Bukan sekadar tokey-tokey balak yang mahu memastikan kemenangan PAS mempertahankan kerusi Galas, lori balak juga tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk berkempen dengan gayanya yang tersendiri….(lihat gambar di atas)
Tentulah tokey-tokey dengan lori-lori balaknya sekali kena kerja keras, kalau tidak nanti tak sempat dijual balak-balak yang banyak terkumpul atas betau di Lojing, Pos Hendrop………
Orang Asli di perkampungan berhampiran hanya sekadar berputih mata melihat balak-balak ditebang, disusun, diangkut, dijual….. hutan belantara yang dulu tempat mencari rezeki telah habis digondolkan…….
Dulu, masyarakat Orang Asli merasa amat berbangga memberi undi kepada PAS, berbangga di atas keperhatinan PAS yang berjanji untuk mengubah kehidupan lebih sempurna apabila wujudnya apa yang dinamakan ‘ladang rakyat’…….. rupa-rupanya PAS lebih bijak ‘menanam tebu di tepi bibir’ saja, kata salah seorang penduduk di kampung Lojing, Pos Hendrop……
Erti sebenarnya, PAS telah menipu hidup-hidup penduduk Orang Asli setempat tidak kira usia, dari peringkat datuk, nenek, sampai ke cucu, cicit habis kena kelentong…..
biasalah kena jaga hati tok guru..kang tok guru mengamok depa x dapat balak lak.
ReplyDeleteYB Raz, koi sokong amat kata auk tu.... mana-mana orang pun buat kerja serupa bila dah dapat habuan...
ReplyDeletetu tak masuk lagi lori kat kelantan bawak balak siap no plate PAS ****
ReplyDeleteSatuu kesilapan yang tidak perlu diulang lagi.... Masyarakat Orang Asli di Galas jangan mudah terpedaya dengan janji-janji PAS lagi....
ReplyDeletePenduduk Galas semua tahu. Penduduk Orang Asli dulunya digula-gulakan dengan janji ladang rakyat.
ReplyDeleteMana perginya janji manismu trio Husam,Nik Amar dan Takiyuddin..?
Ladang Rakyat tu luas maknanya tuh..Jangan anak dara orang ibarat ladang sendiri sudah...
ReplyDelete