Thursday, June 24, 2010

Nasruddin Takjawi-Bagaimana parti yang menghalalkan judi mendapat tempat di hati ulama


Kata Nasruddin Hasan at-Takjawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, dalam HarakahDaily lidah syaitan PAS.

“Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih UMNO yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka”.

“Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama”.

AYG ; Kalau sebelum ini Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, mendakwa Ulama yang menyertai UMNO akan hanya 'mengorek lubang untuk menguburkan' diri sendiri kerana UMNO tidak akan memberi jawatan penting kepada Ulama…….

Persoalannya, mengapa puak-puak PAS bimbang dan takut sangat para ulama mendekati atau menyertai UMNO ?

Macam-macamlah kenyataan yang terkeluar dari mulut mereka lebih-lebih lagi dalam Harakah berbagai-bagai artikel ditulis untuk menghalang para ulama menyertai UMNO, kenapa ?

Apakah PAS sebuah parti Islam ? Islam pada PAS hanya sekadar pada nama yang dipergunakan untuk menarik sokongan umat Melayu Islam…… hakikat sebenarnya tidak, itulah politik PAS…………

Kalau realitinya Dr. Asri Zainul Abidin bersama puluhan lagi ulama-ulama muda menyertai UMNO, apa salahnya ?

PAS lupa agaknya, penyertaan para ulama dalam UMNO bukan sesuatu yang baru, ramai golongan cediakawan agama, para ulama sejak dahulu lagi telah berada dalam UMNO.

Yang menubuhkan PAS, Haji Ahmad Fuad pun datang dari UMNO apabila kecewa tidak terpilih memegang jawatan, begitu juga dengan Nik Aziz, asalnya ahli UMNO, bila kecewa tidak dapat jawatan Penyelia KEMAS, terus masuk PAS…..

Akhirnya, Haji Ahmad Fuad keciwa juga dalam PAS, terpaksa meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn menyertai Parti Negara pada tahun 1953.

Betullah tanggapan Idris Ahmad, ulama-ulama yang menyertai UMNO kononnya tidak akan diberi jawatan penting, bila tidak dapat mereka semua masuk PAS…….jadilah ulama-ulama yang gilakan jawatan sahaja yang menyertai PAS….

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak dari kalangan orang-orang yang disingkirkan oleh UMNO menyertai PAS…. Apa tidaknya, kaki rasuah, kaki penipu, kaki arak lari menyertai PAS……..kaki liwat pun ada. Sudah puas mengumpul kekayaan dari hasil korupsi semasa dalam kerajaan UMNO-BN, sudah puas melakukan kemungkaran lari masuk PAS, jumpa Nik Aziz minta pengampunan…….terus boleh masuk syurga, macam pendosa-pendosa yang pergi jumpa Paderi Gereja Kristian pulak gayanya………

Berbalik pada kata-kata Nasruddin Takjawi, berbelit-belit lidah hendak memperdaya masyarakat kononnya UMNO sebuah parti yang menghalalkan judi.

Agaknya, telinga sudah disumbat dengan bisikan-bisikan syaitan iblis peliharaan Nik Aziz sehingga Nasaruddin Takjawi masih berterusan menuduh UMNO menghalalkan judi…….

Itulah perangai buruk yang ada pada ulama-ulama PAS, yang sentiasa memutar belit isu untuk memburuk-burukkan orang lain….

Bagi ulama-ulama sebenar-benar, yang tidak mempergunakan agama dalam berpolitik, mereka tidak akan menyertai PAS, macam hasrat Dr Mohd Asri…… inilah ulama sebenar yang mahu memperjuangkan, memartabatkan Islam bersama-sama dengan UMNO……….

“Ular yang menyusup akar, tidak akan hilang bisanya”


6 comments:

  1. SLM BRO..KLU TANTAIK CKP 10 PERKARA PSL KEBAIKAN PAS..SPLOH2 MMG 'LEMBU' JEK YG PECAYE KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Bro,

    PUAK-PUAK NI MEMANG ADA YANG DIGELAR ULAMAK, TAPI RAMAI YANG DOK SEJUK BEKU DOK TERSIMPAN JE PUN. ULAMAK PAS PUN TAK GUNA, SEBAB KENA RUJUK DENGAN DAP JUGA NANTI.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    bagaimana pula parti Islam konon menyokong penyokong murtad, rosak moral, member zionis???

    ReplyDelete
  4. Inilah parti yang bagi kwn satu spesis dengan Khawarij... nyaris nak syiah.... tunggu kalau kena satu ulama tak betul yang jadi tunjang parti tu maka jadilah..... Sebabnya, mereka terima bulat2 cakap pemimpin mereka dan cuma terima fatwa2 ulama daripada golongan mereka sahaja.. Petanda akhir zaman, akan ramai umat islam tersesat oleh ulama palsu yang tak betul...

    ReplyDelete
  5. Kalaulah setiapkali muncul cerita judi, maka pemimpin disalahkan seratus peratus, maka sepatutnyalah Nasaruddin Hassan Tantowi ni menyalahkan Nik Aziz sebab membiarkan judi bermaharajalela di Kelantan. Sila layari blog saya di www.salafimoden.blogspot.com, judi oh judi....bagaimana PAS dan PKR mainkan isu judi. Mereka tahu, mereka juga pernah `mnghalal`kan judi di negeri pemerintahan mereka, tetapi demi mempengaruhi rakyat supaya beralih sokongan kepada mereka....mereka sanggup mengkambing hitamkan UMNO dan BN yang menjadi tulang belakang kerajaan. Bukan setakat isu judi di negeri mereka, bahkan isu arak di Selangor...pun kerajaan disalahkan...Mereka ni dah terperangkap jadi Khawarij moden, tak reti nak keluar....terus-menerus berbuat zalim dan menghasut benci kerajaan, dengan niat runtuhkan kerajaan dan naikkan kerajaan Islam ala kepartian......Allah tak akan redho....saksikanlah....

    ReplyDelete
  6. With the asѕistance of these deals, many teсh buffs are already οbtaining free Applе Ipad deаls online?
    Ιncіdеntally, a woгd about the ipaԁ's pricing the UK is traditionally an expensive place to buy tech. You can actually explore the market to find a way to get noticed with your Ipad and desktop computer please visit the Adult eBook Shop has a selection of apps is still poor.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..