Monday, July 12, 2010

UMNO-PAS perlu bersatu jika mahu jadikan Malaysia sebuah negara pengamal dasar Islam


PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Begitulah diantara ungkapan Lokman Nor Adam, Panel Pemikir di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dalam majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan yang turut dihadiri anggota-anggota panel bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Lokman juga berkata, cita-cita PAS untuk merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP serta PKR.

Kedua-dua parti pakatan pembangkang itu ternyata mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, di mana DAP jelas menolak Islam, manakala PKR adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin.Maka, tiada sebab PAS tidak menyahut salam UMNO untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977. (sila rujuk di sini)


AYG ; Ini bukan bererti UMNO baru bermimpi untuk bersatu dengan PAS kerana selepas kehilangan kuasa dua pertiga pada pilihan raya umum lalu. UMNO masih memiliki banyak kerusi Melayu Islam di Parlimen dan masih mengekalkan peneraju pemerintahan Negara bersama BN.

Wajar sangatlah kalau kepimpinan kedua-dua parti dapat menyahut saranan tersebut, kalau kita imbas kembali atau renungi sehalus-halusnya apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan di Perak (sebelum UMNO-BN berkuasa semula) sepatutnya menyedarkan orang Melayu Islam di mana kuasa politik Melayu telah berkubur.

Apalah ertinya kalau Melayu diberi jawatan tertingi sekali pun kalau sekadar mengikut telunjuk orang lain kerana kekurangan suara dalam Dewan DUN atau Parlimen.

Pulau Pinang, walaupun PAS dapat berkongsi kuasa dengan DAP-PKR, tetapi DAP tidak pernah peduli perasaan orang-orang Melayu. Pelbagai tindakan dilakukan DAP untuk menafikan hak-hak Melayu dan agama Islam.

Kelantangan kepimpinan DAP apabila mengkritik martabat serta budaya agama Islam seolah-olah Melayu Islam tidak wujud dalam PAS dan PKR yang bersama-sama memberi kuasa memerintah Pulau Pinang disamping berterusan melaksanakan perobohan kampung-kampung Melayu.


Begitu juga di Selangor, walaupun orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR membantu kemenangan pakatan rakyat berkuasa, DAP dilihat lebih berkuasa walaupun Menteri Besar yang dilantik dari kalangan Melayu Islam, bahkan Menteri Besar hanya mengikut telunjuk apa sahaja yang DAP suarakan.

Kewujudan UMNO dianggap payung serta tunggak kuasa kepada orang Melayu pada tahun 1946 dan PAS wujud pada tahun 1951, disitulah bermulanya perpecahan Melayu Islam menjadi dua kumpulan.

Parti Melayu Semangat 46 wujud pula apabila berlaku lagi krisis dalam UMNO, walaupun tidak selama mana, tetapi sudah cukup untuk memecahkan lagi sekali perpaduan orang Melayu Islam.

Kewujudan PKR pula semata-mata memenuhi impian Anwar Ibrahim semakin menambahkan kelemahkan kuasa Melayu Islam dengan tindak tanduk kepimpinan PKR yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya ;

Mengapa UMNO dan PAS tidak mahu bersatu ?

Apakah kerana pemimpin kedua-dua parti Melayu Islam ini bimbang akan kehilangan jawatan ?

Apakah ianya tidak menguntungkan UMNO atau PAS jika bersatu ?

Atau PAS sengaja mahu melihat kuasa politik Melayu Islam itu sendiri semakin lemah dan berkubur ?

Sama-samalah kita fikirkan…..





21 comments:

  1. Pemimpin umno da pegang jawatan sebagai perdana menteri tapi xbuat pom macam kerajaan islam..Mengapa tidak dibenarkan hukum hudud dilaksanakan jika pemimpin kita seorang yg beragama islam?Allah sudah menetapkan hukumnya dan semuanya dinyatakan di dalam al-quran.
    Jadi,kita hendaklah memilih parti yang lebih mementingkan agama ISLAM.
    xperlu bersatu dengan parti yang meremeh temehkan agama..bukannya nak ikut hukuman allah tetapi nk ada juga sesetengah menteri nk halalkan judi. Rakyat sudah bijak menilai...

    ReplyDelete
  2. SLM BRO..PARTAI PISS NI SUSAH NK DI AJAK BERBINCANG. PERKARA PALING ASAS IAITU BERSATU PUN X MAMPU NAK BUAT INI KAN PULAK NAK MENEGAKKAN ISLAM??..SKANG NI WALLY SLIPOR TGH BERKIRA2 NK BIKIN ROADSHOW TANAM KEBENCIAN KE SELURUH PELUSUK NEGERI. ITU TANDANYA WALLY SLIPOR X PEDULI HUKUM ALLAH!!..ADA KAAA PATUT??

    ReplyDelete
  3. bersatu dengan pas? buat semak aje. pas pun takjkan kemana. pkr pun dah nak padam. jangan bimbang , ds najib ada buat pukol matinya. sabar ajelah.

    ReplyDelete
  4. PAS yang sombong dan bongkah, dia beranggapan dia kuat tapi sebenarnya PAS hanya menjadi penumpang dalam PR.Pas hanya bercakap memperjuangkan Islam TAPI setakat cuba kita lihat apa yang dah PAS buat untuk orang ISLAM di Malaysia ?.

    ReplyDelete
  5. Salam...Wujudnya PAS adalah dari golongan yang kecewa dengan UMNO,, begitu juga Semangat 46 dan akhirnya PKR..... Sifat orang melayu bila dah begitu sanggup berkerat rotan berpatah arang + dengan hasad dengki + dengan fitnah + ego = maka sukarlah nak berbaik-baik kembali kecuali masing-masing 'INSAF'.

    ReplyDelete
  6. Kalau bersatu susahlah Harakah dan beberapa tokoh penting pembuka kontroversi nak cari mana...

    ReplyDelete
  7. KERAJAAN UMNO SEDIA BERKONGSI DENGAN PAS KALU PAS RELA BERSATU UNTUK KEPNTINGAN MELAYU ISLAM, TAPI SI PAS BANGSAT NI RELA KAWAN NGAN DAP KOMMUNIS DEMI CITA2 DAN NIAT BUSUK NIK AJIS TERCAPAI UNTUK MENJATUHKAN UMNO,, LAST2 DIA JUGAK MELOPONG,,, ANWAR DAH TAWAR TPM 2 PADA CINA, PASA APA DAPAT,
    KATAKAN TIDAK PADA NIK AZIZ KETUA PEMBOHONG PAS

    ReplyDelete
  8. SALAM MENTEKEDARAH TAIK UNTUK BEWAK2
    ( Seropa salam 1 mesia juga la )

    HWUEEEEEEEEKKKKK ....LOYA LAGU POMPUAN BUNTING SULUNG AKU........

    WEH.... TULUNG...TULUNG...TULUNG..... SAPA YANG NAK BERBEIK NGAN PARTI JAHAT LAGU PARTIBEWAK. NAK BERBEIK2 BULIH TAPI ADA SYARAT TAAAAAAAW..... UBAH PELEMBAGAAN PARTI BEWAK KE PERLEMBAGAAN KURAN DAN HADIH. KALU PELEMBAGAAN JAHAT LAGU BEGHOK KONGKEK IBU AYAM........ SAMPAI MAMPUIH IDUP KELIK PON BEWAK2 TOSAH DOK ANGAN2 LA.
    HADUUUUUIIIIH.........PROOOOOOOKKKK...HAH BAGI KENTUK SEBIJI WAT TANDA PERSOBATAN KITA.

    he he he
    gurau ngan...bewak pon bewak laaaaaa.

    ReplyDelete
  9. jangan bersatu dengan puak pas..puak pas penipu. mereka gila kuasa. lagipun terlalu banyak dosa memfitnah mereka kepada umat islam lain.mereka juga bukan orang melayu.nik aziz sendiri benci dengan bangsa melayu. mereka menjual agama untuk kepentingan duniawi.mereka patut diperangi sehingga titisan darah yang terakhir.

    ReplyDelete
  10. Pisang tidak akan berbuah dua kali. Untuk bersatu MUSTAHIL akan terjadi.

    Umno dah berasa bahang PRU 13 yang mana masalah rakan-rakan (MCA, MIC , PPP )yang kian parah akan memberi tamparan hebat kepada BN.

    PM pun dah memberi nasihat kepada MIC dan MCA supaya segera menyelesaikan masalah dalam mereka.

    ReplyDelete
  11. Sahabat semua, kalau menjadi raeliti bersatunya Melayu PAS dan UMNO mengapa perlu digusarkan.... apa yang jelas Melayu PKR serta erdogan PAS macam lord reid yg paling takut kalau ianya berlaku, sebab itu bermacam-macam kutukan pual-puak ini hamburkan...

    PAS jgn mendabik dada konon nak wujudkan negara Islam bersama DAP-PKR, tak payah berselindung disebalik agama semata utk menipu umat Melayu... puak-puak PAS jangan terlalu takbur memberi komen di atas saranan ahli-ahli panel ini... UMNO sejak dulu tidak gentar untuk terus berjuang menegakkan maruah bansga dan agama Islam walaupun tidak meletakkan Islam pada nama macam PAS..... apa ertinya menyebut Islam, kalau sekadar menjadi anjing suruhan kafir DAP serta barua yahudi...

    ReplyDelete
  12. NAK MUNTAH SIKIT HAIH HUWWEEEEEEEEKKK...HUWEEEEK....HUWEEEEEEKK.
    FUHHHHHHH LEGA SIKIT.

    HADUIH NYESAL AKU MAI DOK BACA ATIKEL BEWAK YANG DOK DALAM GUA NI.

    NENTAH APA2 YANG DITULIH. AKU BUKAN TAK PAHAM TULISAN MERAPU TADAK FAKTA NI. KALU DAH JADI BEWAK IQ GHENDAH MANA BULIH NAK TULIH BEIK2.
    KOTOQ LAGU TAIK DALAM PURONG LA.

    GELAK SIKIT BULIH KAN KAN KAN KAN KAN......HU HA HA HU HA H A HU HA HA HA .

    he he he
    gurau ngan...bewak pon bewak laaaaaaa.

    ReplyDelete
  13. Anjing DAP menyalak lagi....... kurang dapat tulang kot... berapa hinanya jadi anjing-anjing yg hanya tahu menyalak mcmcm lord reid ni...

    ReplyDelete
  14. Salam, betul tu bro anon, tu banyak huweek hukwekk si lord reid tu bunyi macam anjing gantal badan sebab kurap penuh je!!! kah!!!

    UMNO jenis kesian.... jenis baik... kali ni mungkin UMNO nak bagi peluang kat puak PAIH unt merasa jadi pak menteri yang dikemarukkan oleh puak PAih sejak selama - lama nya, kut kali ni bila UMNO bagi ruang ada lah dapat peluang.

    ReplyDelete
  15. ALOO YANG GAMBI......

    DAH MAMPUIH KA HANG NI SAMPAI TAK APDET BLOG HANG NI. GIAN AKU DOK NANTI NAK KOMEN.

    he he he

    ReplyDelete
  16. Dato Seri Najib dah kata dah... TIDAK kppd perpaduan antara UMNO+PAS.....hangpa nak kata apa lagi... jgn nak melawan...

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Malaysia menjadi negara pengamal dasar lslam:

    1 Apakah yg dimaksudkan dgn dasar lslam? Tidak lain ialah sistem hukum syara' atau syariat, yang mnjadikan semata-mata al-Quran & as-Sunnah sbgai sumber utama bagi perlembagaan & undang-undang. Kemudian, dlm hal-hal khilafiyyah, maka diistinbat hukum-hukum baru [oleh mujtahid] dgn merujuk kpd ljma' Sahabat & Qias.

    2 Di seluruh dunia pada ketika ini, tidak ada satu pun negera umat lslam yg menjalankan dasar atau sistem lslam ini, kerana semuanya telah mengambil dan mengamalkan sama ada sistem Demokrasi-Kapitalis [spt Malaysia], atau sistem Sosialis-Komunis [spt beberapa negeri umat lslam bekas jajahan Soviet], atau cantuman drp isme-isme Demokrasi & Sosialisme [spt Mesir & Yaman], atau sistem otokrasi-monarki-demokrasi [spt Arab Saudi & beberapa negara Arab lain di Timur Tengah, atau Libya]

    2 Negara manakah yg menjadi contoh pengamal dasar/sistem hukum lslam ini? Cuma dua, tapi kedua-duanya telah tiada sekarang; iaitu, [i] Negera lslam yg didirikan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah dan [ii], yg kemudian sistem bertatanegara 'ala minhaji an-Nubuwwah [di atas jalan kenabian] ini diwarisi oleh Khulafaur Rashidin yg empat itu, & diteruskan pula oleh para Khalifah Bani2 Umaiyyah, Abbasiyyah, hinggalah era Empayar Ottoman [keKhilafahan Uthmaniyyah] di Turki, yg diruntuhkan pada thun 1924 oleh kafir penjajah British dgn bantuan pembelot besar laknatullah 'alaih, Mustafa Kemal.

    3 Sejak dari tahun 1924 hingga sekarang, sistem atau dasar lslam itu - sistem kehidupan [ad-deen] yg Allah SWT wajibkan ke atas bahu umat lslam mendirikannya; sistem yg Allah sendiri janjikan sebagai rahmat[an] lil 'alamin - sirna dari muka bumi.

    ReplyDelete
  18. 4 Sirnanya dasar/sistem lslam tidak lain kerana kelicikan tipu daya, panjahan minda, atau paksaan/ugutan oleh penjajah memasukkan ideologi kufur mereka, iaitu Sekularisme dgn segala cabang-cabangya spt demokrasi, sosialisme-komunisme, etheisme, pluralisme, kapitalisme, liberalisme, prgamatisme, dsb, ke dalam kehidupan umat lslam, sehingga ideologi kufur itulah yg akhirnya dijadikan ad-deen [sistem/ ideologi kehidupan] mereka, sekalipun agama lslam tidak mereka buang terus. Namun, tinggallah pendukungan lslam kini hanya sekadar agama ritual [ibadah-idadah khusus] belaka.

    5 Kemasukan & penerimaan kpd ideologi2 kufur ini ditembah-mudahkan lagi oleh kelemahan umat lslam sendiri dlm membezakan yg manakah ideologi yg Allah hakkan kpd mereka, iaitu ideologi lslam yg telah dicontohkan oleh Nabi s.a.w. & para Khalifah itu, dan yg manakah yg Allah haramkan bagi mereka, iaitu ideologi thaghut ciptaan kaum kuffar. Malangnya, contoh-teladan ideologi yang paling murni bagi bertatanegara, ideologi yg bersumberkan wahyu, peninggalan Rasulullah s.a.w yg amat jelas & nyata, gagal dilihat dengan teropong akidah. Yg Allah haramkan juga - sistem thaghut ciptaan kafir Barat yg memang dilahirkan utk membunuh & menghancurkan dasar/sistem lslam - yg dipilih dan diusung oleh umat Muhammad s.a.w ini.

    6 Bukan kerana UMNO bersatu dgn PAS, Malaysia akan menjadi pengamal dasar/sistem lslam. Tegak atau tidaknya dasar/sistem lslam ditentukan oleh: adakah PAS & UMNO redha kpd sistem yg Allah wajibkan itu, iaitu sistem ideologi lslam 'ala mihaj an-Nubuwwah, lalau melontar sejauh- jauhnya sistem thaghut yg ada sekarang, ataukah mereka masih redha dgn sistnm yg ada sekarang, iaitu sistem Sekular-Demokrasi-Kapitalis, yg tidak pernah akan terjumpa sumbernya drp al-Quran atau as-Sunnah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  19. Salam,

    Sdra Kuda Perang Sat 17 Julai, & yg sependapat,

    1 Dgn semurni-murninya, agama Allah [lslam] yg kita anuti ini mengajarkan kita supaya menerima hanya yg haq [kebenaran], sekalipun ia tidak sesuai dgn kehendak peribadi kita, & menolak yg bathil, sekalipun kita menyukainya.

    2 Demikianlah, dalam mengambil atau menolak pendapat orang, walau siapa pun dia, kayu ukur [standard] bagi kita umat lslam, ialah apa yg agama kita benarkan [halalkan], & apa yg agama kita larang [haramkan], bukan apa yg manusia kata, sebab apa yg manusia lahirkan drp akalnya bukan semestinya sejalan dgn kehendak syara'.

    3 Manolak pendapat seseorang jika pendapatnya itu bertentangan dgn syara', hukumnya wajib. Lalu kita muhasabahi dia supaya kembali kepada kebenaran, dan supaya dia membuang pendapatnya yg bathil itu pula.

    4 Lihatlah bagaimana Allah AWT mmbimbing Rasul-Nya, yg juga wajib kita jadikan pegangan & tuntunan kpd akal & akidah kita, melalui firman-Nya, maksudnya, "Dan jika kamu menuruti kebanyakan manusia yg ada di muka Bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah" [al-An'am (6):116].

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  20. Salam, YG,
    Diharapkan akan terbukalah hati pemimpin kedua belah pihak, kerana jika berbalak tidak ada kesudahannya.

    ReplyDelete
  21. "SIRI SELAMATKAN RAKYAT SELANGOR"
    Ceramah isu pasir dan DSAI
    23.07.2010 jam 8.30 malam
    di Dewan Tabika Kemas,
    Jalan Gelama 17/24
    Seksyen 24, Shah Alam

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..