Monday, October 11, 2010

Galas-Ku Li dikatakan tersepit, sebenarnya PAS yang terhimpit

PAS menyifatkan Ku Li sudah ‘tersepit’ bila Ku Li menerima pelantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas. Dikatakan juga Ku Li akan memikul tanggungjawab berat dalam mengetuai UMNO-BN bagi memastikan kemenangan kerusi tersebut.(rujuk di sini)

PKR-Syed Husin Ali pula mendakwa, tindakan Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup" dan persetujuan Ku Li sebagai pengarah PRK Galas untuk UMNO, kerana tiada pilihan lain. (rujuk di sini)

AYG ; benarkah Ku Li ‘tersepit’ ? atau pun telah menggalas ‘biawak hidup’ seperti yang di dakwa ?

Tetapi, apa yang kita lihat, PAS lebih terasa terhimpit oleh janji-janji kosongnya sendiri di kawasan Galas, lebih-lebih lagi dengan janji-janji ‘syurga’…….

Janji untuk jadikan Malaysia sebuah Negara Islam tulen juga sudah terserlah pembohongannya, apatah lagi hendak melaksanakan undang-undang Hudud….


Kesejahteraan rakyat, terutama masyarakat luar Bandar masih ramai dalam kategori ‘miskin tegar’, PAS sedar, senario PRK ke 12 sudah jauh berubah, khususnya di kalangan masyarakat Melayu, janji-janji PRU ke 12 sudah banyak yang tidak tertunaikan….. apa yang lebih, ceramah siang malam…

Kalau ditinjau dari cakap-cakap masyarakat Gua Musang, sudah ramai pengundi-pengundi Melayu yang merasakan mereka tertipu, puashati dan meluahkan rasa kesal mereka kerana terperdaya dengan dakyah PAS-pakatan pembangkang.

PAS juga terhimpit dengan janji-janji mereka dikalangan masyarakat Orang Asli, PAS juga telah mengkhianati masyarakat Orang Asli dengan menjual tanah-tanah kepada syarikat-syarikat besar milik kroni-kroni PAS…..


Janji akan memberi elaun RM200 sebulan juga entah ke mana perginya….. apatah lagi janji untuk memberi ‘ladang rakyat’ kepada masyarakat Orang Asli…..

Kini, PAS benar-benar sudah terhimpit dengan janji-janji palsu mereka sendiri….. terhimpit untuk berhadapan dengan kemarahan pengundi-pengundi di DUN Galas kerana pembohongan serta kegagalan kerajaan PAS-pakatan itu sendiri….


PAS ‘terhimpit’ teruk, bila melihat Ku Li menerima perlantikan Pengarah PRK UMNO-BN bagi DUN Galas, dan lebih terhimpit sekiranya Ku Li juga akan menerima menjadi calon UMNO-BN….


Sebagai pemimpin UMNO yang telah bertapak hampir setengah abad, Ku Li lebih masak dengan keadaan politik setempat, malah lebih tahu arah tuju sebenar perjuangan parti PAS sendiri……. Apa lagi dengan PKR yang didalangi Anwar Ibrahim…..








6 comments:

  1. Sampailah masanya "Panglima Umno" ini menunjukkan kehebatannya dan ketaatannya...

    Melayu Mesti Bersatu!!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Yang Gambi..Kehidupan orang asli di bawah negeri yang dikuasai Barisan Nasional lebih baik daripada di bawah PAS. Sedangkan air berwarna keroh menjadi perkara biasa di prkan-pekan inikan pula di pendalaman.Dikhabarkan kepada CCZ hanya mengharapkan takungan air hujan..Masih percaya pada Tok Guru? Dia lebih pentingkan parti dari perpaduan.

    ReplyDelete
  3. Orang Asli kat Pahang yg duk jauh pendalaman pun ramai yang dah dapat air bersih, anak-anak sekolah semua free..... PAS apa buat, bila dekat-dekat pilihanraya baru nak jenguk, lepas tu nak letak calon Orang Asli pulak tu.... sampai bilalah PAS yg berpaksikan ulama, tok guru nak menipu orang kampung.....

    ReplyDelete
  4. Kalau dah tersepit gitulah gayanya..cari lagi helah nak meyakinkan pengundi Galas.
    Emmm...rakyat Galas pasti lebih maklum.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan,...memang mereka tersepit sejak dari dulu lagi sebelum pru 12,TERSEPIT MEMBUATKAN MEREKA MEMBELIT,BERPURA PURA DIDALAM SEMUA TINDAK TANDUK,BAIK DENGAN PENYOKONG2 DAN DENGAN KAWAN SATU GAGASAN PAKATAN.

    ReplyDelete
  6. salam tuan,xni kwn rasa para malaikat xtolong dema dah bab us.lim guan eng yg xsunat tu di kutbahkan kita org2 umno sama bangsa dan ugama ni dikapirkannya.

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..