Tuesday, October 12, 2010

FELDA-baja bercampur pasir, harga mahal, hasil ladang rendah

HarakahDaily melaporkan, seorang bekas kakitangan FELDA, Khamis Saad yang telah berkhidmat dengan FELDA dari tahun 70-an sehingga 90-an, mendedahkan bukti-bukti penipuan FELDA dalam gred baja yang dibekalkan kepada peneroka.

Bekas kakitangan FELDA ini mendakwa, baja yang diimport dari Jerman melalui syarikat-syarikat tertentu kemudian dibungkus balik oleh FELDA telah dicampur dengan pasir yang menyebabkan kualiti berkurangan.

Begitulah dakwaan Khamis Saad, bekas kakitangan FELDA pada sidang media yang diiringi Mazlan Aliman+ANAK+PAS di Parlimen semalam.

AYG ; persoalannya sekarang, mengapakah bekas kakitangan tersebut semasa perkhidmatannya dalam FELDA dari tahun 1970-1990 terusan membiarkan penipuan seperti yang didakwa ? Tidakkah bersubahat juga namanya………..

Kalau benarlah seperti yang didakwa, mengapa kakitangan tersebut tidak membawa contoh-contoh baja bersama bag baja yang dikatakan telah dicampurkan dengan pasir sebagai bahan bukti…......

Sekurang-kurangnya, dapat dibuktikan di Mahkamah atau dilaporkan kepada pusat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia untuk mendapatkan ganti rugi……

Banyak sikit peneroka-peneroka FELDA mendapat ganti rugi, bayangkanlah berapa bayaran gantirugi yang bakal peneroka dapat kalau penipuan FELDA berlaku selama lebih 50 tahun…

Mazlan Aliman+ANAK+PAS, jangan sekadar membuat gimik politik sahaja, buatlah laporan Polis dan buat tuntutan di Mahkamah….. bila lagi….........

Tapi, janganlah pulak peguam-peguam PAS kenakan bayaran, nanti bila menang bicara di mahkamah, yang nampak kaya, hidup mewah dan bergaya para peguambela........ peneroka tetap macam tu jugak........

Memandangkan, pendedahan ini di buat di Parlimen, rasa-rasanya Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri yang khusus menjaga FELDA tidak memandang ringan perkara ini. Siasatan perlu dibuat oleh Kerajaan akan kebenarannya…......

‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’, Kerajaan perlu mengembalikan kepercayaan rakyat, khususnya peneroka-peneroka FELDA kepada UMNO-BN….

Karenah, Pentadbiran FELDA yang mungkin ada sebahagiannya tidak bertanggungjawab melaksanakan amanah Kerajaan untuk mentadbir/mengurus segala pembangunan masyarakat peneroka perlu diatasi serta diambil tindakan segera……

Mungkin, kerana sikap tidak amanah serta bertanggungjawab dari golongan ini di dalam FELDA, maka kesempatan seperti ini diambil oleh pembangkang untuk memanipulsaikan isu-isu sehingga menyebabkan rakyat, khususnya para peneroka membenci kerajaan UMNO-BN…

FELDA, jangan hanya membisu, buktikan tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar………




15 comments:

  1. Apahal pulak si Khamis tu...
    Inilah contoh manusia yang tak tahu terimakasih,selama berkhidmat dengan Felda siapa yang bayar gaji dia.Kalau Felda tak betul kenapa membiarkan saja,bersubahat dan gaji sapu...buat makan dan besarkan anak-anak...
    En.Khamis..lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kenapa sekarang? pasal si Khamis nie yang uruskan semua... time tu tgh masyuk.. tak kan nk bising... skang dah tak keje gan felda.. dah tak masyuk la... tu yang bising tu.. kena sogok plak gan si mazlan... keluar la cerita bukan2... padahal die yang buat keje2 nie...

    Takkan la si peneroka nie bodoh sgt tak tau baja gan pasir... kalau hangpa bodo jgn duk bodo kan org... kesian betul la aku tgk... sanggup buat apa saja nk cari modal politik... nk glemer...

    sg pelus

    ReplyDelete
  3. Salam bermakna dia membesarkan anak selama ni dengan duit haram le, makan gaji buta.

    ReplyDelete
  4. Agak-agak si Khamis ni bakal jadi calon kot akan datang.... sebab tu bersungguh nak tunjuk betul, masa dia berkhidmat dlm Felda dulu, inilah bapak rasuah dgn kontraktor-kontraktor Cina yg buat kerja dgn Felda....

    ReplyDelete
  5. AYG, inilah akibatnya kalau Felda terlalu banyak menyimpan penyangak-penyangak di dalam pentadbiran Felda.... mereka yang membuat onar, perompak, kaki rasuah dalam Felda, kerajaan juga yang dipersalahkan...

    ReplyDelete
  6. Inilah contoh bekas-bekas Pegawai Felda yang telah merosakkan imej Felda... mereke yang tidak amanah semasa bekerja dgn Felda, kemudian mereka juga yg jadi kacang hantu merasuk peneroka Felda.... hamPAS punya manusia...

    Generasi kedua Felda

    ReplyDelete
  7. aku setuju dgn AYG.Satu tindakan tegas perlu diambil olih FELDA dan kementerian bg menolak tomahan2 yg aku kira tiada asas lansong.patutnya buat repot dulu baru buat sidang akhbar.AYG tolong cek cikit budak kamis jaga apa sebelum pencen dulu sekarang aku taulah kerja dia LEMBU JAGA.klu dia org tak tau nak report suruh dia dtg tloh biar kwn ajar.1.sampele dan bungkusan baja yg ada lambang felda mesti ada.resit2 terima baja mesti ada.pastu lori mana antar.kwn rasalah felda pulak bolih dakwa dia klu dia kakitgn bukan lembu jaga atas dakwaan menipu dan bersubhat menipu majikan hukuman daklah berat sgt klu didapati bersalah lebih kurang 999 th penjara dan ari2 kena makan karipap kat sg buloh.

    ReplyDelete
  8. Aku sokong sangat dgn Anonymous 5, Felda harus buat sesuatu untuk mengambil tindakan dakwaan bekas kakitangan Felda si Khamis Saad tu... dapatkan contoh baja tu.... siasat betul-betul..

    Dengar cerita, banyak baja2 Felda yg dicuri dan dijual secara gelap oleh orang yg tidak amanah, apa yg akau dapat tahu, tukang beli pun datang dari penyokong-penyokong PAS yang tanam sendiri ladang.... yg peliknya, kalau dah tahu baja Felda tak berkualiti, kenapa berebut-rebut beli, dah tu, barang curi pulak tu.... apa hukumnya...

    ReplyDelete
  9. kecil kecil tak mahu mati dah nak mati menyusah kan orang ,cerita baja dicampur pasir dulu semasa khamis sekarang dah jumaat sepatut dah tak timbul lagi cerita ini ...dah bersara buat lah amal ibadah bukan nak cari glemer polotik kalau itu yang di tunjukan semasa bertugas dulu rasuah dah nak mati pun rasuah ....

    ReplyDelete
  10. Malas nak cerita panjang-panjang. Puak-puak ni kalau hala ke dia, betul belaka. Walau salah macam mana pun mesti cari alasan. Buat malu bekas kalitangan felda aje sebab ada otai felda yang masih tak tau tiap kali terima baja mesti kena hantar sampling ke lab untuk test kandungannya.
    Itu la... masa masih kerja dulu joli sakan. Dah pencen mulalah cari pokok rendang nak berteduh. Soruu miss la katakan...
    Felda.... saman je diaorang ni sebab buat fitnah....

    ReplyDelete
  11. salam brother
    biasalah manusia.. bila duit tak masyuk
    mcm2 cerita dan rahsia FELDA keluar
    padahal dia juga terbabit dgn pembohongan itu

    tetapi jika benar FELDA menipu, cubalah buat sesuatu
    agar nasib org felda lebih selesa..

    p.s. patutlah buah sawit tak banyak
    10 ekar tanah tapi blh dapat 2 - 3 tan saja
    baja tak baguslah kot..

    ReplyDelete
  12. salam GWM,

    begitulah alkisah jika masa bekerja tidak amanah, dah bersarapun masih tidak amanah!

    mengapa masa bekerja tidak dilaporkan perkara tu ke pihak atasan?? takkanla tak terdetik dihati masa tu 'aku makan gaji dgn felda, baiklah aku bagitahu pihak pengurusan tentang hal ni"

    ini tidak. dah melantak duit gaji sampai pencen makan dgn anak bini baru nak heboh kes ni pernah berlaku. bermakna pak khamispun masuk syerla masa tu! nak tegur, takut sorru miss!! memang jahat pekerja2 felda yg buat mcm tu krn menikam felda dari belakang!!

    err..brapa pembangkang bagi pak khamis?
    biasala soalan ni selalu diguna puak2 pembangkang jika ahli mrk berpaling tadah & memburukkn mrk kembali!!!

    **baik pak khamis duduk umah main ngn cucu je...

    ReplyDelete
  13. Sahabat semua, begitulah kalau mudah terlelap bila ditawarkan habuan.... samalah juga dgn bekas Timbalan Menteri yg masuk PKR tu... masa dia duk dlm kabinet BN, tak de pun dia nak sebut nak bela nasib peneroka, bila berhenti, berteraburlah cerita keburukan Felda.....

    Terima kasih sahabat semua respon dgn artikel kawan ni....

    ReplyDelete
  14. En. Khamis, kalau betul seperti yang tuan katakan, kenapa bersyubahat?. Sepatutnya lepas pencen (tahun 1990 ?) terus serahkan bukti-bukti ke BPR untuk disiasat dan di ambil tindakan.

    ReplyDelete
  15. Wahai Khamis ...... Tahukah anda bahawa finnah ITU Lebih kwjam dari membunuh ... Tahukah anda setiap muatan Baja ke rancangan diambil contoh Dan di analisa di PPTR.... Tau tak pptr tu apa.... Disana ada makmal untuk analisa Baja .... Ikut spefikasi atau tidak... Malah sebelum result analisa keluar ... Baja tidak dibayar kpd pembekal... ITU pun tak tau ker.... . saya telah berkhidmat Lebih 30 tahun... Ini lah amalan dirancangan... Dari dulu sampai sekarang... Pergi lah semak dirancangan.... Jangan dok buat kecoh.... Carilah rezeki cara lain.... Ohhh nak glamour .... Juga cari cara lain juga... Nak tanya you dulu kat FELDA jawatan apa... Tak tau prosedure kot....

    ReplyDelete

Kalau anda sudi komen, silakan, tapi dengan penuh tanggungjawab...... terima kasih di atas komen anda..