Friday, June 12, 2009

FELDA 1 DI DUNIA ( siri 4 ) – Nasruddin menyerlahkan kematangan seorang pemimpin muda PAS




Dalam siri 2, kawan memaparkan Nasruddin Hasan (Tantawi), seorang anak peneroka FELDA yang menyerlah apabila keluarganya yang berasal dari negeri Kelantan berhijrah ke salah satu tanah rancangan FELDA di Keratong 5, Pahang, perpendidikan Ijazah dari salah sebuah Universiti di Mesir.

Apa yang hendak kawan paparkan hari ini, bagaimana Nasruddin telah menunjukkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, seimbang dengan pengajiannya di Mesir yang terkenal dengan pengajian Islamnya. Pada pandangan kawan, sememangnya wajar kalau pun beliau dipilih menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tanpa dipertandingkan.

Semalam, Nasruddin telah menyerlah ungkapan sebagai seorang ulama muda sebenar apabila menyatakan, “ pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghurmati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Abdul Hadi Awang “.

Selaku ulama muda, Nasruddin akur dengan Firman Allah dalam Al Quran, yang bermaksud, "hendaklah kamu berkerjasama dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu berkerjasam dalam perkara jahat dan dosa".

Seorang pemimpin muda, Nasruddin akur, taat dan setia kepada Presiden parti, seiring dengan ajaran Islam “wajib mentaati pemimpin“, walau pun dikecam serta dibidas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai “boneka UMNO“. Kata Nik Aziz, “suara sumbang dari dalam PAS yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas“.

Kawan pun keliru dengan kata-kata dari tuan guru atau ulama seorang ni, siapa sebenarnya pemimpin dalam parti PAS ? Adakah ianya Ketua Dewan Ulama, Mursyidul Am atau Presiden ?

Kawan pasti, sudah tentulah Presiden adalah pemimpin tertinggi PAS, maka adalah wajar Nasruddin akur dan taat kepada Presiden, maka kenalah pada tempatnya kalau Nasruddin mempertahan idea Dato’ Sri Abdul Hadi Awang.

Kawan terasa hairan, mengapa seorang yang bergelar Tuan Guru macam Nik Aziz mengeluarkan perkataan “boneka UMNO“ terhadap orang macam Nasruddin yang patuh dan taat kepada pemimpin ?

Adakah Nik Aziz juga salah seorang daripada kumpulan-kumpulan erdogan yang ada dalam PAS ? Kumpulan erdogan yang lebih redha patuh dan akur dengan DAP, atau pun boleh dipanggil “BONEKA DAP“. PKR pula, semua orang dah tahu, termasuk orang-orang dalam PKR pun tahu, PKR sebagai talibarut DAP.

Berbalik kepada kisah Nasruddin, semasa menyampaikan ucapan penutup dalam muktamar PAS ke 55 yang lalu, kawan tertarik juga dengan beberapa perengan kata Nasruddin, antaranya, “walaupun PAS benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah “.

Kawan berpendapat, PAS tidak sepatutnya terus menyemaikan perasaan benci kepada UMNO, kenapa tidak ? UMNO adalah terdiri dari orang-orang Melayu yang juga beragama Islam, orang-orang UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang (kalau nak kata orang UMNO ramai tak semabahyang, orang PAS pun ramai yang ingkar), berpuasa, berzakat dan juga menunaikan haji macam orang-orang PAS, macam pemimpin-pemimpin PAS.

Semua amalan manusia dengan Allah bukan ditentukan atau dinilai oleh UMNO atau PAS. Kalau hendak melebelkan bahawa UMNO itu kafir juga bukan hak mutlak PAS, adakah UMNO lebih kafir dari DAP ? Kawan rasa semua orang tahu bahawa, menuduh seseorang mukmin itu kafir adalah salah, hanya Allah sahaja yang mempunyai hak untuk menentukan serta menilai amalan seseorang hambanya di atas muka bumi ini.

Kesimpulannya, adalah tidak wajar bagi PAS membenci UMNO, merujuk kepada kata-kata Nasruddin juga, kawan rasa lebih baik golongan-golongan yang ada dalam PAS meneliti apa maksud sebenarnya yang dikatakan "KERAJAAN PERPADUAN"

Sebagai seorang Islam tulen, TIDAK baik kita mendahulukan prasangka buruk sebelum sesuatu perkara itu dikaji serta diperhalusi terlebih dahulu. Boleh jadi juga Nik Aziz dan sesetengah erdogan PAS merasakan akan kehilangan kuasa jika mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO ?

Kalau itulah yang sebenarnya tersirat dalam hati erdogan-erdogan PAS, bermakna PAS sebenarnya bukan berjuang diatas landasan Islam sebenar, PAS hanya mempergunakan Islam sebagai lambang untuk menipu serta memutarbelit umat Islam di Malaysia.

ATAU, Tuan Guru Nik Aziz merasakan akan kehilangan jawatan Menteri Besar Kelantan, jika Hadi Awang meneruskan juga idea Kerjaaan Perpaduan ?

Terserah apa yang tersirat dalam hati Tuan Guru, dia yang dipanggil Tuan Guru yang sesetengah penyokong PAS melebelkan “ WALI “ kalau ada sifat-sifat seperti itu………..

Nasruddin, selaku ulama muda perlu lebih ikhlas dan tulus dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam tanpa menyimpan prasangka buruk terhadap sesama Islam, paling utamanya ditengah-tengah masyarakat FELDA, sifat-sifat perpaduan yang telah sedia terjalin dikalangan masyarakat FELDA, tidak kira bangsa, agama, negeri, daerah mahu pun berlainan fahaman politik perlu dieratkan lagi. Itulah selama ini yang telah di semai oleh FELDA...........

Thursday, June 11, 2009

FELDA 1 DI DUNIA (siri 3 ) - Mazlan Aliman, pembela nasib peneroka-peneroka FELDA ?

Apa yang penting, kawan merasakan diri kawan dapat hidup sebegini bersama keluarga tidak merempat di bumi sendiri, anak- anak dapat belajar sampai ke IPTA, sejak dari ibu bapak, adik beradik 9 orang hingga kepada kawan sendiri, bukan kerana kawan pandai berbodek dengan FELDA atau Pengurus-Pengurus FELDA, tetapi kerana kawan bersyukur dan berterima kasih kerana diberi tempat untuk mengharungi kehidupan sekeluarga.

Terpanggil juga untuk menyambung tulisan siri FELDA 1 DI DUNIA, apabila kawan membaca blog sahabat dalam LKTP1238 suara genarasi FEELDA. Kawan tak kisahlah, apa yang nak dikatakan oleh kalangan sahabat-sahabat peneroka FELDA atau pun anak-anak peneroka sendiri terhadap diri kawan, nak kata kaki bodek ke, kaki ampu ke dengan FELDA, itu terserah pada andaian masing-masing.

MAZLAN ALIMAN, terkenal dikalangan peneroka-peneroka FELDA, terutama yang menyokong PAS, terkenal juga dikalangan peneroka-peneroka yang tidak mahu bernaung dengan FELDA (tetapi masih duduk di FELDA) sebagai Pengerusi Anak-Anak Peneroka Kebangsaan dan baru-baru ini terpilih AJK PAS Pusat di Muktamar PAS ke 55. Syabas dan tahniah…………..

Tidak mustahil kalau ada yang mengatakan Mazlan terkenal dan tidak mustahil juga kalau dalam Muktamar PAS ke 55 ada usul PAS perlu menyumbang RM1 juta untuk dana Mazlan dalam menjalankan kegiatan-kegiatan menawan hati para peneroka FELDA agar menyokong PAS. Begitulah kepercayaan PAS sekarang terhadap Mazlan bagi membantu perjuangan PAS di dalam masyarakat FELDA, apa lagi bila bekas Menteri Kabinet UMNO Dat’ Fauzi Abd Rahman (abang ipar Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia & Alam Sekitar), bersama-sama dibelakang, dulu masa dalam Kabinet UMNO, Dato’ Fauzi tak pernah pun jengok-jengok ambil tahu masalah peneroka FELDA. (kawan kenal sangat dengan Dato’ Fauzi ni…..).

PERSOALANnya, apakah Mazlan benar-benar menyampaikan perkara yang benar dan jelas kepada peneroka ? Tidakkah hanya sekadar untuk glamour dengan tugas-tugas menghasut, memfitnah, memburuk-burukkan pemimpin kerajaan, menanamkan semangat benci membenci, memecahkan perpaduan dikalangan masyarakat FELDA sahaja ?

Fitnah 1 : Mazlan mendakwa Pengerusi FELDA, Yusuf Nor menerima bayaran elaun sebulan tidak kurang RM100,000.00, kerana memegang pelbagai jawatan dalam anak-anak syarikat FELDA, selain elaun tetap sebagai Pengerusi FELDA.


Kalau dakwaan Mazlan benar dan terbukti, mengapa hanya membawa cerita ke hulu ke hilir menjaja isu ini, tidak kah selaku Pengerusi ANAK, beliau boleh terus berjumpa atau hantar surat kepada Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Ahmad Maslan, baru-baru ni Ahmad Maslan datang melawat FELDA di Pahang, kenapa Mazlan tak nak jumpa ? Nanti boleh diganti orang lain, pemimpin-pemimpin Pahang ramai yang boleh diharap untuk jadi Pengerusi FELDA, lagi pun Pahang yang paling banyak FELDA. Ramai pemimpin Pahang yang ada pengalaman dengan FELDA, banyak jasa dengan FELDA, contohnya, Dato’ Haji Hasan Arifin (bekas ADUN Bukit Ibam/Tim Menteri Besar Pahang) dan ramai lagi lah……….

Fitnah ke 2 : Berkenaan hutang-hutang Peneroka dengan FELDA, bagi kawan hutang wajib dibayar, kita dah berhutang, dengan sesiapa pun wajib kena bayar, kalau takdir kita mati, waris-waris kita wajib juga melunaskannya. Mengapa Mazlan jadi bodoh, macam orang buta agama pulak ?

Peneroka wajib membayar hutang-hutang pembangunan ladang dan rumah, mana ada syarikat kewangan di Malaysia ini yang luluskan pinjaman macam itu tanpa cagaran, peneroka hanya bawak kad pengenalan, surat nikah, sijil lahir anak-anak, tikar bantal, periuk belanga dan terus je masuk dalam rumah. Kenalah bayar sahabat oiiiiiiiii………….. Peneroka yang datang ke FELDA bukan semuanya ada harta benda, kebanyakan papa kedana juga, mana ada bank-bank nak percaya kat orang-orang Melayu. Kawan tidak nafikan ada juga peneroka yang berhijrah ke FELDA dari kalangan orang kaya, kerana nak tambah kekayaan, deme masuk lah FELDA, lepas tu kutuk FELDA, tulah perangai orang-orang Melayu…..

Pinjaman membesarkan rumah, dari RM30 ribu ke RM50 ribu, kita nak membesar dan mencantikkan rumah untuk anak-anak dan keluarga, tanpa cagaran dan faedah tinggi, kenalah bayar, tak kan nak percuma kot……….. kalau dengan bank, lambat bayar tambah bunga, tak bayar lansung rumah kena sita, kena istihar bengkrap………..

Fitnah ke 3 : Rumah untuk genarasi kedua FELDA, harga mampu beli, kenapa Mazlan tidak cerita perkara ini kepada masyarakat ? Mana nak cari lagi harga rumah dan tapak rumah bawah RM30 ribu ? Kalau ada anak-anak peneroka yang merempat, kawan tak tau lah, mungkin salah diri sendiri yang tidak mahu berusaha mencari tempat kehidupan, orang-orang Indon pun tahu nak mencerahkan hidup………. Kalau tidak ada tempat sangat nak buat rumah, kawasan rumah mak bapak pun boleh dirikan rumah, janji ada kemampuan, tak kan itu pun nak suruh FELDA atau kerajaan bantu ?

Mungkin Mazlan sengaja menyembunyikan, berapa banyak peruntukkan yang FELDA sediakan untuk genarasi kedua peneroka, berbagai-bagai bimbingan dan kursus untuk anak-anak peneroka yang kurang bernasib baik dalam pelajaran, sejak kawan masih sekolah lagi. Kenapa anak-anak peneroka tidak mengambil kesempatan atas peluang yang disediakan FELDA ?

Bagi kawan, lebih baik Mazlan, kita bersama-sama memikirkan bagaimana untuk membenteras gejala dadah dikalangan anak-anak FELDA, sama-sama kita cari jalan memperbaikinya, sama-sama membantu penguatkuasaan menghapuskan pengedar, pembekal, peruncit dadah dikalangan anak-anak FELDA. Tauke-tauke Cina yang hidup hasil pengedaran dadah besar-besaran, perosak 80% anak-anak Melayu FELDA, kemanakah akan pergi genarasi muda ini untuk mewarisi kepimpinan Melayu di abad akan datang jika sudah hanyut dan hancur.


Jangan kita asyik nak menyalahkan kerajaan, menyalahkan ibubapa yang tak padai mendidik anak-anak

Fitnah ke 4 : Kerajaan Perpaduan UMNO vs PAS, mengapa Mazlan perlu memutar belit fakta sebenar dengan idea Haji Haji ni, UMNO menerima apa saja bentuk cadangan Kerajaan Perpaduan kerana hendak mengukuhkan kuasa Melayu, tak payahlah nak mencaci hina UMNO dengan isu ini, kalau PAS sudah tidak sudi, silakan dengan perjuangan PAS bersama DAP untuk memertabatkan Islam.

Setahu kawan, di Malaysia ini semua orang-orang Melayu beragama Islam, termasuk India Muslim, Cina Muslim, apa-apa bangsa yang muslim bernaung dengan nama Melayu. Apakah akan terbela maruah agama Islam, kalau bangsa itu sendiri mundur, lemah dan tanpa kuasa ?

Fitnah ke 5 : Apakah kerana adanya Mazlan sekarang baru nasib-nasib peneroka FELDA terbela ? atau baru sekarang Pengurusan/Pentadbiran FELDA sempurna dan berhati-hati menjalankan tanggung jawab ?

Kawan rasa silap besar kalau ada yang beranggapan begitu, dari dulu lagi wakil-wakil peneroka sudah memperjuangkan nasib peneroka dalam FELDA, pemimpin-pemimpin setempat bukan sahaja menyuarakan kepada FELDA, malah terus kepada Kerajaan. Cuba kita lihat, satu persatu kepentingan penroka diperbaiki oleh FELDA dan Kerajaan, bukankah ini kerana suara-suara kepimpinan peneroka yang ada dalam FELDA ?

Kawan tak payah nak cerita, bagaimana suara kawan bertegang leher dengan pengurusan FELDA untuk membela nasib peneroka, sampai kawan nak kena sinkir dari FELDA, tapi akhirnya FELDA memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada walaupun berperingkat-peringkat, tak de pun nak buat ceramah malam-malam memberitahu orang ramai.

Pengurusan/Pentadbiran FELDA sekarang pun sudah ramai dari kalangan genarasi peneroka, kawan rasa mereka lebih arif pahit maung peneroka-peneroka FELDA. Apakah mereka-mereka ini juga tidak sedar diri, sanggup nak menganinya ibubapak mereka ?

Kesimpulannya, BERKATA BENARLAH wahai Mazlan serta pengikut-pengikutnya, kalau benar-benar ikhlas untuk menegak keadilan demi kebajikan peneroka dan genarasi FELDA. JANGANlah kerana untuk mencari keuntungan diri serta parti yang kita dukungi, kita termasuk dalam golongan orang-orang yang MUNAFIK.

Wednesday, June 10, 2009

Inikah habuannya ? – Bila pintu perpaduan ditutup, kekuasaan yang ditonjol

Beginilah jadinya kepada umat Islam, apabila Negara tempat berpijak, tempat berteduh tidak seiring budaya, adat dan agama yang diamalkan penghuninya, tempat diduduki hanya dianggap penumpang dinegara sendiri.

Begitu juga apabila sebuah Negara Islam berpenghunikan rakyat yang berpuak-puak, masing-masing ingin menonjolkan siapa lebih Islam dari keIslaman orang lain.

Bila kepuasan kehidupan tidak tercapai, terasa diri tidak mendapat keadilan, perbincangan tidak dihiraukan, perpaduan diketepikan, bila kekerasan dijadikan idola perjuangan.

Akhirnya, rakyat yang tidak berdosa menjadi korban, tidak kira siapa, kaum wanita, kanak-kanak, orang tua, tidak kira dimana, kekerasan tetap dilaksanakan demi mencapai kepuasan kumpulan yang hendak menunjuk kuasa


Di Malaysia, untung kerajaan cepat mengesan serta terus menghapuskan kumpulan-kumpulan pengganas seperti ini dari terus berleluasa bersikap kejam kepada rakyat.

INILAH HABUAN YANG DITERIMA MASYARAKAT



Masjid Al Furqan, Kg Air Tempayan – 50km dari Sungai Golok, Thailand



11 orang terkorban dan 17 cedera dalam Masjid ketika berjemaah solat Isyak, kezaliman sudah tidak mengena tempat lagi, janji sipelakunya merasa puas, sifat-sifat kemanusiaan sudah pudar dari hati seorang bergelar manusia.

Masing-masing menuding jari, pihak tentera menuduh perbuatan kumpulan pemisah Islam, penduduk menuduh pasukan tentera yang melakukan kekejaman terhadap penduduk Islam selatan Thailand.

Kalau perbuatan kumpulan pemisah Islam yang melakukanya, apakah mereka benar-benar pejuang Islam kalau membunuh ketika penduduk sedang menunaikan solat, dalam
Masjid pulak……………

Kalau anggota tentera,apakah motif sebenarnya sehingga sanggup membunuh orang awam yang tidak berdosa, sepatutnya tentera adalah pelindungan orang-orang awam, mengawal keamanan dari penceroboh dan musuh-musuh Negara.

Apakah ada pihak ketiga yang sengaja tidak mahu melihat umat Islam hidup bermasyarakat dalam harmoni, aman damai atau memang sudah wujud dari kalangan yang tidak mahu adanya penganut Islam di selatan Thailand.





Islamabad, Pakistan - 11 orang juga terkorban dan berpuluh-puluh tercedera, apabila Hotel Pearl Continental dibom.

Keganasan begini yang dianggap satu jihad sesetengah kumpulan yang menganggap diri mereka lebih Islam, maka dilihat keIslaman orang yang tidak sehaluan patut dihapuskan. Keghairahan ingin berkuasa, ingin menunjukkan kekuatan, maka kekerasan dan kekejaman juga dijadikan landasan.


Adakah golongan yang melakukan kekejaman ini merasa bangga, megah atau sudah mencapai klimaks kepuasaan ?

Itulah yang dihasratkan oleh kepimpinan UMNO sejak dari dahulu lagi, apa lagi bila Presiden PAS Dato’ Sri Hadi Awang mengeluarka idea Kerajaan Perpaduan dan bila Presiden UMNO Dato’ Sri Najib menyatakan sentiasa terbuka untuk perundingan, berbagai-bagai keji cerca dari puak-puak erdogan dalam PAS, kuncu-kuncu PKR dan DAP.

UMNO sekarng sudah lemah, kami mahu melihat UMNO runtuh ketanah, UMNO sudah merasakan ianya akan berkubur pada PRU ke 13 akan datang. Itulah ungkapan-ungkapan dari orang-orang yang takbur, merasakan mereka benar-benar sudah dapat meguasai Negara.

Itulah satu doa dari rakyat Melayu Malaysia yang mendapat hidup dengan sempurna hasil dari perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka.

Kumpulan ini tidak langsung berfikir, mengapa UMNO dan PAS perlu mengwujudkan Kerajaan perpaduan, UMNO datang dari orang-orang Melayu Islam dan PAS juga dari kalangan Melayu Islam. Tak tahu lah kawan, kalau PAS bermazahab yang berlainan dengan UMNO, mungkin UMNO pengamal Sunnah Waljamaah dan PAS pengamal Syiah, macam di Pakistan, dua puak ini berbunuhan antara satu sama lain.

Kawan rasa, bukan setakat pemimpin sahaja yang bekehendakkan perpaduan, malah lebih ramai yang mengharapkan perpaduan, kecualilah bagi mereka-mereka yang sebenarnya tidak mahukan perpaduan.

Kalau tak salahlah tanggapan kawan, kepimpinan mahukan PAS dan UMNO bersatu untuk mengukuhkan kekuatan bangsa seterusnya agama, supaya tidak mudah diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Kepimpinan UMNO mungkin bukan bertujuan untuk mengekalkan kuasa pribadi, tetapi untuk mengukuhkan kuasa orang-orang Melayu tanpa mengenepikan juga hak-hak bangsa lain yang berada di Malaysia ini.

Kepimpinan UMNO bukan semata-mata memujuk rakyat, memfitnah rakyat, membohongi rakyat macam Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim mempengaruhi, menghasut rakyat untuk membuat huru hara dalam Negara semata-mata untuk menyembunyikan perbuatan terkutuk diri dia dan untuk menjadi barua anasir-anasir luar demi kepentingan diri dia, menjadi barua kepada Negara-negara yang tidak mahu lihat ada sebah Negara Islam yang makmur, maju dan berjaya.

Cuba kita berfikir serta menghayati tanpa terlebih dahulu prasangka buruk akan idea kerajaan perpaduan ini. Mengapa DAP, PKR dan erdogan-erdogan dalam PAS begitu ghairah menentang ? Siapa pemimpin DAP ? Siapa menguasai PKR ? dan siapakah pula erdogan-erdogan yang ada dalam PAS ?

Terpulanglah kepada rang-orang Melayu Islam membuat andaian, kalau sudah keputusan untuk melihat sebuah parti Melayu yang selama ini memperjuangkan martabat Melayu Islam rebah ke bumi, silakan, tepuk dada tanya Iman anda….

Sesungguhnya UMNO tidak pernah merasa lemah, tidak peranah merasa hilang kekuatan,tidak pernah rasa kehilangan sokongan orang Melsayu, selagi Allah tahu hasrat serta niat sebenar pejuangan pemimpin-pemimpinnya………

Tuesday, June 9, 2009

SIS – PAS perlu pertahankan maruah

Usul PAS dalam muktamarnya yang ke 55 supaya mendesak Kerajaan Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan sebuah NGO Wanita iaitu SIS (Sister In Islam) jika terbukti menyeleweng dari akidah Islam.

PAS merasakan pergerakan SIS bertentangan dengan syariat Islam serta meminta ahli-ahli PAS yang terlibat menjalani program pemulihan. PAS juga mendakwa aliran Islam liberal yang dibawa SIS boleh mengelirukan pemikiran serta mengancam umat Islam dan meracuni akidah umat Islam terutamanya golongan muda serta berpendidikan sekular.

Kalau pergerakan SIS ini betul tidak menyimpang, tidak bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam yang terdiri dari golongan muda dan terpelajar, masakan PAS perlu membawa usul tersebut sampai keperingkat Muktamar tahunan.

Perlu diingat, perjuangan Pati PAS berlandaskan Islam, mempertahankan akidah orang-orang Islam salah satu daripada asas perjuangannya, adalah wajar usul ini diketengahkan untuk perhatian dan tindakan Kerajaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Peliknya, mengapa Teresa Koh kok, Ahli Parlimen DAP Seputih (pernah membuat kontrovesi berhubung azan subuh, menggangu ketenteraman awam) begitu bongkak tidak menghurmati keputusan muktamar PAS yang telah meluluskan usul tersebut tanpa bahas.

Cuba kita teliti komen Teresa Koh- kok ni, "Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP.

Apakah PAS kena tunduk dan akur kalau terbukti SIS sedang menjalankan kegiatan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ? Apakah kerana ingin berkuasa dan untuk mendapat sokongan DAP, PAS redha mengabaikan tanggungjawab mempertahanan akidah umat Islam ? Kalau tidak, buang saja perkataan ISLAM dari parti PAS………….

Apa kata Teresa Kok kok lagi, “ kerja mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat”. Dan lagi, "Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita (Pakatan Rakyat)," katanya.

Dan lagi katanya, “berharap PAS dapat berpegang teguh dengan janji dan amanah Pakatan Rakyat untuk memastikan hak dan kebebasan rakyat pelbagai pandangan di negara ini dijamin dan dilindungi".

Dan lagi, “Semua pihak, menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri ini” (tapi mengapa PAS masih menafikan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Islam ? pelik juga kawan….)

Lagi dan lagi, "Selama ini, kita semua berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan Umno dan BN. "Kita tidak harus meniru sikap mereka yang tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang yang berbeza pendapat," tambahnya.

Yang paling pelik, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dengan secara terbuka menyatakan bahawa PKR dan anggota Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.

Siapa Mustaffa ni ? kalau kerana nak pertahankan kuasa atau kalau si Mustaffa ni memang dah murtad, kawan rasa bukan hak Musaffa nak membantah usul PAS tersebut. Perhatikan dulu pergerakan SIS ni…………..

Kita tengok lagi apa kata si murtad ni, “PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahli PAS menjalani proses pemulihan” dan lagi katanya, “Sehubungan itu, PAS perlu diingatkan tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik”.

Dan lagi kata Mustaffa, “ cara yang betul ialah menyelesaikannya dengan berdebat secara matang dan bertamadun, dan bukannya menggesa pengharaman atau mengukum ahli-ahli persatuan terbabit”.

Kawan nak tanya dengan 2 orang ni, bukankah telah tercatat dalam perlembagaan Malaysia, bahawa Islam adalah agama rasmi Negara dan kalau tidak silap ada juga tercatat bahawa Malaysia memberi kebebasan beragama tetapi agama-agama lain tidak boleh mengembangkan agama mereka kepada orang-orang Islam di Malaysia.

UMNO sebenarnya sudah lama memerhatikan aktiviti SIS ni, kebanyakan ahli-ahlinya golongan wanita muda kristian berpelajaran tinggi, setakat ini ada juga golongan pelajar perempuan dari pengajian tinggi Swasta dan juga muslimat-muslimat PAS.

Mengikut maklumat, aktiviti SIS bergerak sungguh halus dan mendalam untuk menyerapkan ajaran-ajaran kristian dikalangan golongan muda dan terpelajar yang boleh merosakan akidah Islam. Rupa-rupanya PAS sedar juga akan perkara ini, syukurlah………….

Orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR benar-benar perlu sedar akan pengkhianatan ini, jaganlah kerana terlalu ghairah hendak berkuasa, terlalu ghairah hendak melihat parti orang Melayu UMNO jatuh tersungkur, terlalu ghairah menuduh UMNO menolak Islam, terlalu ghairah menuduh UMNO/BN melakukan kezaliman dan ketidakadilan, martabat agama itu sendiri hendak digadaikan ?

Andai katalah Pakatan Rakyat berjaya memerintah Negara, apakah PAS benar-benar berkuasa dalam Parlimen ? Apakah PAS mampu mempertahankan, menegakkan syiar Islam serta menubuhkan sebuah Negara Islam tulin? Sedangkan di negeri Kelantan pun PAS masih terkial-kial, inikan pula untuk satu Negara. Mampukah PAS memperjuangkan hak-hak orang Melayu Islam ? Kalau dengan usul SIS sahaja DAP sudah mempertikaikannya, apakah lagi perkara-perkara lain.

Adakah orang-orang Melayu Islam dalam PKR akan membantu PAS mempertahankan maruah Islam ? Kalau dah usul SIS juga PKR tidak menghurmati perasaan orang-orang PAS, malah meyokong DAP mendesak PAS membatalkan usul, apalagi berkenaan dengan hal-hal Islam yang lain.

Ingatlah, PKR hanya berjuang untuk mempertahankan Anwar Ibrahim, PKR hanya memperjuangkan kononnya Anwar telah dizalimi oleh kerajaan UMNO/BN, itu sahaja. DAP mengambil kesempatan di atas kebangkitan ini terhadap PKR, adakah PAS mahu terheret sama menentang keadilan malah mempertahan kebathilan Anwar ?

Presiden PAS, Haji Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin memang sudah lama sedar perkara ini, sebab itu timbul idea KERAJAAN PERPADUAN, tetapi oleh kerana ada golongan-golongan erdogan dalam PAS yang kuat mempengaruhi ahli-ahli PAS, maka Haji Hadi dan Nasha terpaksa mengenepikan idea tersebut.

Penyokong-penyokong tulen PAS perlu bersikap terbuka dan sedar tipu helah ini, pelawaan UMNO kepada PAS bukan kerana takut kalah PR akan datang, bukan takut hilang kuasa, bukan takut berkubur. Kalau sudah itu kehendak orang-orang Melayu,UMNO redha jika berlaku itu semua…….

Persoalannya, apakah PAS benar-benar sudah mampu mempertahankan hak-hak orang Melayu Islam dalm Negara ? Apakah PAS mampu menguasai DAP yang dibantu oleh PKR ? atau DAP yang sebenarnya menunggangi PAS dan PKR……..


Sunday, June 7, 2009

Melanggar peraturan dunia – Kereta ADUN PAS tersadai di lorong motosikal

Begitulah gayanya kalau tidak mahu mengikut peraturan, nak pakai peraturan sendiri, mungkin YB Mohd Anuar Sudin, ADUN Changkat Jong (PAS) merasakan ini peraturan dunia, tak perlu patuh, tak dapat dosa………..

Kawan agak terperanjat juga tengok gambar kereta YB ni, ingatkan YB-YB dari PAS, tak pakailah kereta-kereta mewah macam tu rupanya sama je nafsu amarahnya, entah-entah lebih dari YB UMNO kot ?. Mestilah ye……….. masakan jadi YB hanya nak naik motosikal, kereta proton tak stailo kata orang Pahang…….

Cuma kawan nak komen sikit pasal YB PAS ni, tak kan dia tak tahu itu jalan khas untuk motosikal sahaja, hak laluan kenderaan kecik pun awak nak tibai juga ke ?

Agak-agak kawan lah, begitulah juga sikap YB ni, hak rakyat jadi hak dia, masa ada kuasa nil ah kalau nak pulun habis, nanti bila rakyat dah tolak, tak ke susah nanti…….. Kalau dah di jalan raya pun deme dah tunjuk rakus, tak tau le kawan kalau dalam kerajaan, nasib baik Kerajaan Perak cepat-cepat BN ambik semula dari kuasa-kuasa rakus ni…….

Tu lah orang kata, kita jangan asyik bercakap takbur, ini undang-undang dunia, manusia yang mencipta untuk kepentingan pemimpin tertentu, yang perlu kita patuhi hanya hukum dari Al Quran. Undang-Undang dan peraturan dunia juga kita kena ikut YB, orang kata untuk menjaga keselamatan orang ramai………

PR - telah menghapuskan sifat-sifat wajib mematuhi dan mentaati pemimpin di kalangan penyokong-penyokong PAS







Walau pun usul dari Dewan Ulama, supaya jawatan kanan parti diperuntukkan kepada golongan ulama telah ditolak oleh Pengerusi Jawatankuasa Usu Muktamar PAS, Mahfuz Omar. Walau pun sidang Dewan Ulama telah meluluskan usul tersebut dibawa ke sidang mukatamar dan dengan secara terbuka Datuk Hasan Ali, Persuruhjaya PAS Selangor meluahkan rasa kesalnya di atas penolakan usul tesebut yang sepatutnya dibincang serta dibahaskan.

Bukankah Tuan Guru Nik Aziz selalu megingatkan bahawa “ ULAMA ITU PEWARIS NABI”, disitu menjelaskan bahawa golongan-golongan bukan ulama yang selama ini ingin menumpang kekuatan PAS amat takut jika usul ini diterima dan diluluskan para perwakilan. Gambaran sebenar sudah jelas bahawa PAS sudah diserap pengaruh-pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengenepikan pimpinan ulama.

Firasat Mahfuz memang tepat, apabila beliau mengambil keputusan menolak usul tersebut, buktinya apabila para perwakilan telah memilih golongan ulama bagi jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dengan mengenepikan “kumpulan erdogan” Husam Musa dan Mat Sabu.

Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden (masih ada segan silu orang nak cabar) dan Nasharuddin Timbalan Presiden kali ini nampaknya akan menghadapi jalan sukar mempertahankan amanat Sunah Rasul yang selama ini disemaikan disudut hati ahli-ahli PAS bahawa setiap umat Islam “wajib mematuhi dan mentaati pemimpin”.

Sifat-sifat wajib mematuhi dan mentaati pemimpin dan Tok Guru yang selama ini sering diperingatkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi sendiri kepada penyokong-penyokongnys terutama di Kelantan dan Trengganu telah menampakkan ada golongan-golongan yang sudah mula cuba mengikiskan sifat-sifat itu.

Di muktamar tahunan PAS, Tuan Guru Haji Hadi dalam ucapan telah mempertahankan ideanya berhubung dengan pembentukan kerjaan perpaduan yang dianggapnya mampu menyeleaikan masalah Negara. Haji Haji juga menyuarakan bahawa, walau PAS tidak memerintah Negara, PAS akan menjadi penasihat kepada kerajaan dan bukannya pembangkang yang membuta tuli. Katanya lagi “mesej PAS supaya perubahan dilakukan dengan Islam dan UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik.

Husam dengan bongkaknya terus mengenepikan hasrat Presiden Tuan Guru Hadi Awang, apabila tegas dengan pendiriannya menyatakan megwujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti PAS. Husam juga berkata “ cadangan itu tidak sesuai, kerana tidak mahu PAS menjadi KUDA TUNGANGAN UMNO” dan jika kedudukan kerusi PAS dengan UMNO tidak setaraf ".

Husam tidak sedar rupanya, PAS sedang ditunggangi DAP dan PKR di Perak, Pualau Pinang dan Selangor. Husam tidak sedar atau buat-buat tidak nampak ? Apakah Allah SWT benar-benar telah membutakan mata, mentulikan telinga Husam sehingga tidak sedar PAS dijadikan kaldai tunggangan ? Atau Husam sebenarnya kader Anwar sebagai guru kake bagi melatih golongan muda dalam PAS. Cuba Tanya Husam, adakah sekarang ini kerusi-kerusi PAS sama taraf dengan PKR dan DAP ?

PAS sebenarnya telah diserapi elemen-elemen politik Anwar yang mahu mengenepikan golongan ulama dalam PAS, Anwar mahukan PAS dikuasi ulama-ulama macam dia, boleh menghalalkan apa sahaja mengikut nafsu luar tabienya.

Begitulah juga Anwar menyerapkan nilai-nilai licik dan jahatnya dalam UMNO dulu, secara halus dan tanpa disedari Anwar mengkaderkan golongan ulama, pensyarah pengajian tinggi, guru-guru, ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, belia dan pelajar, sehingga mereka ini tidak dapat lagi menilai buruk baik terhadap Anwar.

Berjayanya Anwar dan kuncu-kuncunya berperanan terserlah apabila Tun Mahathir menyingkirkan Anwar, beribu kader-kader Anwar seolah-olah sudah hilng ingatan berdemonstrasi ganas membantah pemecatan Anwar. Kader-kader ini sudah tidak mahu menerima kemungkaran yang Anwar buat, melainkan baik belaka, walaupun satu persatu pertunjuk dari Allah menyerlahkan sifat buruk Anwar.

Kini, juga terserlah dalam PAS, apabila dilihat golongan muda PAS dan sebahagian peminat Anwar dalam PAS telah mula tidak mematuhi ajaran dan amanat Tuan-Tuan Guru dalam PAS. Kalau dulu, Tuan Guru Nik Aziz selelalu mengingati anak-anak buahnya, “ mengingkarai arahan Tok Guru, berdosa dan akan masuk neraka jahanam” nampaknya sudah tidak boleh diterima lagi…….


Friday, June 5, 2009

PAKATAN RAKYAT – PAS sibuk bermuktamar, PKR sibuk menyambut kemenagan Penanti, DAP mula mengorak langkah menunjukkan kuasa……….

Dalam masa PAS penuh ghairah, bersemangat menyempurnakan Muktamar ke 55, dalam keriangan PKR menyambut kemenangan PRK Penanti, dengan kemegahan orang-orang Melayu dalam Pakatan Rakyat meyambut perlantikan Dr Mansor ADUN baru Penanti dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. DAP sudah mula menunjukkan sifat-sifat sebenar mereka yang dipendamkan selama ini, inilah masanya DAP menunjukkan taring di atas kebodohan-kebodohan Melayu dalam PKR dan PAS.

DAP kata, “ tak pe lah, dapat Pulau Pinang saja, Perak pun gua sudah terlepas, Selangor tak pe, kasi can sama dia olang dulu, gua kasi kuat Penang dulu “. Itulah nasib bila dah BERSEKEDUDUKAN, tanpa sijil perkawinan…..akad nikah ( nanti PAS marah pulak, tak Islam )........

BERSEKEDUDUKAN, memang kerja seronok kata orang, tak payah fikir nak dapat anak berbilang-bilang, tak payah nak fikir pasal masa depan berkeluarga, yang penting masing-masing puas dan nikmat sudahlah………….. BERSEKEDUDUKAN terjalin macam-macam sebab, ada yang kata pasangan deme penuh nikmat, ada yang kata masing-masing berlainan agama, tak boleh berpoligami, ada juga kata pasangan deme banyak harta, ber-uanglah katakan………yang paling mudah deme kata “ lu suka, lu boleh tunggu, lu tak suka boleh cau maa………., gua sudah dapat apa gua mau maaa…… “

BERSEKEDUDUKAN dalam Pakatan Rakyat, kalau deme kata deme ikhlas untuk bersatu menentang ketidakadilan dalam Negara, mengapa DAP sehingga sekarang tidak pernah menyuarakan agar mereka didaftarkan dibawah satu lambang ? Macam Barisan Nasional !!!!!!!!!!!, bertanding dibawah satu logo satu bendera ?

Mengapa PKR tidak juga mahu bersuara ? Pemimpin PKR hanya tahu membawa cerita fitnah, memburuk-burukkan kepeimpinan UMNO dipelusuk kampung. PAS juga, kawan masih belum dengar lagi dalam mukatamar ke 55 yang sedang berlansung ni, ada satu usul dari para perwakilan mendesak kepimpinan PAS mendaftarkan Pakatan Rakyat bawah satu parti. Cakap je berdegar-degar yang boleh harap, sampai jatuh serban, kupiah dari kepala………….

Kesempatan itulah yang diambil DAP semalam, apabila DAP menunjukkan kuasa dalam perlantikan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Prai, Pulau Pinang. Lapan orang Ahli MPSP PKR hanya mampu memboikot majlis upacara angkat sumpah YDP baru didepan Lim Guan Eng, Ketua Menteri. Apa kata DAP pada orang PKR lapan orang ni “Lu tak suka, lu boleh cau maaaa….” Padan muka deme………

Itulah yang kawan gelar deme semua BERSEKEDUDUKAN, DAP dah mula tunjuk taring, DAP sudah mula tunjuk kuasa tanpa perlu berunding dengan pasangan-pasangan bersekedudukan mereka.

DAP tahu, Anwar tidak boleh membantah, Anwar ibarat kerbau dicucuk hidung. Anwar berani ke nak melawan, sedangkan dia dah buat macam-macam masalah, Anwar tahu yang nak bela di mahkamah nanti semua peguam-peguam DAP, maut nanti Anwar……………… itulah cara DAP untuk menapak di Malaysia, gunakan pemimpin Melayu yang bermasalah, pecahkan perpaduan Melayu, kemudian perintah………..

Kawan tidak menafikan semasa Pulau Pinang diperintah BN, UMNO memberi kuasa kepada GERAKAN menerajui negeri, tetapi GERAKAN dan MCA tidak rakus macam DAP. GERAKAN dan MCA pandai menghurmati kepimpinan UMNO/BN, setiap tindak tanduk pemerintahan negeri, mereka berbincang sebaik-baiknya dengan UMNO sebelum membuat keputusan, GERAKAN dan MCA juga tahu diri untuk menghurmati kepimpinan tertinggi UMNO/BN.

Orang-orang Melayu dalam PKR dan PAS perlu sedar ini semua, jangan kerana terlalu fanatik dengan Islamnya PAS, terlalu fanatik dengan Anwar, deme semua dipergunakan oleh orang lain untuk mendapatkan kuasa, jadi-jadilah deme semua sentiasa ditipu Anwar……… Anwar semata-mata nak menutup kejahatan yang dia buat sendiri, dia sanggup buat apa saja termasuk jual bangsa, agama dan Negara asal tercapai cita-cita dia, deme juga yang meyesal nanti……….

ULAMA PAS - HARUS BERBAIK-BAIK DENGAN ORANG-ORANG UMNO ?

Kawan tertatrik juga dengan beberapa ungkapan Mohamad Daud Iraq, mantan Ketua Dewan Ulama PAS. Beliau begitu serius nampaknya agar PAS dapat berbaik-baik dengan orang UMNO atas dasar sesama Islam, sedangkan dengan orang bukan Islam PAS boleh berbaik-baik untuk berdakwah, apakan lagi sesame Islam.

Kawan bukan nak membangkit kisah-kisah lama, tapi apa yang berlaku, itulah yang sebenarnya yang dilakukan PAS terhadap UMNO. Mengapa orang-orang PAS terlalu membenci UMNO, sehingga melihat DAP adalah sahabat yang terbaik PAS ? Mengapa golongan muda PAS begitu ekstrim sekali memusuhi UMNO ?

Cuba kita ingat betul-betul, tidakkah seawal tahun 80an lagi, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS sekarang yang telah membuat fatwa bahawa UMNO itu kafir, darah orang-orang UMNO halal kalau jatuh ke bumi. Kenapa UMNO itu dikatakan kafir, kerana UMNO bersengkokol dengan MCA dan MIC, bukan begitu Tuan Guru ?

Semaian perasan benci yang dipupuk oleh Haji Hadi perpuluh tahun itulah menjadi pegangan orang-orang PAS terutama golongan muda sehingga sekarang. Mengapa tidak ?

Sejak tahun 80an PAS telah mendidik serta menyemai perasaan becnci kepada UMNO, pemimpin UMNO dan orang-orang UMNO ketika usia kanak-kanak berumur 5 tahun lagi.

PASTI – ini lah temapt PAS mula-mula menyemai perasaan benci terhadap UMNO, sifat-sifat kebencian telah disogok dalam pemikiran anak-anak yang berumur 5 tahun. Melatih anak-anak yang tidak tahu apa-apa membenci kepimpinan UMNO, mengenalkan gambar-gambar kepimpinan UMNO sebagai Firaun, zalim, kejam, terutamanya Tun Mahathirlah……….

Kanak-kanak PASTI dibenarkan memijak gambar pemimpin UMNO ketika hendak keluar dan masuk kelas, tidak mustahil pada pilihian raya umum pada tahun 1999, PAS berjaya memikat pengundi-pengundi muda untuk menyokong PAS. Inilah kader-kader yang telah dididik PAS melalui PASTI diseluruh Malaysia.

Bukan itu saja, PAS juga telah menggerakkan agendanya terhadap pelajar-pelajar muda di luar Negara, seperti Mesir dan Moroko. Kenapa tidak, setiap pelajar baru yang sampai ke Negara berkenaan akan ditarbiyah oleh pelajar-pelajar fanatic PAS, sehingga pelajar ini fikirannya mejadi hijau.

Sebab itulah pada era 2000 ini golongan muda PAS sudah tidak dapat dipulihkan dari membenci UMNO, sehingga tidak dapat lagi menilai sedikit kebaikan pun apa yang telah dibuat oleh UMNO, sehinggakan menganggap Ching Peng lebih baik dari Tun Mahathir.

Begitulah berjayanya PAS mentarbiyah golongan muda Melayu Islam, yang teruknya kepimpinan UMNO berterusan membentuk masyarakat muda ke jalan yang lebih sempurna.

PAS bertanggungjawab untuk membenteras kebencian masyarakat terhadap sesama Islam di Malaysia…… Ikhlas kah PAS ? Kawan rasa mustahil PAS akan melakukan ini semua, kerana PAS bimbang mereka tidak akan mendapat sokongan golongan muda untuk mencapai agenda PAS. Sebab itu PAS bersedia bersekongkol dengan DAP, walau pun DAP memusuhi Islam, PAS terpaksa telan apa yang pernah diperkatakan kepada UMNO dulu………..

Wednesday, June 3, 2009

Runtuhnya bumbung stadium – Patutkah Kerajaan dipersalahkan ?

Kawan terkejut dan dukacita dengan kejadian tersebut, walau bagaimana pun bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada berlakunya kehilangan nyawa atau cedera (cicak-cicak, tikus-tikus atau mungkin katak-katak nak buat macam mana ye, dah nasib….).

Memang agak memalukan Negara, merugikan duit rakyat, tapi nak buat macam mana, dia dah nak runtuh, banyaklah lagi benda-benda lain yang runtuh, bangunan yang nak diruntuh pun tak sabar nak runtuh sendiri, inikan pula benda yang memang sengaja orang nak runtuhkan. Macam Negara kita juga !!!!!!!!! dalam keadaan Negara yang begitu harmoni, aman damai, menjadi tempat orang menumpang senang mencari rezki ni pun ramai yang tidak bersyukur.

Macam-macam deme kata, Malaysia dalam keadaan gawatlah, dibawah rejim firaunlah, pemimpin UMNO/BN asyabiyahlah. Tapi yang sebenarnya, Pakatan Komunis Pembangkang iaitu PKR, DAP dan PAS (lepas ni kawan sebut PKP je) yang ingin sangat mengambarkan bahawa Negara kita ini huru hara, kacau bilau, kalau tak masakan deme asyik hasut rakyat buat tunjuk perasaan macam kat Perak tu…….. Kalau tak percaya, deme tengok blog-blog pro PKP, sampai ke deme gelar Najib Altantoya tak kan dapat menjejaki kegemilangan bapanya Alayarham Tun Razak. Takbur sungguh puak-puak deme ni, apa deme ni dah mendahului Qada’ dan Qadar Allah ke ?

Berbalik pada kisah stadium tadi, banyaklah puak-puak pro PKP ini cakap, ada yang suruh Exco Kerajaan Trengganu letak jawatan, ada yang kata Kerajaan merugikan duit rakyat, satu pembaziran besar yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN Trengganu, ada yang kata inilah projek rasuah kuncu-kuncu bekas MB Trengganu Idris Jusuh, macam-macam lagilah, ikut sedap mulut manusia takbur ni nak kata…….

Kawan rasalah, setiap projek pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN, tiada satu pun untuk menyusahkan, merugikan rakyat, semua yang dilaksanakan Kerajaan adalah untuk manfaat rakyat. Contohnya, pembangunan besar-besaran Putra Jaya, apa tak dikata keji oleh puak PKP ni, akhirnya apa yang rakyat semua lihat, Putra Jaya menjadi lambang kemegahan Negara. ( yang kawan pelik, masa tu Anwar Al Juburi tak bangkang pun).

Soal runtuhnya stadium di Trengganu, mengapa kita semua perlu meletak kesalahan kepada Kerajaan Trengganu atau pemimpin-pemimpin tertentu dalam kerajaan UMNO/BN ?

Betullah, kerajaan merancang untuk membina sebuah stadium bagi kemudahan rakyat Trengganu, tetapi adakah pemimpin kerajaan Trengganu pergi bertungkus lumus membangunkan stadium tu ? Deme kena fakir logic sikit, kerajaan Trengganu sudah pastinya memberi tanggung jawab kepada agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakannya, macam Jabatan Kerja Raya (JKR), Kontraktor, Konsulton, Arkitek dan macam-macam lagi lah……..

Siapa yang terlibat, tentulah Jurutera (macam Nizar) yang lebih bertanggung jawab, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, mereka ini mungkin ada juga terdiri dari manusia-manusia pro PKP, kalau gitu, tak mustahil puak-puak ni tak amanah, tak ikhlas dalam melaksanakan projek, tak mustahil puak-puak ni sengaja nak sabotaj projek kerajaan UMNO/BN ? Kalau kawan nak buat fitnah macam tu, apa-apa saja prasangka jahat kawan boleh kata deme ni…….

Walau macam mana pun biarlah kita tunggu Peawai-Pegawai Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) buat siasatan dulu, jangan kita semua sudah menghukum. Kawan rasa, SPRM sebagai satu badan yang diamanahkan, tidak mungkin mengkhianati amanah yang diberi, biar deme buat kerja dengan tenang, teliti dan bertanggung jawab……… ( puak PKP mungkin kata SPRM pun sama, ye lah sama juga macam pemimpin deme, pantang ada ruang kebas punya, kalau tak, tak kan DUN Penanti berlaku PRK)

Persoalannya, marilah kita sama melihat akan kebenarnya, jangan buat andaian yang boleh menjejaskan penyiasatan, kalau perlu mari kita sama-sama berdoa agar kebenaran itu diberi petunjuk Allah SWT……………



Tuesday, June 2, 2009

Khutbah Jumaat - Nik Aziz sokong guna khutbah untuk berkempen

Selama dua hari kawan tak dapat membuka blog, khidmat internet kawasan kawan ada masalah, alasan TM sedang membuat kerja-kerja menaiktaraf. Apa nak kata, kena terima la ye ……….. bukan macam deme tu, ada satu blog pro pembangkang sibuk membuat fitnah kat UMNO/BN, bila sistem streamyx kawasan deme tak memuaskan, itu lah kerja-kerja deme puak pembangkag ni, kerja lain tak de asyik nak fitnahkan UMNO saja…

Hari ni kawan ada terbaca satu rencana di akhbar, Nik Aziz menyokong Imam dan Khatib membaca khutbah Jumaat berkempen untuk parti PAS dalam menghadapi kempen PRK DUN Manik Urai. Nik Aziz kata “ Khutbah Jumaat yang disusuli degan bacaan ayat-ayat Quran yang bermaksud meminta manusia membuat keadilan dan perbuatan itu dilihat sebagai politik, sekiranya UMNO menolak penggunaan ayat Quran, bermakna menolak Islam “.

Begitu ke putar belit ungkapan yang terkeluar dari seorang Tok Guru, yang bergelar ulama tersohor ?

Kawan yakin, UMNO bukan menolak bacaan ayat-ayat Quran dalam khutbah, yang UMNO tolak isi-isi khutbah yang jauh menyeleweng dari yang sepatutnya didengar oleh para jemaah…..

Adil ke Tok Guru oiiiiiiiiii ? jemaah yang hendak menunaikan fadhu Jumaat dipaksa mendengar kempen-kempen politik yang berjela-jela, menghentam, menghina, menyindir orang Islam yang lain ?

Inilah muslihat pemimpin-pemimpin PAS, mengambil kesempatan atas nama Islam, untuk mempengaruhi umat Islam dengan dakyah-dakyah yang menyonsang dari landasan Islam sebenar.

Kawan pernah terkena bila kawan singgah untuk solat Jumaat di Masjid kat satu kampong, kebetulan hari tu, hadir sama Wakil Rakyat UMNO. Bila sampai je waktu khatib nak baca khutbah, tiba-tiba bangun seorang berserban dan berjubah hijau, rupa-rupanya dia ni Ketua Pemuda PAS dalam kawasan tu juga merampas tongkat dan terus naik ke mimbar, khatib ni tak dapat kata apa-apa, dia tak buat kecoh, lagi pun waktu dah masuk.

Apa lagi, si perampas kuasa khatib tadi berleluasalah dia, mula-mula dia baca ikutlah rukun-rukun baca khutbah, lepas tu dia mulalah dengan cara dia menghentam kerajaan UMNO, berjela-jela panjangnya, dia bantai sampai setengah jam baca khutbah, sampai makmum gelisah dibuatnya, kawan jelling-jeling ada juga yang keluar dari masjid dan start motor balik………..

Setahu kawanlah, isi-isi kandungan khutbah hendaklah meliputi apa yang berlaku dalam kawasan setempat, menasihati, ingat memperingat , ibubapa, bukan kerja menyindir, memburuk-burukkan kerajaan UMNO/BN. Kerajaan PAS, PKR, DAP bagus sangat ke ? jadi-jadilah mempengaruhi umat Islam dengan memfitnah UMNO menolak Islam, sampai bila tok-tok guru ni nak menipu dan memperdaya umat Islam kat Malaysia ?

Kawan nak Tanya kat deme semua, jika selama ini PAS menuduh UMNO menolak Islam, macam mana dengan DAP ? Bukankah DAP secara terang-terang menentang menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia, ngapa PAS redha bersekongkol dengan DAP, tidakkah ini bermakna PAS juga telah menolak Islam ?

Jadi-jadilah tipu rakyat wahai Tuan Guru Nik Aziz, awak dah tua, rumah kata pegi, kubur kata mari, bawak-bawak le kearah yang lebih baik………….

Sunday, May 31, 2009

Pengamal rasuah - PKR dalang di Penanti

Pagi tadi kawan sempat meninjau-ninjau blog-blog yang melapurkan suasana mengundi di DUN Penanti, setakat tengahhari tadi kawan dapat berita tak sampai 30% pun yang keluar mengundi, tak meriah langsung UMNO/BN tak masuk bertanding……

Kawan rasa nak tergelak juga, bila baca blog-blog pro pembangkang, dalam cerdik-cerdik rupanya ada juga sifat bodoh dungu pemimpin-pemimpin PKR ni. Dah tak de menda nak buat isu, deme tuduh juga UMNO penyebab pengundi-pengundi tak mau keluar mengundi.

Bagi kawanlah, apa yang pemimpin PKR bodoh ni nak sibuk pasal UMNO lagi, deme kata PKR kuat, banyak penyokong kat Penanti, suruh jelah pengundi-pengundi PKR keluar ramai-ramai. Apa nak sebuk pasai orang UMNO, ikut dia orang lah nak keluar ke tidak, buat apa nak susah-susah beratur kat pusat membuang undi, kalau UMNO/BN tak bertanding…………

Ada juga blog-blog fanatik PKR sebut UMNO buat jamuan kat Penanti, yang deme dungu sangat nak hebuh buat apa ? lantak le orang-orang UMNO kat Penanti tu nak buat apa, ak melancung ke, nak buat kenduri kawin ke, nak buat jamuan rakyat ke, dia orang punya pasallah………. Dungu…..dungu….. last-last jadi bodoh juga orang PKR ni yek………… tak habis-habis nak salahkan UMNO/BN, sampai ke orang tak nak keluar ngundi pun kutuk UMNO. Nak buat macam mana ye… memang dah keja orang PKR suka buat fitnah…….. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya………

Malam tadi kawan buka blog PISAU, kawan terkedu juga dengan certita si Azmin berceramah kat Penanti, " lebih baik kita berada di bawah pemerintahan cina daripada berada dibawah pemerintahan melayu perasuah".

Wah…….. takbur betul si Azmin bercakap, dia dah kenyang, dah kaya raya boleh lah cakap macam tu………. Deme nak tau tak, Azmin nil ah manusia pengamal rasuah dengan Anwar masa duduk dalam kerajaan UMNO dulu, dah habis Negara dua ekor ni jual, dah habis bangsa dan agama dua ekor ni jual, dia sedap cakap macam tu pulak…………

Cuba deme tanya orang dua ekor ni, sapa yang mengenalkan rasuah besar-besaran dalam UMNO masa dia nak ambik tempat Tun Ghafar Baba dulu, dari mana dua ekor ni dapat duit berjuta-juta nak sogok kuncu-kuncu deme dalam UMNO dulu….

Ni hah, baru je kak Min bongkar perangai buruk 2 ekor ni, sapa yang pengamal rasuah nak sogok kak Min dalam pilihanraya Penanti ?

Hanya orang-orang yang tidak berfikiran saja yang tak boleh fakir dengan penipuan, putar belit pemimpin PKR ni, janganlah le jadi bodoh asyik kena tipu dari manusia 2 ekor ni………. 2 ekor nilah pengamal rasuah terbesar kalau deme beri tempat terajui kerajaan. Sapa yang bantu parti PKR untuk tumbangkan kerajaan BN ? Belum apa-apa 2 ekor ni dah gadaikan Negara, Bangsa dan Agama… Orang Melayu kena sedar tipu helah manusia 2 ekor ni………….

Saturday, May 30, 2009

FELDA 1 DI DUNIA (siri 2) – Dua genarasi peneroka yang berlainan ideologi

FELDA, diamanah oleh kerajaan membantu menaikkan taraf ekonomi para peneroka, juga membentuk para peneroka hidup bermasyarakat tersusun. Maklum sajalah, yang berhijrah ke tanah rancagan FELDA datang dari seluruh pelusuk Negeri, Daerah, Mukim serta loghat-loghat yang berbeza, masing-masing membawa adat resam dan cara hidup sendiri.

Pengurus dengan dibantu oleh Pegawai-Pegawainya bertanggung jawab melaksanakan dasar-dasar yang telah di atur, FELDA juga bertanggung jawab dalam membantu meningkatkan taraf pendidikan anak-anak peneroka.

Berapa ramai anak-anak peneroka FELDA yang berjaya dalam akademik, berapa ramai yang berjaya ke menara gading sama ada dalam mahu pun luar Negara, kalau nak di kira yang menjadi Doktor, Jurutera, Arkitek, Ushawan, Pegawai Tinggi Kerajaan/Swasta, termasuk dalam bidang politik.

Biasalah, bila taraf hidup masyarakat peneroka berubah corak, parti pembangkang mula menyelinap masuk ke dalam FELDA, mula menghasut, menyampaikan dakyah-dakyah memburuk-buruk, membenci kerajaan, paling teruk UMNO lah, maka banyaklah muncul golongan peneroka yang lupa daratan, lupa asal usul, dah mula pandai menuduh kerajaan UMNO dan FELDA menipu rakyat, menipu peneroka.

Kawan tertarik nak cerita pembabitan dua orang anak peneroka FELDA di Rompin, Pahang, dalam politik. Kawan cari-carilah latar belakang dia orang, tanya kat gu-gu yang kawan kenal kat Rompin, kawan tahu di Rompin ada 16 buah tanah rancangan FELDA.

YB Dato’ Haji Mohamad Shafri bin Abd Aziz, 34 tahun, anak seorang peneroka FELDA Keratong 2, memiliki Ijazah dari salah sebuah Universiti di Jordan. Exco Kerajaan Negeri Pahang, juga ADUN Kawasan Bukit Ibam, Parlimen Rompin.

Nasrudin bin Hasan atau dikenali dengan nama Nasrudin Tantawi, 38 tahun, anak peneroka FELDA Keratong 5, memiliki Ijazah dari Mesir. Menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Bertanding di Kawasan Parlimen Maran pada PRU 12 tahun 2008, tewas kepada Calon BN.

Kedua-dua anak peneroka ini, berpendidikan tinggi dalam bidang agama, masyarakat FELDA kenal mereka dengan pangilan Ustaz, tapi sayangnya, kedua-dua mereka tidak sealiran dalam memperjuangkan nasib genarasi peneroka akan datang.

Shafri, merasakan bahawa melalui UMNO sahaja beliau dapat berbakti untuk masyarakat FELDA, dan telah mendapat kepercayaan dari masyarakat dalam kawasan DUN Bukit Ibam untuk dipilih sebagai Wakil Rakyat, seterusnya memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri, membolehkan beliau terus berjuang membela nasib masyarakat.

Nasrudin, lebih merasakan PAS sahaja yang dapat membangunkan masyarakat, beliau terus berjuang untuk menguasai kerajaan melalui PAS, ialah kalau tak jadi kerajaan, macam mana nak beri khidmat pada masyarakat…..

Kalaulah, Nasrudin dengan ilmu yang ada dapat bersama-sama berganding bahu dengan Shafri untuk membantu membangunkan masyarakat, kawan rasa terlalu banyak manfaatnya kepada golongan muda dalam FELDA. Apa yang kawan dapat lihat, Nasrudin hanya berceramah kesetiap pelusuk negeri untuk menyampaikan dakyah rasa benci dikalangan muda kepada kerajaan yang ada.

Apa yang nak kawan perkatakan, bukan semua anak-anak peneroka berjaya dalam bidang akademik, gejala social seperti penagihan dadah, mat rempit, dikalangan anak-anak peneroka amat ketara sekali.

Kalau Shafri, berjuang serta memikirkan cara-cara terbaik untuk mengatasi gejala sosial dari kalangan genarasi FELDA, berusaha agar anak-anak peneroka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Negara.

Berbeza dengan Nasrudin, yang hanya tahu menyalahkan kerajaan, menyampaikan dakyah-dakyah serta membangkit semangat benci-membenci dikalangan masyarakat. Tanpa disedarinya, kejayaaan hidup keluarganya dan kejayaan dirinya mencapai pendidikan tinggi hasil pembangunan rakyat yang dirancang oleh kerajaan melalui FELDA.

Kerana ibubapa mereka berhijrah dari negeri asal ke penempatan FELDA, maka corak hidup mereka juga berubah, tersusun dan berjaya. Apalah salahnya kalau Nasrudin menyatakan satu ungkapan terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN yang telah membuka ruang untuk ibubapa beliau merubah hisup, tukarkan umpat keji, caci maki kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang merancang untuk pembangunan orang-orang Melayu melalui FELDA…..


Ungkapan “ MELAYU TERLALU MUDAH LUPA “ mungkin tidak boleh terhapus nampaknya………..

Thursday, May 28, 2009

FELDA 1 DI DUNIA


Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pelancaran moto Felda, Felda Nombor 1 Di Dunia dan Felda Rally Team di Dewan Perdana Felda.

Kalau dulu ayahndanya, Alayarham Tun Abdul Razak, telah membuka hutan-hutan belantara untuk dijadikan tanah rancangan dengan tujuan meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya orang-orang Melayu.

Itulah pengisian kemerdekaan yang utama difikirkan kepimpinan UMNO, meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu melalui tanah rangcangan FELDA.

Dalam negeri Pahang sahaja, kerajaan negeri dengan murah hati menyerahkan beratus hektar tanah kepada FELDA untuk dimajukan dengan ladang-ladang kelapa sawit. Berpuluh ribu keluarga Melayu ditempatkan dalam tanah rancangan FELDA di seluruh negeri Pahang.

Kerajaan Pahang juga bermurah hati membuka pintu kepada keluarga-keluarga Melayu dari seluruh Malaysia yang miskin, tidak bertanah menjadi peneroka FELDA demi mengubah taraf hidup dari susah kepada senang. Kepimpinan UMNO tidak pernah pun bertanya, adakah Melayu yang susah ini penyokong UMNO atau PAS ?

Itulah, program MEMBASMI KEMISKINAN yang dirancang, yang difikirkan oleh kepimpinan UMNO untuk rakyat, bukan macam Tok Guru PAS Nik Aziz, cuma dapat berkata “ kemiskinan itu memang sudah ditakdirkan “

Hari ini, tugas ayahnda Dato’ Sri Najib diperturunkan kepadanya untuk kesinambungan memertabatkan orang-orang Melayu melalui FELDA. Najib, tidak sekadar brpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan oleh alayarham Tun Razak, Najib juga memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti geneasi ke 2, 3 dan seterusnya yang ada dalam FELDA dengan melalui moto FELDA 1 di dunia.

Jangan ada yang menafikan, berapa ramai genarasi penerka FELDA yang berjaya dalam membina khidupan. Berapa ramai juga dari kalangan genarasi peneroka FELDA, yang berjaya dalam pendidikan tidak mengenang budi dan jasa Kerajaan UMNO melalui FELDA.

Genarasi FELDA yang tidak mengenang budi ini menjadi tali barut pembangkang untuk menghasut peneroka-peneroka FELDA agar membenci kerajaan dan kepimpinan UMNO, sama ada dengan cara subersif dan ceramah juga dalam laman blog. Tanpa rasa segan silu mengutuk, menghina kepimpinan UMNO dan Pengurusan FELDA. Genarasi FELDA yang lupa daratan ini, langsung tidak mahu berfikir bertanya bagaimana kehidupan ibubapa mereka sebelum berhijrah ke tanah rancangan FELDA. FELDA tidak menipu peneroka, tapi peneroka yang menipu FELDA.

Itulah yang dikatakan “ MELAYU MUDAH LUPA “




APA bezanya PR dengan PKM ?

Ching Peng, pemimpin pengganas PKM, sebagaimana yang diperkatakan dalam blog-blog pro-pembangkang mungkin lebih baik menjadi pemerintah Negara, jika dibandingkan dengan era rejim Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang didakwa lebih zalim dari pengganas PKM.

Kawan berpendapat blog-blog pro-pembangkang sudah terlalu jauh buta dan dungu menyingkap sejarah kekejaman PKM lebih 40 tahun. Kawan tidak nak salahkan blogger-blogger ini, deme hanya terpengaruh dengan dakyah, serbersif dari pemimpin-pemimpin deme yang kawan anggap serupa saja macam Ching Peng.

Bezanya, pemimpin deme ni Cuma tidak angkat senjata menjadi pengganas dalam hutan. Deme ni mengaruk, mengganas, menghasut rakyat mengikut deme membuat huru hara, membuat tunjuk perasaan menentang kerajaan dalam bandar dan kampong.

Deme datang waktu malam ke kampong-kampong menghasut, menipu, memfitnah sambil tu mengutip duit dari orang-orang kampong, tak kira dia petani, pesawah, peneroka FELDA, penoreh getah, yang penting poket deme berisi. Bezanya, deme tak lah macam pengganas PKM, datang peras ugut mintak makanan dan duit, deme buat ceramah atas tajuk agama, mencaci, memaki hamun bawak cerita-cerita fitnah. Pendek kata, apa saja yang pemimpin kerajaan UMNO/BN buat untuk rakyat semuanya tak bagus kata deme, lepas tu bawak karung mintak derma dengan rakyat.

Deme tidak mahu menerima hakikat yang deme dah tak boleh tubuh kerajaan di Perak, sanggup kata “ patik sembah derhaka “. Undang-undang apa sebenarnya yang deme nak pakai ?

Kalau dah titah Sultan deme tak pakai, Perlembagaan Negara, deme tak pakai, keputusan mahkamah juga deme tak mahu pakai………..

Yang sorang tu pulak, sendiri dah buat kerja luar tabie, juga tak nak ngaku, bagi deme kalau boleh tak de undang-undang boleh deme ikut kalau kena kat deme……… kena tangkap main bini orang juga tak pe bagi deme………

Maknanya deme semua nak pakai undang-undang hutan rimbalah, macam undang-undang pengganas PKM, rasa apa baik pada deme, deme buat, kalau agak baik pada orang, deme bantah, tu keja komunis lah………….. Bagi kawan deme tu sama je dengan Ching Peng tak de bezanya, sebab tu deme kata Chin Peng lebih baik dari Tun Mahathir……..



Wednesday, May 27, 2009

UMNO lebih kejam dari PKM ? - PAS macam mana ?










Kawan terpangil untuk menulis sikit pasal PKM ( Parti Komunis Malaya ) ni, kawan bukan apa-apa, cuma kawan agak kesal dengan sikap blogger-blogger yang begitu mengagung-agungkan perjuangan komunis ni, termasuk pasukan Rejmen ke 10 PKM. Yang paling kawan kesal bila ada blog-blog pro pembangkang yang menghina dan menuduh UMNO sengaja memutarbelitkan sejarah perjuangan komunis, UMNO wujud sebagai tali barut British.

Kawan juga paling kesal bila ada blog-blog yang menuduh Tun Mahathir bekas PM Malaysia lebih zalim dan kejam dari Cing Peng pengganas komunis. Blogger-blogger yang pro UMNO/BN dituduh dungu, bengap buta sejarah, jauh sekali terpersong pemikiran penulis-penulis muda blogger pro pembangkang ni. Kalau UMNO ditubuhkan dalam era penjajahan British, bagaimana dengan PAS ? Parti PAS juga didaftarkan dalam era penjajah British.

Kawan nak cerita serba ringkas untuk anak-anak kawan. Kerana apa pedaftaran UMNO dan PAS dibenarkan oleh pemerintah British ? Mengapa PKM (Parti Komunis Malaya) diharamkan British ? PKM pada pandangan British telah mengugat kepentingan mereka, menganjurkan keganasan kepada rakyat, maka British mengharamkan PKM.

British tidak mengharamkan UMNO kerana kekuatan orang-orang Melayu memberontak menentang Malayan Union, British takut menentang secara terbuka. Kerana orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu telah bersatu dan mula bangkit menentang Malayan Union serta menuntut kemerdekaan.

Pengasas-pengasas PAS adalah mereka yang peringkat awalnya duduk bersama UMNO, oleh kerana tidak berpuashati denganUMNO, kumpulan ini telah menubuhkan parti PAS, kononnya berlandaskan Islam. Kenapa British membenarkan penubuhan PAS ? British beranggapan inilah sahaja parti yang boleh mengugat kekuatan UMNO, biar Melayu sama Melayu berpecah, Melayu menentang Melayu sesame Melayu………

Taktik kotor British berjaya, apabila PAS sehingga sekarang tidak pernah mengakui perjuangan UMNO membela nasib bangsa dan agama, bukankah PAS sebenarnya mengikut telunjuk British ? Kenapa tidak, kalau dulu UMNO dikatakan kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bagaimana pulak sekarang ? DAP terang-terang menentang penubuhan sebuah Negara Islam, siapa kafir sebenarnya ? Kalau pendapat kawan PAS lah yang kafir laknatuLLah, menipu umat Islam melalui pendekatan agama sampai sekarang. (tak payah kawan nak tulis panjang tentang penipuan PAS kepada umat Islam dikampong-kampong)

Berbalik pada cerita pengganas komunis, organisasi PKM sebenarnya telah pun wujud sejaktahun 1930 lagi. Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu, PKM membentuk Tentera Anti Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) dan telah berkerjasama dengan British untuk menentang penjajahan Jepun secara perang gorilla.

Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Dalam tempoh dua minggu sebelum British sampai ke Tanah Melayu, komunis-komunis ini telah keluar dari hutan terus menguasai kampong, pekan dan Bandar. Pihak komunis mendakwa mereka telah berjaya mengusir Jepun dan adalah wajar bagi mereka memerintah Tanah Melayu.

Dalam tempoh dua minggu komunis berkuasa, mereka telah bertindak kejam dan zalim kepada penduduk kampong, mengancam, membunuh sesuka hati, merampas harta benda penduduk untuk dijadikan hak mereka. Membunuh dengan kejam sesiapa sahaja yang mereka syaki pernah bersubahat dengan Jepun, pendek kata PKM melalui MPAJA tanpa belas kasihan telah membunuh beribu-ribu penduduk.

Komunis gagal menguasai Tanah Melayu apabila British kembali, tentera MPAJA dibubarkan, tapi PKM tetap meneruskan penentangan terhadap Britisah. Bagi mendapat sokongan orang-oarang Melayu, pihak komunis telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada tahun 1945. PKM telah menguasai PKMM pada masa itu diterajui oleh, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Ashaari, Rashid Maidin dan Abdullah C.D. (masih lagi hidup menyertai Rejmen ke 10 PKM, dan mendakwa pahlawan bangsa). PKMM ini banyak berkiblatkan agar Tanah Melayu menyertai Indonesia.

Pada tarikh 1 Mac 1946, UMNO ditubuhkan, Presiden pertama Dato Onn Jaafar, bersama-sama kongresnya telah berkempen keseluruh Tanah Melayu agar orang-orang Melayu menentang pembentukan Malayan Union. Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 dan Malayan Union dimansuhkan hasil penentangan dan perundingan UMNO dan Sultan-Sultan Melayu dengan British.

Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu, adalah satu kemenan bagi orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh etnik-etni lain, khususya kaum Cina, mereka merasakan telah dikhianati oleh British. Diatas rasa tidak puas hati ini, maka sebahagian kaum Cina menyertai dan mendokong perjuangan PKM untuk merampas dan berkuasa di Persekutuan Tanah Melayu.

Kerajaan Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) telah memenangi kerusi-kerusi Parlimen dalam pilhanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama telah membuat tawaran pengampunan kepada anggota-anggota komunis, sebelum itu satu perundingan telah di buat antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tan Chen Lock, Hamid Jumat, David Marshall (Wakil British) dengan PKM yang di wakili Chin Peng, Chen Ten dan Rashid Maidin pada tahun 1955.

Perundingan itu gagal apabila permintaan PKM agar dibenarkanbergerak sebagai sebuah parti politik yang sah telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. PKM berikrar untuk meneruskan perjuangan gorilla menentang Kerajaan Persekutuan dan British dan pada tahun 1956, pengampunan beramai-ramai kepada anggota PKM dimansuhkan sehingga Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada tahun 31 Ogo2s 1957.

Pengganas PKM meneruskan tentangan terhadap Kerajaan Persekutuan, kali ini bukan lagi kepada British. PKM telah mempengaruhi terutama golongan muda Cina dan orang-orang Melayu untuk menyertai mereka berjuang, kononnya kerajaan Persekutuan yang wujud adalah sebahagian dari British. Sebenarnya PKM mahu berkuasa serta mengembangkan ideology komunisnya di Persekutuan Tanah Melayu.

Dari situlah PKM mula mengganas lagi, berapa ramai pahlawan-pahlawan Negara yang terdiri daripada pasukan Askar Melayu DiRaja dan Polis DiRaja terkorban untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian Persekutuan Tanah Melayu sehingga sekarang. Berapa ramai kaum keluarga yang menderita , rakyat yang menderita akibat keganasan PKM, yang dianggap wira oleh sesetengah manusia yang tidak merasai kepahitan keganasan PKM ini.

Begitulah serba ringkas yang dapat kawan tuliskan untuk renungan anak-anak muda bangsa, khususnya anak-anak kawan sendiri. Cerita ini kawan dapat dari pejuang-pejuang bangsa yang tidak bernama, keluarga-keluarga, guru-guru kawan yang masih hidup, merreka ini tidak pernah meminta untuk dibalas jasa, cuma mengharap agar anak-anak bangsa jangan jadi orang Melayu yang mudah lupa.

Bagi diri kawan, dari hati kecil kawan, kawan tidak rela Chin Peng dianggap wira dan dibenarkan kembali ke bumi Malaysia ini. Kekejaman mereka terhadap sebilangan saudara mara, darah daging kawan tidak akan lenyap sampai ke anak cucu cicit kawan. Bagi kawan, kalau ada Melayu yang mengagung-agungkan golongan ini, kawan panggil dia MELAYU DAYUS DAN BACUL……………..

Monday, May 25, 2009

Dengan Si Minah pun Anwar takut ? - Aminah dedah bukti PKR cuba sogok


Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, yang juga Calon Bebas DUN Penanti mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan YDP MPPP.

Seorang Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR bersama Exco Kerajaan Pulau Pinang datang menemui Aminah Abdullah atas arahan Anwar Ibrahim, untuk menawarkan jawatan dalam kerajaan jika Aminah menarik diri bertanding pada 31 Mei nanti.

Macam mana Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat ? Katanya deme bukan main lagi gahnya, kutuk UMNO/BN bacul tak berani bertandingdi DUN Penanti !!!!!!!!!

Oi deme baluci-baluci blogger PKR, PAS, DAP, deme tengok le perangai ketua deme si nuar al juburi, cakap je besar, bongkak, sombong takbur, belum lagi calon UMNO/BN yang bertanding dah kemut jubur takut……….

Kalau taraf si Minah pun, deme takut nak sogok pulak dengan jawatan, tak payah le cakap besar cabar UMNO/BN, serupalah bak kata orang tua-tua, “ Macam ayam jantan, harapkan kokok je berdegar-degar, jubur penuh tahik”.

Kalau tak betul, masa kan si Minah tu buat kenyataan umum, siap dengan bukti rakaman audio pulak tu.

Itu kalau kawan bercakap dengan bahasa yang tak sopan, tapi cuba deme semua fikir betul-betul, itulah sebenarnya sikap pemimpin Pakatan Rakyat, kerjanya nak cari ADUN-ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen BN nak pujuk dengan janji berbagai-bagai ganjaran asal mahu keluar BN. Lepas tu di tuduh pulak pemimpin UMNO/BN membeli wakil-wakil rakyat PR untuk rampas kuasa di Perak.

Anwar tuduh pemimpin BN idak bermoral, rasuah, penipu rakyat, nah sekarang Allah telah memberi pentunjuk sebenar siapa yang petualang dan durjana dalam Negara……..

Anwar ni, kalau nak berkuasa, nak puaskan nafsu serakahnya luar tabie dia, macam-macam dia akan buat, waima jual agama dan Negara pun dia sanggup asal cita-cita dia tercapai. Itulah sifat sebenar Anwar……..

Semasa dalam kerajaan UMNO/BN, dialah petualang rasuah terbesar, pengundi-pengundi DUN Penanti perlu menolak pemimpin seperti ini, cukuplah dulu UMNO/BN tertipu, jangan deme pulak ditipu dengan gaya dan sikap warak dia…………………

Sunday, May 24, 2009

DUN PENANTI – penantian Anwar untuk memenuhkan poket, hampa juga ya….


Akhirnya memperlihatkan pertandingan 4 penjuru, calon PKR Mansor Othman dicabar 3 calon bebas, Aminah Abdullah, Kamarul Ramizu Idris dan Nai Khan Ari.

Berbagai-bagai ceritalah yang keluar dari blogger-blogger pro pembangkang, pilihan raya DUN Penanti tidak meriah kerana UMNO tidak bertanding, UMNO sekarang sudah hilang garang, hilang taring, jadi penakut menghadapi pengundi-pengundi. Sebenarnya PKR marah sangat kerana pemimpin BN sudah dapat mengidu tujuan putar belit Anwar, tu je…..

Penyokong-penyokong PKR tak tau, sebenarnya Anwar kesal kerana tak dapat bantuan dana dari luar untuk menampong poketnya. Kalau BN bertanding, banyaklah fulus masuk dalam poket Anwar, ini penyokong-penyokong PKR tak sedar, deme asyik hulur, hulur, hulur ke tembuluk Anwar dan kuncu-kuncunya, jihadlah kata mereka……… Kita mesti berrrrrrrrrrrjihad menentang kezaliman UMNO, kita mesti berrrrrrrrrrrrjihad untuk poket aku………………. Panjang bukan main junggur Anwar kalau nak menipu orang…… ( tengok gambar diatas )

Nampaknya Anwar tak dapat le lagi nak panjangkan junggur (muncung) lagi, ialah kalau dia beri ceramah kalau tak junggur keluar, nanti orang nampak tak hebat, junggur tu lah azimat Anwar untuk memutar belit, menipu rakyat. Tapi kan, kalau kita tengok betul-betul bila dia keluarkan junggur bila berucap, kawan nampak betul-betul macam jub**, patutlah Mat Sabu beri nama Al Juburi………….

Aaaaaaaaaa, pandai sangat nak kelentong, lawan la sama sendiri, kalau dalam PKR dan Pakatan Rakyat itu bagus, masakan si Minah tu masuk calon bebas !!!!!!!!!! Si Minah tu sape ? tak ke Ketua Wanita PKR dulu ? lantak lah awak me melawan sama sendiri, bukak pekong sama sendiri, kononnya kalau BN bertanding, bolehlah Anwar panjangkan junggur mengutuk, memfitnah UMNO, terutamanya Dato’ Sri Najib, macam-macamlah fitnah bertabur, sambut pulak dengan takbir………

Kawan pun pelik juga perangai penyokong-penyokong deme ni, nengok gaya pakaian ngalah nak gi masjid, tapi kalau ceramah tak caci maki, tak de umpat mengumpat tak seronok kata deme, dah tu sanggup bayar pulak gi dengar orang maki hamun………….. Apakah umat Islam sekarang lebih ramai suka dengar ceramah cai maki ? Tak macam dulu lagi, kalau ada je forum agama berduyun-duyun orang datang.

Tu lah gemar sangat umpat orang UMNO, kata kat UMNO selalu menganjurkan majlis-majlis maksiat, ceramah caci maki bukan maksiat ? Berubahlah wahai orang-orang Melayu, hindarlah diri dari penipu-penipu yang berlagak ulama ni……





Saturday, May 23, 2009

ZAMBRY MB yang sah - Doa Rakyat Perak dimakbulkan Allah

Alhamdulillah........... Itulah yang dapat kawan perkatakan. Sybas dan tahniah diatas perjuangan Dr Zambry Menteri Besar Perak yang telah dimartabatkan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak.

Perjuangan untuk membela maruah bangsa Melayu, agama serta seluruh rakyat Negeri Perak khususnya, telah dimakbulkan Allah.

Biar pun dengan bongkak, riak dan megahnya pembangkang, blogger-blogger pro pembangkang, terutama blogger anak muda keraspedal.blogspot.com menghina UMNO/BN, dengan takburnya mendakwa PAS dan Pakatan Rakyatlah kononnya memperjuangkan Agama, bangsa yang diredhai Allah. Namun kepimpinan dan orang-orang UMNO tetap dengan cara sederhananya, tidak akan berhenti menyeru serta menyedarkan rakyat, khususnya orang Melayu Islam, bahawa UMNO/BN sahaja yang benar-benar ikhlas untuk memberi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Kawan yakin, bahawa Allah akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal buat pemimpin-pemimpin UMNO, kerana pemimpin-pemimpin UMNO sama ada yang terdahulu atau yang terkini, tidak henti dan jemu membela nasib bangsa, agama dan negara. Hanya bagi orang-orang yang kufur nikmat sahaja yang sentiasa mencemoh, menghina, memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokongnya.

Rasullullah SAW juga sewaktu permulaan untuk menyeru syi'ar Islam telah dihina, dicemuh, dilempar najis serta dianggap gila oleh kaumnya sendiri, tetapi sehingga kini Islm terus berkembang dan bersinar. Itulah petunjuk Allah yang sebenarnya, hanya bagi manusia-manusia yang bongkak dan riak sahaja mendakwa bahawa perjuangan mereka sahaja yang diredhai Allah............. Namun apa yang dapat dilihat, satu persatu Allah memberi pertunjuk akan kemungkaran golongan yang riak ini, bagi mereka-mereka yang telah Allah butakan mata, telah dipekakkan telinga, telah ditutup akal fikiran sahaja yang tidak dapat menerima apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNOn untuk kesejahteraan rakyatnya.

Buta mata, tidakkah mereka melihat berapa ramai anak-anak bangsa dalam golongan cerdik pandai, dapat belajar agama, ilmu-ilmu sain, perubatan, perakaunan, kejuruteraan dan lain-lain sama ada dalam mahu pun luar negara, berapa ramai anak-anak bangsa yang kaya raya dan jutawan. Tidakkah kerana kerajaan UMNO/BN yang membuka peluang untuk rakyatnya, kalau tidak kerana kebijaksanaan dalam memimpin negara, mungkinkah kita dapat menikmatnya seperti ini.

Hanya bagi mereka yang kufur nikmat sahaja yang sentiasa meganggap bahawa Malaysia dalam keadaan huru hara, Malaysia dibawah pemerintahan rejim yang zalim seperti dakwaan anak muda keraspedal.blogspot, kalau itulah kata anak muda ini, ianya merupakan doa juga, InsyaAllah akan dimakbulkan doa anda............ sehinggakan anda anggap Chin Peng lebih mulia dari Tun Mahathir................ berastrafallah banyak-banyak anak muda keraspedal.blogspot...........

Kawan berdoa, sentiasa berdoa agar rakyat Perak dan Malaysia amnya sentiasa dalam kesejahteraan serta dilimpahi rahmat Allah...... InsyaAllah......