Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011-ini bajet seluar dalam Mahfuz


Macam-macam andaian dari pihak pembangkang setelah Bajet 2011 dibentangkan oleh Dato’ Sri Najib di Parlimen pada hari Jumaat yang lalu.

Kalau kita lihat dalam paparan blog-blog pro pembangkang, ada yang kata, ‘bajet menipu rakyat’, ‘bajet Pilihan Raya Umum ke 13’ dan macam-macam tomahan, umpat keji yang dilemparkan untuk membutakan mata-mata yang selama ini telah dibutakan oleh puak-puak pembangkang.

Kononnya bajet 2011, hanya sebagai umpan bagi mengekalkan pemerintahan serta sebagai penyambung hayat UMNO-BN yang telah nazak…..

Kenaikan elaun Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Imam, Bilal, Siak serta gaji kakitangan kerajaan adalah gula-gula UMNO-BN…..

Macam biasalah, si Mahfuz hamPAS juga mahu bersuara dan mendakwa kononnya, pembentangan Bajet 2011 ini lebih bersifatkan retorik UMNO serta disifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' untuk mencapai matlamat kerajaan UMNO-BN semata-mata…….

Tapi Mahfuz tidak sentuh pun kenaikan elaun guru-guru Kafa sekali ganda dari yang ada, mentang-mentanglah kebanyakan guru-guru Kafa menjadi penyokong PAS……

AYG ; Biarlah apa yang hendak mereka kata, kalau rakyat benar-benar membuka mata, kita akan dapat melihat pembentangan Bajet 2011, sedikit sebanyak iannya dibuat berdasarkan kehendak rakyat serta akan memberi faedah juga kepada masyarakat Malaysia bukan sahaja di bandar-bandar, malah di luar bandar juga……

Strategi “Mendaya Kembali Pelaburan Swasta”, “Membangunkan Modal Insan”, “Mensejahterakan Hidup Rakyat”, dan “Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam“ yang merangkumi pelbagai sektor utama ini bakal menjadi ini asas kukuh kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat supaya dapat hidup lebih selesa...

Mungkin, bagi sebahagian besar kakitangan kerajaan atau penjawat awam merasa keciwa kerana kerajaan tidak mengumumkan pemberian bonus yang sangat-sangat dinanti-nantikan, namun sedikit sebanyak ianya dapat juga mengubat hati bila diumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 bagi penjawat awam.

Walau bagaimana pun, keseluruhan kakitangan kerajaan/penjawat awam masih berharap agar kerajaan dapat pertimbangkan semula pemberian bonus pada tahun ini, kalau tidak dapat dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200 seperti yang dicadangkan oleh Cuepacs.

Bayangkanlah, kalau syarikat- syarikat swasta ada yang mampu memberi dua bulan, malah ada yang sampai empat bulan bonus, mengapa kerajaan tidak boleh menimbangkan semula pemberian bonus kepada penjawat awam……..

Biarlah si Mahfuz kata ini ‘bajet seluar dalam’, tetapi Kerajaan perlu memastikan ini ‘bajet ini bukannya seperti ‘seluar dalam jenama ‘Levi’s atau seluar jeans jenama ‘Levi’s pemberian si Anwar kepada si Saiful sudahlah…………..



8 comments:

  1. Macam dia pandai sangat...
    letak perumpamaan pun entah apa - apa...
    apa kaitannya seluar dalam dengan budget mahfuz oi...
    ke malam tadi ko tidu dengan seluar dalam je?
    hehehehe...
    spekulasi saya keluar jam 12.30...

    ReplyDelete
  2. salam YG-untuk perhatian dan juga amalan kita semua ayat 57 dari surat Yunus ,terjemahannya: "Wahai manusia, Ssungguh telah datang kapada kamu pengajaran dari Tuhan kamu dan suatu obat bagi apa yang dalam dada, dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". inilah satu ayat dari Allah terhadap hambanya untuk mengobat hati.terlampau banyak buruk sangka akan binasa diri sendiri.tunggu keluaran huraiannya.

    ReplyDelete
  3. Diharap guru-guru KAFA akan berterimakasih terhadap pembelaan ini.Rungutan dan permintaan mereka telah ditunaikan kerajaan.Semoga mereka dapat memberi tumpuan mendidik anak bangsa kearah yang lebih sempurna bukan condong ke arah tertentu...

    ReplyDelete
  4. Tuan, pohon siarkan komen berikut yang pada asalnya mahu disiarkan dalam blog ini tetapi tidak dibenarkan kerana anonymous. Syabas keran Tuan telah membolehkan komn anonymous disiarkan.

    Cuba peratikan penulisan Hafsazch ini. Kesian kan? Agaknya macam mana rupa orang ini? Mungkin penuh dengan jerawat atau kedutan kulit atau rambut putih walau dalam umur yg belum lagi matang, kerana hati dan jiwa yang tersedik kebencian tidak berasas seperti yg ditonjolkan penulis punyalah hebat sehingga jika tidak terkeluar, pasti akan menyebabkan penuaan tahap cipan. Saya syak bahawa penulis ini mungkin Mahfooz sendiri kerana ketiadaan fakta serta ketrampilan personaliti rendah yang ditonjolkannya selari dengan sifat yang sedia ada pada Mahfooz tetapi saya mungkin salah: mungkin juga dia ni seorang pengikut Mahfooz yang telah terturun sifat-sifat begitu akibat dari mendengar dan mengikuti ceramah-ceramah Mahfooz terlalu kerap.

    Entah mana laaa beliau dapat cerita Mahathir bagi tanah Melayu kat Cina. Inilah akibatnya bila umum semua mendapat fakta dan ilmu bukannya melaui pembacaan atau sumber-sumber sahih, tetapi melalui ceramah-ceramah PAS, yang orang ramai suka hadiri bukannya sebab fakta-fakta yang tegar, tetapi kerana ceramah-ceramah itu diselang-selikan dengan selingan lawak x-rated. Siapa tak suka dengar lawak lucah, terutamanya jika diperkenakan kepada pihak musuh. Lebih 10 tahun dahuulu saya berpeluang mengikuti ceramah Allahyarham Fazil Noor di KL. Memang ramai yang hadir ketika itu, pada titik kemuncak kes Anwar ditangkap liwat. Saya masih ingat lagi Fazil Noor berjenaka mengenai Rafidah Aziz: “Rafidah Aziz ini mahukan siasatan yang TERPERINCI dilakukan (sengaja ditekan perkataan INCI itu)” dengan disambut hilai ketawa pendengar yang terhibur dengan parodi lucah ini.

    Yang peliknya, saya sebagai peminat Fazil Noor ketika itu, setelah lebih 10 tahun, tidak ada satu pun fakta atau pengajaran atau ungkapan yang tersedik dalam onak kepala saya kecualilah dengan ungkapan lucah ini. Nah cuba bayangkan. Kalau saya yang terpelajar ini tidak terkesan atau tidak terajar dari segi fakta baru dari seorang yg besar dari pihak pembangkang ini, apa tah lagi dengan orang-orang kampung serta mereka-mereka yang berpelajaran rendah?
    Disinilah hebatnya peranan pembangkang. Dengan berbekalkan ketrampilan ugama serta pandai menyelitkan jenaka x-rated kepada minda-minda yang tidak sofistikated terutamanya melayu-melayu yang berada dikampung ataupun melayu-melayu kampung yang berada di bandar, mereka menarik peminat dan menarik undi. Dan semua larangan ugama untuk memfitnah dan mencarut, menikam belakang, mempersendakan personaliti sesama Islam dalam situasi awami, mengumpat secara ‘am dan public, semua ini telah dimansuhkan atau dihalalkan semata-mata kerana sipenceramah tadi membawa banner perjuangan Islam.

    Dan Mahfooz jaguh kampung Pokok Sena, adalah seorang mithali agung dalam hal-hal yang sedemikian ini.

    G. Ali Wayart

    ReplyDelete
  5. Mari pula kita analisa sedikit mengenai Mahfooz Pokok Sena. Kes Mahfooz ini adalah kes “mistaken identity” yang sangat ketara. Kawan ni bukan seorang intellek. Dia mempunyai keperibadian yang rendah, punya keluarga dan anak-anak yang tidaklah boleh saya katakan membanggakan, (saudara Mahfooz boleh fahami sendiri apa maksud saya itu) dan tidak mempunyai bakat dan pengetahuan langsung dalam hal-hal umum negara seperti ekonomi, budget, undang-undang dan sebagainya.

    Tetapi oleh sebab fenomena undi yang beliau raih akibat dari ceramah separa-lucah yang dihamburkan kepada orang-orang kampung, maka Mahfooz memperolehi mandat umum dan tiba-tiba mendapati diri beliau tercampak ke Parlimen dan sebaris dengan menteri-menteri kabinet.
    Walaubagaimanapun, selain dari uniform wakil rakyat serta sebuah kerusi empok yang disediakan untuknya di Parlimen, Mahfooz ini tidak mempunyai apa-apa sedikit pun yang boleh kita katakan seorang yang benar-benar ahli parlimen. Analisis beliau mengenai isu-isu rakyat dan parlimen selalu salah. Emosi yang beliau tonjolkan secara awami amatlah kebudak-budakan sek. Sesekali naluri kekampungan serta ketidak-intelekkan beliau terserlah, seperti baru-baru ini apabila beliau menjerita-jerit nama Rosmah waktu Perdana Menteri membentangkan sesuatu yang serious seperti budget dan hasilnya ialah seluruh negara dapat menonton sifat siamang yang sedia ada pada beliau. Tak tahulah saya samada ahli-ahli karyah beliau masih lagi mahu menjadikan beliau ini sebagai wakil bagi suara mereka pada PRU yang akan datang.

    Mahfooz adalah suatu embodimen kewujudan PAS itu sendiri: ketiadaan intellek dan kekurangan dayafikir analitik mengenai isu serious negara yang dibalutkan oleh pakaian seragam yang kemas dan cantik serta keupayaan menarik minda-minda rendah bukan melalui fakta tetapi melalui satira dan parodi kelucahan. Mahfooz dan PAS adalah kesilapan yang paling besar berlaku dalam sejarah kewujudan melayu Islam di bumi bertuah ini.

    G. Ali Wayart

    ReplyDelete
  6. memang bajet seluaq dalam sebab bonus RM500 cukup untuk beli seluaq dalam dungong bunting waniat pertama umnooo

    ReplyDelete
  7. Mahfuz akan tetap menjadi satu simbol PAS. Rendah inteleknya..CCZ setuju dengan anon di atas..

    ReplyDelete
  8. Mahfuz takada kualiti dalam arina politik

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..