Tuesday, October 26, 2010

Galas-PAS dakwa sumbangan RM20,000 kepada tokong Cina hasil dari wang halal

Satu majlis jamuan makan malam yang diadakan di dewan tokong Cina Kampung Pulai semalam, Anwar Tan Abdullah, Exco Kerajaan PAS Kelantan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 dari Kerajaan Negeri untuk membaik pulih tokong tersebut.

Majlis yang juga dihadiri Mursyidul Am PAS, tok guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad, Anwar Tan Abdullah menasihatkan agar masyarakat Cina di Kampung Pulai jangan merasa bimbang atau was-was di atas sumbangan tersebut kerana ianya diambil dari tabung kewangan yang bersih dan halal.

Anwar Tan berkata demikian kononnya pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan bukan macam Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO banyak menjalankan kutipan hasil dari lesen-lesen perniagaan haram…….

UMNO dikatakan telah mempertikaikan sumbangan Kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas adalah datang dari punca-punca haram, dari hasil judi lumba kuda tetapi mengapa tidak pertikaikan gaji dan elaun para Menteri yang diterima juga dari hasil cukai lesen-lesen judi……

AYG ; agak-agaklah sikit kalau hendak cerita pasal wang halal atau haram, adakah masyarakat Cina dalam dewan tokong itu ambil kesah duit haram atau halal…..

Kalau Menteri-Menteri Kabinet UMNO elaun dari hasil kutipan wang haram, bagaimana pula dengan Ahli-Ahli Parlimen PAS ? Tidak haram ke ?

Kenapa ketika tiba musim piliharaya kecil Galas baru Kerajaan PAS hendak tunjuk pemurah menghulukan sumbangan kepada rumah-rumah ibadat………. Bagaimana pula dengan peruntukan untuk membina/membaiki Masjid dan Surau di Kelantan ?

Mungkin Anwar Tan terlupa agaknya, tidak menjadi kesalahan mengutip cukai dari lesen-lesen judi, arak, ternak babi dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan pentadbiran negeri kerana judi adalah permainan orang-orang kafir, begitu juga arak dan babi…….

Anwar Tan mungkin juga terlupa, untuk menampung kebajikan, menbangunkan prasarana umat Islam datang dari kutipan wang yang diperolehi melalui Baitulmal….. semua kutipan zakat dan lain-lain hanya diambil dari umat Islam sahaja dan diagih-agihkan kepada orang Islam yang memerlukan…..

Kerajaan Pulau Pinang, secara terang mengambil wang dari hasil judi lumba kuda untuk diberi sumbangan hari raya kepada warga emas yang beragama Islam…. Itulah bezanya…. Janganlah kerana ada kepentingan politik, maka Anwar Tan sampai tidak dapat membezakannya…..

1 comment:

  1. hahhhhaha......bagi kat tokong cina siap sebut halal...apalah teruk sangat....bagi kat org islam yg haram..bagi kat cina yg halal...apalah tu....dia org perlu ke halal haram tu....dan mengapa perlu sebut halal/haram bukan duit halal/haram boleh klau nak bagi derma...itu kata yg keluar masa kes LGE.....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..