Thursday, October 28, 2010

Galas lori angkut balak lebih rancak dari kempen pilihan raya

Kerancakan lori-lori berulang-alik mengangkut kayu-kayu balak yang ditebang dengan rakus di Gua Musang merupakan pemandangan yang biasa, terutamanya di lebuh raya menuju ke Cameron Highland dari Simpang Pulai…….

Inilah agaknya yang dikatakan oleh masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, Lojing, "Hutan hak kami, tapi tanah-tanah hak Raja. Kerajaan PAS wakil raja, kami hanya boleh tenguk saja hutan ditebang, balak-balak diangkut”……….

PAS begitu bijak memperdaya lebih 2,000 masyarakat Orang Asli dengan isu ‘ladang rakyat’ agar tidak membantah di atas pengondolan hutan belantara untuk mengeluarkan balak-balak di kawasan mencari rezki Orang Asli sejak turun temurun……..

Masyarakat Orang Asli hanya memadai dengan janji akan diberi hak dalam ‘ladang rakyat’, serta elaun RM200, sedangkan tanah-tanah di kawasan Lojing telah lama diserahkan kepada Syarikat dari Singapura, balak-balak ditebang, diangkut dengan begitu rakus serancak kempen-kempen PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas.

Inilah yang dikatakan ‘PAS untuk semua’, tetapi balak-balak ‘PAS sapu semua’………..

2 comments:

  1. Senang sikit orang asli nak merayau dalam hutan gondol tu,tapi tak ada habuan apa dah...usahkan kancil, siput babi pun tak jumpa.....
    Entahlah kalau orang asli masih sokong PAS..!

    ReplyDelete
  2. Padan kena bodoh je Orang Asli dengan PAS.... sudahlah orang-orang Melayu dah ramai yang kena bodoh, ni Orang Asli pulak..... hamPAS

    Iz..

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..