Thursday, May 28, 2009

FELDA 1 DI DUNIA


Beberapa hari lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis pelancaran moto Felda, Felda Nombor 1 Di Dunia dan Felda Rally Team di Dewan Perdana Felda.

Kalau dulu ayahndanya, Alayarham Tun Abdul Razak, telah membuka hutan-hutan belantara untuk dijadikan tanah rancangan dengan tujuan meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya orang-orang Melayu.

Itulah pengisian kemerdekaan yang utama difikirkan kepimpinan UMNO, meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu melalui tanah rangcangan FELDA.

Dalam negeri Pahang sahaja, kerajaan negeri dengan murah hati menyerahkan beratus hektar tanah kepada FELDA untuk dimajukan dengan ladang-ladang kelapa sawit. Berpuluh ribu keluarga Melayu ditempatkan dalam tanah rancangan FELDA di seluruh negeri Pahang.

Kerajaan Pahang juga bermurah hati membuka pintu kepada keluarga-keluarga Melayu dari seluruh Malaysia yang miskin, tidak bertanah menjadi peneroka FELDA demi mengubah taraf hidup dari susah kepada senang. Kepimpinan UMNO tidak pernah pun bertanya, adakah Melayu yang susah ini penyokong UMNO atau PAS ?

Itulah, program MEMBASMI KEMISKINAN yang dirancang, yang difikirkan oleh kepimpinan UMNO untuk rakyat, bukan macam Tok Guru PAS Nik Aziz, cuma dapat berkata “ kemiskinan itu memang sudah ditakdirkan “

Hari ini, tugas ayahnda Dato’ Sri Najib diperturunkan kepadanya untuk kesinambungan memertabatkan orang-orang Melayu melalui FELDA. Najib, tidak sekadar brpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan oleh alayarham Tun Razak, Najib juga memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kualiti geneasi ke 2, 3 dan seterusnya yang ada dalam FELDA dengan melalui moto FELDA 1 di dunia.

Jangan ada yang menafikan, berapa ramai genarasi penerka FELDA yang berjaya dalam membina khidupan. Berapa ramai juga dari kalangan genarasi peneroka FELDA, yang berjaya dalam pendidikan tidak mengenang budi dan jasa Kerajaan UMNO melalui FELDA.

Genarasi FELDA yang tidak mengenang budi ini menjadi tali barut pembangkang untuk menghasut peneroka-peneroka FELDA agar membenci kerajaan dan kepimpinan UMNO, sama ada dengan cara subersif dan ceramah juga dalam laman blog. Tanpa rasa segan silu mengutuk, menghina kepimpinan UMNO dan Pengurusan FELDA. Genarasi FELDA yang lupa daratan ini, langsung tidak mahu berfikir bertanya bagaimana kehidupan ibubapa mereka sebelum berhijrah ke tanah rancangan FELDA. FELDA tidak menipu peneroka, tapi peneroka yang menipu FELDA.

Itulah yang dikatakan “ MELAYU MUDAH LUPA “




No comments:

Post a Comment

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..