ku Li diberi tahu juga bahawa Felda Plantation telah menjadi medan menghimpun kekayaan, sedang manfaat untuk rakyat tidak kelihatan. GSA juga sepatutnya telah dipinda untuk lebih adil terutamanya soal pusaka dan masa depan generasi kedua Felda. KILK

Apakah Ku Li sebenarnya tidak tahu matlamat serta tujuan kerajaan menubuhkan FELDA sehinggakan si Mazlan terpaksa mencerita asal usul penubuhan FELDA ?

Mana dulu di antara Ku Li dengan Mazlan berkecimpung dalam politik Negara, sehingga Ku Li tidak tahu kewujudan serta matlamat FELDA ditubuhkan……..

Kalau tak silap, Ku Li tahu apabila Kabinet meluluskan Akta GSA pada tahun 1960, Ku Li lebih faham tujuan FELDA diwujudkan sebagai pengendali program pembangunan tanah secara besar-besaran untuk kepentingan rakyat miskin dan tidak bertanah dan sebilangan besarnya adalah orang-orang Melayu-Bumiputera.

Ku Li pun tahu, kerajaan pada waktu itu terpaksa mencari sumber kewangan dari Bank Dunia (WB) serta Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam usaha menjayakannya dan Kerajaan juga sebagai penjamin utama pinjaman dan Kerajaan juga perlu bertanggungjawab memantau perlaksanaan projek, pengurusan kewangan serta memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada para peneroka melalui agensi FELDA.

Ku Li lebih lagi tahu, GSA Act adalah satu Akta yang digubal dengan memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan melalui FELDA untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan tanah-tanah ladang, membimbing peneroka sehingga berjaya mengubah taraf hidup mereka sekeluarga dari miskin merempat, tidak bertanah kepada keselesaan.

Apakah para peneroka menafikan akan perubahan taraf hidup mereka sejak berhijrah ke tanah rancangan FELDA ?

Adakah para peneroka dizalimi, menjadi hamba atau kuli ?

Apa yang dilihat, para peneroka boleh dikatakan keseluruhannya menjadi tauke, malah Pegawai serta Kakitangan FELDA yang boleh dianggap sebagai kuli mereka……

Ku Li lebih maklum, tujuan GSA Act diwujudkan semata-mata untuk menjamin tanah-tanah yang diberi kepada peneroka tidak terbiar, tidak berlaku perpecahan tanah sesama ahli keluarga apabila waris meninggal dunia serta membenteras sikap sebahagian orang-orang Melayu yang suka menjual tanah bila terdesak.

Ku Li tahu, GSA Act wujud untuk mengawal para peneroka agar tidak mudah menjual tanah, menjadi pelindung kepada peneroka dari penyangak-penyangak yang mahu mencari keuntungan.

Ku Li juga tahu dan melihat sejauh mana perkembangan taraf hidup para peneroka sejak berada di dalam FELDA, bodoh sangatlah kalau percaya dengan khabar fitnah dari Mazlan yang menjadi barua parti tertentu yang mendakwa rakyat tertindas, susah, menderita…….. peneroka yang tidak sedar diri saja yang berkata begitu….

Apa tidaknya, semasa hidup susah, merempat, tidak bertanah, kerja siang malam jadi kuli tauke-tauke Cina, kuli Estet-Estet, mengambil upah bersawah, menangkap ikan di laut, di sungai tidak pun merasakan diri ditipu, ditindas…… bila ekonomi sudah berubah, anak-anak Berjaya, keluarga Berjaya, maka timbullah rasa riak, angkuh dan yang paling hampas bila timbul rasa tamak……

Sifat tamak inilah yang telah mengubah sebahagian besar peneroka menjadi tidak sedar diri, mula merasakan kerajaan menipu, menindas…….. datang pulak syaitan-syaitan macam Mazlan yang dipelihara oleh parti pembangkang untuk menghasut…. Apa lagi makin lupa dirilah jadinya….


19 comments:

  1. Salam tuan blog

    Wak setuju dengan entry ni..bernas..

    ReplyDelete
  2. Salam Yang gambi..zaman akhir zaman..anak lebih megah dan tahu segalanya dari si ayah...lalu si ayah mengecut mengangguk-angguk...sebab anak pandai padahal kaki penipu besar...

    ReplyDelete
  3. Peegii dah...Orang Kulai Skim lebih kenal sapa tu Mazlan Anak Aliman.ladang sawit dia pun FELDA uruskan. Kat FELDA Johor tak berani berkokok...datang ke Felda Pahang dan negeri lain nak tunjuk terrer pasal Felda dah tu bawak orang yang tak kena-mengena cerita pasal Felda..Nak tahu
    takde ESTET Melayu Terbesar di dunia selain Felda.
    Sebenarnya terlalu ramai yang iri hati dengan Felda dan kejayaannya....Semakin berkembang maju bukan saja bidang perladangan malah telah mula membina hotel-hotel dan bangunan 5bintang..
    Orang Felda lebih tahu JASA yang mereka telah terima begitu juga pengasas termasuk KU LI...

    ReplyDelete
  4. saya rasa byk naik turun ekonomi melayu adalah atas prinsip bantuan felda n walaupun mereka yang mengusahakan sedikit sebanyak peranan felda tidak boleh dipertikaikan.. masalah sekarang adalah tahap pembohongan masyarakat politik yang terlebih sudu dari kuah... ye mana2 tmpt mesti ada keperitan hidup n ekonomi tp penduduk yg diistilah sebagai peneroka adalah lebih beruntung.. kalau betul nak kuar dari felda cuba la kalau leh dapat kebun 10 ekar ngan tapak rumah free... pergi la kalau korang banyak duit.. so parti politik sempit jgn menjahanamkan ekonomi melayu la.. sy bukan anak peneroka tp bergaul ngan anak2 mereka.. rumah mereka lebih mewah dari kami yg dok kat kg.. apa lagi yang korang sebagai politik sempit mahu.. saya rasa kamu mahu menjahanamkan orang melayu.. memang la orang melayu xley lari dari subsidi tp itu adalah rezeki mereka. wahai anak2 peneroka sedarlah kamu bahawa peluh jantan mak ayah kamu selama ini bersama felda jgn tertumpah n terjatuh atas sia-sia kerana politik sempit mereka yang mahukan kamu jatuh terduduk seperti mereka.. mereka akan tepuk tangan bila tengok kamu sebagai anak felda merempat...

    ReplyDelete
  5. salam semua,

    aku tak kisah kerajaan nak buat apa dengan Felda. Asalkan yang baik untuk semua rakyat (bukan orang Felda sahaja)..Kalaupun hilang duit Felda pun..mesti kerajaan akan ganti..bukan senang beb nak mentadbir negara...setakat doa, solat hajat aje..kalau takde usaha jangan haraplah negara boleh maju...
    TQ

    ReplyDelete
  6. baru dahi nak lebam sikit-sikit, mulalah nak ceramah dan hasut sana-sini.
    mereka boleh buat fitnah apa saja, tapi tiada siapa mampu menutup jasa dan kejayaan felda kpd orang melayu.

    ReplyDelete
  7. maNUSIA TAK SEDAR DIRI DIA TU.

    ReplyDelete
  8. salam, bro, teman bukan dikalangan anak felda, tapi teman bangga titik peluh dan susah payah dengan bekalan sehelai sepinggang warga orang2 tua felda berjuang menyahut pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan sejak dulu....kini jelas berhasil.

    tu si mazlan altunggul tu ada lah benda yang tak dapat dari felda tu yang duk latam macam orang baru keluar hospital Tg rambutan.

    ReplyDelete
  9. FELDA tlh banyak membela nasib Melayu..bangsa lain akan bersorak jika FELDA jatuh.Sedar atau tidak masyarakat dunia berasa kagum dengan pencapaian FELDA selama ini. Mengapa harus ada makhluk sampah yg masih mahu mengganggugugat FELDA dan keharmonian masyarakat FELDA?

    ReplyDelete
  10. Mazlan hanya pandai menabur fitnah. Saya akan bersama-sama tuan di dalam membongkar kejahatan beliau. Jemput masuk ke blog saya di http://ntfitnah.blogspot.com. Saya akan buat link blog saudara di blog saya juga.

    AKU ANTI FITNAH

    ReplyDelete
  11. awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
    dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
    Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
    ikuti saya di www.sambalpedas.com

    ReplyDelete
  12. Kesal dgn segelintir peneroka dan generasi ke2 felda yg sanggup menjadi talibarut dan duri dalam daging. Kalau gsa dimansuhkan percayalah banyak tanah melayu akan bertukar tangan kepada puak ca ya nun alif krn mereka mempunyai kuasa wang (blm mansuh gsa pun ko org boleh tengok kat Jengka 1 apa yg berlaku skg. Nama aje kebun org melayu, hasil siapa yg dapat?) Kepada pengurusan rancangan, laksanakanlah terma dlm gsa bagi menyekat kehadiran anak (haram?) tersebut....wassalam

    aku melayu rasis

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Orang macam Mazlan Aliman tu cuma perosak dan penghasut. Apa yang dilakukan oleh kerajaan bukan kerja yang mudah. Membuka tanah rancangan Felda dan mengusahakannya ia suatu perkara yang sukar. Dia cuma pandai bercakap dan menghasut orang dengan bermacam-macam fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam Yang Gambi, kawan setuju sesangat dengan tulisan deme dan komen kengkawan. Aku ni bukanlah nak hina Budak Mazlan Aliman ni, tapi kesian ke ayah dan mak dia. Ada anak yang diberi pelajaran tinggi tapi akal merayap di perdu kelapa sawit. Kononnya dia kata Felda penipu, tetapi dia tak sedar, dia dapat bersekolah adalah hasil daripada 'Felda Penipu' itulah. Waktu mula ayahnya masuk felda, tiap-tiap pagi 'roll-call'. Sementara ladang sawit berhasil, orang tuanya dibenarkan ambil barang makanan di Kedai Felda sebanyak RM ???. Budak Mazlan ni sedar ke tidak?

    ReplyDelete
  16. Aku anak peneroka felda sawit. Isteri aku anak peneroka felda getah. Tiap kali balik felda anak-anak aku dapat RM50 seorang, raya lagi lebih dengan aku-aku sekali dapat. Bertuahnya aku jadi anak peneroka felda tak macam duduk kampung dulu dapat duit belanja seposen pun kira untung. Agaknya si Mazlan lagi untung kot boleh merayau satu melesia takyah buat kerja (felda tolong setel).

    Tak patut kau orang hentam kerajaan pasal felda. Kalau ada yang tak betui tolong baiki sebab kerajaan hanya merancang dan melaksana adalah kita semua (peneroka dan kakitangan felda). Aku tahu sangat pasal kerenah peneroka dan kakitangan felda nie. Si peneroka nak senang lenang takyah buat kerja dan si yang melaksanakan kerjatu belum tentu sempurna.

    Tegur untuk membina elok tapi jangan jadi penghasut. Felda dah berjaya dan jangan kita runtuhkannya. Moga2 anak-anak aku dapat RM100 lepas nie.

    ReplyDelete
  17. Salam Perjuangan,

    Mohon link dari blog tuan ke blog saya di: http://gerakantimur.blogspot.com/

    Untuk makluman tuan, blog KALAM TIMUR telahpun disabotaj oleh puak2 Fuckatan haram. Gerakan Timur adalah kesinambungan perjuangan KALAM Timur.

    Saya sudah link n follow blog tuan.. terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Sahabat semua, maaflah kerana terlalu lama tidak update blog.........banyak tugas lain dan terima kasih dgn semua komen anda......

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..