Saturday, October 23, 2010

Galas-PAS bertanding, DAP yang lancarkan bilik gerakan pilihan raya

Nik Aziz telah pun mengumumkan calon PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Galas, maka kalau mengikut peraturan pilihan raya yang dikeluarkan oleh SPR, hanya lambang, bendera serta poster parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan memenuhi kawasan pilihan raya…..

Tetapi nampaknya, parti DAP juga tidak senang kalau hanya wajah-wajah PAS sahaja yang terserlah sehingga sanggup melanggar peraturan SPR dengan membuka Bilik Gerakan Pusat DAP bagi DUN Galas di Jalan Pulai, Kg Baru, Gua Musang……

Mengikut maklumat, bilik gerakan tersebut dibuka semata-mata untuk membantu gerakan mengesan dan membawa pulang seramai 368 orang pengundi-pengundi Cina yang berada di luar kawan.

AYG ; Inilah yang dikatakan, tidur sekelambu, sekatil dan sebantal, tetapi masih berstatus ‘bersekedudukan’ tanpa sijil perkahwinan yang sah……

Mereka seolah-olah bersatu bila tiba waktu hendak tidur sahaja, lepas itu membawa mimpi yang berbeza…….. DAP mungkin tidurnya lebih lena dari PAS setelah PAS sudah ‘bertaklik’ tidak akan berusaha mewujudkan sebuah ‘Negara Islam’ tulen jika berjaya memerintah Malaysia dan tidak akan mendesak untuk melaksanakan undang-undang Hudud PAS……

Persoalannya, mengapa DAP-PAS-PKR masih tidak mahu mendaftarkan kumpulan pakatan mereka ? Duduk di bawah satu bumbung bagi mewakil, kaum, masyarakat sebagaimana parti-parti dalam komponen Barisan Nasional…… satu lambang, satu bendera dan satu matlamat….

DAP-PKR-PAS hanya mewujudkan ‘pakatan’ semata-mata untuk melihat kerajaan UMNO-BN tumbang, namum kuasa menentukan corak pemerintahan tetap ditangan DAP……

Bukti sudah terserlah jika kita melihat bagaimana mereka mentadbir negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Di Kedah, walau pun DAP hanya diwakili satu kerusi, tetapi boleh melantangkan suara sehingga PAS-PKR terpaksa akur dan tunduk…. Padahal hanya isu perobohan ‘pusat penyembelihan babi’……

DAP bijak, mereka mempergunakan segala kelemahan yang ada pada PAS dan PKR….. DAP bijak memgawal PAS-PKR supaya tunduk dengan aliran arus yang diagendakan mereka semata-mata untuk menghapuskan kuasa Melayu di Malaysia….

Terpulanglah kepada pengundi-pengundi dalam DUN Galas untuk menentukan arah tuju undi mereka…. UMNO-BN atau PAS…..

4 comments:

  1. Kalau semua Melayu Kelantan sedar, lebih-lebih lagi di Galas..... rasanya PAS tak mungkin bertapak lagi di Galas....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Ini taktik serampang dua mata mereka untuk edarkan borang ahli, gunting dalam lipatan, masing menunggu untuk henyak masing2.

    ReplyDelete
  3. Kahwin tanpa akad..kaburi mata orang je dulu. Manis sama-sama rasa, kalau hancur, lari je lah..bukan rugi apa pun..rakyat yang rugi..

    ReplyDelete
  4. Kepada pengundi melayu/Islam di Galas.
    Jika anda semua adalah seorang yang berpegang pada perinsip Islam tentu tidak akan mengundi parti Pas kerana Pas adalah parti hipokrik. Tak usahlah lagi bersubahat dengan Pas. Sendiri mau ingat la...Siapa dibelakang Pas sekarang. Bukan lagi Islam menjadi asas perjuangan, Islam hanya dipergunakan dalam berpolitik sahaja.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..