Friday, October 1, 2010

Dadah RM254 juta-Ketua Polis Negara beri jaminan akan siasat salah laku anggota

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan ke atas kes salah laku 10 anggotanya berhubung kes rampasan dadah bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas.

Beliau mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar 753 kilogram syabu bernilai RM254 juta.

Beliau kecewa dengan apa yang berlaku, kerana kes tersebut telah mendapat pendedahan yang baik tentang kejayaan PDRM, namun akhirnya merugikan apabila ia gagal dibuktikan di mahkamah. (rujuk di sini)

Ringkasan peristiwa penangkapan dadah RM254 juta :

Pada 2 Mei 2009, jam 6.45 pagi, pasukan Polis telah menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Jalan Chenderawasih, Rompin, Pahang.

Dadah yang dipercayai diseludup dari negara jiran menggunakan laut yang dipindahkan ke dalam sebuah lori jenis Mitsubishi Center di kawasan perairan Rompin.

Ketika pemeriksaan sedang dijalankan, seorang suspek menyembur alat pemedih mata kepada anggota polis dan turut menawarkan rasuah sebanyak RM500,000 kepada seorang anggota berpangkat Konstabel.

Bagaimana pun tindakan mereka tidak berjaya menghalang pihak polis daripada menahan dan menjalankan siasatan.

Ekoran rampasan dadah tersebut, seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ berusia 30-an ditahan oleh Polis. ‘Datuk’ tersebut adalah merupakan suspek keempat kes itu ditahan di rumahnya di Taman Kempas, Johor Bahru.

Polis juga turut menyita semua aset milik ‘Datuk’ berkenaan termasuk wang di dalam akaun berjumlah RM2.6 juta.

Polis juga melancarkan gerakan memburu seorang lagi yang dikenali sebagai Lim Han Choo @ Ah Chiau, 55, dengan alamat terakhirnya di Taman Sentosa, Klang, Selangor, bagi menyelesaikan kes tersebut. (sila rujuk di sini)

AYG ; syabas dan tahniah kepada pasukan anggota Polis bertugas kerana berjaya membongkar penyeludupan serta pengedaran dadah yang boleh dikatakan terbesar di Malaysia……

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Ismail Omar juga, kekesalan amat dirasa jika kes terbesar tersebut gagal dibuktikan di Mahkamah.

Kalau mengikut dari awal peristiwa tangkapan tersebut, orang yang bergelar ‘DATUK’ juga terlibat bersama tiga yang lain, tetapi setakat ini Mahkamah hanya membicarakan seorang pemandu lori yang didakwa membawa dadah bernilai RM254 juta…..

Di mana silapnya ?

Kawan bukanlah hendak mencampuri urusan penyiasatan Polis, jauh sekali untuk mepertikaikannya......

Mari sama-sama kita bayangkan, kalau benarlah orang yang bergelar ‘DATUK’ itu sebagai dalang pengedaran dadah, dengan kekayaan yang diperolehi dari hasil perniagaan dadah dan bebas begitu sahaja………..

Dapatkah kita bayangkan, kekayaan yang dimiliki oleh ‘Datuk’ ushawan dadah ini adalah hasil dari kemusnahan anak-anak bangsa Malaysia, kebanyakannya anak-anak bangsa Melayu…..

Berapa ramai ibubapa yang menderita, merana, hilang harta benda serta hilang nyawa kerana ada di antara anak-anak, isteri atau suami mereka yang terlibat dengan penagihan najis dadah……

Kerajaan juga tidak terkecuali dari mengeluarkan berjuta-juta peruntukan setiap tahun, semata-mata untuk menyediakan tempat-tempat pemulihan penagih-penagih dadah….. yang paling ramai adalah bangsa Melayu…..

Tokey-tokey dadah, senang lenang, dapat anugerah ‘Datuk’ pulak tu……….

Kepada pegawai atau anggota penguatkuasa (kalau ada yang begitu, mudah-mudahan tiada) yang terlibat dengan penyelewengan atau penerima rasuah dengan usahawan, pemborong, peniaga, pengedar besar dan pengedar kecil-kecilan, cuba tuan-tuan semua bayangkan :

Apakah perasaan anda apabila melihat anak-anak bangsa musnah, hidup melarat, menderita kerana penagihan dadah, sedangkan anda bersenang lenang mengambil habuan dari pengedar, pembekal dadah….

Bagaimana rasanya, kalau ini semua terlibat dengan anak-anak, isteri, suami, adik beradik, sudara mara anda sendiri………

Sanggupkah anda menerima sogokkan, habuan dari pengkhianat anak-anak bangsa semata-mata untuk kesenangan sendiri……… fiki-fikirkanlah………



7 comments:

  1. boleh percaya ke dgn janji polis ni..polis lah banyak rasuah..sampai dadahpun mereka boleh ambil, apatah benda lain.

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan tidak begitu YB...... masih ramai anggota yang jujur, ikhlas dan amanah untuk melaksanakan amanah negara......

    ReplyDelete
  3. AYG, saya yakin dengan ungkapan KPN baru ini.... kita perlu bersabar dan biarkanlah PDRM menjalankan tugas-tugas terperinci untuk memastikan mereka-mereka ini menerima hukuman setimpal.......... gantung sampai mampus.....

    ReplyDelete
  4. Setuju anon 2.........

    ReplyDelete
  5. Memang benar ada polis yang ikhlas dan jujur dalam kerjanya. Tapi masih ramai lagi yang ambil rasuah dan 'cari' makan tepi, untuk jadi kaya cepat. Mereka-mereka ini yang selalu lepaskan penjenayah apabila ada ganjaran. Perkara ini KPN perlu siasat. Jangan sampai terlepas.

    ReplyDelete
  6. Salam saudara,apa yang saudara paparkn dan ulasan yang dibuat amat tepat dan sepatunya menjadi teladan pada semua penjawat awam,pemimpin politik,menteri,yb dan yang seangkatan dan sewaktu dengan nya.SENANG CAKAP YANG MEMPUNYAI KUASA...... kita kena fikirkan bukan PDRM sahaja malah ramai dan banyak lagi agensi kerajaan yang melakukan kan perkara yang sama yang tidak memiliki INTERGERITI APABILA MEMPUNYAI KUASA.SEBAB ITU BANGSA SEPET TIDAK TAKUT ATAU RISAU HIDUP DI MALAYSIA INI,HATTA PENDATANG TANPA IZIN PUN TAK BIMBANG ATAU RISAU TINGGAL DI MALAYSIA KERANA PENJAWAT2 AWAM YANG MEMPUNYAI KUASA AMAT BAIK HATI DAN PEMURAH JIKA MELIHAT RM.SAYA INGIN TANYA SAUDARA YG,SIAPAKAH DAN BANGSA APAKAH YANG PALING RAMAI MENDUDUKI PARLIMEN,DUN,PEJABAT2 KEMENTERIAN DI PUTRA JAYA,DI NEGERI2 DAN JUGA DI DAERAH2 ?,SIAPA YANG MEMBUAT DASAR DAN UNDANG2 DAN SIAPA PULA YANG MENJADI PELAKSANA UNDANG2.ia itu yang menjalankan tugas.......... KENAPA KEADAAN BANGSA KITA DARI DAHULU SAMPAI SEKARANG KURANG PERUBAHAN,DARI SIKAP BANGSA MELAYU SENDIRI,FIKIR2KAN LAH.TAK SEMUA TERLIBAT TETAPI RAMAI YANG TERLIBAT,JIKA SEDIKIT YANG TERLIBAT DALAM SIRI PENYALAH GUNAAN KUASA INI SENAG MEMBENTERASNYA. FIKIR MATI DAN FIKIR LAH MASA DEPAN ANAK CUCU KITA JUGA,JANGAN FIKIR KESENANGAN KITA WAKTU INI SAHAJA.... WASALLAM

    ReplyDelete
  7. Salam Yang Gambi..duit itu bisa membutakan apa sahaja..Dalam skop mana pun duitlah punca segala kemusnahan jika duit dijadikan segala-galanya dalam hidup..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..