Friday, October 29, 2010

Tak cukup berceramah, PAS-pakatan perhebatkan edaran risalah dalam kempen pilihan raya di Galas

Tidak cukup dengan ceramah, tazkirah di Masjid, markas dan padang awam, sehinggakan dimedan-medan selera juga PAS pergunakan sebagai pentas berceramah tanpa menghiraukan keselesaan orang awam yang ingin menikmati makanan di gerai seolah-olah dipaksa mendengar ceramah-ceramah politik mereka.

Itulah PAS…….. siang malam, ceramah….. wakil-wakil rakyat PAS datang ke kampung semata-mata untuk berceramah, penghabisannya, sudah tentu kutip wang derma jihad……. datang malam-malam macam musang, sebab itu mereka tidak nampak jalan-jalan rosak, penduduk miskin, rumah-rumah setingan ditepi sungai, ditepi rel keretapi………

Edaran risalah-risalah pula boleh dikatakan setiap hari, tidak kiranya di mana kita berada, sudah pasti akan dapat…… kononnya hendak beritahu kepada rakyat akan segala kepincangan kerajaan UMNO-BN, tetapi banyak yang tidak betul, banyak yang bohongnya…….

DAP punya risalah lagi hebat, banyak isi-isi cerita yang menanamkan rasa kebencian dikalangan masyarakat Cina terhadap UMNO… benci UMNO bermakna benci orang Melayu….

PAS, lebih menumpukan kepada meminta simpati pengundi-pengundi dengan memaparkan kebaikan bekas wakil rakyat yang meninggal, tak habis-habis menceritakan kisah-kisah Allayarham Chek Hashim Sulaima, yang kononnya berjiwa rakyat….

Tidak dinafikan, mungkin Allahyarham seorang wakil rakyat yang bagus semasa hayatnya, tetapi mungkin juga itulah satu-satunya wakil rakyat yang baik di antara berpuluh wakil-wakil rakyat PAS yang ada……sebab itu Allah lebih menyayangi Allahyarham, yang lain semuanya hamPAS……

Cerita kebaikan bekas wakil rakyat inilah yang diusung PAS keseluruh ceruk kampung di Galas…….

PAS menjaja nama orang yang sudah meninggal semata-mata untuk meminta undi simpati, sedangkan pemimpin-pemimpin PAS yang hidup berterusan memboloti kekayaan sendiri…

8 comments:

  1. Jangan marah... nanti kena jual....

    ReplyDelete
  2. Salam, bro, sekarang ni nak hadapi pilihanraya kecil di Galas di Kelantan PUN PAih kena minta tolong DAP ishhhishhh

    ReplyDelete
  3. undi BN bawa padah

    ReplyDelete
  4. 1 malaysia ,1 kroni ,1 poket

    ReplyDelete
  5. Salam bro AYG.org kelate ni sebenornya tergolong dr masyarakat melayu yg tertinggi pencapaiannya dr segala bidang.ekonomi kuat rohani alhamdulillah kaya dgn budaya kelasik yg original-dikir baeat,wayang kulit dan mak yong.jadi demo merupakan ikon kami ore2 melayu lain di msia ni.olih hel yg demikian adik kakak weh 4 aribulan ni jgnlah kito tersalah pangkah undilah calon kita abee aziz calun amano.

    ReplyDelete
  6. AYG, ambo sokong sangat komen Orang Kampong tu, banyak kebenaranya, orang Kelantan sungguh unik dalam segala segi, sayangnya Kelantan di terajui hamPAS tidak dapat menyediakan tempat bagi mereka, sehingga golongan cerdik pandai ini menjelajah mencari peluang dinegeri-negeri lain....

    Bandar Gua Musang, kalau nak harapkan kerajaan PAS membangunkannya, tunggulah balak-balak habis digondolkan, belum tentu akan membangun, itu pun nasib baik ada KESEDAR di bawah Kerajaan UMNO-BN, dapatlah warga Gua Musang berbangga dengan kemajuan yang semakin meningkat....

    ReplyDelete
  7. taik kucing umno tolong melayu

    ReplyDelete
  8. Anonymous 4, inilah kalau kepala otak sudah keterlaluan disumbat dengan ceramah-ceramah tok guru yang ada kepntingan politik sehingga membutakan mata di atas apa yang telah UMNO lakukan untuk membangun bangsa Melayu.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..