Monday, July 19, 2010

FATWA SONGSANG - tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah Nabi


Seorang guru tahfiz berusia lewat 50-an, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan kerakusan seksnya yang dilakukan serentak dengan ketiga-tiga isterinya adalah sunnah Nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah SAW turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz tersebut didedahkan oleh dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa. Klik di sini

AYG ; Perbuatan jijik si guru tahfiz yang mengeluarkan dalil ‘ Nabi pun lakukan perkara sama’ dan juga mengatakan, hanya orang terpilih sahaja yang mendapat dalil seperti itu semata-mata untuk menipu serta memuaskan nafsu, sangat-sangat tidak boleh diterima…

Inilah yang dikatakan orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya.

Imam Ghazali berkata "Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Mereka mengenali perkara maksiat tetapi mereka tidak menjauhinya, mereka tahu tentang akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya.

Inilah ulama yang penipu agaknya............

Inilah juga yang dikatakan golongan-golongan ahli agama mengamalkan ilmu yang bukan untuk mencari keredaan Allah, tetapi lebih kepada memenuhi kehendak hawa nafsu sendiri dengan memperdaya orang-orang yang jahil dengan ilmu agama….

Apa kurangnya sifat-sifat ini dimiliki oleh sebahagian besar individu-individu dari parti tertentu yang mempergunakan agama untuk mencari pengaruh dan nama sehinggakan masyarakat berasa kagum terhadap dengan penampilan warak mereka…..

Puak-puak ini menghiaskan diri mereka dengan ciri-ciri Islam hanya dari sudut zahir sahaja sehingga mengabaikan kepentingan agama itu sendiri di dalam masyarakat, malah ada yang sanggup bersahabat dengan syaitan……….

Puak-puak ini mendakwa kononnya semua yang dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama, berlandaskan Islam, menegakkan Islam sehingga mendakwa orang lain menjadi kafir kerana menolak Islam, sedangkan mereka bersekongkol dengan orang-orang yang terang-terangan menolak Islam, bersekongkol semata untuk mendapat jawatan, kuasa, pujian serta mengejar kelazatan dunia.

Nabi ada bersabda yang bermaksud , “Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak manfaat dari ilmunya”. Diriwiyatkan oleh Imam Tabrani dan Baihaqi.

Kesimpulannya, puak-puak seperti ini, mereka tidak takut pada Allah kerana dia menghiaskan dirinya dengan sifat riak dan takbur yang nya memang bukan sifat yang disukai Allah.

Puak-puak ini begitu membenci sesama Islam, tidak mahu menerima seruan ke arah kebaikan dan perpaduan……..

Fikir-fikirlah wahai orang Melayu Islam, jangan kita asyik dan mudah tertipu dakyah orang-orang seperti ini..........



15 comments:

  1. Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan. hehehe

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

    ReplyDelete
  2. mereka inilah golongan munafik yang mahu menghancurkan agama islam dari dalam.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akh AYG..

    Betapa ramai ahli UMNO masuk Pas.. x ramai Pas masuk UMNO kerana 'dasar'Pas sebijik ikut Islam.. pegang Quran+Hadis.. 'leka/lalai/cuai/salah/' kesalahan individu atau ahli.. kesalahan x solat, bukan salah agama Islam.. salah individu..

    Pas dah ok.. UMNO kena baiki dasarnya.. jika x ubah, x bleh kerjasama/berpadu.. Islam dlm UMNO payah berkembang..

    ReplyDelete
  4. Yusz Felda, jangan terlalu mudah meletakkan ungkapan Islam payah berkembang di dalam UMNO... apakah kita lupa atau sengaja tidak nampak selama UMNO berkuasa sedikit demi sedikit Islam itu berkembang. Bagaimana UMNO mengutamakan perkembangan Islam dari segi pendidikan, pembangunan, keusahawanan kepada umat Melayu Islam sehingga berjaya..... Bagaimana UMNO yg menerajui negara sejak merdeka mengutamakan pembangunan umat Islam dalam segala segi tanpa menggadaikan maruah Islam itu sendiri.... ingatlah, jangan kita mudah buta dari melihat kebenaran, apa ertinya menamakan Islam kalau sekadar untuk memperdayakan umat tanpa berbuat apa-apa...

    Warga Tua...

    ReplyDelete
  5. Salam YG

    Harap2 bukan ahli "PAS" yang terlibat dgn sex three some nih..klu x malu nik ajis..mana nk letak muka...dunia..dunia..

    WJ...
    Blog hang, wak dah add kt wak punya blog list..
    selamat tunaikan tanggung jwb masing2 demi anak bangsa..

    ReplyDelete
  6. salam,

    kalau yang sek sek kuat ni. sahih la puak pas, depa ja yang suka sek sek kuat ni. tengok blog diorang dah la.. semua suruh bagi keraih semua.

    ReplyDelete
  7. ALOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU......

    IDUNG TADAK MANCUNG, PIPI TERSORONG2...... YANG PARTI BEWAK DOK HEGEH2 NAK BERBEIK2 NGAN PAS TU.....APA MASALAHNYA. KAN PARTI BEWAK DAH ADA KEKUATAN SENDIRI....
    NAK BEKERJASAMA JUGAK MISTI KENA TURUT APA YANG PAS MAW......

    SUSAH KA NAK UBAH PERLEMBAGAAN UGAMA SUKU POLITIK SUKU @ PERJUANGAN ASOBIYYAH YANG SESAT LAGI MENYESATKAN TUH. KALU PARTI BEWAK MAI KAT KITA DOK BAK TAIK DALAM PURONG NAK SUH KITA CIUM.... SAPA LA PELAHAT NAK DEKAT.

    KALU LA NABI MUHAMMAD BERJUANG UNTUK BANGSA ARAB........ FUHHHHHH BERJUANG SAKAN LA PUAK2 BEWAK NI.

    he he he
    nak kawan ngan kita.....kena la pi basuh beghak dulu.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Fatwa ikut serakah dah jdi trend. Hmmmmmm Tok Guru kencing berdiri........

    ReplyDelete
  9. hoi lord reid bewak
    nabi Muhammad pun berjuang untuk kaum dia jugak la kaum Quraisy.

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Kalau nak tahu macam mana gaya yahudi bercakap..
    sebiji macam lord reid tulis kt dlm ni

    ReplyDelete
  11. Kawan-kawan semua, lordreid inilah sebahagian anjing-anjing DAP yg telah dijumudkan pemikirannya sehingga dia tidak tahu atau terlalu jahil tentang Islam itu sendiri.... lordreid ini kalau dilihat dari cara menulis, dia ni dulu mungkin dikalangan blogger pro UMNO yg amat keciwa, tak dapt perhatian, tak dapat upah dan akhirnya menyalak jadi anjing.....inilah jenis manusia yg cari makan....

    ReplyDelete
  12. Salam Bro,
    Blog anda telah aku masukkan ke dalam Bloglist "Blog-blog Followers". Terima kasih mendaftar sebagai "Followers" di blog aku.

    Pengumuman:
    21/07/2010 jam 10.00 pagi. Dr Halimah akan berada di IKYS

    Aku yang bingai

    ReplyDelete
  13. Salam, Bro.
    Itulah kalau ikutkan nafsu akan melakukan apa semua ikut ajaran nabi. Ia pentingkan dirinya sahaja.Tidak ada kesudahannya.

    ReplyDelete
  14. Salam, bro tu kalau di semak mesti ahli PAih bro atau PKR, sebab kedua2 parti ada sejarah jika melibat kan bu%#t atau buntot bro.

    PKR kaki Pungkok itu satu dunia dah tahu bro, profesional.
    PAih, Pengrusi PAih Perlis pun kaki buli seks, bini jadi bahan seks, makan minum di abaikan..

    Hah...yang sekor ni pun silap2 jin aprit PAih gak.

    ReplyDelete
  15. HANYA AYAT PENUH DIBIBIR MULUT. AMALANNYA hamPAS sahaja. lihat ajelah ularmak politik di Malaysia ini. lihat aje ketua dewan ularmak pas perlis tu. apa kurangnya dengan guru tahfiz ini. tak kurang , tak lebih. itu banyak lagi. bersepah . cuma masing-masing TAK BERANI NAK BERITAHU.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..