Wednesday, October 20, 2010

Galas-Perkara 153 Perlembagaan, cuba dikelirukan dikalangan masyarakat Orang Asli

Usul tergempar yang cuba dibawa oleh Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Telok Kemang supaya perkataan Orang Asli diletakkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan telah ditolak di Dewan Rakyat.

Keciwa dengan penolakkan tersebut, HarakahDaily melaporkan, Simpan Suda, Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor, akan membantu PAS untuk meraih sokongan dikalangan pengundi-pengundi Orang Asli dalam kawasan DUN Galas.

AYG ; pasal inilah agaknya, maka Nik Aziz berura-ura akan meletak calon dari kalangan Orang Asli di Galas……..

Kalau tidak, masakan pembangkang bergopoh gapah mempergunakan pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli berkumpul di Parlimen semalam membuat provokasi akan isu tersebut…….. semuanya kerana nak pertahankan kerusi DUN Galas…. gelabah benar nampaknya puak-puak pembangkang ini ye………

Sama ada sedar atau tidak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, khususnya di Galas sudah lebih istimewa dari hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Per 153 Perlembagaan Negara…….

Tanah rezab Orang Asli telah diperuntukan hanya kepada masyarakat Orang Asli untuk bercucuk tanam, membuka ladang seluas-luasnya tanpa diganggu gugat, sebab itulah ada sesetengah individu mempergunakan wanita Orang Asli untuk dijadikan isteri…. Bukan atas dasar cinta….. tetapi untuk mngambil kesempatan meneroka tanah secara besar-besaran tanpa perlu membayar cukai……. pergilah lihat sendiri, kalau terjumpa ladang sawit atau getah atau apa saja dan tanya siapa punya……

Siapa kaut untung ? orang Melayu kah ? Bumiputera kah ? atau Orang Asli kah ?

Tanpa disedari, Orang Asli telah berpuluh tahun diiktaraf sebagai masyarakat peribumi yang diberi perhatian khusus oleh kerajaan UMNO-BN untuk mengubah, membangun kehidupan mereka…… segala-galanya percuma….. sedar atau tidak ?

Dari segi pendidikan, anak-anak Orang Asli mendapat perhatian khusus bukan sahaja dari segi akademik, pakaian, peralatan sekolah semua diberi percuma oleh Kerajaan UMNO-BN, sehingga belanja harian sekolah juga diberi setiap hari……. asrama juga percuma, kenderaan disediakan untuk mengangkut murid-murid setiap hari, juga percuma…..

Kalau nak ditulis, cerita keistimewaan-keistimewaan terhadap Orang Asli selaku peribumi di Semenanjung…….. 3 hari 3 malam tak habis………

Tapi, kalau sudah dasar pembangkang, semua isu mereka nak putar, nak bodohkan rakyat, sampai kes ‘liwat’ Anwar peliwat juga diputarbelit…….

PAS-pakatan tahu, mereka sudah banyak menipu masyarakat Orang-Orang Asli di Kelantan, khusus di DUN Galas, sebab itu isu ini cuba dibangkitkan, dijadikan modal kempen untuk mendapatkan undi……. kena tipu lagilah jawabnya………

5 comments:

  1. Salam...saya mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat orang Asli...banyak permasalahan orang Asli saya tangani bersama mereka khususnya di tempat saya (Kuala Rompin, Pahang)...dalam masyarakat orang Asli terdapat 3 NGO yang besar...1)POASM, 2)PSOAM, 3)JARINGAN....ketiga-tiga NGO ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang asli di negara ini....kerajaan telah berusaha khususnya KPLB berjumpa dgn badan NGO ini dan berbincang untuk menyelesaikan semua permasalahan orang Asli termasuk Akta 153....sebarang perubahan pada Akta 153 ini adalah hasil cadangan daripada masyarakat orang Asli bagi membolehkan orang Asli memiliki tanah....sekiranya akta ini tidak dipinda, maka orang Asli tidak boleh memiliki tanah di atas namanya....perbincangan telah dijalankan di seluruh negara termasuk perjumpaan bersama Menteri Besar bagi menyelesaikan isu tanah ini....bagi merealisasikan harapan orang Asli yang sinonim dgn tanah, saya telah berusaha bersama YB ADUN di tempat saya & pentadbir tanah daerah telah meluluskan kelulusaN DASAR bagi tanah kediaman masyarakat orang Asli di peringkat dasar....kerajaan tidak pernah pinggirkan masyarakat orang Asli....Nik Aziz adalah di antara pemimpin yang telah menghina masyarakat orag Asli (kaum Jakun)....isu ini telah menyinggung perasaan orang Asli khususnya kaum Jakun yg terdiri daripada hampir 30,000 orang....permohonan maaf dari Nik Aziz tidak pernah dilakukan....sikap "aku lebih baik, aku lebih pandai, aku lebih alim" menyebabkan Nik Aziz tidak menerima kunjungan kaum Jakun ketika cadangan awal untuk bertemu Nik Aziz....Dato Seri Najib begitu prihatin dgn masyarakat orang Asli & telah turun ke akar umbi khususnya di Kg. Orang Asli di Runchang....banyak rancangan Risda, FELCRA & FELDA telah membantu kegiatan ekonomi orang Asli....Nik Aziz hanya memandang kepada orang Asli baru2 ini sempena PRK Galas sahaja....permainan politik yang licik hasil muafakat dgn Anwar Ibrahim & lakonan watak guru telah dimainkan oleh Nik Aziz dgn baik sekali....apapun orang Asli tetap yakin dgn keprihatinan kerajaan selama ini yang telah banyak membantu menyelesaikan semua permasalahan di kalangan masyarakat orang Asli.. -Samim, Rompin.

    ReplyDelete
  2. Betul...Aku juga ada kawan orang asli di Rompin .Buka tanah buat ladang kelapa sawit beratus ekar,kerajaan tak boleh ambil balik sebab dalam kawasan rezab mereka..cuma pejabat tanah minta dia bayar cukai je...untungnya orang asli yang berjaya.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa, jadi-jadilah Orang Asli kat Guan Musang asyik kena tipu...... beri rokok sebatang, beribu batang balak-balak puak-puak hamPAS balun... sampai gondol bukit bukau....

    ReplyDelete
  4. AYG, semua ini adalah semata-mata nak tutup malu PAS sendiri...... lebih2 lagi bila PAS terasa bersalah kerana terlalu mempertahankan balak2 si Nuar yang suka sodok bontot orang..... malu buleh, sakit buleh...

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..