Perjuangan untuk membela maruah bangsa Melayu, agama serta seluruh rakyat Negeri Perak khususnya, telah dimakbulkan Allah.
Biar pun dengan bongkak, riak dan megahnya pembangkang, blogger-blogger pro pembangkang, terutama blogger anak muda keraspedal.blogspot.com menghina UMNO/BN, dengan takburnya mendakwa PAS dan Pakatan Rakyatlah kononnya memperjuangkan Agama, bangsa yang diredhai Allah. Namun kepimpinan dan orang-orang UMNO tetap dengan cara sederhananya, tidak akan berhenti menyeru serta menyedarkan rakyat, khususnya orang Melayu Islam, bahawa UMNO/BN sahaja yang benar-benar ikhlas untuk memberi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kawan yakin, bahawa Allah akan memberi pahala dan ganjaran yang setimpal buat pemimpin-pemimpin UMNO, kerana pemimpin-pemimpin UMNO sama ada yang terdahulu atau yang terkini, tidak henti dan jemu membela nasib bangsa, agama dan negara. Hanya bagi orang-orang yang kufur nikmat sahaja yang sentiasa mencemoh, menghina, memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokongnya.
Rasullullah SAW juga sewaktu permulaan untuk menyeru syi'ar Islam telah dihina, dicemuh, dilempar najis serta dianggap gila oleh kaumnya sendiri, tetapi sehingga kini Islm terus berkembang dan bersinar. Itulah petunjuk Allah yang sebenarnya, hanya bagi manusia-manusia yang bongkak dan riak sahaja mendakwa bahawa perjuangan mereka sahaja yang diredhai Allah............. Namun apa yang dapat dilihat, satu persatu Allah memberi pertunjuk akan kemungkaran golongan yang riak ini, bagi mereka-mereka yang telah Allah butakan mata, telah dipekakkan telinga, telah ditutup akal fikiran sahaja yang tidak dapat menerima apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNOn untuk kesejahteraan rakyatnya.
Buta mata, tidakkah mereka melihat berapa ramai anak-anak bangsa dalam golongan cerdik pandai, dapat belajar agama, ilmu-ilmu sain, perubatan, perakaunan, kejuruteraan dan lain-lain sama ada dalam mahu pun luar negara, berapa ramai anak-anak bangsa yang kaya raya dan jutawan. Tidakkah kerana kerajaan UMNO/BN yang membuka peluang untuk rakyatnya, kalau tidak kerana kebijaksanaan dalam memimpin negara, mungkinkah kita dapat menikmatnya seperti ini.
Hanya bagi mereka yang kufur nikmat sahaja yang sentiasa meganggap bahawa Malaysia dalam keadaan huru hara, Malaysia dibawah pemerintahan rejim yang zalim seperti dakwaan anak muda keraspedal.blogspot, kalau itulah kata anak muda ini, ianya merupakan doa juga, InsyaAllah akan dimakbulkan doa anda............ sehinggakan anda anggap Chin Peng lebih mulia dari Tun Mahathir................ berastrafallah banyak-banyak anak muda keraspedal.blogspot...........
Kawan berdoa, sentiasa berdoa agar rakyat Perak dan Malaysia amnya sentiasa dalam kesejahteraan serta dilimpahi rahmat Allah...... InsyaAllah......
PEMERINTAH MELAKSANAKAN
ReplyDeleteKERANA ADANYA PEMBANGKANG
UMNO DIAMANAHKAN MERDEKA
ATAS DARAH DAN AIRMATA,
PERJUANGAN REGMEN KE10 !!!